Memaparkan catatan dengan label belia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belia. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2015

Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak Dirombak Kepada Portfolio Baru


Senarai Portfolio Baharu Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak


1) Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
- Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.

2) Datuk Saarani Mohamad
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan.

3) Datuk Dr Mah Hang Soon
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu.

4) Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid
- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

5) Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
- Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

6) Datuk Rusnah Kassim
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

7) Datuk Samsudin Abu Hassan
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil.

8) Datuk Mohd Nizar Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.

9) Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi.

10) Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

11) Datuk Shahrul Zaman Yahya
- Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan


Exco-Exco yang baru sahaja mengangkat sumpah di hadapan  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah


Beberapa portfolio Exco Kerajaan Negeri distruktur semula melibatkan beberapa pertambahan dan pertukaran bidang tugas.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, penstrukturan itu sudah pun dikuatkuasakan mulai 1 Ogos lalu yang tidak melibatkan perubahan dari segi keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya, empat Exco Kerajaan Negeri kekal dengan portfolio sedia ada manakala tujuh yang lain termasuk menteri besar mempunyai pertambahan dan pertukaran.

“Semua exco sudah dimaklumkan pada Rabu yang lalu tentang perubahan portfolio itu. Perubahan itu merupakan idea dan cetusan baharu menteri besar selepas pulang dari Havard baru-baru ini.

“Selain pembangunan luar bandar, perladangan dan pertanian, kini, saya akan memegang portfolio penerangan dan pembangunan modal insan selepas kerajaan negeri mengambil alih kem Biro Tata Negara (BTN). Kita akan buat kem sendiri, jadi saya diberikan khusus untuk itu,” katanya kepada media semalam.

Saarani berkata demikian ketika menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad Wilayah Perak di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Ramlee Abu Bakar dan Pengurus Besar Felcra Wilayah Perak, Mat Roni Zakaria.

Empat Exco Kerajaan Negeri yang kekal dengan portfolio masing-masing adalah Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kini memegang portfolio Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Ekonomi manakala portfolio agama diletakkan di bawah Datuk Mohd Nizar Zakaria yang kini dengan portfolio baharu iaitu Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.

Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Mohd Nizar kini dipegang Datuk Samsudin Abu Hassan.

Perubahan turut melibatkan portfolio Datuk Shahrul Zaman Yahya apabila hanya bertanggungjawab bagi Sumber Manusia, Belia dan Sukan manakala Komunikasi dan Multimedia kini diberikan kepada Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Sementara Datuk Rusnah Kassim pula, selain memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, dua lagi portfolio baharu diletakkan di bawah beliau iaitu Perumahan dan Kerajaan Tempatan.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Isnin, 29 September 2014

BN Youth Job Fair 2014 Berjaya Mencapai Sasaran


Kira-kira 6,000 orang tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN 2014 (BN Youth Job Fair 2014) di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, di sini, anjuran Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat (PPUIB) dan Pusat Kerjaya Amanjaya (Peka).

Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, sambutan yang diterima menggalakkan dan mencapai sasaran yang ditetapkan pihaknya.

“Kebanyakan yang hadir terdiri daripada graduan yang masih belum mendapat pekerjaan."

“Sebanyak 30 majikan mengambil bahagian dalam karnival kerjaya yang menawarkan 3, 500 jawatan kosong ini dan kita juga ada penyertaan daripada institut pengajian tingi awam (IPTA,” katanya.

Hadir dan merasmikan karnival itu, Exco Pergerakan Pemuda Umno, Dazma Shah Daud.

Sementara itu, Pengarah karnival, Mohd Iqbal Jamaluddin berkata, karnival itu menjadi landasan terbaik kepada semua golongan merebut peluang pekerjaan termasuk agensi, syarikat dan industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.

“Program itu menerima maklum balas amat baik daripada pelbagai golongan termasuk graduan yang mencari pekerjaan, belia yang sudah bekerja dan usahawan muda.

“Program ini juga menunjukkan golongan muda di negeri ini bersemangat mencari pekerjaan yang lebih baik untuk meningkatkan taraf kehidupan,” katanya.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dan menawarkan peluang pekerjaan pada karnival itu ialah Bukit Merah Laketown Resort, Carsem, Parkson Ipoh Parade, Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri, Padi Beras Nasional Bhd (Bernas), Sunway Lost World of Tambun, Unisem (M) Berhad dan Edaran Tan Chong Motor.

Anjuran Pemuda Umno Ipoh Barat dan PEKA 

Rabu, 10 September 2014

Datuk Shahrul Jiwa Sukan Promosi Gaya Hidup Sihat


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya mengambil inisiatif mengayuh basikal ke pejabatnya yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi tadi.

Semangat sukan dan jiwa hidup sihat - Datuk Shahrul Zaman


Beliau adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datok yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup ditemani dua lagi rakannya tiba di pos pengawal kira-kira jam 9.30 pagi. 



Jelas Datuk Shahrul Zaman, ia merupakan sebahagian pendekatan proaktif yang diambil kerajaan negeri untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan rakyat.

Baru-baru, kerajaan negeri turut memperkenalkan ‘Perak Silver Night Ride’ iaitu aktiviti mengayuh basikal di sekitar bandar raya Ipoh yang membabitkan jarak sejauh 20 kilometer (KM).

Berlangsung pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan, aktiviti itu akan berlangsung pada malam Rabu dan bermula di Hotel Kinta Riverfront.

Selain mempromosikan gaya hidup sihat, aktiviti itu dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong melawat bandar raya Ipoh di masa akan datang.

Seorang wakil rakyat yang berjiwa sukan

Jumaat, 8 Februari 2013

Boleh tebus rebat RM200 dipanjangkan tempoh 3 bulan lagi...


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya melanjutkan tempoh penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari sebulan kepada tiga bulan, bermula semalam.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata berikutan itu mereka yang mendaftar dan menerima pengesahan pada awal Januari lalu, tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh berkenaan dilanjutkan. “Kami kini dalam proses menghantar emel kepada semua yang mendaftar bagi memaklumkan perkembangan terbaru ini,” katanya dalam kenyataan kepada pemberita semalam. Kami kini dalam proses menghantar emel kepada semua yang mendaftar bagi memaklumkan perkembangan terbaru ini," Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM

Beliau menambah, syarikat telekomunikasi dan wakil penjual yang dilantik juga sudah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh itu.

Sejak dilancarkan 1 Januari lalu, Skim Pakej Komunikasi Belia menerima pendaftaran lebih 440,000 belia berusia 21 hingga 30 tahun, dengan hampir 60,000 daripadanya membeli telefon pintar baru daripada lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan 70 model telefon pintar.


*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.








Khamis, 24 Januari 2013

Rebat RM200 kasi kencang kepada peniaga telefon pintar...


Para pengedar telefon dan penyedia telekomunikasi tempatan kini mengalami lonjakan jualan yang besar selepas kerajaan memutuskan untuk membenarkan pemberian rebat RM200 bagi kesemua jenis telefon pintar.

Malah, sesetengahnya berhadapan masalah baharu, iaitu mereka tidak mempunyai telefon yang mencukupi untuk dijual, berikutan lonjakan permintaan tersebut.

Langkah kerajaan mengetepikan had membeli telefon pintar bernilai RM500 atau kurang dijangka memanfaatkan kira-kira sejuta belia berusia antara 21 dan 30 tahun yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk Sdn. Bhd., Jason Lo berkata, sejak pengumuman tersebut, permintaan mendapatkan telefon pintar meningkat lebih 50 peratus.

Tune Talk adalah salah satu penyedia perkhidmatan bagi pakej itu di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Pengumuman itu adalah langkah yang baik oleh kerajaan. Kami menerima kira-kira 10 hingga 15 permohonan baharu mendapatkan rebat setiap hari dan bilangan itu semakin meningkat," kata Lo.

Langkah proaktif kerajaan itu memanfaatkan 800 peniaga Tune Talk di seluruh negara, katanya.

"Kami tiada masalah dipada segi stok telefon pintar kerana dasar kami ialah untuk menempah hanya apabila ada permintaan. Kini, permintaannya masih terkawal," kata Lo.

Ketua Jualan NineTology Malaysia Sdn. Bhd., Eddy Tay berkata, para belia mendapat manfaat dari langkah kerajaan melengkapi mereka dengan telefon pintar kerana mereka kini akan dapat memilih lebih banyak model.

"Para belia hari ini bukan sahaja membeli telefon pintar bagi berkomunikasi, malah juga bagi mendapatkan data dari Internet," katanya.

Melalui pengumuman terbaharu itu, Tay berkata, permintaan dari para pengedarnya juga meningkat.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Terminal ZTE Malaysia, Jeremy Zhao berharap kerajaan akan melebarkan kempen itu sehingga meliputi bukan sahaja telefon pintar, malah turut meliputi keseluruhan senarai produk jalur lebar mudah alih bagi membantu meningkatkan opsyen pengguna akhir dan meningkatkan penembusan jalur lebar mudah alih di Malaysia.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Program kerajaan seperti ini amat digalakkan kerana membantu perkembangan taraf belia dalam bidang komunikasi. Dalam masa yang sama membantu usahawan telefon dalam perniagaan mereka, diharap antara mereka itu adalah usahawan bumiputera. Jika tidak kerajaan perlulah memantau dan memikirkan tentang kelibatan mereka dalam program ini. Aspek dari segala sudut perlulah dikaji dan diteliti supaya 'Tiada yang tertinggal...Tiada yang terpinggir'.







Ahad, 20 Januari 2013

TAHNIAH!!! kepada AJK MBM penggal 2012-2014


Senarai penuh keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014 adalah seperti berikut :


Pengerusi Tetap : Sdr. Khairul Anwar El Syazalli Musa (Majlis Belia Negeri Perak)

Timbalan Pengerusi Tetap : Sdr. Murali a/l Kuppan (Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia)


Presiden : Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (Majlis Belia Negeri Pulau Pinang)

Timbalan Presiden : Sdr. Muammar Ghadafi Datuk Jamal (Gerakan Belia 4B Malaysia)

Naib Presiden : Sdr. Low Eng Tack (Gerakan Belia Bersatu Malaysia)

Sdr. Manndzri Nasib (Majlis Belia Felda Malaysia)

Sdr. Nasrul Ahmad (Majlis Gabungan Belia Melaka)

Setiausaha Agung : Sdr. Mohd Zaidi Aziz (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

Bendahari Kehormat : Sdr. Mahendran a/l Nadason (Majlis Belia Hindu Malaysia)


Ahli Jawatankuasa Kerja

1. Sdr. Mohd Aizad Roslan (Majlis Belia Negeri Kedah)


2. Sdr. Mohd Hafiz Ariffin (Persekutuan Pengakap Malaysia)


3. Sdr. Hasnul Haniff Harun (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)


4. Sdr. Ahmad Daniar Ismail (Majlis Belia Negeri Pahang)


5. Sdr. Mohd Faisal Abu Bakar (Majlis Belia Kelantan)


6. Sdr. Abdul Rizam Mohd Akhir (Majlis Belia Negeri Johor)


7. Sdr. Nourman Ag Zaini @ Rayn (Majlis Belia Sabah)


8. Sdri. Leong Fang Hui (Pergerakan Pemuda Malaysia)


9. Sdr. Nor Akmal Ibos (Majlis Belia Selangor)


10. Sdr. Mohammad Rizan Hassan (Persatuan Asrama Belia Malaysia)


11. Sdri. Haryaty Hamdzah (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia)


12. Sdri. Wan Adilah Wan Awang (Majlis Belia Negeri Terengganu)




Tahniah...kepada semua semua jawatankuasa baru yang terpilih terutama kepada saudara Khairul dan Ghadap sebab yang ni dari Perak, orang kampung teman tu, syabas.


*sumber dari laman sesawang MBM







Maliki kekal jawatan Presiden MBM


Dalam Persidangan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia yang ke 61 baru-baru ini yang telah diadakan di Summit USJ telah mengekalkan jawatan Presiden kepada saudara Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee tanpa bertanding. Pada penggal 2010-2012, beliau mula menyandang jawatan itu dan kali ini mengekalkan jawatan apabila 2 calon yang ingin melawan menarik diri pada saat akhir. Ini menunjukkan permuafakatan dan kewibawaan beliau apabila dia diperlukan lagi untuk memimpin MBM bermula penggal 2013 ini.

Tahniah diucapkan kepada barisan pimpinan yang baru semoga MBM akan lebih maju dan menaikkan taraf belia negara kita.



Maju Belia Untuk Negara.









Sabtu, 19 Januari 2013

KBS di Karnival Pelancaran Promosi Melawat Malaysia tahun 2014


Sila lah berkunjung ke booth Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Jalil.
Karnival berlangsung dari 18 ke 20 Januari 2013 yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Bukit Jalil. Pelbagai syarikat pelancungan yang terlibat disamping beberapa kementerian yang menyertai. Terdapat juga acara cabutan bertuah kepada pengunjung yang mengisi borang di kaunter yang disediakan.

Beribu-ribu orang yang hadir ke karnival ini yang juga terdapat acara-acara menarik yang diadakan pada sebelah malam. Kementerian Belia dan Sukan menyediakan dengan 3 buah booth untuk menyalurkan informasi dan promosi tentang aktiviti dari kementerian.






















Sibuk hantar resume Jais ada hati nak jadi calon dalam PRU 13


Benarkah JAIS ada hantar resume kat PM dan nyatakan beliau nak jadi Calon PRU13 dan sebagai Presiden GPMS beliau Wajib jadi Calon...????hahhahahahaha

Kelakar lah, aku nak tanya, JAIS hantar resume atas perjanjian dengan Irmohizam ke?
Irmo ada janjikan wakil rakyat dengan syarat JAIS lawan Maliki? Sebelum pergi jauh, kepada JAIS sedar lah,Irmo tu nothing..xda kuasa apa pun..siapa dia nak arahkan Najib calonkan ko jadi Wakil Rakyat?

Apa teruk sangat kemaruk JAIS ni?

Yang tak tahan tu,misi dan visi JAIS Calon Presiden MBM ni ialah nak jadikan MBM lebih garang dan lantang dalam membawa suara belia? hello beb..GPMS apa Cite? aku rasa semenjak JAIS menang Presiden, GPMS makin kelam jew..yang ada pertandingan Bowling je baru-baru ni..
setakat pertandingan Bowling,Kelab sukan sekolah menengah pun boleh Anjur..

