Isnin, 29 April 2013

Parlimen Parit Buntar pasti dimenangi Barisan Nasional






BARISAN Nasional (BN) yakin bakal merampas kembali kerusi Parlimen Parit Buntar termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau dan Titi Serong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

Calon BN Parlimen Parit Buntar, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, buat masa ini tahap jentera BN yang turut dibantu beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) begitu hebat serta tersusun.

"Insya-Allah sokongan rakyat akan dapat disatukan serta merampas kembali kerusi P057 (Parit Buntar), N08 (Titi Serong) dan N09 (Kuala Kurau)," katanya selepas Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Bagan Serai, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan calon-calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di daerah Kerian.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kepimpinan parti di atas kepercayaan kepada orang muda untuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.

"Dengan adanya semangat baru ini dan kombinasi kerjasama dengan orang lama yang berpengalaman di DUN Kuala Kurau dan Titi Serong serta orang baru di Parlimen, Insya-Allah sokongan setiap golongan masyarakat akan bertambah.

"Kita tengok makluman balas daripada orang muda pun cukup baik dan mereka akan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka (golongan muda) merasakan ini salah satu platform bagi orang muda untuk menyuarakan pandangan dan perkhidmatan kepada masyarakat serta rakyat di Parit Buntar.

"Insya-Allah jika dilihat peluang kita amat baik. Kedua-dua calon DUN Kuala Kurau iaitu Cikgu (Mohd) Salleh (Mat Disa) dan DUN Titi Serong, Abu Bakar (Mat Ali) adalah mereka yang sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat.

"Kedua-dua mereka walaupun tidak terpilih pada pilihan raya umum yang lalu, namun mereka tetap bekerja atas semangat BN," katanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...