Ahad, 3 Mac 2013

Lahad Datu: Sultan Sulu pengecut !!!


“Mereka mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri sebelum menembak anggota pasukan keselamatan kita. Itu taktik pengecut!,” demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai tindakan kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu yang menembak mati dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mencederakan tiga yang lain.

Itu adalah laporan diterima Najib dan disahkan oleh anggota pasukan komando PDRM yang diperangkap kumpulan penceroboh berkenaan dalam kejadian tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pagi kelmarin.

“Pasukan keselamatan kita terperangkap kerana tidak menyangka apabila melihat bendera putih, tiba-tiba tembakan dilepaskan. Ini satu perangkap dan jika taktik itu digunakan, ini bermakna mereka pengecut.

“Tindakan itu menyebabkan dua anggota komando terkorban,” katanya dalam sidang media di Pangkalan Udara Subang, di sini, semalam.

Beliau berkata, Malaysia bertegas dalam menangani isu ini kerana apa dilakukan kumpulan penceroboh adalah jenayah serius iaitu menceroboh negara dengan senjata dan membunuh dua serta mencederakan tiga lagi anggota pasukan keselamatan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...