Sabtu, 3 Ogos 2013
Jawatan Naib Ketua Pemuda Malaysia : Kenapa Azwan Harun???
Isnin, 24 Jun 2013
GAZ...Kisah Si Zombie
Jumaat, 17 Mei 2013
Yayasan Bina Upaya melantik bekas calon Bukit Gantang sebagai Ketua Eksekutif baru
Datuk Ismail yang menghargai perlantikan itu berharap akan mendapat sokongan daripada semua pihak, khususnya kakitangan YBU sendiri untuk memikul amanah yang telah diberikan kepadanya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan ini dan saya akan cuba memikul tanggungjawab ini sebaik mungkin bagi membawa nama YBUDR ke satu lagi tahap yang lebih baik di masa hadapan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media sempena majlis suaikenal dengan kakitangan YBU hari ini.
Ismail yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam bidang pengurusan, akan menggunakan sebaiknya pengalaman yang beliau miliki itu untuk meningkatkan lagi imej dan peranan YBU sebagai sebuah agensi yang diberi tanggungjawab membasmi kemiskinan, khususnya melibatkan aspek bina upaya golongan keterbawahan.
“Bidang pengurusan ini bukanlah satu bidang yang baru kerana saya telah banyak terlibat dalam menguruskan pelbagai agensi, dan dalam masa yang sama YBU bukanlah sebuah agensi yang asing dan baru bagi saya, kerana saya sendiri telah terlibat secara tidak langsung bersama yayasan ini sejak dari hari pertama ia beroperasi lagi,” katanya.
Keputusan Pilihanraya Umum yang ke 13 tahun 2013 bagi Parlimen Bukit Gantang
| KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM PARLIMEN | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
*sumber dari laman sesawang SPR
Keputusan Pilihanraya Kecil tahun 2009 (selepas PRU12) bagi Parlimen Bukit Gantang
Dewan Rakyat: Pilihan raya kecil Bukit Gantang, 2009 Parti Calon Undi % ±% PR-PAS
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 21,860 - BN-UMNO
Ismail Safian 19,071 - BEBAS
Kamarul Ramizu Idris 62 - undi rosak 456 - Majoriti 2,789 -
*sumber dari laman sesawang wikipedia
Ulasan : Nampaknya Ismail Safian bukanlah 'winnable candidate' untuk menjadi calon bertanding dalam pilihanraya di Parlimen Bukit Gantang jika sampai 2 kali dia kalah walaupun diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN. Namun begitu atas dasar keprofesionalan dan mempunyai pengalaman bidang pengurusan MB Perak @ Pengerusi YBU bersama Lembaga Pengarah melantiknya untuk bekerja.
Berikut di bawah adalah sedutan dari komen dan rintihan dari ahli parti sendiri tentang Ismail Safian :
" Kami AJK-AJK CAWANGAN UMNO DAN AJK-AJK UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG DENGAN ILMU POLITIK AKAR UMBI DAN HUBUNGAN TERUS KAMI DENGAN PENGUNDI-PENGUNDI BUKIT GANTANG AKAN KUBURKAN KARIER POLITIK DATUK ISMAIL SAFFIAN DALAM PRU13 NANTI!!!! "
Walaupun beliau tidak disukai oleh sebilangan kumpulan dari partinya sendiri (mungkin salah satu faktor kekalahan dalam PRU13) namun beliau masih diberi kepercayaan oleh pimpinan untuk memegang jawatan penting dalam pengurusan negeri Perak. Mesti ada keistimewaan dalam dirinya yang membuat pucuk pimpinan masih mahu beliau untuk terlibat dalam memegang jawatan penting.
Khamis, 2 Ogos 2012
Perak Negeri Kebajikan Yang Pertama
Negeri Perak telah menjadi negeri kebajikan kepada rakyatnya apabila menawarkan skim rumah mampu milik rakyat disamping bayaran ansuran yang terendah kepada golongan kurang mampu.
Rakyat negeri Perak berpeluang memiliki rumah sendiri yang bernilai RM52,000 dengan hanya membayar yuran pendaftaran RM 200 dan bayaran ansuran bulanan serendah RM218 sahaja.
Faedah ini boleh dinikmati di bawah Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Dewan Serbaguna SUK, Ipoh hari ini.
Skim ini dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya (YBU).
Menteri Besar ketika mengumumkan perkara itu berkata, peluang tersebut diberikan kepada rakyat Perak yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan dan masih belum memiliki rumah sendiri.
Menurut beliau, melalui SRIA, peserta tidak dikenakan sebarang bayaran faedah dan boleh membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh 10 hingga 20 tahun.
"Kerajaan negeri dan YBU sentiasa berusaha untuk membantu golongan yang berpendapat rendah kerana mereka juga berhak untuk memiliki rumah sendiri,'' katanya. Turut hadir di majlis pelancaran SRIA ialah Pengerusi YBUDR, Datuk Saarani Mohamad.
Dr. Zambry memberitahu, sebagai permulaan, kerajaan negeri menyuntik dana awal sebanyak RM10 juta yang dijangka dapat memberi peluang 180 keluarga memiliki rumah sendiri.
Beliau membayangkan kemungkinan untuk menambah dana tersebut bagi memberi peluang lebih ramai rakyat di negeri ini untuk memiliki rumah.
Pada majlis tersebut, beliau turut menyerahkan surat kelulusan dan replika kunci rumah kepada beberapa orang penerima.
Salah seorang penerima, M.Muniamah, 53, dari Sitiawan melahirkan rasa gembira kerana akan dapat memiliki rumah sendiri setelah hampir tiga tahun menumpang di rumah majikan suaminya.
“Saya gembira dan seronok sebab sudah lama menumpang di rumah majikan suami saya yang bekerja sebagai pemandu lori,” katanya sambil memberitahu mereka akan membina rumah di Batu 6, Lekir, Sitiawan.
Surinderpal Singh,48, dari Buntong pula berkata, skim ini dapat membantu golongan sepertinya untuk memiliki rumah idaman sendiri.
“Skim ini bagus dan patut diteruskan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan YBU kerana banyak membantu,” katanya.
Syabas kepada kerajaan negeri Perak dibawah pemerintahan Menteri Besar Dr. Zambry.
Tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir.
*sumber dari laman sesawang PerakNews
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan





