Sabtu, 20 April 2013

DAP ganti PAS pergi ke bulan


Semua calon DAP di Semenanjung Malaysia mungkin menggunakan lambang PAS manakala calonnya di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) menegaskan parti pembangkang itu boleh menggunakan simbolnya sendiri.

Menurut pemerhati politik, langkah DAP itu hanyalah semata-mata untuk meraih simpati para pengundi pada pilihan raya umum ke-13 itu.

Pada sidang media di Pusat Operasi DAP di Taman Ungku Tun Aminah di sini Jumaat, Lim bagaimanapun enggan mengulas kenyataan ROS itu.

Sebaliknya, pemimpin veteran itu, yang akan mencabar Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, menyalahkan MCA dan mendakwanya dibantu Umno untuk memainkan peranan dalam menentukan keputusan ROS.




"Kemungkinan lambang Roket yang menjadi identiti DAP ini tidak dapat digunakan selepas menerima notis daripada ROS, kurang 48 jam sebelum tarikh penamaan calon," katanya.

ROS pada Rabu hanya memaklumkan kepada DAP bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian dalam kalangan anggotanya.

Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut bahawa ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

Dalam kenyataannya Khamis, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman menarik perhatian bahawa pendaftaran DAP bagaimanapun tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13.

Lim pula berkata: "Bagi mengelak berlaku sebarang kesulitan pada pilihan raya nanti, kita mengambil keputusan untuk meminjam simbol bulan (PAS) bagi calon DAP di Semenanjung dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak".

Beliau juga mendakwa kononnya perkara itu boleh menjejaskan undi kepada DAP kerana menurutnya pengundi Cina tidak akan memilih simbol PAS dalam pilihan raya nanti.

Lim turut dilihat cuba bersikap `underdog' dengan menyatakan berikutan isu lambang itu, peluangnya untuk menang kerusi Gelang Patah kini tinggal 40 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Pengerusi DAP Karpal Singh mengesahkan parti itu akan menggunakan lambang PAS dan PKR pada 5 Mei.

"Seperti yang diputuskan jawatankuasa kerja pusat pada mesyuarat tergempar malam tadi di ibu pejabat parti, jika tiada surat rasmi daripada ROS hingga pukul 3 petang ini, DAP akan bertindak daripada keputusan awal yang diambil untuk menggunakan lambang parti dua rakan sekutu kami dalam pakatan," katanya.

Beliau berkata DAP masih belum menerima surat rasmi penarikan balik daripada ROS seperti yang diminta DAP.

Katanya DAP tidak mahu menerima jaminan yang diberikan ROS melalui media, disebabkan itu DAP mahu ketua pengarah ROS secara rasmi memberi respons kepada kebimbangan mereka.

Karpal Singh berkata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali serta Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution akan menyelaraskan dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam mengeluarkan surat kebenaran untuk memudahkan calon-calon DAP menggunakan lambang dua parti itu.


DAP mengumumkan akan bertanding 53 kerusi parlimen dan 103 kerusi dewan undangan negeri pada PRU13.








DAP = PAP
DAP ganti PAS
DAP anti Islam






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...