Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera .
Saya rasa terpanggil untuk memaklumkan pada rakan2 dan sahabat semua tentang keadaan yg telah dialami oleh Ayah kpd Saudara Saudara Zaini iaitu En Zainal yg telah menghidap penyakit Jantung, paru² berair dn buah pinggang.
Sehingga kini tiada pimpinan yg prihatin terhadap nasib yg menimpa ayahanda kpd Saudara Zaini .
Saya mewakili keluarga saudara Zaini ingin memohon derma atau sumbangan se ikhlas hati dari rakan semua bagi sama2 kita membantu utk meringankan beban kos rawatan ayahandanya .
Kepada rakan2 yg ingin menyumbangkan derma atau sumbangan boleh lah disalurkan kpd akaun Maybank Ibu kepada En Zaini Maybank 158118281717 atas nama Fatimah Hani .
Segala sumbangan dan derma saya ucapkan ribuan terima kasih , semoga dengan sumbangan Tuan/ Puan dapat meringankan beban yg dihadapi oleh keluarga mereka .
Sekiranya kesemua rakan rakan kita prihatin dapat menderma seminima seorang 10 ringgit pun sudah cukup memadai memandangkan kita ada ribuan pejuang pejuang yang begitu banyak memperjuangkan nasib bangsa kita. Sumbangan ini juga adalah sebahagian dari bukti perjuangan kita.
Semoga Allah s.w.t merahmati usaha anda semua , Terima Kasih///
Memaparkan catatan dengan label MB Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MB Perak. Papar semua catatan
Rabu, 11 November 2015
Mohon Sumbangan Seikhlas Hati...Pesakit Kronik di Ipoh
Rabu, 5 Ogos 2015
Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak Dirombak Kepada Portfolio Baru
Senarai Portfolio Baharu Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak
1) Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
- Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.
2) Datuk Saarani Mohamad
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan.
3) Datuk Dr Mah Hang Soon
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu.
4) Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid
- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.
5) Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
- Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.
6) Datuk Rusnah Kassim
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
7) Datuk Samsudin Abu Hassan
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil.
8) Datuk Mohd Nizar Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.
9) Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi.
10) Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
11) Datuk Shahrul Zaman Yahya
- Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan
![]() |
| Exco-Exco yang baru sahaja mengangkat sumpah di hadapan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Beberapa portfolio Exco Kerajaan Negeri distruktur semula melibatkan beberapa pertambahan dan pertukaran bidang tugas.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, penstrukturan itu sudah pun dikuatkuasakan mulai 1 Ogos lalu yang tidak melibatkan perubahan dari segi keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Menurutnya, empat Exco Kerajaan Negeri kekal dengan portfolio sedia ada manakala tujuh yang lain termasuk menteri besar mempunyai pertambahan dan pertukaran.
“Semua exco sudah dimaklumkan pada Rabu yang lalu tentang perubahan portfolio itu. Perubahan itu merupakan idea dan cetusan baharu menteri besar selepas pulang dari Havard baru-baru ini.
“Selain pembangunan luar bandar, perladangan dan pertanian, kini, saya akan memegang portfolio penerangan dan pembangunan modal insan selepas kerajaan negeri mengambil alih kem Biro Tata Negara (BTN). Kita akan buat kem sendiri, jadi saya diberikan khusus untuk itu,” katanya kepada media semalam.
Saarani berkata demikian ketika menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad Wilayah Perak di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Ramlee Abu Bakar dan Pengurus Besar Felcra Wilayah Perak, Mat Roni Zakaria.
Empat Exco Kerajaan Negeri yang kekal dengan portfolio masing-masing adalah Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kini memegang portfolio Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Ekonomi manakala portfolio agama diletakkan di bawah Datuk Mohd Nizar Zakaria yang kini dengan portfolio baharu iaitu Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.
Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Mohd Nizar kini dipegang Datuk Samsudin Abu Hassan.
Perubahan turut melibatkan portfolio Datuk Shahrul Zaman Yahya apabila hanya bertanggungjawab bagi Sumber Manusia, Belia dan Sukan manakala Komunikasi dan Multimedia kini diberikan kepada Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Sementara Datuk Rusnah Kassim pula, selain memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, dua lagi portfolio baharu diletakkan di bawah beliau iaitu Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan
Khamis, 23 Oktober 2014
Datuk Param perlu dedah judi haram di Perak....atau ???
Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.
"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.
"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.
Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.
"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya.
Kerajaan
negeri Perak tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pihak dalam
soal yang melibatkan keselamatan rakyat di negeri ini.
Sehubungan
itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak
berkuasa, khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM), menjalankan siasatan
terperinci mengenai perkara tersebut.
Menurut
beliau, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan berharap pihak
polis menjalankan siasatan menyeluruh kerana mereka lebih memahami
senario sebenar perkara tersebut.
Beliau
berkata, siasatan itu perlu bagi membuktikan sama ada dakwaan yang
dibuat itu benar atau tidak dan semua pihak perlu mengambil positif
tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.
"Kerajaan
negeri dengan sejelas-jelasnya tidak akan melindungi mana-mana pihak
termasuk seperti mana yang disebutkan oleh YB Menteri mengatakan ada di
kalangan ahli-ahli politik yang terlibat umpamanya juga kita tidak akan
melindungi," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke dua buah
rumah warga miskin yang menyambut Deepavali di Manjung pada Rabu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan
daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala
Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
Sebelum
itu, sebuah akhbar turut melaporkan bahawa terdapat kegiatan kongsi
gelap ala mafia di Kuala Sepetang yang dikatakan kebal dari sebarang
tindakan.
Bagaimanapun,
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kegiatan
kongsi gelap dan jenayah di kawasan itu memang ada tetapi belum sampai
ke tahap yang membimbangkan.
Polis
Perak tidak menafikan terdapat kegiatan kongsi gelap atau aktiviti
jenayah di Kuala Sepetang tetapi ia masih belum sampai pada tahap yang
membimbangkan.
Pemangku
Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, laporan yang mendakwa
terdapat kegiatan mafia di kawasan persisiran pantai itu adalah tidak
benar.
Menurut
beliau, kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan itu memang ada, namun
bukanlah hingga ke tahap mendatangkan bahaya kepada penduduk di sekitar
kawasan tersebut.
"Ia
tidaklah berleluasa dan tidak ada sebarang mafia yang bermaharajalela
seperti yang dikatakan oleh Mingguan Malaysia pada keluaran Ahad lepas,"
katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis
Perak, Ipoh pada Selasa.
Kenyataan
itu dibuat berikutan laporan daripada akhbar nasional pada
Ahad lepas mengenai kegiatan mafia yang dapat mengancam keselamatan
penduduk dan berlaku secara aktif di kawasan tersebut.
Paramasivam
berkata, laporan akhbar itu sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di
kalangan penduduk tempatan dan boleh menjejaskan perniagaan mereka,
lebih-lebih lagi Kuala Sepetang turut terkenal sebagai salah satu pusat
pelancongan.
Beliau
menambah, ketua kampung di kawasan tersebut turut menyatakan rasa tidak
puas hati dan telah membuat laporan polis berkenaan dengan laporan
akhbar itu.
"Mereka
bimbang yang kenyataan yang tidak berasas yang tidak didalami secara
terperinci akan menjejaskan perniagaan mereka, sektor "eco-tourism" dan
mencemarkan nama baik Kuala Sepetang," katanya lagi.
Beliau
memberitahu, terdapat 36 kes melibatkan kes pecah rumah, curi motosikal,
rampasan barang penyeludupan, perjudian haram dan hanya satu kes bunuh
dilaporkan di sekitar Kuala Sepetang sejak Januari 2014.
Menurutnya,
polis akan terus membuat pemantauan khas dan menghantar anggota
daripada Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ), marin, narkotik dan IPD
Taiping untuk membantu membuat risikan, serbuan, pengesanan aktiviti
jenayah dan tangkapan, baik dari segi perhilitan, perjudian, perikanan,
penyeludupan dan sebagainya.
Dalam
pada itu, Paramasivam menasihatkan orang ramai agar memahami konsep
sebenar istilah mafia sebelum membuat sebarang spekulasi agar tidak
menimbulkan kerisauan di kalangan komuniti.
Beliau
menjelaskan, mafia adalah satu kumpulan sindiket yang mempunyai
organisasi teratur dan bertindak mengawal segala aktiviti di kawasan
mereka dalam apa cara sekalipun.
"Cuba
fikirkan secara logik, jika benar mafia bergiat aktif di Kuala Sepetang,
masa kan ada pelancong yang masih datang dan melawat kawasan tersebut,
penduduk juga tidak akan dapat menjalankan perniagaan mereka secara
aman," tambahnya.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan
Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1. Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2. Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3. Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4. Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5. Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6. NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7. Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8. Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9. IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10. IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11. IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12. Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13. Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14. STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15. KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16. Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17. Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18. Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19. Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20. D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21. Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22. Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...
24. MBMB JAIM Polis bekerjasama gempur Jackpot di Melaka
25. Kasino-kasino di Kampar Punah Diserbu PDRM
30. Tahniah D7 IPK Perak serbu Kasino Lido di Ipoh
BANTERAS !!!
BANTERAS !!!
BANTERAS !!!
JUDI ITU PEROSAK BANGSA
HARAM DISISI UGAMA ISLAM
BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!
Selasa, 14 Oktober 2014
Al-Fatihah...Bapa MB Perak Meninggal Dunia
Bapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meninggal dunia awal pagi tadi akibat serangan jantung.
Allahyarham Abd Kadir Muhammad atau lebih mesra dipanggil Pak Karim menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.
Allahyarham meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry.
Ketika hayatnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun dan bersara pada tahun lepas.
Sabtu, 4 Oktober 2014
Terbang dari Ipoh dengan Malindo Air
Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan menjadikan destinasi Ipoh sebagai pemangkin kepada operasi penerbangan terbaharu bagi laluan domestik dan serantau.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, laluan Ipoh kini merupakan pasaran penerbangan yang berpotensi untuk dikembangkan.
"Penerbangan pertama dari Subang ke Ipoh hari ini hampir penuh dan ia menandakan Ipoh merupakan pasaran yang baik," katanya kepada pemberita pada Jumaat semalam.
Beliau ditemui pada majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Ipoh oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.
Chandran berkata, Malindo Air akan melancarkan penerbangan pertama bagi laluan Johor Baharu-Ipoh dan Ipoh-Medan (Indonesia) pada 17 Oktober ini selain akan mengkaji untuk mengadakan penerbangan Ipoh-Langkawi serta Ipoh-Krabi,Thailand pada masa depan.
Selain itu, sektor pelancongan perubatan juga akan menerima kesan positif daripada penawaran laluan Ipoh-Medan kerana ramai penduduk Sumatera, Indonesia mendapatkan perkhidmatan perubatan di negara ini, katanya.
Menurutnya, syarikat itu berharap dapat melancarkan penerbangan laluan Ipoh-Singapura dengan menggunakan pesawat Boeing.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Menteri Besar supaya Malindo Air menawarkan penerbangan antara Ipoh dengan negara di Indo-China dan China memandangkan Ipoh menerima permintaan pelancongan yang amat menggalakkan.
Sementara itu Zambry berkata, penawaran perkhidmatan penerbangan oleh Malindo Air membantu merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negeri.
Menurutnya, ada beberapa syarikat lagi telah mengatakan hasrat mereka untuk menawarkan perkhidmatan udara ke Ipoh.
Zambry berkata kerajaan persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju terhadap perancangan kerajaaan negeri untuk menaik taraf Lapangan Terbang Gerik melalui peruntukan RM15 juta.
"Bagaimanapun, kita sedang mengkaji sama ada kos itu boleh menampung perancangan tersebut atau akan ada satu kawasan baharu untuk dijadikan lapangan terbang di Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat," katanya.
Zambry berkata, usaha itu adalah sejajar dengan penawaran daerah Hulu Perak yang memiliki produk pelancongan berkualiti dan bertaraf dunia seperti Royal Belum dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Rabu, 27 Ogos 2014
Bogel tengah jalan Ipoh cemar negeri Perak
Majlis
Bandaraya Ipoh (MBI) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap model pasangan pengantin terlampau yang
berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai.
Penasihat
Undang-Undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali berkata, kejadian itu berlaku
di jalan awam sedangkan bidang kuasa MBI hanya di taman-taman awam.
"Jalan, tepi jalan, tidak ada undang-undang kecil mengenainya, hanya untuk taman, berkelakuan tidak senonoh.
"Jalan-jalan,
saya fikir di bawah bidang kuasa pihak polis, MBI ada kuasa di
taman-taman sahaja," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Ahli
Majlis Penuh MBI di Ipoh pada Isnin yang lepas.
Seluruh
negara dikejutkan dengan beberapa keping gambar sepasang model pengantin
yang menjolok mata, yang tersebar luas di laman sosial, termasuk
Facebook sejak pagi Isnin.
Gambar-gambar itu menunjukkan model lelakinya tidak berbaju manakala pasangannya hanya memakai pakaian dalam.
Gambar yang tersebar luas di laman sosial itu dikatakan dirakam di Jalan Sultan Yusof, berhampiran Padang Ipoh.
Syahrul berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengambil rakaman gambar itu kerana ia tidak memerlukan permit
"Untuk tujuan bergambar itu pun, kami tidak tahu kerana mereka tidak meminta permohonan, kita tidak control.
"Rakaman gambar selalunya tidak memerlukan permohonan, tidak perlu permit," tambahnya.
Kerajaan
Negeri Perak mengutuk sekeras kerasnya perbuatan insiden model lelaki
dan wanita memperagakan pakaian dalam keadaan separuh bogel di tempat
awam pagi Isnin sehingga mengemparkan Bandaraya Ipoh.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan tidak akan bertoleransi
dengan mana-mana pihak atau individu yang cuba mencemarkan imej negeri
ini dengan melakukan perbuatan tidak senonoh termasuk memperagakan
pakaian menjolok mata secara terbuka.
Katanya perbuatan mereka jelas melanggar adab serta tidak menghormati budaya pelbagai kaum di negeri ini.
Menurutnya
kerajaan negeri telah pun dimaklumkan bahawa pihak polis sudah pun
menjalankan siasatan tentang latar belakang mereka yang terbabit.
"Pihak
polis telah memaklumkan kepada saya bahawa siasatan akan siap dalam
tempoh terdekat. Kita mahu satu tindakan tegas dibuat terhadap mereka
terlibat mengikut peruntukkan undang-undang yang ada," katanya.
Pagi
Isnin Bandaraya Ipoh gempar apabila seorang lelaki dan wanita,
dipercayai model, memperagakan pakaian dalam keadaan separuh bogel di
tengah-tengah kesibukan lalu lintas di Jalan Sultan Yussuf di sini, hari
ini.
Dalam
kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, wanita tersebut hanya memakai
bikini berwarna putih dan kain layah (veil) manakala pasangannya memakai
seluar panjang berwarna hitam tanpa baju.
Difahamkan, pasangan terbabit bersama beberapa krew dipercayai menjalani sesi fotografi di lokasi tersebut.
Menteri Besar berkata tindakan mereka jelas bertentangan dengan prinsip ketatasusilaan masyarakat Malaysia.
"Mereka
boleh anggap ini satu trend, perkara yang trendy terdapat dI beberapa
buah negara tetapi ini Malaysia. Masyarakat kita tidak boleh terima
perkara-perkara yang bertentangan dengan adab budaya negara kita yang
berbagai kaum.
Kita perlu ada rasa hormat menghormati di antara satu sama lain," katanya.
Menjawab
satu soalan, Menteri Besar berkata elemen sama ada perbuatan itu
merupakan satu bentuk provokasi ataupun tidak bukanlah persoalan pokok
yang harus dilihat tetapi perbuatan memperagakan pakaian separuh bogel
amatlah bertentangan dengan norma norma tatacara dan tatasusila
kehidupan rakyat di Malaysia.
![]() |
| Nenen terjojol |
![]() |
| Orang Ipoh panggil dua ekoq ni gila!!! |
![]() | ||
| Joey Joeyy (gambar dipetik dari facebook) |
Difahamkan polis akan mengambil tindakan keatas lapuran yang telah dibuat oleh NGO-NGO dan parti politik. Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil iaitu Kelakuan Aib (Insulting Behaviour) boleh dikenakan terhadap pasangan separuh bogel ini.
Hari tu depa buat kat Pulau Pinang...laa kat Ipoh pulakkk sukahati jer apa pun nak buat kat negara ini tanpa mengira sensiviti agama, bangsa dan moraliti.
Labels:
18SX,
bikini,
bogel,
Ipoh,
MB Perak,
Menteri Besar Perak,
nenen,
payudara,
PDRM,
Perak,
POLIS,
puting susu,
Seks,
seksi,
tetek,
video seks
Rabu, 6 Ogos 2014
Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
"Kerajaan
negeri Perak serius dalam menangani kegiatan judi haram dan telah
mengambil tindakan berterusan untuk membenterasnya, sekaligus bagi
mengelakkannya berleluasa di negeri ini.
Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri
bersependapat dan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
untuk membenteras kegiatan tersebut.
Menurut beliau, perkara tersebut turut dibincangkan di dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu.
Malah,
kata Dr Zambry, kerajaan negeri k telah pun melancarkan usaha memerangi
kegiatan judi haram itu sejak beberapa tahun lalu.
"Tidak
ada kompromi dalam soal ini, malah saya ingin maklumkan di sini kerajaan
negeri telah pun melancarkannya sejak beberapa tahun, sama ada secara
terbuka atau pun secara tersusun yang dilakukan melalui
tindakan-tindakan pihak berkuasa kerajaan tempatan dan juga pihak polis
sendiri," katanya
Beliau
berkata demikian selepas majlis penyerahan cek bernilai RM6 juta
sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pejabatnya di Ipoh pada Rabu.
Menteri
Besar berkata, dengan pengumuman KDN, kerajaan negeri tidak teragak-agak
untuk memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan masalah judi haram
ini tidak berleluasa di Perak.
Baru-baru
ini KDN meminta kerjasama kerajaan negeri, khususnya pihak berkuasa
tempatan untuk turut memerangi kegiatan judi haram yang semakin
berleluasan ketika musim bola sepak piala dunia sekarang.
Polis
perak dengan kerjasama bahagian penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh telah
membuat serbuan terbaru di sekitar bandaraya ini untuk membenteras
kegiatan judi haram melalui Operasi Dadu." > dipetik dari PerakNews bertarikh Rabu 9/7/2014
KLIK SINI untuk lihat keratan suratkhabar berkaitan dengan pengisytiharan oleh Menteri Besar Perak akan isu judi haram ini.
Jangan takat cakap jer lepas tu bubuh dalam suratkhabar tapi tak ada tindakan yang betul-betul serius di buat...apaaaa kedai-kedai Jackpot ni KEBAL sangat ke?
Ini pulak janji dari Menteri KDN...kita baca kat SINI
Ibarat "Hangat-hangat Taik Ayam"...jangan tak ada operasi atau tangkapan dibuat, inilah yang sempat diserbu tapi macam dah atur jer tak kan lah tangkap orang-orang tua jer yang main judi (Operasi di Ipoh, Taman Cempaka)
Labels:
D7,
Dr Zambry,
gambler,
Gangster,
IPD Ipoh,
IPK Perak,
Ipoh,
Jackpot,
judi,
Kasino,
KDN,
kongsi gelap,
MB Perak,
mesin judi haram,
PDRM,
Perak,
POLIS,
Zahid Hamidi
Sabtu, 12 Julai 2014
Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
Persoalannya bilakah agensi-agensi atau jabatan-jabatan penguatkuasaan yang lain nak isytihar benda yang sama?
Contoh seperti Majlis Bandaraya Ipoh, lain-lain Perbandaran Daerah (PBT), Lembaga Air Perak (LAP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan yang paling utama sekali ialah dari Ketua Polis Negeri Perak.
Kalau setakat buat operasi satu dua tempat dan yang dapat tangkap pun beberapa orang tua dan Bangla buat apa?...
Apa tindakan yang di laksanakan oleh PBT-PBT atau MBI keatas pemilik premis yang menjalankan perniagaan haram ini. Ini lepas operasi oleh penguatkuasa depa masih boleh beroperasi balik...APA CITER???
Kenapa tak dipotong bekalan elektrik dan air premis yang buat judi haram tu???
Apa dah jadi dengan agensi-agensi ini, banyak sangat kena lapik ka???
BACA SINI
JANGAN TAKAT CAKAP DAN DECLARE DALAM PAPER JER...
BANTERASSS
BANTERASSS
BANTERASSS
NGO-NGO tolong mainkan peranan...kalau kat negara sendiri pun tak boleh nak perang tok sah citer la nak pi negara Arab untuk berperang.
Jom pi banteras kedai judi ini...
Selasa, 25 September 2012
Niza sindrom MEROYAN, Ngeh pula sindrom PARANOIA
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dilanda sindrom `paranoiapolitik’ kerana sering menyalahkan UMNO dan BN dalam apa juga perkara yang berlaku.
Katanya, keadaan ini berlaku kerana Ngeh memiliki budaya pemikiran kebencian yang ditanam di dalam dirinya.
"Kalau ada pemikiran keamanan dia tidak akan buat macam tu, dia akan melihat dulu tetapi oleh kerana dia mengalami paranoia politik (political paranoid) maka dia sering menyalahkan UMNO dan BN dalam apa juga perkara yang berlaku.
"Orang yang paranoid, kalau kena gigit semut pun dia akan kata itu semut BN dan UMNO,’’ katanya kepada media selepas merasmikan Program International Day of Peace anjuran Universal Peace Federation Malaysia di Hotel Riverfront, Ipoh petang ini.
Ditanya mengenai Ngeh yang memohon maaf berhubung kenyataan provokasinya yang memperlekehkan umat Islam, Dr Zambry berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada rakyat untuk menilai keikhlasanAhli Parlimen Beruas itu.
"Dalam soal ini, seringkali saya sebut soal sensitiviti agama dan bangsa ini tidak wajar dipermainkan atau dijadikan isu politik,’’ tambahnya.
Beliau menyebut umpamanya Ngeh mengkritiknya semalam selepas memohon maaf berhubung kenyataannya itu tetapi masih lagi mengatakan bahawa seolah-olah orang yang dibelakang tweet itu adalah Dr. Zambry.
"Saya kata, bagaimana orang yang di belakang tweet dia itu adalah saya, saya tidak pernah kacau dia dan tidak pernah keluarkan kata-kata kesat kepadanya apabila dia membuat tweet itu,’’ jelasnya.
Pada majlis itu, Menteri Besar turut melancarkan Malaysia-Korea Frienship Service Projek dan meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Universal Peace Federation Malaysia Cawangan Perak untuk melaksanakan aktivitinya. Hadir sama Presiden Universal Peace Federation Malaysia, Tan Sri Dr. Devaki Krishnan.
Selasa, 17 Julai 2012
Rakyat dekat bersama Menteri Besar Perak
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertekad meneruskan tradisinya bertemu rakyat dimana jua walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko keselamatan dirinya.
Katanya, sebagai pemimpin nombor satu negeri beliau seharusnya mengambil nasihat supaya mengamalkan langkah keselamatan ketat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diduga.
“Sebagai Menteri Besar, saya sentiasa bersikap terbuka ketika bersama rakyat seperti bersalaman. Saya rasa susah kalau tak jumpa rakyat dan saya fikir rakyat berasa gembira apabila mereka bertemu saya sebagai Menteri Besar Perak,’’ katanya kepada pemberita selepas Program Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK hari ini.
Menurut Dr Zambry, beliau berserah kepada takdir dalam soal keselamatan dirinya dan sekiranya sesuatu keajdian yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya, beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu sudah ditakdirkan.
Beliau mengulas kejadian amuk di Putrajaya baru-baru ini dimana dua penceroboh disyaki penganut ajaran sesat ditembak polis.
Pada program itu juga Dr Zambry telah menerima satu memorandum dari wakil Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Penduduk –Penduduk Taman Bukit Merah, Taman Badrishah dan Taman Impiana Adril, Menglembu berhubung ancaman kesihatan oleh sebuah kilang PMW Sdn Bhd berhampiran kawasan taman perumahan terbabit.
Dr. Zambry berkata, beliau akan melawat ke kawasan taman perumahan terbabit dalam masa terdekat ini bagi mendengar sendiri keluhan penduduk berhubung ancaman pengeluaran sisa kilang dan kesan terhadap kesihatan penduduk.
Ditanya mengenai kegiatan pencerobohan oleh warga asing dikawasan hutan simpanan di Jalong Tinggi, Sungai Siput kebelakangan ini, katanya, semua pihak yang terbabit termasuk pegawai jabatan hutan dan anggota tentera telah dikerah untuk membuat rondaan dan pemantauan bagi membendung pencerobohan rakyat asing itu.
Katanya, pencerobohan rakyat asing dikawasan hutan di negeri ini telah berlaku sejak dulu lagi dan langkah sedang diambil bagi membendung kemasukan rakyat asing ke dalam kawasan hutan di negeri ini.
Menurut beliau, langkah yang diambil termasuklah menambah anggota jabatan hutan bagi membuat rondaan dan juga rondaan pihak anggota tentera terutamanya dikawasan sempadan Malaysia-Thailand.
Sementara itu Wakil Tok Batin Kampung Klah Jalong Tinggi, Kamal Ngah, 53, yang ditemui pada program bertemu pelanggan itu mendakwa kegiatan mencuri kayu gaharu oleh warga asing terutama rakyat Cambodia dan Thai semakin menjadi-jadi di kawasan hutan Jalong Tinggi, Sungai Siput dan di kawasan hutan berhampirannya.
Katanya, akibat pencerobohan itu, hampir 300 keluarga orang asli kehilangan sumber pendapatan kerana pokok-pokok gaharu semakin pupus akibat ditebang oleh rakyat asing yang tidak bertanggungjawab ini.
"Kami penduduk Orang Asli Kampung Jalong Tinggi ketika ini hanya bergantung hidup dengan hasil getah selain menjual hasil hutan seperti kayu gaharu bagi menampung perbelanjaan tambahan keluarga,’’ kata Kamal.
*dari laman sesawang PerakNews
Katanya, sebagai pemimpin nombor satu negeri beliau seharusnya mengambil nasihat supaya mengamalkan langkah keselamatan ketat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diduga.
“Sebagai Menteri Besar, saya sentiasa bersikap terbuka ketika bersama rakyat seperti bersalaman. Saya rasa susah kalau tak jumpa rakyat dan saya fikir rakyat berasa gembira apabila mereka bertemu saya sebagai Menteri Besar Perak,’’ katanya kepada pemberita selepas Program Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK hari ini.
Menurut Dr Zambry, beliau berserah kepada takdir dalam soal keselamatan dirinya dan sekiranya sesuatu keajdian yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya, beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu sudah ditakdirkan.
Beliau mengulas kejadian amuk di Putrajaya baru-baru ini dimana dua penceroboh disyaki penganut ajaran sesat ditembak polis.
Pada program itu juga Dr Zambry telah menerima satu memorandum dari wakil Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Penduduk –Penduduk Taman Bukit Merah, Taman Badrishah dan Taman Impiana Adril, Menglembu berhubung ancaman kesihatan oleh sebuah kilang PMW Sdn Bhd berhampiran kawasan taman perumahan terbabit.
Dr. Zambry berkata, beliau akan melawat ke kawasan taman perumahan terbabit dalam masa terdekat ini bagi mendengar sendiri keluhan penduduk berhubung ancaman pengeluaran sisa kilang dan kesan terhadap kesihatan penduduk.
Ditanya mengenai kegiatan pencerobohan oleh warga asing dikawasan hutan simpanan di Jalong Tinggi, Sungai Siput kebelakangan ini, katanya, semua pihak yang terbabit termasuk pegawai jabatan hutan dan anggota tentera telah dikerah untuk membuat rondaan dan pemantauan bagi membendung pencerobohan rakyat asing itu.
Katanya, pencerobohan rakyat asing dikawasan hutan di negeri ini telah berlaku sejak dulu lagi dan langkah sedang diambil bagi membendung kemasukan rakyat asing ke dalam kawasan hutan di negeri ini.
Menurut beliau, langkah yang diambil termasuklah menambah anggota jabatan hutan bagi membuat rondaan dan juga rondaan pihak anggota tentera terutamanya dikawasan sempadan Malaysia-Thailand.
Sementara itu Wakil Tok Batin Kampung Klah Jalong Tinggi, Kamal Ngah, 53, yang ditemui pada program bertemu pelanggan itu mendakwa kegiatan mencuri kayu gaharu oleh warga asing terutama rakyat Cambodia dan Thai semakin menjadi-jadi di kawasan hutan Jalong Tinggi, Sungai Siput dan di kawasan hutan berhampirannya.
Katanya, akibat pencerobohan itu, hampir 300 keluarga orang asli kehilangan sumber pendapatan kerana pokok-pokok gaharu semakin pupus akibat ditebang oleh rakyat asing yang tidak bertanggungjawab ini.
"Kami penduduk Orang Asli Kampung Jalong Tinggi ketika ini hanya bergantung hidup dengan hasil getah selain menjual hasil hutan seperti kayu gaharu bagi menampung perbelanjaan tambahan keluarga,’’ kata Kamal.
*dari laman sesawang PerakNews
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan









