Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera .
Saya rasa terpanggil untuk memaklumkan pada rakan2 dan sahabat semua tentang keadaan yg telah dialami oleh Ayah kpd Saudara Saudara Zaini iaitu En Zainal yg telah menghidap penyakit Jantung, paru² berair dn buah pinggang.
Sehingga kini tiada pimpinan yg prihatin terhadap nasib yg menimpa ayahanda kpd Saudara Zaini .
Saya mewakili keluarga saudara Zaini ingin memohon derma atau sumbangan se ikhlas hati dari rakan semua bagi sama2 kita membantu utk meringankan beban kos rawatan ayahandanya .
Kepada rakan2 yg ingin menyumbangkan derma atau sumbangan boleh lah disalurkan kpd akaun Maybank Ibu kepada En Zaini Maybank 158118281717 atas nama Fatimah Hani .
Segala sumbangan dan derma saya ucapkan ribuan terima kasih , semoga dengan sumbangan Tuan/ Puan dapat meringankan beban yg dihadapi oleh keluarga mereka .
Sekiranya kesemua rakan rakan kita prihatin dapat menderma seminima seorang 10 ringgit pun sudah cukup memadai memandangkan kita ada ribuan pejuang pejuang yang begitu banyak memperjuangkan nasib bangsa kita. Sumbangan ini juga adalah sebahagian dari bukti perjuangan kita.
Semoga Allah s.w.t merahmati usaha anda semua , Terima Kasih///
Memaparkan catatan dengan label KKM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KKM. Papar semua catatan
Rabu, 11 November 2015
Mohon Sumbangan Seikhlas Hati...Pesakit Kronik di Ipoh
Khamis, 25 April 2013
Penyakit Legionellosis mula menular di Kuala Lumpur
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
LAPORAN KEJADIAN PENYAKIT SALURAN PERNAFASAN
DI KUALA LUMPUR
1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menjelaskan laporan awam mengenai kejadian penyakit berjangkit yang berlaku dalam kalangan pekerja di salah sebuah pusat perniagaan di Kuala Lumpur yang dikatakan ada kaitan dengan jangkitan H7N9.
2. Pada 12hb April 2013, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) telah menerima satu notifikasi kematian akibat severe pneumonia yang telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta.
3. Siasatan awal mendapati kematian melibatkan seorang pekerja perempuan berumur 40 tahun yang mula mengalami gejala demam panas, keletihan dan batuk bermula pada 21 Mac 2013. Memandangkan gejala yang dialaminya masih berterusan, beliau telah mendapatkan rawatan di klinik swasta sebanyak 2 kali dan kemudiannya dirujuk dan dimasukkan ke wad hospital swasta pada 25 Mac 2013. Beliau dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi hospital yang sama pada 30 Mac 2013 dan meninggal dunia pada 5 April 2013 disebabkan oleh severe bronchopneumonia with Adult Respiratory Distress Syndrome (ARDS). Pesakit juga mempunyai penyakit lain iaitu penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit asma (bronchial asthma). Laporan makmal mendapati pesakit adalah positif untuk ujian legionella dan negatif terhadap jangkitan lain termasuk influenza A (H1N1), demam denggi, tuberculosis dan leptospirosis.
4. Siasatan awal juga mendapati terdapat satu lagi kes yang telah dimasukkan ke hospital swasta pada 10 April 2013 dan didiscaj pada 13 April 2013 dengan diagnosa "acute exacerbation of bronchial asthma". Pesakit didapati positif legionella dan negatif terhadap jangkitan yang lain seperti influenza A (H1N1), demam denggi dan leptospirosis.
5. Terdapat 2 lagi kes yang dimasukkan ke hospital masing-masing pada 17 April dan 18 April 2013. Kedua-duanya telah didiscaj dalam keadaan sihat selepas beberapa hari tinggal di wad dengan diagnosa masing – masing disebabkan oleh acute tonsilitis dan acute exacerbation of bronchial asthma. Kedua-dua mereka didapati negatif untuk legionella, influenza A (H1N1), demam denggi dan leptospirosis.
6. Berdasarkan kejadian ini, pihak JKWPKL telah menjalankan pengesanan kes secara aktif untuk penyakit Legionellosis yang disebabkan oleh kuman bakteria Legionella, di salah satu blok tersebut dalam kalangan pekerja yang mempunyai gejala kejadian saluran pernafasan dan rawatan serta nasihat telah diberikan. Hasil siasatan juga mendapati tiada kes yang pernah melawat ke Wilayah di Negara China yang terlibat dengan kejadian influenza A (H7N9) baru –baru ini dan kejadian ini tiada kaitan dengan virus tersebut.
7. Sehingga 22 April 2013, seramai 1,158 pekerja telah disaring dan didapati seramai 281 (24.2%) mengalami gejala saluran pernafasan ringan serta kesemuanya telah diberikan rawatan sewajarnya.
8. KKM ingin memaklumkan bahawa punca sebenar kejadian ini masih dalam siasatan di mana ia mungkin berpunca daripada sistem air yang panas pada bangunan seperti cooling towers, humidifier, boiler, indoor fountains dan lain - lain lagi. Justeru pihak pengurusan bangunan yang terlibat telah diminta untuk menjalankan kerja - kerja penyelenggaraan dan pembersihan bagi sistem – sistem yang berkaitan.
9. Untuk makluman, Legionella adalah sejenis bakteria yang terdapat di dalam air dan tersebar melalui udara (aerosol). KKM ingin menasihatkan orang ramai bahawa penyakit Legionella ini adalah terkawal dan tidak merebak daripada seorang ke seorang yang lain. JKWPKL akan terus memantau situasi ini dan mengambil langkah kawalan dan pencegahan serta menasihatkan mana – mana pekerja atau orang ramai dalam bangunan yang terlibat yang mempunyai gejala saluran pernafasan untuk segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.
Sekian dan terima kasih.
DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 April 2013
*sumber dari portal rasmi KKM
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan


