Isnin, 7 Julai 2014

Ops Bersepadu di Ipoh Syabas D7 IPK Perak & MBI


Mungkin disebabkan terlalu banyak aduan dan desakan dari masyarakat Ipoh (klik) maka pihak berkuasa akhirnya mengorak langkah menjalankan tugas membanteras kedai jackpot ini.

Seorang pemandu lori mengharap tuah pertama kali di ‘port’ baharu di Taman Cempaka di Ipoh, namun malangnya dia dicekup polis dalam satu serbuan ops bersepadu, malam kelmarin.
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan bersama tujuh individu lain ketika leka bermain judi komputer ketika diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7)  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ketika ditanya media, lelaki itu mengaku menghabiskan antara RM30 hingga RM100 setiap kali bermain sanggup duduk beberapa jam di premis terbabit bagi mendapat pulangan yang lumayan.

“Sebelum ini, saya bermain di banyak tempat dan baru pertama kali cuba di premis ini. Paling banyak menang duit RM300 dan pertama kali ditahan polis,” katanya.

Selain itu, seorang remaja berusia 19 tahun yang baru sebulan bekerja di premis itu bertindak sebagai penjaga turut ditahan bersama dua warga emas berusia 60-an.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Zailani Mohd Yussof berkata, mereka ditahan pada jam 9.30 malam ketika sedang leka bermain judi di tiga premis yang dilengkapi dengan sistem keselamatan.

Menurutnya, operasi itu diketuai oleh Inspektor Mohd Ashraf Shukor dan Pengarah Perlesenan MBI, Zulkifle Jaafar Sidek bersama empat pegawai dan 21 anggota polis serta 20 penguatkuasa MBI.

“Kebanyakan pintu masuk utama premis dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi menghidu kehadiran pihak berkuasa selain hanya pelanggan tetap sahaja yang dapat memasuki premis ini.

“Selain itu, pintu belakang premis berkenaan juga dipasang dengan sistem pintu magnetik yang boleh dikawal untuk memudahkan mereka melarikan diri sekiranya diserbu pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini.

Zailani berkata, pihaknya telah merampas sejumlah 63 set komputer dan wang tunai RM260 turut dirampas melibatkan nilai keseluruhan RM126,000.

“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga premis terbabit pernah diserbu sebelum ini namun, pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan sama. 

“Kesemua yang ditahan dan penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan,” katanya. (klik 2)

Sementara itu, Zulkifle berkata, kesemua premis yang diserbu tidak mempunyai lesen yang sah dan pihaknya akan terus memantau kesemua premis termasuk pusat-pusat internet sekitar bandar itu bagi membendung kegiatan perjudian.



Ini orang tua yang sedang main mesin judi ditahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...