Ahad, 30 Disember 2012

KBS lancar Program Belia 1Malaysia Pasca Banjir


Kementerian Belia dan Sukan hari ini menggerakkan Program Belia 1Malaysia Pasca Banjir bagi membantu penduduk selepas menghadapi banjir. Program peringkat kebangsaan itu dilancarkan oleh menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Sekolah Kebangsaan Geliga di Kemaman dengan sasaran penglibatan 3,000 belia di seluruh negara.

Beliau kemudiannya bersama lebih 100 orang sukarelawan termasuk dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Skuad Sayang Wanita UMNO bergerak bersama pelbagai peralatan untuk membersih rumah penduduk di sekitar bandar Chukai, sebelum mengunjungi kawasan lain.

Tinjauan pemberita mendapati pelbagai peralatan dan perkakas rumah seperti peralatan elektrik, perabot serta lain-lainya yang rosak akibat ditenggelami air bergelimpangan di hadapan rumah penduduk dan memerlukan bantuan untuk dibersihkan segera.

“Bagi saya, ia menjadi satu amalan mulia apabila berlaku bencana, belia seluruh negara tergerak hati menghulurkan bantuan,” kata beliau yang juga ahli parlimen kawasan Kemaman selepas majlis pelancaran program tersebut di sini semalam.

Ahmad Shabery berkata, niat murni itu terbukti apabila lebih 500 sukarelawan yang mendaftar untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman. Beliau menyifatkan kesedaran belia untuk menyahut cabaran menjadi sukarelawan membuktikan wujud transformasi dalam golongan itu berbakti kepada negara.

“Antara skop tugasan sukarelawan ini adalah membersihkan kawasan dan rumah mangsa banjir. “Mereka juga boleh bertindak memberi motivasi dan kaunseling kepada mangsa-mangsa banjir,” jelasnya. Beliau menambah, KBS memerlukan sekurang-kurangnya tiga sukarelawan dalam tugas pembersihan sebuah rumah.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.



* Majulah Belia untuk Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...