Memaparkan catatan dengan label Kinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kinta. Papar semua catatan

Rabu, 11 November 2015

Mohon Sumbangan Seikhlas Hati...Pesakit Kronik di Ipoh

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera .

Saya rasa terpanggil untuk memaklumkan pada rakan2 dan sahabat semua tentang keadaan yg telah dialami oleh Ayah kpd Saudara Saudara Zaini iaitu En Zainal yg telah menghidap penyakit Jantung, paru² berair dn buah pinggang. 

Sehingga kini tiada pimpinan yg prihatin terhadap nasib yg menimpa ayahanda kpd Saudara Zaini . 

Saya mewakili keluarga saudara Zaini ingin memohon derma atau sumbangan se ikhlas hati dari rakan semua bagi sama2 kita membantu utk meringankan beban kos rawatan ayahandanya .

Kepada rakan2 yg ingin menyumbangkan derma atau sumbangan boleh lah disalurkan kpd akaun Maybank Ibu kepada En Zaini Maybank 158118281717 atas nama Fatimah Hani .

Segala sumbangan dan derma saya ucapkan ribuan terima kasih , semoga dengan sumbangan Tuan/ Puan dapat meringankan beban yg dihadapi oleh keluarga mereka .

Sekiranya kesemua rakan rakan kita prihatin dapat menderma seminima seorang 10 ringgit pun sudah cukup memadai memandangkan kita ada ribuan pejuang pejuang yang begitu banyak memperjuangkan nasib bangsa kita. Sumbangan ini juga adalah sebahagian dari bukti perjuangan kita.

Semoga Allah s.w.t merahmati usaha anda semua , Terima Kasih///




Jumaat, 2 November 2012

Mati jatuh dari bumbung flat lari diserbu polis!!!


Di Ipoh, gara-gara cuba melarikan diri daripada serbuan polis, seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun dan pecah rumah terbunuh selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah pangsa, di sini, semalam.

Dalam serbuan sama, seorang lagi suspek berusia 20 tahun turut ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di bumbung rumah berkenaan di Kampung Rapat.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menyerbu rumah yang didiami lelaki berkenaan tetapi penghuni enggan membuka pintu.

“Dalam masa sama, terdengar bunyi benda pecah menyebabkan pihak polis terpaksa pecah masuk di dalam rumah tersebut.

“Polis telah dimaklumkan bahawa dua suspek telah pecah siling bilik air dan naik ke bumbung flat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.

Menurutnya, kira-kira jam 2.20 pagi, pihaknya dimaklumkan menemui satu mayat lelaki dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam.

“Hasil siasatan mendapati si mati adalah suspek yang melarikan diri dari rumah yang diserbu oleh pihak polis. Lelaki berusia 28 tahun itu merupakan individu yang dikehendaki polis dalam empat kes curi.

“Seorang lagi suspek telah dihantar ke Bahagian Narkotik untuk ujian air kencing dan didapati suspek ini positif mengambil dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Zakaria berkata, suspek direman sehingga 6 November ini untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Pemeriksaan di rumah itu turut menemui sepucuk pistol mainan jenama Colt Double Eagle yang dipercayai digunakan dalam aktiviti samun dan pecah rumah sekitar kawasan bandar raya itu.

“Barang-barang yang dirampas adalah seutas gari, parang, pas keselamatan yang mempunyai logo PDRM, dua televisyen jenama Sony dan Panasonic, pemain DVD, dekoder Astro serta radio kereta Toyota,” katanya.

Jumaat, 7 September 2012

MAAP membantah tindakan khianat Jalur Gemilang dan pijak gambar pemimpin


Hari ini 7hb September 2012 selepas solat Jumaat, satu NGO dari gabungan ayahanda-ayahanda dari seluruh negeri Perak Darul Ridzuan telah membuat lapuran polis atas tindakan segelintir pihak yang mengibarkan bendera yang bukan bendera rasmi negara Malaysia semasa hari merdeka dan juga memijak gambar Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak serta menghina dengan melondehkan seluar dan menunjukkan punggong ke arah gambar itu. Laporan polis ini telah dibuat di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh oleh Pengerusi MAAP iaitu Ayahanda Long Raqi bersama-sama jawatankuasa yang lain serta dihadiri juga oleh wakil-wakil dari seluruh daerah negeri Perak.

Perbuatan khianat ini dan cubaan untuk menukar bendera rasmi Negara Malaysia iaitu Jalur Gemilang adalah juga tindakan cubaan untuk mengubah Perlembagaan Negara Malaysia di jalanan dan secara haram. Perbuatan ini seolah-olah juga telah menghina dan menidakkan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita dimana pemimpin negara kita dipilih secara demokrasi.

Kejadian ini juga banyak telah tersebar dalam media cetak, media elektronik dan laman internet di seluruh negara. Ianya berlaku pada hari Khamis di malam sambutan Hari Merdeka pada 30hb Ogos 2012 yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perhimpunan yang dipercayai didalangi oleh pihak parti pembangkang disebut sebagai Perhimpunan Janji Demokrasi ini telah membawa dan mengibarkan bendera yang berwarna putih dan merah tetapi jelas bukan bendera Jalur Gemilang.

Membantah keras atas tindakan penghinaan dan khianat itu, maka MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA NEGERI PERAK ( MAAP ) menggesa pihak berkuasa terutama Polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas. MAAP amat tidak bersetuju dan menempelak tindakan khianat dan hina ini serta cubaan meracun dan untuk mempengaruhi rakyat negara ini supaya benci kepada pemimpin.


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...