Memaparkan catatan dengan label Niza Meroyan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Niza Meroyan. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2013

Yayasan Bina Upaya melantik bekas calon Bukit Gantang sebagai Ketua Eksekutif baru




Barisan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) bersetuju untuk melantik Datuk Ismail Safian sebagai ketua eksekutif yang baru untuk agensi kebajikan itu. Perlantikan itu yang berkuatkuasa hari ini telah dibuat oleh Pengerusi Pemegang Amanah YBU iaitu Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YBU, Datuk Saarani Mohamad.

Datuk Ismail yang menghargai perlantikan itu berharap akan mendapat sokongan daripada semua pihak, khususnya kakitangan YBU sendiri untuk memikul amanah yang telah diberikan kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan ini dan saya akan cuba memikul tanggungjawab ini sebaik mungkin bagi membawa nama YBUDR ke satu lagi tahap yang lebih baik di masa hadapan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media sempena majlis suaikenal dengan kakitangan YBU hari ini.

Ismail yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam bidang pengurusan, akan menggunakan sebaiknya pengalaman yang beliau miliki itu untuk meningkatkan lagi imej dan peranan YBU sebagai sebuah agensi yang diberi tanggungjawab membasmi kemiskinan, khususnya melibatkan aspek bina upaya golongan keterbawahan.

“Bidang pengurusan ini bukanlah satu bidang yang baru kerana saya telah banyak terlibat dalam menguruskan pelbagai agensi, dan dalam masa yang sama YBU bukanlah sebuah agensi yang asing dan baru bagi saya, kerana saya sendiri  telah terlibat secara tidak langsung bersama yayasan ini sejak dari hari pertama ia beroperasi lagi,” katanya.



Keputusan Pilihanraya Umum yang ke 13 tahun 2013 bagi Parlimen Bukit Gantang

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 
PARLIMEN
NEGERI : PERAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.059 - BUKIT GANTANG
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. ISMAIL BIN SAFFIAN BN29,577
2. IDRIS BIN AHMAD PAS30,563MENANG
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:71,257
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:748
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:60,888
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:61,018
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:130
PERATUS PENGUNDIAN:85.60%
MAJORITI:986

*sumber dari laman sesawang SPR


Keputusan Pilihanraya Kecil tahun 2009 (selepas PRU12) bagi Parlimen Bukit Gantang

Dewan Rakyat: Pilihan raya kecil Bukit Gantang, 2009
PartiCalonUndi%±%
PAS PR-PASDatuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin21,860-
Barisan Nasional BN-UMNOIsmail Safian19,071-
Bebas BEBASKamarul Ramizu Idris62-
undi rosak456-
Majoriti2,789-

*sumber dari laman sesawang wikipedia

Ulasan :   Nampaknya Ismail Safian bukanlah 'winnable candidate' untuk menjadi calon bertanding dalam pilihanraya di Parlimen Bukit Gantang jika sampai 2 kali dia kalah walaupun diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN. Namun begitu atas dasar keprofesionalan dan mempunyai pengalaman bidang pengurusan MB Perak @ Pengerusi YBU bersama Lembaga Pengarah melantiknya untuk bekerja.


Berikut di bawah adalah sedutan dari komen dan rintihan dari ahli parti sendiri tentang Ismail Safian :

" Kami AJK-AJK CAWANGAN UMNO DAN AJK-AJK UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG DENGAN ILMU POLITIK AKAR UMBI DAN HUBUNGAN TERUS KAMI DENGAN PENGUNDI-PENGUNDI BUKIT GANTANG AKAN KUBURKAN KARIER POLITIK DATUK ISMAIL SAFFIAN DALAM PRU13 NANTI!!!!  "


Walaupun beliau tidak disukai oleh sebilangan kumpulan dari partinya sendiri (mungkin salah satu faktor kekalahan dalam PRU13) namun beliau masih diberi kepercayaan oleh pimpinan untuk memegang jawatan penting dalam pengurusan negeri Perak. Mesti ada keistimewaan dalam dirinya yang membuat pucuk pimpinan masih mahu beliau untuk terlibat dalam memegang jawatan penting.


Selasa, 23 April 2013

Abu Bakar Hussian pemimpin PAS yang orthodok...


Abu Bakar Hj Hussian
Abu Bakar bin Haji Hussian atau dikenali sebagai Ustaz Abu Bakar oleh penyokong PAS. Beliau didalam parti PAS memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri. Dalam pilihanraya yang ke 13 akan datang beliau dilihat akan bertanding di DUN Titi Serong (N.08). DUN Titi Serong sekarang disandang oleh calon dari PAS juga iaitu Khalil Idham Lim Abdullah.

Penglibatan Abu Bakar dalam polemik politik banyak menampakkan sifat diktatornya yang mana membuat keputusan tanpa mempedulikan parti sekutunya. Ini berikutan dari laporan yang mengatakan,


"Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussian dalam ceramah di Air Kuning, di sini malam tadi mengumumkan Mohammad Nizar akan bertanding di Changkat Jering, sekali gus mengesahkan spekulasi pemimpin tersebut tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.

Walau bagaimanapun, ceramah itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin PKR."

Beliau membuat keputusan tanpa endorsemen dari parti sekutu PKR dan DAP. Walaupun perkara ini mendapat tentangan selepas Pengerusi PKR Perak, Dr Muhamad Nur Manuty, baru-baru ini turut menolak keputusan PAS bertanding di DUN Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang. Mungkin sebab dia dari profession perguruan pesara guru besar SMK Raja Chulan, Ipoh terbawa-bawa karektor pengetua tu dalam mengendalikan urusan parti.

Selepas mengumumkan mahu mengambil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering daripada PKR, PAS Perak berusaha pula mendapatkan DUN Alor Pongsu yang sebelum ini turut ditandingi sekutunya itu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain memberi alasan, permintaan ahli parti akar umbi di Parlimen Bagan Serai, mendorong parti itu mendapatkan DUN Alor Pongsu, tambahan pula kerusi Parlimen berkenaan memang milik PAS yang bagaimanapun bersetuju mengekalkan status-quo untuk Bagan Serai ditandingi PKR seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Pas Perak dilihat semakin bongkak dan sombong. Pas Perak juga semakin pening dan berserabut. Ini amat jelas dalam tindakan Pas sewaktu pengumuman meletakkan Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon Adun di Changkat Jering Perak.

Sungguhpun karektornya kepimpinannya mungkin nampak ada wibawa dan bersih tetapi kelemahan beliau nampak apabila beliau silap kerana memilih orang bawahnya (Timbalan Pensuruhjaya Perak) Nizar Jamaluddin dari kalangan individu yang banyak masalah serta punyai rekod tidak cantik. Di dalam parti PAS sendiri ramai yang tidak menyukai sifat Nizar yang dahulunya pernah jadi Menteri Besar "boneka' kepada DAP ditambah lagi kelakunya yang macam pelawak sarkas sahaja.


Dalam hal isu fatwa suatu ketika dahulu Abu Bakar pernah mengiyakan pendirian orthodoknya ke arah ke"parti"annya tanpa peduli kerasionalannya walaupun ianya adalah badan yang diiktiraf di peringkat nasional. Ini sedikit  sebanyak menampakkan keburukannya dalam menyatakan pendirian secara profesional.
Berikut dibawah adalah sedutan dari artikel tersebut ;

“Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertaqwa kepada Allah sebelum mengeluarkan sebarang hukum kerana mereka akan dihadapkan di hadapan Allah yang berkuasa menentukan hukum haram atau halal,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussian.

“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perak ingin menjelaskan bahawa menyertai Bersih 3.0 tidak haram kerana ia bertujuan baik iaitu mencari keadilan dan demokrasi yang telus, tidak melanggar undang-undang kerana peserta tidak memasuki kawasan larangan berhimpun.

“Peserta juga tidak mencetuskan huru hara, sebaliknya yang mencetuskan huru hara tersebut adalah pihak polis yang menyerang, menangkap dan memukul peserta Bersih 3.0 tanpa sebarang sebab. Maka, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya Perhimpunan Bersih 3.0 tidak sepatutnya dianggap sebagai haram,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini,.

Abu Bakar seterusnya mendakwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu memahami perkara tertentu terlebih dahulu supaya tidak mengeluarkan fatwa membuta tuli tanpa memahami realiti sebenar.


Soalnya sekarang bolehkah sifat pemimpin begini kita angkat sebagai wakil kepada rakyat di Dun Titi Serong untuk pilihanraya umum yang akan muncul tidak lama lagi? Bolehkah dia mendengar dan mengambil tentang tahu hal kebajikan rakyat sedangkan diketahui beliau jenis yang "bossman". Ketelusan dalam organisasi dipertikai kerana sifat kroninya apabila masih menyokong dan membela Nizar Jamaludin walaupun diketahui Niza ini meroyan dan banyak bermasalah.

Akhir sekali dia ni makan duit pencen bekas guru dari kerajaan tiap-tiap bulan tetapi kemudian menentang dan memburukkan kembali kerajaan yang pernah berjasa memberinya pekerjaan kepadanya dulu dan sekarang.


*Terima kasih kepada Ustaz Abu Bakar (guru) kerana dahulu pernah berkhidmat untuk kerajaan sehingga bersara.



Jumaat, 19 April 2013

Manifesto PR Perak PRU13 - Telus, Amanah, Wawasan, Adil


Pakatan Rakyat Perak dalam manifesto yang dilancarkan hari ini menawarkan bantuan sebanyak RM760 sebulan untuk membasmi kemiskinan tegar, selain usaha untuk mewartakan tanah masyeakat Orang Asli dan juga mengadakan pemilihan di peringkat ketua kampung.

Manifesto yang dilancarkan melalui satu tayangan klip video di Ipoh hari ini juga menggariskan janji untuk menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan Orang Asli dengan peruntukan RM5 juta setahun.  

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata, mereka berjanji akan memajukan kaum Orang Asli yang selama ini tersisih, di samping memastikan Perak menjadi sebuah negeri yang terkaya dalam negara. "Kaum Orang Asal akan di majukan dan bawa mereka kepada arus perdana agar jadi rakyat yang berkaliber. Selama 55 tahun Umno tadbir, Orang Asal masih begitu. Kita akan pastikan Orang Asal menikmati kemajuan bersama rakyat Perak yang lain.





 Antara manifesto-manifesto yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat jika dapat memerintah negeri Perak iaitu ; 

 - Pakatan Perak juga akan memberikan peruntukan kepada setiap kawasan DUN sebanyak RM250 ribu setahun tanpa mengira fahaman politik bagi projek-projek kecil dan program kebajikan rakyat. 

- peruntukan khas tahunan sebanyak RM2 juta, anugerah integriti dan program latihan untuk kakitangan kerajaan juga akan diberi sebagai usaha membanteras rasuah "Untuk penjawat awam, kita ada peruntukan kepada penjawat awam. Mereka dulu dapat merasai perbezaan 55 tahun ditadbir BN dan juga 11 bulan Pakatan Rakyat.

- bagi usaha memperkukuhkan integriti dan amalan demokrasi, di dalam manifesto itu juga, Pakatan Perak berjanji akan mengisytiharkan harta bagi ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

- berjanji untuk tidak menaikkan cukai tanah, cukai pintu dan kadar air untuk tahun 2014 hingga 2018.

- berjanji memberi air percuma sebanyak 20 meter padu bagi keluarga berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1000 sebulan juga akan diberi.

- menawarkan, surat hak milik kekal kepada warganya yang menduduki lot kediaman di kampung tersusun, kampung baru dan peneroka kampung tradisional.

- kakitangan kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaannya pula ditawarkan gaji minimum sebanyak RM1100.










Manifesto PR Perak : pembaharuan cukai tanah dan ketelusan dalam kerajaan


Pakatan Rakyat (PR) Perak menjanjikan pembaharuan cukai tanah dan ketelusan penuh mengendalikan kerajaan dalam manifesto pilihan raya mereka hari ini, usaha yang dilihat untuk merampas negeri yang suatu ketika dahulu kaya dengan hasil perlombongan bijih timah.

Mengikut jejak rakan di Pulau Pinang, gabungan tersebut juga berjanji untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, menghapuskan kemiskinan dan memastikan semua pentadbir negeri mengisytiharkan aset mereka kepada umum.

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata pelancaran manifesto hari menunjukkan pemimpin PR lebih daripada bersedia untuk berhadapan lawan mereka Barisan Nasional (BN) pada hari pilihan raya 5 Mei depan, disamping semangat untuk menebus kemarahan akibat rampasan kuasa pada 2009 lalu.

“Hari ini, kami lebih bersedia berbanding pada tahun 2008 lalu untuk memerintah negeri ini.

“Kami sudah lama rindukan dan idamkan hari Perak dapat dikembalikan semula sebagai salah sebuah negeri terkaya dalam negara,” kata beliau dalam ucapannya semasa pelancaran pagi ini.

“Kita adalah antara negeri terkaya dalam negara. Tapi sekarang kita ketiga termiskin.

“Bagaimana ini terjadi? Ia kerana selama 55 tahun, kita membenarkan kerajaan yang memerintah secara tidak adil dan tidak seimbang,” tambahnya lagi.

Parti-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR melakukan kejutan selepas melakar kemenangan di Perak pada Pilihan Raya 2008 selepas memenangi 31 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) 28 kerusi daripada keseluruhan 59 kerusi.

Walaubagaimanapun, pentadbiran PR telah dirampas pada 2009 ekoran pergelutan kuasa selepas tiga ahli dewan undangan (Adun) negeri PR keluar parti.

Nizar yang ketika itu dipilih sebagai menteri besar Perak ke-10 secara rawak kerana tiada persediaan calon juga berkata “rampasan kuasa” bukan hanya menaikkan kemarahan pengundi negeri tersebut tetapi juga memberi ilham kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyingkirkan BN dari Putrajaya menjelang pilihan raya 5 Mei depan.

Memetik manifesto PR Perak, wakil sepenggal tersebut berkata peruntukan RM40 juta akan disediakan untuk membantu rakyat miskin negeri tersebut dengan memastikan pendapatan setiap individu meningkat kepada gaji minimum sebanyak RM760 sebulan.

“Kami mahu menghapuskan kemiskinan tegar,” katanya, selepas mendakwa sejak empat tahun pemerintahan BN, sejumlah 112,546 ekar tanah telah diberikan kepada “kroni BN”.

Dalam manifesto, PR juga berjanji RM250,000 dalam peruntukan tahunan kepada setiap ahli dewan undangan negeri tanpa mengira pandangan politik mereka, bertujuan membiayai projek mikro di kawasan masing-masing.

Manifesto tersebut juga menjanjikan RM2 juta peruntukan untuk penjawat awam negeri sebanyak 8,000 orang atas inisiatif “Anugerah Integriti” dengan harapan PR mampu menghapuskan rasuah.

Bagi meningkatkan hasil negeri, PR berjanji untuk menyusun semula semua dasar cukai tanah, rizab hutan dan sumber asli bertujuan meningkatkan kecekapan perolehan cukai dan sumber negeri.

Pakatan juga berkata skop perniagaan kontrak serta pemerolehan kerajaan akan diperluas dan semua projek akan dianugerahkan melalui tender terbuka untuk memastikan mereka yang layak sahaja mendapat projek tersebut.

Prestasi buruk agensi-agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga akan disusun semula, menurut manifesto tersebut bertujuan menghalang ketirisan dan meningkatkan pendapatan.

Dana warisan rakyat Perak akan ditubuhkan dengan jumlah permulaan sebanyak RM10 juta, dengan lima peratus daripada semua hasil yang dijana daripada perlombongan dan pemerolehan sumber asli yang akan menyumbang kepada dana itu.

Untuk meningkatkan pelaburan, PR Perak juga menjanjikan tanah pajakan sehingga 99 tahun bagi pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, serta insentif dalam bentuk 50 peratus diskaun ke atas premium tanah bagi projek bernilai lebih RM500 juta dan/atau projek yang menawarkan 700 pekerjaan dan ke atas.

Perak PR juga berjanji tidak menaikkan kadar cukai tanah dan isi rumah serta air antara 2014 dan 2018 sekiranya mereka berjaya memegang kuasa, serta menambah 20 meter padu pertama yang digunakan oleh isi rumah berpendapatan bawah RM1,000 akan menerima percuma.

Bagi menyelesaikan masalah perumahan, Pakatan berjanji membina sebanyak 30,000 rumah mampu milik di kampung-kampung rancangan yang baru untuk tempoh lima tahun akan datang sehingga 2018.

Tanah Orang Asli akan diwartakan, manakala hak pegangan bebas akan ditawarkan kepada keluarga yang berkelayakan dalam masyarakat asli, janji PR lagi.

Sejumlah RM1, 000 akan diberikan sebagai “dana bantuan pengebumian” bagi waris kakitangan kerajaan, pekerja LGC dan juga warga emas berusia 65 tahun dan ke atas, tambah manifesto itu lagi.

Janji lain dalam manifesto termasuklah memerangi jenayah dengan menubuhkan kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan jenayah yang berisiko tinggi, melaksanakan gaji minima sebanyak RM1, 000 kepada semua kakitangan dalam kerajaan negeri dan GLC, meneruskan biasiswa bantuan RM2, 000 kepada semua pelajar yang layak belajar untuk ijazah pertama dan menyediakan tanah untuk tempat ibadat serta tanah perkuburan untuk semua agama, selaras dengan keperluan, saiz penduduk dan kesesuaian lokasi.

“Ini adalah idea perlawanan. Dan kita dalam PR menawarkan komitmen tidak mengamalkan politik kotor dalam kempen kami.

“Kita minta rakyat untuk menghakimi berdasarkan idea kami,” kata pengerusi jawatankuasa manifesto PR Dr Khairuddin Abdul Malek semasa majlis perasmian tersebut.











Rabu, 27 Mac 2013

Nuar nak masuk bertanding di Perak...kita tarak goyang punyer


“Kenapa saya nak gentar…patutnya kena tanya dia (gentar)” – merupakan reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai kemungkinan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak pada PRU-13.

Tegasnya istilah gentar langsung tidak ada dalam kamus seorang ahli politik sepertinya dalam menghadapi serangan pembangkang seperti Anwar yang mempunyai agenda politik untuk kepentingan sendiri iaitu mendapat kuasa menjadi Perdana Menteri.

Menurut Menteri Besar beliau langsung tidak hairan jika Anwar benar-benar memilih Perak untuk bertanding kerana itulah sikap sebenar kalangan pemimpin pembangkang yang amat dikenali dengan pemimpin ‘touch n go’.

Katanya rakyat juga perlu bertanya dan mencari jawapan mengapa Anwar memilih bertanding di kawasan lain berbanding mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

“Cuba tanya dia (Anwar) apa yang dah dibuat untuk rakyat di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di pejabatnya hari ini.

Dr Zambry diminta mengulas mengenai pengumuman yang dibuat Anwar hari ini di Kuala Lumpur yang menyatakan akan bertanding sama ada di Perak ataupun Selangor.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini membolehkan sesiapa sahaja bertanding di mana-mana kawasan yang disukainya.

Namun, pendekatan sebegini bukanlah yang terbaik kerana ianya mengesahkan tanggapan bahawa pemimpin pembangkang adalah daripada kategori ‘touch n go’.

Dr Zambry turut memberi satu lagi contoh pemimpin ‘touch n go’ kalangan pembangkang iaitu ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Semalam, Nizar telah mengumumkan untuk bertanding di Changkat Jering sekaligus tidak mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.

“Jadi benarnya apa yang kita katakan sebelum ini…dia (Nizar) tak akan berani untuk mempertahankan kerusi Pasir Panjang. Pengundi marah sebab dia tidak pernah bawa isu atau selesaikan masalah kawasan di Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Ditanya sama ada Nizar ‘cabut lari’ atau ‘melarikan diri’, Dr Zambry berkata:-

“Saya tak cakap…anda (media) yang cakap begitu”

Beliau berkata keputusan Nizar untuk tidak mempertahankan DUN Pasir Panjang memang sudah dijangkakan sejak lama dulu.

“Kenapa dia nak bertanding di Changkat Jering, tak perlu saya jawab…anda semua buat penilaian sendiri,” katanya.

Ditanya apa perasaan pengundi dan keadaan sebenar di DUN Pasir Panjang ketika ini, Dr Zambry menjawab:-

“Itu sebab dia tinggalkan (Pasir Panjang)”.



*sumber dari laman sesawang berita portal negeri.







Khamis, 28 Februari 2013

Niza Meroyan lagi di Manjung isu ketuanan Melayu


Memang sah kau ni komunis wahai Niza Meroyan.

Laporan akhbar tempatan:
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.

Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di ini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.

"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.

"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.

Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'.

Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.

Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.

"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diselar menggunakan kuliah maghrib sebagai pentas ceramah politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu amat tidak wajar kerana mencampuradukkan agama dan politik, lebih-lebih lagi ketika berada di rumah Allah.

"Sultan sebelum ini telah menitahkan supaya jangan berpolitik dalam masjid kerana ia boleh menyebabkan perpecahan umat Islam. Ini jelas menunjukkan Mohammad Nizar telah derhaka kepada Sultan.

"Kami juga ingin mempersoalkan sama ada beliau mempunyai sijil kelayakan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memberi ceramah di masjid-masjid atau di surau," katanya kepada pemberita di Manjung malam tadi.

Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Fasa 3B Seri Manjung pada malam tadi menceritakan sejarah Islam termasuk Firaun, namun majlis santapan rohani itu dicemari unsur-unsur politik apabila beliau menyentuh dan mempersoalkan konsep ketuanan Melayu.

Beliau yang pada mulanya secara berkias-kiasan mengaitkan kerajaan Firaun dengan 'ketuanan Firaun', akhirnya menyamakannya dalam konteks Malaysia pada penghujung kuliahnya.

Mohammad Nizar antara lain menyeru supaya semangat ketuanan Melayu dihapuskan kerana mendakwa prinsip tersebut tidak dibenarkan oleh Allah.




Rabu, 20 Februari 2013

Punarmu...Niza Meroyan kencing kuat kat Pasir Panjang


Adakah Niza Meroyan akan bertanding lagi di DUN Pasir Panjang apabila PRU13 nanti? Kalor si Meroyan ni baguih komer undi ler dia lagi, gua tak kisah punyer tapi lu orang tanggung ler sendiri.
Laporan artikel dari berita tempatan, dibawah;

ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerima satu lagi tamparan hebat apabila ahli Dewan Kelab Penyokong PAS DUN Pasir Panjang mengisytiharkan membatalkan keahlian mereka dan menyokong Barisan Nasional.

Bekas pengerusi kelab S.Saravanan, 42, berkata seramai 1,000 termasuk dirinya mengambil keputusan membatalkan keahlian mereka setelah rasa tertipu dengan PAS. Katanya mereka yang meninggalkan kelab itu sudah tidak tahan dengan segala janji kosong yang ditabur pemimpin PAS terutama wakil rakyatnya iaitu ADUN Pasir Panjang.

Menurutnya mereka bukan sahaja diabaikan malah tidak ada satu pun janji yang PAS buat sewaktu berkempen pada pilihanraya 2008 dipenuhi. “Saya sudah bersama dengan mereka hampir lima tahun dan kami semua sangat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami dilayan,seperti kemudahan lampu jalan, taman permainan. Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk adakan jamuan kecil mereka memarahi kami dengan alasan tiada sebarang peruntukan,” kata pekerja kontraktor TNB itu.

Saravanan nekad untuk menyedarkan ahli lain supaya menamatkan keahlian mereka secepat mungkin. Katanya beliau dan rakannya yang telah meninggalkan kelab itu akan membuat lawatan rumah ke rumah bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai segala penipuan PAS dan wakil rakyat Pasir Panjang.

Saravanan merupakan antara bekas ahli kelab itu yang hadir menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di Marina Island, Teluk Muroh petang Ahad yang lalu.

N. Maniam, 55, yang bekerja sebagai juru teknik di sebuah syarikat perkapalan melahirkan rasa kecewanya kerana segala janji manis yangditaburkan Nizar hanya tinggal janji semata-mata. Katanya Nizar telah meletakkan pengundi-pengundi di DUN Pasir Panjang ibarat ‘habis manis sepah dibuang’.

“Masa dia nakkan undi kami bermacam-macam dia janji tapi sehingga sekarang tidak ada satu pun dia buat untuk kami,” katanya.

Beliau berkata mereka sebelum ini telah memberi Nizar masa untuk membuktikan segala janjinya tetapi sehingga kini masih gagal walaupun pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa. “Dia langsung tak peduli kami. Dia pun tahu dia akan kalah sekiranya bertanding di DUN Pasir Panjang. Itu sebab kami dengar dia nak bertanding di kawasan lain,” katanya.

M. Prabaharan, 38, yang merupakan penyokong tegar PAS sebelum ini turut meluahkan rasa kesalnya kerana menyokong PAS dan berjanji akan memberikan sokongan padu kepada BN. “Dulu saya seorang penyokong kuat PAS namun selepas memenangi PRU yang lepas, semua penipuan mereka dah terbukti. Kini saya berikrar berkempen habis-habis untuk sokong BN sebab kami rasa amat tertipu dan tak mahu orang lain tertipu seperti kami,” kata pekerja kontrak tersebut.

Kesemua mereka menyeru ahli kelab lain supaya segera meninggalkan PAS dan menyokong BN supaya kerusi DUN Pasir Panjang dapat dikembalikan kepada BN pada PRU-13.



* sumber dari laman portal berita tempatan



Slogan Niza Meroyan = Janji Manis Ditabur Kemudian Dilupai
Slogan BN = Janji Ditepati







Khamis, 7 Februari 2013

Niza Meroyan pakai bomoh buat ramalan PRU13


"Kami akan berkampung untuk pastikan Mohammad Nizar kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan saya cabar dia bertanding di kawasan sedia ada,” Itu janji Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharuddin Abdul Jabar.

Menurutnya, kenyataan Mohammad Nizar kononnya ada orang lama dalam Umno yang mengatakan tiada ruang untuk Umno menang pada PRU13 nanti sebagai tidak berasas dan sengaja diada-adakan.

“Saya nak tanya, siapa dia orang lama yang dimaksudkannya itu atau ia sengaja diada-adakan.

“Kalau dia (Mohammad Nizar) nak ramal terpulanglah, tetapi janganlah kaitkannya dengan orang lama Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang mengatakan ramalan PRU13 yang dinyatakan di Twitter baru-baru ini diperoleh daripada pimpinan Umno dan ‘orang lama’ dalam Umno.

Melalui ramalan itu, Pakatan Rakyat (PR) dijangka memperoleh 145 kerusi Parlimen manakala Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh 77 kerusi sahaja.

Saharuddin berkata, pihaknya yang merupakan orang lama dalam Umno tersinggung apabila dikaitkan dengan ramalan itu.

Menurut beliau, ramalan dan dakwaan itu sebenarnya meleset kerana pada PRU yang lepas undi orang-orang lama ini kesemuanya milik BN berdasarkan peti undi yang dimenangi.

Sementara itu Pengerusi Veteran Umno Negeri, Datuk Abdul Khalid Nasir berkata, pihaknya juga menafikan sekeras-kerasnya pernah memberitahu secara rasmi mahupun tidak keadaan tersebut.

“Daripada sumber mana yang dia dapat? Kita ini yang tubuhkan Umno, takkan kita nak nafikan kemenangan Umno pada PRU nanti?

“Mohammad Nizar hanya lancar perang psikologi untuk senangkan hati ahli-ahli dan penyokongnya sahaja. Realitinya tidak begitu nanti,” katanya.

Menurutnya, semua veteran Umno yang ditemui telah menyatakan sokongan dan bersemangat untuk membantu BN pada PRU13.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.


Apa punyer giler ke Niza Meroyan ni ikut suka dia jer nak cakap yang ikut anak tekak dia. Dah tu entah maner punyer ramalan dari bomoh maner dia ambik siap dah ada bilangan kerusi yang akan dimenangi oleh Pakatan Rebah. Sejak biler dia rajin berborak dengan orang lama UMNO.






Khamis, 24 Januari 2013

MB nak Niza Meroyan pergi berubat....kesiannnn


"Mereka ini sakit agaknya,’’ kata Menteri Besar Perak, Dato; Seri Dr Zambry Abd Kadir tanpa mahu memberikan penjelasan lebih lanjut lagi kerana isu debat ini telah dijawabnya berulangkali sebelum ini.

Sambil menegaskan beliau lansung tidak gentar untuk berdepan dengan pembangkang lebih-lebih lagi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, katanya punca keengganan beliau adalah kerana mereka adalah orang yang tidak mempunyai kredibiliti untuk berdebat.

Beliau turut melahirkan kekesalannya terhadap tindakan pembangkang menaikkan poster-poster di merata-rata tempat mengenai debat yang kononnya akan berlansung pada malam ini.

Katanya perbuatan menaikkan poster itu seolah-olah strategi pembangkang untuk memerangkapnya kerana beliau telah membuat kenyataan berulang kali tidak akan menerima undangan debat tersebut.

“Mereka memang tahu saya tidak akan datang tetapi sengaja menwar-warkan seolah-olah saya akan hadir dan debat itu akan berlansung…lepas itu mereka akan kata saya takut,” katanya.

Menteri Besar itu berkata beliau tidak pernah takut menghadapi mereka dan ini telah terbukti setiap kali ketika sidang DUN berlansung.

Katanya, beliau bukan sahaja menghadapi Nizar Jamaluddin bersendirian tetapi juga menghadapi beberapa kelompok wakil rakyat DAP yang sering mengambil kesempatan menentangnya di dalam Dewan dengan tuduhan-tuduhan palsu

“Jika kita ambil tindakan dia kata kita takut sebenarnya kita tak takut pun, saya fikir mereka semakin terdesak menggunakan segala kesempatan apa yang ada cara sekalipun untuk mengambarkan bahawa kerajaan BN buruk dan sebagainya.

“Umpamanya merata-rata mereka tayang poster-poster mencabar saya kononnya nak berdebat dengan Nizar…cukuplah saya dah buat kenyataan semalam..ini bukan soal gentar,’’ katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan pembangkang yang bertindak agresif memasang poster di merata tempat mengenai Debat Darul Ridzuan: Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Zambry buncitkan kroni yang akan diadakan di sebuah hotel di Ipoh malam ini.

Menurut Dr Zambry, beliau berpendapat pembangkang melakukan semua ini adalah semata-mata kerana mereka mahu memutar-belitkan isu debat itu untuk menarik perhatian orang ramai .

Katanya, tindakan itu mengambarkan seolah-olah merekalah yang paling hebat kononnya hendak berdebat.

“Saya fikir rakyat tahu dan lihat aksi-aksi mereka ketika dalam dewan dan itulah kualiti yang mereka ada,’’ katanya.


*sumber dari laman portal berita tempatan negeri Perak

Rakyat bukan bodoh macam lu lah Niza Meroyan, nak buat gimik tapi tak menjadi. Bodoh-piang betoi la lu ni, tolonglah sapa-sapa pi bawak si royan ni pi berubat...teruk sangat sakit nyer tu.

Kesiannnnn...








Selasa, 22 Januari 2013

BODOH punyer Niza Meroyan tak reti bahasa!!!


“Saya tidak berminat untuk berdebat dengan (Datuk Seri Mohamad Nizar (Jamaluddin). Dia seorang pembohong, buat apa kita nak buang masa melayan dia,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurutnya, sikap ADUN Pasir Panjang yang suka berbohong dan memutarbelitkan sesuatu isu itu tidak memberikan sebarang faedah kepada pembangunan Perak dan masyarakat.

“Saya juga melahirkan kekecewaan terhadap sikap Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang yang terus berbohong mengenai permasalahan yang terdapat di kawasan Pasir Panjang.

“Saya fikir semua orang tahu .. yang berlaku dalam dewan. Jadi, saya nak sebutkan di sini.. saya tidak mahu ‘respon’ langsung kepada orang seperti dia.

“Orang seperti dia saya tidak perlu ‘respon’ lagi kerana beliau setiap kali bercakap.. setiap kali penuh dengan pembohongan.

“Apa guna saya membuang masa bercakap dengan dia.. orang yang sentiasa berbohong semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal dan makan tengah hari bersama Komuniti Kampung Padang Tembak dan Siswa Siswi Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Kampung Padang Tembak, Teluk Muroh, dekat Lumut, kelmarin.

Dr Zambry berkata, sebelum ini, Nizar juga dikatakan berbohong dengan dakwaan kononnya Kerajaan Malaysia telah menerima RM207 billion daripada Kerajaan Jepun untuk dibayar kepada mangsa-mangsa keretapi maut di Burma ketika Perang Dunia Kedua.

“Dia terus berbohong seperti yang telah dinyatakan dalam akhbar hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah memaklumkan bagaimana kerajaan Jepun memandang serius tuduhan ini yang menyebabkan beliau saban hari kehilangan kredibilitinya,” katanya.


* dipetik dari portal berita tempatan negeri Perak


Bangang punyer Niza Meroyan orang dah cakap takmau layan, lagi lu mau bikin. Tengok foto banner dibawah di mana Niza Meroyan ni kononnya dia nak adakan 'debat' kat Hotel Excelsior di Ipoh pada 23/1/2013, rabu ini. Dah sasau mamat ni syok sendiri pandai-pandai buat acara debat, kau debat la sorang-sorang malam tu layan royan kau tu. Kepada penyokong pakatan cepat la panggil NgarNger DAP tu tolong bagi mamat royan ni makan obat dah kritikal sasau nyer.

Kesian gua kenangkan kisah lu dulu dah la jadi menteri besor boneka dan takde kuasa eksekutif untuk buat keputusan, apa-apa hal terpaksa rujuk dulu dengan master DAP NgarNger. Kemudian pulak datang penyakit meroyan biler menyerbu masuk ceramah orang (umno) di Kampar (tajuk ceramah : Nizar Pembohong). Kecoh!!!...buat malu kau jer dah lah lepas tu kau spin pusing cerita kata diaorang yang takut kau. Tak payah lah Niza Meroyannnnn oiii....kau punya bohong sudah basi daaaa....









Isnin, 21 Januari 2013

Niza Meroyan dah tahu dia akan kalah di Pasir Panjang


Niza Meroyan didakwa tidak lagi berminat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat Pasir Panjang berikutan banyak masalah rakyat di kawasan itu gagal diselesaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membuat kesimpulan ini berikutan banyak masalah termasuklah projek-projek pembangunan masih belum dilaksanakan sehingga kini.

Katanya 'Niza Meroyan' juga didapati gagal melunaskan janji-janji yang dibuat kepada pengundi kawasan Pasir Panjang sejak dipilih pada pilihanraya 2008 lalu.

“Saya tahu penduduk di sini dipinggirkan wakil rakyatnya. Saya ada ingatkan beliau tentang perkara ini setiap kali siding DUN tetapi dia menafikan dengan mengatakan banyak yang telah diselesaikannya dengan Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
“Berdasarkan maklumat, kita dapati MPM telah menyelesaikan lebih 50 aduan dan daripada aduan ini tidak satu pun datang daripada Pejabat DUN Pasir Panjang dan ini jelas membuktikan 'Niza Meroyan' memang kuat berbohong,” katanya.

Menteri Besar itu mendakwa bahawa Niza Meroyan mungkin lebih berminat untuk menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang berikutan sering menimbulkan isu berkaitan kawasan itu setiap kali sidang DUN.

Malah, katanya, tindakan Niza Meroyan menuduh kononnya kerajaan Malaysia telah menerima
RM 207 billion pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk dibayar kepada mangsa-mangsa keretapi maut sehingga menimbulkan kemarahan Kerajaan Jepun mengukuhkan lagi bukti bahawa Ketua Pembangkang Perak itu sebenarnya lebih berminat menjadi Ahli Parlimen daripada seorang ADUN.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal
dan makan tengah hari bersama penduduk Kampung Padang Tembak dan
siswa siswi Universiti Utara Malaysia di Dewan Kampung Padang Tembak,
Teluk Muroh, hari ini.

“Dia tak habis-habis berbohong. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga telah memaklumkan bagaimana kerajaan Jepun memandang serius tuduhan ini sehingga mencalar kredibilitinya sendiri,” katanya

Mengulas cabaran berdebat yang dibangkitkan oleh si Niza Meroyan, Dr Zambry berkata beliau tidak akan membuang masa dengan melayan cabaran itu kerana isu yang bakal dibangkitkan sangat penuh dengan pembohongan.

“Rakyat sendiri saksikan bagaimana dia berbohong ketika dalam Dewan dan saya rasakan orang seperti ini tidak patut dilayan,” katanya.



* sumber dari portal berita tempatan edisi negeri Perak.










Khamis, 17 Januari 2013

Niza Meroyan edarkan duit Jepun kepada buruh paksa landasan keretapi


Kerajaan Malaysia tidak pernah menerima bayaran pampasan sebanyak RM207 bilion daripada kerajaan Jepun untuk diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api dari Thailand ke Myanmar semasa Perang Dunia Kedua.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini menjelaskan, dakwaan yang dikatakan berpunca daripada memo bertarikh 29 Mac 2011 oleh kementerian itu adalah palsu.

Menurut kenyataan itu, memo tersebut dipalsukan dan satu laporan polis telah dibuat pada 26 September tahun lalu.

"Kedutaan Jepun juga telah menulis surat kepada kementerian pada 9 Januari lalu bagi meminta penjelasan tentang perkara ini kerana mereka tidak pernah membayar sebanyak RM207 bilion.

"Ini membuktikan ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin memburuk-burukkan dan menjatuhkan imej serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan Kementerian Kewangan," kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, portal berita milik Pas, Harakahdaily melaporkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'mendedahkan' beberapa dokumen yang didakwa menunjukkan kerajaan Malaysia menerima wang pampasan tersebut.

Salinan memo Kementerian Kewangan kepada Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma 1942-1946 bertarikh 29 Mac 2011 merupakan salah satu dokumen yang didedahkan Mohammad Nizar.


Niza Meroyan ni memang tak habis-habis dengan pendedahan sensasinya, hiiiii....giler glamour la mamat ni!!!
Udah ler tu Niza oiiii....pergi makan obat





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...