Memaparkan catatan dengan label Dr Zambry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Zambry. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2015

Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak Dirombak Kepada Portfolio Baru


Senarai Portfolio Baharu Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak


1) Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
- Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.

2) Datuk Saarani Mohamad
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan.

3) Datuk Dr Mah Hang Soon
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu.

4) Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid
- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

5) Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
- Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

6) Datuk Rusnah Kassim
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

7) Datuk Samsudin Abu Hassan
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil.

8) Datuk Mohd Nizar Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.

9) Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi.

10) Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

11) Datuk Shahrul Zaman Yahya
- Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan


Exco-Exco yang baru sahaja mengangkat sumpah di hadapan  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah


Beberapa portfolio Exco Kerajaan Negeri distruktur semula melibatkan beberapa pertambahan dan pertukaran bidang tugas.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, penstrukturan itu sudah pun dikuatkuasakan mulai 1 Ogos lalu yang tidak melibatkan perubahan dari segi keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya, empat Exco Kerajaan Negeri kekal dengan portfolio sedia ada manakala tujuh yang lain termasuk menteri besar mempunyai pertambahan dan pertukaran.

“Semua exco sudah dimaklumkan pada Rabu yang lalu tentang perubahan portfolio itu. Perubahan itu merupakan idea dan cetusan baharu menteri besar selepas pulang dari Havard baru-baru ini.

“Selain pembangunan luar bandar, perladangan dan pertanian, kini, saya akan memegang portfolio penerangan dan pembangunan modal insan selepas kerajaan negeri mengambil alih kem Biro Tata Negara (BTN). Kita akan buat kem sendiri, jadi saya diberikan khusus untuk itu,” katanya kepada media semalam.

Saarani berkata demikian ketika menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad Wilayah Perak di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Ramlee Abu Bakar dan Pengurus Besar Felcra Wilayah Perak, Mat Roni Zakaria.

Empat Exco Kerajaan Negeri yang kekal dengan portfolio masing-masing adalah Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kini memegang portfolio Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Ekonomi manakala portfolio agama diletakkan di bawah Datuk Mohd Nizar Zakaria yang kini dengan portfolio baharu iaitu Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.

Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Mohd Nizar kini dipegang Datuk Samsudin Abu Hassan.

Perubahan turut melibatkan portfolio Datuk Shahrul Zaman Yahya apabila hanya bertanggungjawab bagi Sumber Manusia, Belia dan Sukan manakala Komunikasi dan Multimedia kini diberikan kepada Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Sementara Datuk Rusnah Kassim pula, selain memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, dua lagi portfolio baharu diletakkan di bawah beliau iaitu Perumahan dan Kerajaan Tempatan.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Selasa, 14 Oktober 2014

Al-Fatihah...Bapa MB Perak Meninggal Dunia


Bapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meninggal dunia awal pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham Abd Kadir Muhammad atau lebih mesra dipanggil Pak Karim menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor.

Jenazah Allahyarham dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor‎.

Allahyarham meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry.

Ketika hayatnya, Allahyarham‎ pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun dan bersara pada tahun lepas.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Terbang dari Ipoh dengan Malindo Air


Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan  menjadikan destinasi Ipoh sebagai pemangkin kepada operasi penerbangan terbaharu bagi laluan domestik dan serantau.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, laluan Ipoh kini merupakan pasaran penerbangan yang berpotensi untuk dikembangkan.

"Penerbangan pertama dari Subang ke Ipoh hari ini hampir penuh dan ia menandakan Ipoh merupakan pasaran yang baik," katanya kepada pemberita pada Jumaat semalam.

Beliau ditemui pada majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Ipoh oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Chandran berkata, Malindo Air akan melancarkan penerbangan pertama bagi laluan Johor Baharu-Ipoh dan Ipoh-Medan (Indonesia) pada 17 Oktober ini selain akan mengkaji untuk mengadakan penerbangan Ipoh-Langkawi serta Ipoh-Krabi,Thailand pada masa depan.

Selain itu, sektor pelancongan perubatan juga akan menerima kesan positif daripada penawaran laluan Ipoh-Medan kerana ramai penduduk Sumatera, Indonesia mendapatkan perkhidmatan perubatan di negara ini, katanya.

Menurutnya, syarikat itu berharap dapat melancarkan penerbangan laluan Ipoh-Singapura dengan menggunakan pesawat Boeing.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Menteri Besar supaya Malindo Air menawarkan penerbangan antara Ipoh dengan negara di Indo-China dan China memandangkan Ipoh menerima permintaan pelancongan yang amat menggalakkan.

Sementara itu Zambry berkata, penawaran perkhidmatan penerbangan oleh Malindo Air membantu merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negeri.

Menurutnya, ada beberapa syarikat lagi telah mengatakan hasrat mereka untuk menawarkan perkhidmatan udara ke Ipoh. 

Zambry berkata kerajaan persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju terhadap perancangan kerajaaan negeri untuk menaik taraf Lapangan Terbang Gerik melalui peruntukan RM15 juta.

"Bagaimanapun, kita sedang mengkaji sama ada kos itu boleh menampung perancangan tersebut atau akan ada satu kawasan baharu untuk dijadikan lapangan terbang di Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat," katanya.

Zambry berkata, usaha itu adalah sejajar dengan penawaran daerah Hulu Perak yang memiliki produk pelancongan berkualiti dan bertaraf dunia seperti Royal Belum dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.



Rabu, 27 Ogos 2014

Model BOGEL didakwa di Mahkamah Ipoh denda RM400 jer



Dua model yang berpakaian separuh bogel ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof dekat Padang Ipoh di sini kelmarin, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM400 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di Ipoh.
KLIK > laporan sebelumnya.
 
Majistret Haslinda A Raof mengenakan hukuman itu terhadap tertuduh lelaki, Low Kah Wai, 27, dari Petaling Jaya, Selangor dan tertuduh wanita, How Jo Yee, 21, dari Marang, Terengganu selepas mereka mengaku salah.

Mereka didakwa secara bersama mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (KK) iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam di lampu isyarat dan berdepan Bank CIMB di jalan berkenaan pada jam 9 pagi 25 Ogos.
Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 KK yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.


Mengikut fakta kes Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih ketika melakukan kesalahan itu.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh oleh Andrew Soong.


aikkk....pakai baju pulakssss
Ekoran dari pelbagai laporan polis yang telah dibuat, pihak polis menyeret dua model separuh bolen ini ke mahkamah. Peruntukan undang-undang yang ada cuma boleh mengenakan hukuman takat RM400 jer.. ini terlalu ringan rasanya tidak mendatangkan kesan kepada si pesalah.

Harap "Pengubal Undang-Undang" di negeri dan negara ini akan semak balik kerana kebelakangan ini semakin bertambah isu atau kes sebegini berlaku. Rakyat tidak boleh menerima perlakuan moral rendah dan memalukan ini.





*laporan dipetik dari laman sesawang akhbar tempatan.



Rabu, 6 Ogos 2014

Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...


"Kerajaan negeri Perak serius dalam menangani kegiatan judi haram dan telah mengambil tindakan berterusan untuk membenterasnya, sekaligus bagi mengelakkannya berleluasa di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri bersependapat dan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membenteras kegiatan tersebut.
Menurut beliau, perkara tersebut turut dibincangkan di dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu.
Malah, kata Dr Zambry, kerajaan negeri k telah pun melancarkan usaha memerangi kegiatan judi haram itu sejak beberapa tahun lalu.
"Tidak ada kompromi dalam soal ini, malah saya ingin maklumkan di sini kerajaan negeri telah pun melancarkannya sejak beberapa tahun, sama ada secara terbuka atau pun secara tersusun yang dilakukan melalui tindakan-tindakan pihak berkuasa kerajaan tempatan dan juga pihak polis sendiri," katanya
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek bernilai RM6 juta sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pejabatnya di Ipoh pada Rabu.
Menteri Besar berkata, dengan pengumuman KDN, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan masalah judi haram ini tidak berleluasa di Perak.
Baru-baru ini KDN meminta kerjasama kerajaan negeri, khususnya pihak berkuasa tempatan untuk turut memerangi kegiatan judi haram yang semakin berleluasan ketika musim bola sepak piala dunia sekarang.
Polis perak dengan kerjasama bahagian penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh telah membuat serbuan terbaru di sekitar bandaraya ini untuk membenteras kegiatan judi haram melalui Operasi Dadu." > dipetik dari PerakNews bertarikh Rabu 9/7/2014

KLIK SINI untuk lihat keratan suratkhabar berkaitan dengan pengisytiharan oleh Menteri Besar Perak akan isu judi haram ini.

Jangan takat cakap jer lepas tu bubuh dalam suratkhabar tapi tak ada tindakan yang betul-betul serius di buat...apaaaa kedai-kedai Jackpot ni KEBAL sangat ke?

Ini pulak janji dari Menteri KDN...kita baca kat SINI

Ibarat "Hangat-hangat Taik Ayam"...jangan tak ada operasi atau tangkapan dibuat, inilah yang sempat diserbu tapi macam dah atur jer tak kan lah tangkap orang-orang tua jer yang main judi (Operasi di Ipoh, Taman Cempaka)







Sabtu, 12 Julai 2014

Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram


Kelmarin Menteri Besar Perak, Dr Zambry telah isytihar perang terhadap kegiatan judi haram di negeri ini. Nampaknya kerajaan Perak betul-betul serius dan dengan rasmi memgumumkan untuk membanteras kegiatan atau perniagaan haram ini.

Persoalannya bilakah agensi-agensi atau jabatan-jabatan penguatkuasaan yang lain nak isytihar benda yang sama?
Contoh seperti Majlis Bandaraya Ipoh, lain-lain Perbandaran Daerah (PBT), Lembaga Air Perak (LAP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan yang paling utama sekali ialah dari Ketua Polis Negeri Perak.


Kalau setakat buat operasi satu dua tempat dan yang dapat tangkap pun beberapa orang tua dan Bangla buat apa?...
Apa tindakan yang di laksanakan oleh PBT-PBT atau MBI keatas pemilik premis yang menjalankan perniagaan haram ini. Ini lepas operasi oleh penguatkuasa depa masih boleh beroperasi balik...APA CITER???

Kenapa tak dipotong bekalan elektrik dan air premis yang buat judi haram tu???

Apa dah jadi dengan agensi-agensi ini, banyak sangat kena lapik ka???

 BACA SINI

 
JANGAN TAKAT CAKAP DAN DECLARE DALAM PAPER JER...


BANTERASSS
BANTERASSS
BANTERASSS


NGO-NGO tolong mainkan peranan...kalau kat negara sendiri pun tak boleh nak perang tok sah citer la nak pi negara Arab untuk berperang.

Jom pi banteras kedai judi ini...



Sabtu, 20 April 2013

DUN Pangkor akan bertembung 3 penjuru



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor akan berhadapan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.



Beliau akan menentang calon muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifullah Mohd. Zulkifli dan calon Bebas, J. Benard Parenpa.

Ketika tsunami politik pada 2008, Zambry menjadi antara calon Barisan Nasional (BN) yang berjaya memperolehi majoriti besar iaitu 5,785 dengan mengalahkan calon PKR, Pakhrazi Musa.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Budak suruhan Niza Meroyan hentam keromo jer pasal isu Rumah Perak


Dalam Harakahdaily isu ini di war-warkan oleh Pas seolah olah Menteri Besar Perak telah menjual aset negeri kepada kroni beliau. Beberapa persoalan ditimbulkan oleh Salman Salleh iaitu budak suruhan kepada Nizar Meroyan, bertujuan untuk menyerang Datuk Seri Zambry.

Antara cubaan fitnahnya yang berbentuk soalan itu, ada dituliskan dibawah berserta jawapan balas atas perkara yang sebenarnya.

1.Adakah benar Rumah Perak dijual kepada orang/kroni Datuk Seri Zambry?

Jawapan: Tidak. Rumah Perak tidak dijual tetapi sebaliknya sebuah syarikat yang bernama Al Creative Developers sdn bhd diberi hak untuk mengurus Rumah Perak selama 30 tahun.

2.Kenapa kerajaan negeri menjual Rumah Perak dan apakah rasionalnya.

3.Adakah kerajaan negeri Perak menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa menjual aset?

4.Adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah baru untuk menggantikan rumah yg telah dijual?

Jawapannya tetap sama iaitu Rumah Perak tidak pernah dijual pun...

Bagi soalan-soalan yang nampak banyak yg diutarakan oleh budak Niza Meroyan itu boleh dijawab dengan hanya satu jawapan sahaja. Ini kerana semua soalan-soalan salman berbeza ayatnya tetapi menumpukan kepada penjelasan yg sama dan lebih kepada mahu memburukkan Datuk Seri Zambry, iaitu rumah tersebut telah dijual. Walhal rumah itu tidak pernah dijual pun.

Semua soalan bodoh dan berunsur fitnah yang diutarakan oleh si salman budak Niza Meroyan itu perlu dijawab secara lebih detail, takut budak si Niza Meroyan tu tak faham lak.....

Rumah Perak tidak dijual tetapi di berikan hak mengurus kepada syarikat Al Creative Developers sdn bhd. Dan rasionalnya kenapa aset itu di beri hak mengurus kepada syarikat berkenaan ialah kerana Rumah Perak yg berada di Batu Feringghi itu hanyalah sebuah rumah lama yang hanya boleh disewa oleh kakitangan kerajaan negeri Perak dengan sewaan sebanyak RM50 sehari. Rasionalnya tiada keuntungan langsung kepada kerajaan negeri sekiranya cara ini diteruskan kerana maintainance rumah dan kawasan sekitarnya pun tidak boleh ditanggung oleh hasil sewaan itu.

Manakala sekiranya hak mengurus diberi kepada syarikat yang disebutkan tadi maka pendapatan kerajaan negeri semakin bertambah dan hak milik rumah serta tanah masih lagi menjadi hak milik kerajaan negeri Perak.

Ini adalah kerana berdasarkan perjanjian berikut diantara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Al Creative Developers sdn bhd.

1.Perjanjian pembangunan berdasarkan kepada BOT ( Build - Operate - Transfer ) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.

2.Pemaju dibenarkan membina sebuah Hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat ditapak tanah rumah perak dengan syarat Rumah Perak sediada tidak dirobohkan. Dan hotel tersebut akan menjadi hak milik kerajaan negeri Perak sepenuhnya selepas 30 tahun apabila tamat perjanjian.

3.Pemaju tidak dibenarkan mencagar tanah kepada mana mana pihak.

4.Pemaju juga perlu membayar kepada SSI untuk 30 tahun perjanjian itu dengan 3 fasa.

a. Fasa pertama ialah untuk 10 tahun pertama pemaju perlu membayar sebanyak RM190,000 setahun.
b.Fasa kedua ialah untuk 10 tahun kedua sebanyak RM194,500 setahun
c.Fasa ketiga iaitu 10 tahun ketiga pemaju perlu membayar sebanyak RM199,225.

5.Setelah hotel tersebut disiapkan, kakitangan kerajaan negeri Perak tetap boleh menyewa bilik hotel tersebut dengan harga RM50. Dan 5 bilik disediakan khas untuk kakitangan kerajaan negeri Perak sahaja.

Status pembangunan semasa masih lagi menunggu kelulusan dari One Stop Centre (OSC) MPPP.

Di sini kami pula ingin mendapat penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, adakah Lim akan membiarkan pembangunan ini dijalankan atau akan cuba mensabotaj projek ini atas dasar politik milage?

Kepada Salman Budak suruhan Niza Meroyan kami juga ingin memberi sedikit pandangan agar jangan memfitnah dengan menggunakan "ayat ayat berbentuk soalan" atau "ayat ayat yg kononnya meminta penjelasan "dan ayat ayat yang seumpamanya. Jadilah seorang muslim sejati kerana parti anda ada tertulis Islam. Buat malu nama Islam je........

Sebab tu la jangan ikut sangat kerenah NgaNgeh tu...kan dah jadi Ngok....BONGOK!!!
Buat kata orang bijak pandai, kalau ada otak bodoh tu jangan la di bawa berjalan, tinggalkan bodoh tu dirumah. Bawak otak yg bijak je berjalan... Kalau bodoh tak nyusahkan orang takper, ni bodoh tak boleh diajar sebab kerjanya nak fitnah orang jer.... Kononnya macam orang bijak le bila tuduhan fitnah tu pakai ayat kononnya nak minta penjelasan dari Datuk Zambry....



Puiiihhh...puiiihhh...puiiihhh




Selasa, 2 Oktober 2012

Rumah Rakyat dibiayai oleh kerajaan negeri Perak



Seramai 100 keluarga di Parit Buntar akan memiliki rumah sendiri apabila Projek Perumahan Rakyat di Parit Haji Wahab siap kelak.

Projek perumahan untuk rakyat yang dibina oleh Kerajaan Negeri itu dijangka siap pada tahun 2014. Ianya akan dijual kepada rakyat dengan harga yang akan ditetapkan kemudian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri Perak, selaras dengan kepesatan pembangunan negara.

"Kita harap projek ini dapat mengurangkan masalah penduduk di sini terutamanya mereka yang masih tidak mempunyai rumah.

"Ini bukan satu-satunya projek sebegini yang akan kita bina.

"Malah kita akan buat (projek sebegini) di seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Parit Haji Wahab, Parit Buntar pagi ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk R. Ganesan, exco kerajaan negeri Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Puhat Mat Nayan.

Keseluruhan projek menelan belanja hampir RM10.5 juta meliputi tanah seluas 11 ekar. Kos tersebut meliputi pengambilan tanah dan kerja-kerja menambak tapak yang menelan belanja lebih kurang RM2.5juta.

Apabila siap, kawasan rumah teres setingkat tersebut akan dilengkapi dengan kawasan padang permainan, tapak surau, tapak dewan serbaguna dan tapak kedai.

Ia merupakan projek Kerajaan Negeri di bawah peruntukan RMK-10.

Setiap unit rumah teres setingkat berkeluasan 740 kaki persegi itu mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang dapur dan tempat letak kereta.

Permohonan akan dibuka kepada semua masyarakat, terutamanya yang berpendapatan rendah.

Walaubagaimanapun, Dr Zambry berkata kerajaan tidak akan meletakkan syarat yang terlalu ketat yang mungkin akan menjejaskan peluang mereka yang benar-benar memerlukan rumah daripada memilikinya.

"Kita akan buat penilaian dahulu demi memastikan siapa yang layak untuk memiliki rumah di sini.

"Kita bimbang jika diletakkan syarat yang terlalu ketat, ianya akan menimbulkan masalah.

"Ada setengah projek yang tidak dapat dijual kerana syarat yang diletakkan terlalu ketat padahal tujuan utama kita adalah untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat dan memastikan setiap rakyat mampu memiliki rumah," katanya.

Tambah beliau sambutan daripada penduduk setempat terhadap projek tersebut amat menggalakkan kerana selepas sahaja majlis pelancarannya, lebih 200 borang telah diedarkan.

Sebelum itu, Puhat berkata ia merupakan projek perumahan rakyat pertama yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

Sebelum ini projek perumahan awam yang dibina di seluruh negara merupakan projek Kerajaan Persekutuan.


Syabas... Menteri Besar Perak!!!





Isnin, 1 Oktober 2012

Niza Meroyan bakal kecundang jika bertanding DUN Pasir Panjang PRU13



Walaupun Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan keyakinannya bahawa kawasan yang dipegangnya diramal kekal milik PR pada PRU akan datang, namun pengumuman Menteri Besar baru-baru ini sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan pihak pembangkang bagi mempertahankan kawasan itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang kepada Umno dalam satu proses pertukaran kerusi.

Walaupun Zambry enggan mendedahkan kerusi mana yang akan diserahkan Umno kepada MIC sebagai ganti, namun MIC telah memberikan lampu hijau untuk memberikan laluan kepada Umno bertanding dalam PRU yang akan datang.

Ini berikutan, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi memandangkan kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu.

Pada 2008, calon MIC, Dr S Vasan tewas kepada Nizar (Pas) dengan perbezaan 4,474 undi.

Nizar dalam komennya amat yakin PR tidak mempunyai masalah walaupun seramai 500 pengundi di Felcra Lekir dipindahkan dari pusat undi Dun Pasir Panjang ke Dun Sitiawan.

Keyakinan itu kerana seramai 3,500 pengundi baru khususnya golongan muda di Dun Pasir Panjang dikatakan akan terus memberi sokongan kepada PR ditambah pula Dun Sitiawan adalah rakan seperjuangan iaitu Datuk Ngeh Koo Ham yang dilihat boleh memberikan kemenangan kepada parti itu.

Namun, adakah 3,500 itu bakal menyokong PR sepenuhnya, BN pula dikatakan bakal membuat kejutan calon di situ.

Bekas Menteri Besar itu tetap berhadapan risiko untuk tewas memandangkan jumlah pengundi baru itu mampu memecahkan majoriti yang dimenanginya pada PRU12.

Dalam hal ini, Nizar dan rakan PR dilihat masih perlu berjaga-jaga.

Kedua-dua parti baik BN mahupun PR dilihat mempunyai peratusan kemenangan yang agak sama, di antara Umno dan juga Pas hanya pengundi di kawasan Dun Pasir Panjang akan menjadi penentu siapa wakil mereka kelak.

Sementara di kawasan Dun Sitiawan, Zambry melaungkan amaran bahawa BN mampu memecahkan tradisi di kawasan yang dikatakan kubu kuat DAP sejak dulu lagi.

Namun begitu, kerja kuat yang dijalankan Koo Ham tidak dapat disangkal apabila beliau membuka empat pusat khidmat Adun bagi memudahkan rakyat menyalurkan permasalahan.

Ini dibuktikan apabila DAP kekal di Dun Sitiawan tanpa rekod kalah sejak dulu. Tetapi kenyataan yang dikeluarkan Koo Ham dalam laman sosial, baru-baru ini boleh menggoyah kedudukan Pengerusi DAP Perak itu di Sitiawan.

Ini dikaitkan dengan keputusan beberapa individu yang mendakwa ahli DAP Parlimen Beruas keluar parti itu baru-baru ini.

Sebelum ini, mereka yang menyertai DAP sejak 2008 itu mengambil tindakan drastik keluar parti berpunca kegagalan DAP mengotakan janji yang ditabur kepada pengundi di kerusi Dun Pantai Remis dan Parlimen Beruas.

Berlainan dengan Dun Pangkor menjadi anak emas buat Zambry, bermula dengan perkampungan nelayan kini bertukar rupa kepada satu pusat pelancongan terkenal di Perak mahupun Malaysia.

Pelbagai usaha yang dijalankan Zambry bukan sahaja di Pangkor, malahan di Manjung itu sendiri apabila daerah itu kini menjadi antara daerah termaju di Perak.

Walaupun kedudukan Zambry di Dun Pangkor kelihatan kukuh, namun pastinya pihak pembangkang tidak lepas pandang dalam pemilihan calon yang dikatakan mampu menggugat kerusi panas itu sekali gus merampas kedudukan milik Umno.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan pihak pembangkang akan meletakkan seseorang yang mempunyai nama, berpengaruh serta popular serta pernah berkhidmat di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang bakal memberikan persaingan kepada Zambry nanti.

Masyarakat Parlimen Lumut mungkin akan terus mengekalkan Ahli Parlimennya dikatakan rapat dan sering memenuhi jemputan rakyat.

Kesibukan sebagai Menteri Pengangkutan, tidak menghalang Datuk Kong Cho Ha mendampingi pengundinya. Kemungkinan untuk Cho Ha menang di Parlimen Lumut jika dicalonkan semula agak tinggi.

Namun segalanya terletak kepada pilihan rakyat, Kuasa mengundi dan memilih di tangan mereka.

Zambry: Tsunami politik mungkin berlaku

“Jangan terkejut jika akan berlaku tsunami politik sekali lagi dan kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sitiawan yang dikatakan kubu kuat DAP," demikian tegas Zambry.

Fakta itu bersandarkan kepada rakyat sudah yang dikatakan terlalu benci dengan politik pembohongan, maki-hamun dan fitnah.

Menurutnya, jika rakyat merasakan jika parti berkenaan memerintah boleh mendatangkan huru-hara mereka akan memilih parti yang membawa keamanan.

Menurutnya, BN akan memberi tentangan di kawasan itu dan pembangkang jangan terkejut jika tsunami yang berlaku kepada parti BN dahulu boleh berlaku kepada mereka pula akibat perbuatan mereka sendiri.

“Kami sebagai wakil rakyat akan terus melaksanakan kerja. Sokongan ini semakin bertambah apabila jamuan hari raya yang kita anjurkan baru-baru ini dihadiri lebih dari 20,000 penduduk.

“Kita juga akan membuat kejutan dengan mengambil kembali Dun Pasir Panjang dan calon yang akan kita letakkan nanti adalah calon yang boleh menang yang memang mewakili rakyat,” katanya.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, jika sebelum ini, kekalahan BN dikatakan berpunca oleh calon namun untuk kali ini, pihaknya akan mengadakan perbincangan yang lebih mendalam berkenaannya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Daerah Manjung terutamanya di Parlimen Lumut adalah daerah yang termaju sekali di Perak.

Pihaknya akan memberi perhatian untuk menyeimbangkan kemajuan yang ada menerusi peluang kerja, kemudahan sosial dan juga sumbangan khidmat masyarakat.

Manakala dari segi masalah setempat, beliau yakin ia tidak melangkaui masalah yang serius dan hanya dimainkan oleh pihak tertentu sahaja untuk meraih undi.

Jelasnya, masalah-masalah ini melibatkan penyusunan masyarakat, masalah kemiskinan di kawasan nelayan, bandar, masalah penempatan yang diperlukan rakyat.

Katanya, bagi Dun Pangkor, terdapat dua pecahan iaitu kawasan nelayan dan juga kawasan penempatan tentera malah pihaknya sentiasa mengambil tindakan proaktif dengan mencari jalan penyelesaian masalah.

“Ini adalah antara perkara penting yang kita ambil perhatian, selain menyediakan pelbagai pendekatan baru termasuklah menyediakan peluang pekerjaan baru dengan melibatkan diri mereka menjadi nelayan tulen iaitu menyediakan sampan atau bot baru.

“Kita juga melibatkan mereka dalam bidang pelancongan supaya mereka dapat keluar daripada seorang nelayan kepada mereka yang terlibat dalam mengusahakan bidang pelancongan,” katanya.

Nizar: Yakin walaupun ada cabaran

Keyakinan bahawa Dun Pasir Panjang akan terus dimonopoli PR dinyatakan Nizar, hasil sokongan rakyat yang berterusan di kawasan itu.

Menurut Nizar, situasi penduduk yang bersikap terbuka dan boleh berbincang antara ramuan bahawa PR akan terus kekal di kawasan itu walaupun pelbagai strategi telah dibuat Umno.

Katanya, walaupun tindakan mengalihkan sejumlah 500 pengundi daripada Felcra Lekir dari Pasir Panjang dibawa ke Dun Sitiawan, ia tidak menjejaskan parti itu dalam PRU akan datang.

"Ada pihak tertentu menukar tempat pengundian semasa PRU12 tetapi DAP menang kerusi dengan majoriti hampir 12,000. Bermakna mereka tidak ada peluang untuk menang di Dun Sitiawan.

“Kami tidak mempunyai sebarang masalah mengenai perkara itu kerana di Dun Pasir Panjang sahaja, kami mempunyai seramai 3,500 pengundi baru khususnya golongan muda akan terus memberi sokongan kepada PR.

“Saya kira mana-mana calon yang mewakili PR akan diberikan kemenangan warga pengundi bukan hanya kaum Cina atau India malahan kaum Melayu,” katanya.

Menurutnya, semasa rampasan kuasa dahulu pihaknya telah mendapat gambaran bahawa BN cuba untuk menukarkan Dun Pasir Panjang daripada MIC kepada Umno.

Namun begitu, BN terpaksa mengakui bahawa kawasan itu kubu kuat MIC dan besar kemungkinan tempat ini akan diberikan semula kepada MIC.

Mengenai isu pembinaan tokong di Pasir Panjang yang mengaitkan beliau sebagai individu yang meluluskannya, beliau menjawab itu tidak benar.

Katanya, tokong itu sudah lama wujud dan ia telah diluluskan oleh mereka yang berkuasa di dalam Umno. Perkara itu diyakini tidak menggugat PR.

Mengenai pembangunan katanya, Dun Pasir Panjang punyai potensi besar untuk membangun tetapi malangnya tiada fokus daripada kerajaan sedia ada menyebabkan potensi untuk maju itu hilang.

“Membawa masuk kilang-kilang seperti Vale memang menjejaskan kerana rakyat di sini tidak berkenan. Saya juga difahamkan sehingga kini masih ada lagi janji-janji yang dibuat melalui Vale kepada BN belum dipenuhi.

“Kita sebenarnya memerlukan industri yang berteknologi tinggi dan saya pernah berhubung dengan pihak pengurusan pelabuhan Lumut untuk perkara ini.

"Malangnya, cadangan yang dibentangkan kepada Kerajaan Negeri ditolak,” katanya.



Rabu, 12 September 2012

Liputan Telefon Selular di Lebuhraya Perlu Ditingkatkan, MB Perak


Kerajaan Persekutuan diminta agar membantu Perak mengatasi masalah liputan telefon selular yang dihadapi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang merentasi laluan sepanjang negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata masalah itu mengganggu kelancaran komunikasi pengguna yang menggunakan lebuhraya terbabit kerana talian boleh terputus secara tiba-tiba selepas beberapa minit bercakap.

“Masalah yang membabitkan liputan telefon selular di sepanjang lebuhraya yang merentasi Perak ini sudah saya bangkitkan di mesyuarat peringkat negeri dan Persekutuan.

“Kalau dilihat peta Perak, ia memiliki laluan lebuhraya yang terpanjang berbanding negeri lain dan kita menghadapi masalah liputan selular yang menjejaskan komunikasi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan kerana wujudnya ‘blind spot’ di banyak kawasan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, sebentar tadi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri tambah Zambry, berharap agar kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dapat mengadakan perbincangan lanjut dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan PLUS Malaysia Berhad bagi menyediakan kemudahan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga katanya, telah menyediakan kemudahan jalur lebar kepada segenap lapisan rakyat di Perak bagi mendedahkan mereka dengan dunia teknologi maklumat (IT).

Sehingga hari ini, kira-kira 100,000 Notebook 1Malaysia telah diagih-agihkan kepada golongan yang layak di seluruh Perak, katanya.

Selain itu, sebanyak 368 Kampung Tanpa Wayar juga telah diwujudkan di negeri terbabit selain 11 lagi Pusat Jalur Lebar Komuniti turut dibuka dengan bantuan SKMM.

“Perak juga mempunyai 38 Pusat Internet 1Malaysia dan tidak ketinggalan kemudahan 132 telefon awam bagi kemudahan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman Perak,” katanya lagi.



'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...