Memaparkan catatan dengan label MBI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MBI. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Julai 2014

Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram


Kelmarin Menteri Besar Perak, Dr Zambry telah isytihar perang terhadap kegiatan judi haram di negeri ini. Nampaknya kerajaan Perak betul-betul serius dan dengan rasmi memgumumkan untuk membanteras kegiatan atau perniagaan haram ini.

Persoalannya bilakah agensi-agensi atau jabatan-jabatan penguatkuasaan yang lain nak isytihar benda yang sama?
Contoh seperti Majlis Bandaraya Ipoh, lain-lain Perbandaran Daerah (PBT), Lembaga Air Perak (LAP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan yang paling utama sekali ialah dari Ketua Polis Negeri Perak.


Kalau setakat buat operasi satu dua tempat dan yang dapat tangkap pun beberapa orang tua dan Bangla buat apa?...
Apa tindakan yang di laksanakan oleh PBT-PBT atau MBI keatas pemilik premis yang menjalankan perniagaan haram ini. Ini lepas operasi oleh penguatkuasa depa masih boleh beroperasi balik...APA CITER???

Kenapa tak dipotong bekalan elektrik dan air premis yang buat judi haram tu???

Apa dah jadi dengan agensi-agensi ini, banyak sangat kena lapik ka???

 BACA SINI

 
JANGAN TAKAT CAKAP DAN DECLARE DALAM PAPER JER...


BANTERASSS
BANTERASSS
BANTERASSS


NGO-NGO tolong mainkan peranan...kalau kat negara sendiri pun tak boleh nak perang tok sah citer la nak pi negara Arab untuk berperang.

Jom pi banteras kedai judi ini...



Isnin, 7 Julai 2014

Ops Bersepadu di Ipoh Syabas D7 IPK Perak & MBI


Mungkin disebabkan terlalu banyak aduan dan desakan dari masyarakat Ipoh (klik) maka pihak berkuasa akhirnya mengorak langkah menjalankan tugas membanteras kedai jackpot ini.

Seorang pemandu lori mengharap tuah pertama kali di ‘port’ baharu di Taman Cempaka di Ipoh, namun malangnya dia dicekup polis dalam satu serbuan ops bersepadu, malam kelmarin.
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan bersama tujuh individu lain ketika leka bermain judi komputer ketika diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7)  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ketika ditanya media, lelaki itu mengaku menghabiskan antara RM30 hingga RM100 setiap kali bermain sanggup duduk beberapa jam di premis terbabit bagi mendapat pulangan yang lumayan.

“Sebelum ini, saya bermain di banyak tempat dan baru pertama kali cuba di premis ini. Paling banyak menang duit RM300 dan pertama kali ditahan polis,” katanya.

Selain itu, seorang remaja berusia 19 tahun yang baru sebulan bekerja di premis itu bertindak sebagai penjaga turut ditahan bersama dua warga emas berusia 60-an.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Zailani Mohd Yussof berkata, mereka ditahan pada jam 9.30 malam ketika sedang leka bermain judi di tiga premis yang dilengkapi dengan sistem keselamatan.

Menurutnya, operasi itu diketuai oleh Inspektor Mohd Ashraf Shukor dan Pengarah Perlesenan MBI, Zulkifle Jaafar Sidek bersama empat pegawai dan 21 anggota polis serta 20 penguatkuasa MBI.

“Kebanyakan pintu masuk utama premis dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi menghidu kehadiran pihak berkuasa selain hanya pelanggan tetap sahaja yang dapat memasuki premis ini.

“Selain itu, pintu belakang premis berkenaan juga dipasang dengan sistem pintu magnetik yang boleh dikawal untuk memudahkan mereka melarikan diri sekiranya diserbu pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini.

Zailani berkata, pihaknya telah merampas sejumlah 63 set komputer dan wang tunai RM260 turut dirampas melibatkan nilai keseluruhan RM126,000.

“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga premis terbabit pernah diserbu sebelum ini namun, pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan sama. 

“Kesemua yang ditahan dan penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan,” katanya. (klik 2)

Sementara itu, Zulkifle berkata, kesemua premis yang diserbu tidak mempunyai lesen yang sah dan pihaknya akan terus memantau kesemua premis termasuk pusat-pusat internet sekitar bandar itu bagi membendung kegiatan perjudian.



Ini orang tua yang sedang main mesin judi ditahan

Rabu, 7 Mei 2014

Rapat Setia kawasan orang Melayu yang dipinggirkan



Nampaknya pihak berkuasa bandaraya Ipoh tidak begitu mengambil berat di kawasan perumahan majoriti penduduk berbangsa Melayu. Ini berikutan aduan yang telah dibuat oleh wakil penduduk kawasan berkenaan tetapi tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak berkuasa berkenaan. Difahamkan  bahawa jabatan yang terlibat ialah Jabatan Kesihatan dari Majlis Bandaraya Ipoh. Aduan telah dibuat sebulan yang lalu tapi tiada apa-apa tindakan dari pegawai berkenaan.

Longkang yang tidak dicuci serta diselenggara ini boleh menyebabkan air tersumbat mengundangkan banjir jika hujan lebat. Disamping itu ia juga sebagai pusat pembiakan nyamuk dan lain-lain binatang yang merbahaya seperti ular, tikus dan sebagainya.

Beberapa penduduk yang mengadu mengeluh mengapa nasib mereka jadi begini? Apakah salah mereka sehingga diperlakukan begini oleh pihak berkuasa. Majoriti kawasan Rapat Setia ini adalah orang Melayu. Adakah sebab kawasan ini dipegang oleh parti yang bukan dari kerajaan maka mereka ini diboikot sebegitu rupa. 


Foto-foto dibawah adalah sebahagian daripada  gambaran kawasan terbabit :


Salah sebuah longkang di Jalan Dato Damanhuri



Keadaan longkang di Jalan Raja Mahadi



Longkang di Jalan Pandan


Apalah salah penduduk disini...longkangnya tidak dibersihkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh


Dimanakah janji kerajaan yang memerintah?

'Tiada Yang Tertinggal
 Tiada Yang Terpinggir"

Nampaknya harapkan pagar...pagar makan padi.




p/s;  ni orang zamberi tak buat kojer ler ni...hampeh betoi





Jumaat, 8 Februari 2013

My Beautiful...semua Majlis dan Kaunselar dikerah pantau 5S


Semua Yang Dipertua Majlis Daerah dan Ahli Majlis di negeri Perak diarah agar memantau dan memastikan isu kutipan sampah, pemotongan rumput, pembersihan longkang, lampu jalan rosak dan jalan berlubang ditangani dengan serta-merta.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata lima isu terbabit perlu ditangani dengan segera seiring usaha kerajaan Pusat yang melancarkan program My Beautiful Malaysia peringkat negeri, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau sendiri katanya, akan bersama YDP turun padang dan membuat pemeriksaan secara mengejut bagi memastikan semua kawasan di negeri Perak bersih daripada longgokan sampah, rumput panjang dipotong, longkang tersumbat dibersihkan, jalan berlubang ditar semula serta lampu jalan yang rosak dibaiki dengan segera.

“YDP dan Ahli Majlis dikehendaki menangani isu ini dengan segera dan saya sendiri akan turun padang melakukan pemeriksaan secara mengejut pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Kerajaan negeri menerima banyak aduan awam mengenai isu ini dan saya berharap semua pihak termasuk Ahli Majlis memberi kerjasama baik dalam hal ini dengan turun padang dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Beliau berkata, jika sekiranya Majlis Daerah termasuklah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak menunjukkan prestasi baik, maka ia tidak mencapai apa yang dihasratkan oleh kerajaan negeri kerana ini merupakan perkara rutin bagi pihak berkuasa tempatan.

“Jika Ahli Majlis tidak sanggup melaksanakan tugas ini, mereka hendaklah melepaskan jawatan dan saya tidak akan bertolak ansur lagi dalam hal ini.

“Sebahagian besar mereka ini turun padang manakala bakinya perlu memperbaiki lagi perkhidmatan mereka,” tambahnya.





Khamis, 31 Januari 2013

Nga tak dapat nak 'adjust' tender MBI lagi untuk syarikat bininya


Nampaknya bekas exco kanan kerajaan Pakatan negeri Perak dahulu, si Nga...tidak dapat nak 'adjust' untuk kaut projek pembangunan Waller Court ini sebab Dr Zambry telah umumkan untuk menawarkan tender terbuka. Ngarngeh le dia jawab nyer hahaha...nasib baik kerajaan Perak ini dapat balik kepada pihak BN, walaupun 11 bulan demer memerintah namun macam-macam dah depa buat, banyak yang kita tak tahu. Dulu kan si Nga ni kantoi apabila blogger Sekupangduas dengan beraninya mendedahkan isu salah-guna kuasa biler tender membuat baju kot MBI pada masa itu di'award'kan kepada syarikat yang mana isterinya adalah salah sorang dari pengarah syarikat. Dah la tu, harga yang ditawarkan adalah yang paling tinggi tapi syarikat tu dapat jugak. Nampak sangat lu yang meng'adjust'kan nyer sebab nampak pelik dan tak betul sebab syarikat lain yang tawarkan harga yang lebih rendah tak dapat tender tu. Malas nak cerita panjang-panjang kat sini, lu orang pun mungkin dah tahu citer dan pernah dengar kan apa depa buat bukan si Ngarngeh ni jer yang paling jelas ni si Niza Meroyan pun ada.
Baca berita lanjutnya yang dilapurkan oleh laman portal tempatan di bawah ;


Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuat tender terbuka bagi melantik syarikat yang berkelayakan untuk membangunkan rumah pangsa Waller Court sekaligus menyelesaikan permasalahan penghuni yang tinggal di tengah-tengah bandaraya ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, 10 syarikat telah menghantar cadangan untuk memajukan projek itu dengan tujuh daripadanya hadir pada sesi taklimat yang diadakan baru-baru ini.

"MBI sedang membuat penilaian semua cadangan itu dan pertimbangan akan diberikan kepada syarikat yang dapat memberikan pulangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah penduduk di rumah pangsa Waller Court ini,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, ini penting bagi memastikan supaya para penghuni di rumah pangsa itu dapat hidup selesa dan diberikan kemudahan serta keadaan rumah yang lebih baik.

Pada sidang media yang sama Dr Zambry berkata, MBI sedang mengatur beberapa perancangan untuk menjadikan Ipoh sebagai kawasan hijau.

Selain itu, katanya lagi, MBI juga sedang mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah bau busuk sisa pepejal dikawasan pelupusan baru di Ulu Johan yang dihadapi para penduduk sekitar kawasan terbabit.

Dr Zambry berkata, sebuah jawatankuasa bertindak penduduk telahpun ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Dato’ Dr Mah Hang Soon dan disertai pihak pengurusan kontraktor terbabit bagi menangani masalah itu.

"Ini penting kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur yang boleh memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk sekitar,’’ katanya.






Sabtu, 20 Oktober 2012

Zambry merempit dengan skuter pusing Ipoh


Seramai 340 peserta menyertai Program Gegar Ipoh Bersama Dr Zambry Abd Kadir yang membabitkan konvoi skuter jenama SYM mengelilingi bandar raya Ipoh sejauh kira-kira 40 km, bermula dari kediaman rasmi Menteri Besar, pagi tadi.

Program yang memasuki tahun kedua penganjuran itu antara lain bertujuan mempromosikan bandar raya Ipoh sebagai satu tarikan riadah dan berkonvoi di kalangan pemilik skuter SYM dari seluruh negara.

Selain itu, ia juga menjadi platform bagi pemilik skuter untuk berkumpul, sekaligus mengeratkan silaturrahim sesama mereka.

Tahun ini, program terbabit diserikan lagi dengan penyertaan pengedar motor skuter SYM, MForce Bike Holdings Sdn Bhd dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Tambah manis lagi apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mengambil bahagian dalam konvoi berkenaan yang mana pasukan diketuai 17 kapten dan antara negeri yang mengambil bahagian termasuklah Perlis, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan.

Daripada keseluruhan peserta itu, lapan daripadanya adalah penunggang wanita dan mereka akan berkonvoi mengelilingi bandar raya Ipoh dalam masa lebih kurang 1 jam 50 minit.

Bercakap kepada pemberita sebelum majlis pelepasan konvoi, Dr Zambry berkata, peserta program akan dibawa melihat tempat menarik di bandar raya Ipoh dan seluruh Perak.

“Program ini juga secara tidak langsung berjaya membawa ramai penunggang dari luar negeri Perak berkunjung ke negeri ini, sekaligus menjayakan Tahun Melawat Perak 2012.

“Sebahagian besar iaitu 90 peratus peserta adalah dari luar Perak,” katanya lagi.

Program Gegar Ipoh tahun ini terbahagi kepada dua sesi iaitu bersama Menteri Besar dan Datuk Bandar Ipoh.

Untuk konvoi mengelilingi bandar raya Ipoh, antara laluan yang terbabit ialah Jalan Tambun ke Tanjung Rambutan, Jalan Jalan Chemor ke Chemor, masuk Jalan Jelapang menuju ke Chepor, Jalan Lahat ke Little India dan Jalan Sultan Yussuf.

Pada sebelah petangnya, peserta akan berkonvoi ke Taman Rekreasi Gunung Lang untuk program barbeku bersama MBI dan pelbagai aktiviti menarik lain yang disediakan pihak penganjur.



'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...