Isu Rumah Belia - Harap sangat sebelum perwakilan mengundi JAIS dapat jelaskan apa status Projek Perumahan Belia bernilai hampir 1Bilion tu ?Berjaya?berapa unit rumah dah siap?atau sekadar Gajah Putih?

Apa pun aku tak menghalang JAIS nak lawan Maliki,sebab ini amalan biasa dan bukti dalam MBM demokrasinya masih subur..siapa sahaja berhak bertanding asalkan benar-benar layak dan mampu membawa MBM lebih baik dari yang ada sekarang nie.Bukan sebab Dendam atau deal-deal tertentu yang menguntungkan individu berkepentingan,dan jika ini berlaku maka, runtuhlah sebuah organisasi besar untuk belia di negara ini...

MBM BUKAN platform golongan Elit Koporat dan Keparat!!!




* sumber dari blog kerisputera






Provokasi tidak sihat dalam pemilihan barisan pimpinan MBM


Semasa majlis pencalonan Majlis Belia Malaysia (MBM) 2013 di dewan Hotel Summit USJ hari ini dicalar dengan edaran kertas nota propaganda yang memburukkan imej pimpinan-pimpinan pertubuhan belia di bawah MBM. Risalah dipercayai didalangi oleh salah seorang calon melawan pimpinan tertinggi ini ditabur seluroh dewan kepada semua hadirin. Taktik drastik dan kotor ini yang seiras dengan taktik politik parti pembangkang ada hati nak meraih undi di saat akhir waktu pencalonan mesyuarat tadi.

Dah lah dewan ditabur kertas propaganda itu, kat luar bangunan persidangan pulak di tampal banner besar-besar bahawa 'SAYA MUNGKIN TAK MAMPU MEMBUAT BEBERAPA PERKARA UNTUK DIRI DAN KELUARGA TETAPI SAYA AKAN MELAKUKAN APA SAHAJA UNTUK BELIA MALAYSIA'. Apa benda ni, macam ayat dari cina DAP jer....adakah kimak ni pencacai yang dihantar oleh talibarut komunis.

Ayat dalam risalah-risalah (sila lihat dibawah) macam nak puji Perdana Menteri kita tapi sebenarnya ada udang disebalik batu. Diri sendiri mahu cermin dahulu la baru nak kutok orang lain....









MBM komen isu Bawani vs Sharifah Zohra


Pandangan dari Maliki, Presiden MBM tentang 'Little Ambiga' ini yang terover dalam majlis itu.

Kontroversi hangat di laman sosial yang digelar 'fenomena listen', membabitkan pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin hanya isu komunikasi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kontroversi berkenaan adalah masalah komunikasi antara dua individu terbabit.

Beliau berkata, kejadian sedemikian dapat dielakkan sekiranya individu terbabit mengamalkan sikap profesional dan saling menghormati tanpa dipengaruhi emosi semata-mata.

"Dalam forum itu, Bawani sebagai peserta berhak mengemukakan soalan kepada panelis, namun dia perlu menghormati majlis dengan mengemukakan soalan atau pandangan yang wajar.

"Keadaan buruk dapat dielakkan sekiranya sesuatu pandangan itu disalurkan secara tuntas, matang dan beradab tanpa berniat untuk mencabar mana-mana pihak," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamed Maliki berkata, sebagai panelis yang dijemput khas, Sharifah Zohra pula perlu bijak, tenang dan profesional serta menunjukkan kematangan dalam menghadapi situasi demikian.

"Dia perlu mengawal perasaan sebaik mungkin dan perlu elak daripada keluarkan pernyataan berbentuk emosi dan berbau sindiran. Ini kerana 'kata-kata adalah pancaran pemikiran' seseorang," katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Maliki berkata, pengguna media sosial juga perlu matang dalam mengulas isu berkenaan. Manakala penganjur program perlu memberi penjelasan tentang keadaan sebenar.

"Apa yang kita lihat dalam video yang tersebar di internet itu tidak menggambarkan keseluruhan perjalanan forum berkenaan. Justeru, pihak penganjur perlu beri penjelasan keadaan sebenar," katanya.

Klip video selama 24 minit yang dimuatkan di Youtube itu tersebar luas di laman sosial, memaparkan Sharifah Zohra sebagai panel forum lantang menegur Bawani, yang bangun bercakap di dalam forum berkenaan.-Sinar




Ahad, 30 Disember 2012

KBS lancar Program Belia 1Malaysia Pasca Banjir


Kementerian Belia dan Sukan hari ini menggerakkan Program Belia 1Malaysia Pasca Banjir bagi membantu penduduk selepas menghadapi banjir. Program peringkat kebangsaan itu dilancarkan oleh menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Sekolah Kebangsaan Geliga di Kemaman dengan sasaran penglibatan 3,000 belia di seluruh negara.

Beliau kemudiannya bersama lebih 100 orang sukarelawan termasuk dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Skuad Sayang Wanita UMNO bergerak bersama pelbagai peralatan untuk membersih rumah penduduk di sekitar bandar Chukai, sebelum mengunjungi kawasan lain.

Tinjauan pemberita mendapati pelbagai peralatan dan perkakas rumah seperti peralatan elektrik, perabot serta lain-lainya yang rosak akibat ditenggelami air bergelimpangan di hadapan rumah penduduk dan memerlukan bantuan untuk dibersihkan segera.

“Bagi saya, ia menjadi satu amalan mulia apabila berlaku bencana, belia seluruh negara tergerak hati menghulurkan bantuan,” kata beliau yang juga ahli parlimen kawasan Kemaman selepas majlis pelancaran program tersebut di sini semalam.

Ahmad Shabery berkata, niat murni itu terbukti apabila lebih 500 sukarelawan yang mendaftar untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman. Beliau menyifatkan kesedaran belia untuk menyahut cabaran menjadi sukarelawan membuktikan wujud transformasi dalam golongan itu berbakti kepada negara.

“Antara skop tugasan sukarelawan ini adalah membersihkan kawasan dan rumah mangsa banjir. “Mereka juga boleh bertindak memberi motivasi dan kaunseling kepada mangsa-mangsa banjir,” jelasnya. Beliau menambah, KBS memerlukan sekurang-kurangnya tiga sukarelawan dalam tugas pembersihan sebuah rumah.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.



* Majulah Belia untuk Malaysia



Ahad, 25 November 2012

Mari-mari!!!!...Daftar Parlimen Belia Malaysia


Tersenyum kita apabila melihat kanak-kanak berpakaian rasmi sebagai Yang Berhormat berdebat dan menyuarakan pandangan dan idea di dalam Dewan Rakyat yang mulia. Gelagat mereka benar-benar mencuitkan hati.

Apabila melihat keadaan Dewan Rakyat tidak terkawal, mulalah Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dikenali sebagai Pak Jamal atau nama sebenarnya Jamal Muhamad menenangkan keadaan dengan gaya tersendiri.

Beruntungnya kanak-kanak yang pernah menjadi 'Anggota Parlimen' ketika era Mini Parlimen diperkenalkan oleh kerajaan kira-kira dua dekad lalu. Beruntungnya mereka kerana berpeluang 'membahaskan' banyak perkara dan membuat keputusan 'meluluskan' pelbagai dasar di usia muda.

Sidang Mini Parlimen ini mendedahkan golongan tersebut terhadap erti demokrasi. Malangnya, Mini Parlimen yang sering menjadi tumpuan seluruh negara setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan negara kini sekadar menjadi kenangan. Entah di mana silapnya, idea penerbitan program kanak-kanak itu yang tercetus ilhamnya oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali kini tiada kesinambungannya. Apabila Mini Parlimen 'dibubarkan', ia sekali gus membuatkan sebilangan besar daripada kita hampir terlupa dengan 'kehilangan' Tuan Yang di-Pertuanya, Pak Jamal dan juga kanak-kanak yang pernah menjadi Ahli Parlimen.


Permulaan kepada penerbitan Mini Parlimen berlaku pada 1983 apabila Tan Sri Sanusi Junid yang ketika itu Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hari Merdeka menyatakan untuk menerbitkan program Mini Parlimen sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-26. Susulan idea Siti Hasmah, akhirnya rakyat Malaysia disajikan projek kerajaan bernilai RM100,000 itu.

Sekali lagi kedengaran Mini Parlimen hendak diwujudkan tetapi kali ini agak berbeza kerana ia dinamakan pula sebagai Parlimen Belia Malaysia. Ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika melancarkan program Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 pada 28 Mei lalu.

Dalam pengumuman itu, beliau menggariskan enam inisiatif untuk kepentingan belia di negara ini selaras dengan pengiktirafan terhadap golongan itu sebagai pemangkin transformasi negara serta pelapis kepimpinan pada masa depan. Antara enam inisiatif itu adalah mewujudkan Parlimen Belia untuk membolehkan wakil yang dipilih belia menyatakan pandangan, cadangan dan cita rasa golongan itu kepada kerajaan. Ia adalah persediaan masa depan negara serta usaha kerajaan memahami pandangan, cadangan dan cita rasa belia bagi membolehkan wakil golongan itu berbahas usul dan kerajaan akan menimbangkannya.

Hasil pengumuman Perdana Menteri itu, satu bengkel pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia dilaksanakan dan dibincangkan secara rapi bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk membolehkan golongan belia menyuarakan pandangan dan idea selaras dengan kehendak mereka.

Pada 2010, seramai 11.5 juta belia berumur antara 15 hingga 40 tahun dikenal pasti di negara ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 71 peratus populasi belia berumur di antara 18 hingga 30 tahun, manakala Generasi Y berumur di antara 9 hingga 28 tahun ialah seramai 11.4 juta orang. Statistik ini jelas menunjukkan betapa besar pengaruh golongan belia kepada negara. Persoalannya sekarang apakah model yang hendak digunapakai bagi Parlimen Belia Malaysia ? Yang penting hendak dilihat adalah hasil garapan bagi Parlimen Belia Malaysia akan menjadikan belia mempunyai keberanian, disiplin dan kreativiti dari aspek gaya pemikiran, di samping semangat patriotik, toleransi dan ketahanan dari aspek kesungguhan serta kompetitif, ketelitian dan berpasukan dari aspek tindakan.

Tugas yang agak mencabar adalah Parlimen Belia Malaysia perlu memperhalusi beberapa perkara seperti polisi yang melibatkan soal perundangan, sistem pelaksanaan, apakah perlu ada penggubalan Akta Parlimen Belia (sama ada perlu atau tidak) di mana menunjukkan keseriusan kerajaan atau adanya suatu "structured institution" selain wujudnya peruntukan yang jelas mengenai peranan, matlamat, fungsi, bidang tugas dan kuasa serta sumber kewangan.

Selain itu, ia perlu dilihat dari sudut model negara lain, persoalan yang akan berbangkit isu bidang kuasa di bawah Perlembagaan Malaysia atau mungkin terlalu "governmental" serta berbangkit isu menentukan "stakeholder" dan tempoh masa yang diambil menggubal suatu undang-undang di dalam Parlimen Belia Malaysia kelak.


Antara yang mungkin menjadi cabaran utama adalah perkara mengenai belia tidak termasuk dalam mana-mana senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 77 -Bidang kuasa baki perundangan terletak pada negeri, Kerajaan Persekutuan tiada kuasa untuk membuat undang-undang berkenaan dengan belia, manakala asas bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 668) dibuat di bawah perkara "Pertubuhan tidak diperbadankan" di bawah Senarai Persekutuan.

Jadi satu persoalan akan timbul yang mana, apakah konsep Parlimen Belia Malaysia kelak bercorak pertubuhan atau individu? Jika pertubuhan, ia boleh termasuk di bawah Senarai Persekutuan dan sekiranya individu, ia termasuk di bawah Perkara 77 iaitu kuasa baki perundangan.

Cabaran yang sedang dibincangkan pada masa ini adalah mengenai Akta 668 itu sendiri. Akta tersebut adalah untuk mendaftar pertubuhan belia dan memudahkan pembangunan belia di
negara ini. Akta 668 dibuat di bawah perkara "Pertubuhan yang tidak diperbadankan" yang
termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Soalnya di sini apakah Parlimen Belia Malaysia diperlukan untuk dikecualikan daripada pemakaian Akta 668 ? Tidak boleh lari juga soal Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).Kita perlu lihat kesan AUKU ke atas mahasiswa yang menjadi wakil Parlimen Belia Malaysia. Bagaimana pula kita hendak mentakrifkan sedangkan mahasiswa terikat dengan AUKU dan apakah mungkin adanya satu budi bicara atau klausa khas daripada Naib Canselor atau Menteri Pengajian Tinggi sendiri membenarkan mahasiswa menjadi wakil Ahli Parlimen Belia Malaysia?


Penulis juga beranggapan wajarkah mahasiswa menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia sekiranya terikat dengan AUKU. Atas landasan itu, ia perlu diperhalusi agar tidak kelak menimbulkan konflik yang berpanjangan dan akhirnya matlamat asal Parlimen Belia Malaysia tidak tercapai.Pada masa ini mengikut hasil kajian Makmal Transformasi Pembangunan Belia telah mengenal pasti sebanyak 33 model Parlimen Belia di seluruh dunia. Antara negara yang melaksanakan Parlimen Belia adalah United Kingdom Youth Parliament (UKYP), European Youth Parliament, Morrocan Youth Parliament, Afghanistan Youth Parliament, Youth Parliament Of Pakistan, Ghana National Youth Parliament, Australia Youth Parliament dan Timor Leste Youth Parliament.

Di UKYP, ia diurus tadbir dan digerakkan oleh golongan muda atau belia seawal usia 11 hingga 18 tahun dengan membawa suara bernas, kreatif dan inovatif mengikut acuan masingmasing bagi perkembangan sosial semasa. Di UK, ahli-ahli Parlimen berusia 11 hingga 18 tahun dengan keahlian 600 orang seperti mana penulis maklumkan sebelum ini dan bersidang sekali setahun dengan memberi peluang kepada belia mereka menyalurkan idea dengan kreatif bagi membawa kepada perubahan sosial. Kriteria pemilihan UKYP adalah secara pilihan raya.

Di Australia, Parlimen Belia terbahagi kepada dua iaitu Parlimen Belia Kebangsaan dan Parlimen Belia Negeri. Persidangan di negara Kanggaro itu berlangsung selama tiga hingga sembilan hari dan mempunyai keahlian seramai 116 orang berumur antara 16 hingga 25 tahun yang mana pemilihannya dilaksanakan secara online.


Di Scotland pula, ia mempunyai keahlian seramai 200 orang berumur antara 14 hingga 25 tahun yang dipilih dua wakil Parlimen. Parlimen Belia negara "Highlanders" bersidang sebanyak tiga kali setahun dengan bermatlamat menggalakkan belia terlibat dalam proses membuat keputusan.

Di negara Asia seperti Pakistan yang mana belia mereka dipilih antara umur 18 hingga 29 tahun dan mereka bersidang selama 30 hari setahun dengan keanggotaan seramai 60 orang dan kriteria pemilihannya adalah bagi satu penggal iaitu setahun di seluruh negara, manakala di Filipina pula belia mereka dipilih antara umur 15 hingga 30 tahun dengan keanggotaan seramai 160 orang yang dipilih di seluruh negara.

Di Malaysia, cadangan golongan belia ialah had umur 15 hingga 30 tahun atau 18 hingga 25 tahun dengan keahlian seramai 222 orang. Tempoh persidangan yang dicadangkan adalah tiga hari dalam setahun yang mana kaedah kriteria pemilihan secara online (masih dalam cadangan) yang mana dilaksanakan dalam tempoh dua bulan, disenarai pendek oleh Sekretariat dan proses temuduga. Dijangkakan persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia pada 2012/2013.

Sejajar dengan transformasi negara, matlamat Parlimen Belia Malaysia adalah menjana kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan untuk menjadikan resolusi Parlimen Belia menjadi polisi dan dasar kerajaan.

Lebih penting, Parlimen Belia Malaysia hendaklah bebas dari membawa agenda politik dan mestilah mempunyai kekuatan untuk membawa isu-isu yang berkepentingan buat golongan belia di negara ini.


Parlimen Belia Malaysia: Suara demokrasi Generasi Y ( laman akhbar tempatan)

* sumber dari blog Apple Biru




Perak Cyber Trooper bersama PUIB


Program minum petang Perak Cyber Trooper (PCT) bersama Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat (PUIB) telah berjaya menarik minat berbagai pengguna medium media sosial terutama Facebook untuk turut serta menyertai perang siber dengan pihak pembangkang.

Pemuda yang juga terdiri dari belia yang berumur bawah 40 tahun adalah rata-ratanya pengguna media sosial dan masing-masing mempunyai Facebook sendiri disamping Twitter dan juga Blog. Penerangan dari PCT tentang pentingnya medium media sosial dalam penyebaran maklumat dan pematahan hujah dari pihak pembangkang. Oleh itu kerjasama dari pihak PUIB untuk bersama-sama berjuang dalam medium adalah amat diperlukan supaya isu yang dibawa oleh pembangkang dapat dipatahkan dan di jawab oleh PCT dan PUIB.

Ini penting supaya rakyat dan pengundi dapat menilai dan tidak cepat terpengaruh dengan isu negatif tentang kerajaan. Era kini kita sedia maklum yang pihak pembangkang majoriti menggunakan medium siber untuk berkempen dan menghentam kerajaan terutama parti UMNO.

Program ini turut disertai oleh seorang wakil pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kinta yang juga menerangkan tentang kemudahan dan kerjasama pihak kerajaan dalam memajukan aktiviti belia.

















Jumaat, 23 November 2012

Belia yang berminat ke Parlimen boleh daftar di portal PBM


Portal Parlimen Belia Belia Malaysia dilancarkan. Teman tabik pada Kementerian Belia dan Sukan sebab mewujudkan Parlimen Belia Malaysia. Suara anak-anak muda akan dapat lebih didengari dan ada platform khusus untuk anak-anak muda bersuara. Bukan ditepi jalan dan berdemontrasi. Anak-anak Muda diiktiraf sebagai pewadah bangsa masa depan. Ayuh anak-anak muda, ini masa untuk memilih wakil bagi memastikan suara kome didengari..Moh kita daftar.

PUTRAJAYA — Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semalam telah melancarkan portal khas untuk Parlimen Belia Malaysia (PBM) sebagai medium utama pendaftaran pemilih, pendaftaran calon dan pengundian calon.

Hari ini, portal tersebut telah dibuka kepada umum dengan membuka sistem pendaftaran daftar pemilih yang mana belia yang berumur 18 hingga 30 tahun adalah layak untuk mendaftar.

Bagi belia yang berminat untuk menjadi ahli PBM pula, mereka perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti :-

1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 30 tahun.

2. Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah.

3. Tidak muflis.

4. Mendapat sokongan minimum 50 orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dari kawasan yang diwakili.

5. Mempunyai seorang pencadang daripada pemimpin-pemimpin pertubuhan belia atau pertubuhan bukan kerajaan yang sah berdaftar dari kawasan yang hendak diwakili.

PBM bakal dianggotai oleh seramai 222 wakil belia bagi setiap kawasan parlimen yang mana mereka ini akan dipilih secara atas talian oleh pengundi yang telah berdaftar di portal tersebut.

PBM dilaksanakan hasil daripada inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia dalam menjadikan Generasi-Y sebagai fokus utama pembangunan belia negara malah bagi negara-negara luar seperti Australia, Parlimen Belia dianggap sebagai suatu sistem yang penting dalam pembangunan belia.

Untuk capaian portal tersebut, sila klik http://interaktif.kbs.gov.my/parlimenbelia/

* sumber dari Apple Biru




FESTIVAL BELIA 2013 YANG PALING BERJAYA !!! RAKYAT DIDAHULUKAN...


Teman teruja dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan mengatakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara pada 23 hingga 26 Mei tahun depan. Sumbangan daripada sektor korporat dan swasta telah melimpah ruah nak bantu KBS menjalankan aktiviti-aktiviti anak muda Malaysia. Teman berbangga sebab sektor korporat dan swasta tidak lupa menyumbangkan sedikit keuntungan bagi membangunkan modal insan khusunya untuk anak-anak muda Malaysia seperti tahun lepas. Teman ghase geng-geng Pakatan Rakyat nak cari modal untuk spin isu ini macam-macam cagher. Biasa la deme ni, ada aje yang tak puashati. Deme ini sememangnya apa yang Kerajaan BN buat, semuanya tak betul. Yang betulnya deme aje. Lepas ni teman tak heghan kalau deme, Nik Aziz buat sembahyang hajat dan mendoakan pulak Festival Belia Putrajaya 2013 ini KO. Sabor aje ler..tunggu kiokk deme ni je baru le deme berenti bercakap.heeeeeee...

KAJANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara pada 23 hingga 26 Mei tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah tersebut akan melebihi tajaan bagi acara yang sama sebelum ini iaitu RM20 juta.

“Saya percaya jumlahnya akan melebihi tajaan yang diperoleh pada tahun lalu berdasarkan respons yang diterima daripada penaja sehingga kini.

“Sebelum ini untuk mengadakan 500 acara agak sukar tetapi selepas tiga tahun dianjurkan, lebih daripada 500 acara sudah sedia untuk diadakan nanti,” katanya ketika berucap pada Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal Bersama Badan Bukan Kerajaan dan Swasta di sini semalam.

Bengkel tersebut turut membincangkan kelemahan dan kekuatan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 serta langkah untuk menambah baik aktiviti yang akan dilaksanakan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zaidon Asmuni dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara, Mod Nadzri Yaacob.

Ahmad Shabery memberitahu, kementerian tersebut menyasarkan seramai 2.5 juta pengunjung bakal menghadiri acara yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu.

Beliau juga memberi cadangan agar diwujudkan satu aplikasi khas bagi telefon pintar untuk acara itu seperti yang digunakan ketika Sukan Olimpik di London tahun ini.

“Sebagai contoh, aplikasi semasa Sukan Olimpik itu memudahkan pengunjung untuk mengetahui acara-acara yang sedang berlangsung dan lokasinya.

“Aplikasi itu nanti akan memudahkan pengunjung kerana mereka boleh mencari maklumat acara dan aktiviti melalui telefon pintar. Sudah tentu aplikasi itu akan memberi tarikan kepada karnival tersebut,” katanya.


* sumber dari Apple Biru.


Jumaat, 2 November 2012

Belia boleh nikmati rebet telefon pintar mulai 1 Januari


Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Januari depan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yakin program itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik.

"Walau bagaimanapun, kementerian saya sedang meneliti makna sebenar istilah smartphone yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai.

"Bila ini beres, saya kira tiada hal lagi (untuk pelaksanaan pemberian rebat). Ramai yang bertanya, jadi kita nak beri ruang secukupnya supaya mereka boleh berhubung terus dengan SKMM atau kedai-kedai dan ejen yang sudah didaftar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 kementerian itu di Muzium Negara, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara one-off bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka.

Mengulas mengenai kajian semula garis panduan proses pembelian drama daripada syarikat penerbitan tempatan terutama dalam aspek bayaran, Rais berkata, ia akan dijalankan mengikut harga pasaran.

"Jika perlu kita buat kadar baru, insya-Allah kita buat. Tapi pada masa ini RTM merupakan pemberi bayaran tertinggi kepada drama atau telemovie.

"Harap stesen lain seperti Astro dan Media Prima dapat samakan kadarnya dengan RTM," katanya.

Rais berkata, objektif utama kajian semula itu adalah supaya industri kreatif negara yang melibatkan bakat mendapat pengiktirafan sewajarnya.


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...