Memaparkan catatan dengan label NgarNgeh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NgarNgeh. Papar semua catatan
Selasa, 25 September 2012
Niza sindrom MEROYAN, Ngeh pula sindrom PARANOIA
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dilanda sindrom `paranoiapolitik’ kerana sering menyalahkan UMNO dan BN dalam apa juga perkara yang berlaku.
Katanya, keadaan ini berlaku kerana Ngeh memiliki budaya pemikiran kebencian yang ditanam di dalam dirinya.
"Kalau ada pemikiran keamanan dia tidak akan buat macam tu, dia akan melihat dulu tetapi oleh kerana dia mengalami paranoia politik (political paranoid) maka dia sering menyalahkan UMNO dan BN dalam apa juga perkara yang berlaku.
"Orang yang paranoid, kalau kena gigit semut pun dia akan kata itu semut BN dan UMNO,’’ katanya kepada media selepas merasmikan Program International Day of Peace anjuran Universal Peace Federation Malaysia di Hotel Riverfront, Ipoh petang ini.
Ditanya mengenai Ngeh yang memohon maaf berhubung kenyataan provokasinya yang memperlekehkan umat Islam, Dr Zambry berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada rakyat untuk menilai keikhlasanAhli Parlimen Beruas itu.
"Dalam soal ini, seringkali saya sebut soal sensitiviti agama dan bangsa ini tidak wajar dipermainkan atau dijadikan isu politik,’’ tambahnya.
Beliau menyebut umpamanya Ngeh mengkritiknya semalam selepas memohon maaf berhubung kenyataannya itu tetapi masih lagi mengatakan bahawa seolah-olah orang yang dibelakang tweet itu adalah Dr. Zambry.
"Saya kata, bagaimana orang yang di belakang tweet dia itu adalah saya, saya tidak pernah kacau dia dan tidak pernah keluarkan kata-kata kesat kepadanya apabila dia membuat tweet itu,’’ jelasnya.
Pada majlis itu, Menteri Besar turut melancarkan Malaysia-Korea Frienship Service Projek dan meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Universal Peace Federation Malaysia Cawangan Perak untuk melaksanakan aktivitinya. Hadir sama Presiden Universal Peace Federation Malaysia, Tan Sri Dr. Devaki Krishnan.
Selasa, 18 September 2012
Haram Jadah punyer Ngeh !!!
Memang biadap dan haram jadah ni salah sorang dari pemimpin tertinggi DAP Perak. Biadap sebab mempersoalkan tindakan orang muslim memprotes terhadap filem yang penuh kontroversi yang mempermainkan isu agama Islam iaitu 'Innocence of Muslim ' . Dalam tweet si kurang ajar ini menyebut bahawa (diterjemah) 'Muslim membuang banyak masa dan tenaga kepada perkara ini'.
Perkataan yang digunakan jelas menghina orang Islam sepatutnya dia tak layak untuk memberi komen hal berkaitan orang Islam. Kalau dari segi politik sepatutnya wakil dari parti PAS yang lebih afdal berucap tentang isu hal berkaitan orang muslim.
Orang yang pertama patut komen ialah MB Nizar, Menteri Besor Boneka demer Pakatan Rakyat....oppsss bukan lagi MB ya, mantan la. Nak dengor juger apa kata mantan MB ni, apakah pendapatnya tentang isu hina orang Islam ini. Harap Niza Meroyan dapat memberi komen yang positif, jangan dok melompat pulak nak bela si DAP kurang ajar ni. Mempertahankan maruah Nabi Muhammad saw dan kedudukan agama dituntut oleh Islam serta merupakan sebahagian dari jihad dan ibadah.
Dalam Perlembagaan Negara Malaysia juga menyatakan ugama rasmi adalah agama Islam. Maka kenyataannya itu juga bertentangan dengan perlembagaan serta secara tak langsung menghina agama rasmi negara ini.
Kinta Menjerit dengan penuh rasa dukacita dan sangat kecewa menempelak kata-kata dalam tweet Ngeh ini, susulan satu lapuran bertulis telah dikemukakan kepada pihak polis. Ini adalah supaya tindakan kurang ajar ini tidak berulang dan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan




