Memaparkan catatan dengan label PCT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PCT. Papar semua catatan
Isnin, 11 Mac 2013
Ahad, 10 Februari 2013
PCT SUDAH BERSEDIA UNTUK PRU 13
Membariskan lebih 30 bloggers dan facebooker tegar yang bersama PCT. Selain itu akan bergabung dan memberikan berita terkini dari seluruh negara dan tumpuan khusus kepada Negeri Perak. PCT juga membuka selebar-lebarnya hubungan bloggers luar ataupun yang ingin bergabung dalam PCT samada dalam blog, Facebook , Twitter dan lain-lain.
Sila klik seterusnya di Perakcybertrooper.
Ahad, 25 November 2012
Perak Cyber Trooper bersama PUIB
Program minum petang Perak Cyber Trooper (PCT) bersama Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat (PUIB) telah berjaya menarik minat berbagai pengguna medium media sosial terutama Facebook untuk turut serta menyertai perang siber dengan pihak pembangkang.
Pemuda yang juga terdiri dari belia yang berumur bawah 40 tahun adalah rata-ratanya pengguna media sosial dan masing-masing mempunyai Facebook sendiri disamping Twitter dan juga Blog. Penerangan dari PCT tentang pentingnya medium media sosial dalam penyebaran maklumat dan pematahan hujah dari pihak pembangkang. Oleh itu kerjasama dari pihak PUIB untuk bersama-sama berjuang dalam medium adalah amat diperlukan supaya isu yang dibawa oleh pembangkang dapat dipatahkan dan di jawab oleh PCT dan PUIB.
Ini penting supaya rakyat dan pengundi dapat menilai dan tidak cepat terpengaruh dengan isu negatif tentang kerajaan. Era kini kita sedia maklum yang pihak pembangkang majoriti menggunakan medium siber untuk berkempen dan menghentam kerajaan terutama parti UMNO.
Program ini turut disertai oleh seorang wakil pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kinta yang juga menerangkan tentang kemudahan dan kerjasama pihak kerajaan dalam memajukan aktiviti belia.
Sabtu, 3 November 2012
Sepetang bersama Datuk Kamilia Ibrahim
Program santai minum petang antara ahli-ahli Wanita UMNO cawangan Kg Padang Changkat, Kuala Kangsar dengan ahli-ahli Perak Cyber Trooper (PCT) telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Changkat berdekatan dengan Istana Bukit Chandan.
Sembang-sembang petang ini diadakan pada hari Sabtu, 3hb November 2012. Aktiviti santai ini bertujuan memperkenalkan ahli-ahli cawangan tentang peranan dan pentingnya fungsi media siber. Dunia siber yang mengandungi bermacam-macam medium telah luas digunakan oleh manusia era ini, contohnya seperti Blog, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi.
Disamping dapat berkenal-kenal dengan para blogger PCT, sessi soal-jawab juga diadakan untuk penjelasan tentang dunia IT ini. Antara blogger-blogger yang dapat hadir menjayakan program ini ialah Budak Benteng, Awekz Bukit Gantang, Budak Sri Kinta, Parang Pedang, Anak Jati Malaya, Minah Brutal, Aktivis Kepayang Jr, Daeng Selili dan Kinta Menjerit.
Tetamu teristimewa khas yang dijemput ialah Yang Berbahagia Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia. Sukacitanya dan setinggi penghargaan kepadanya kerana dapat meluang masa hadirnya seorang pemimpin peringkat nasional ke program kecil yang tak seberapa ini.
Setelah ucapan perasmian oleh Datuk Kamilia, fasilitator utama PCT iaitu blogger Budak Benteng mula memberi penerangan dan ucapan.
Setinggi penghargaan kepada jawatankuasa Wanita Kg Padang Changkat dengan kerjasama PCT terutama saudara 'Macks' yang berjaya menyusun program hingga akhir.
* dibawah beberapa foto yang dapat ditangkap ketika sessi program berlangsung, juga lain-lain foto dapat dilihat juga di blog Parang Pedang (sila klik).
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan

















