Isnin, 24 Jun 2013

GAZ...Kisah Si Zombie


Apa yang tak kena dengan Zombie. Apa lagi Zombie Mahu...



Pada 2009 isu panas yg melanda politik perak ialah isu dua orang kuat zombie yang bergelar 2H dimana kedua mereka ini dilihat begitu kebal sehinggakan 18 ketua bahagian umno meluru ke putrajaya meminta Tok Najib tidak lagi memilih Zombie untuk menjadi MB kerana terlalu memanjakan 2H ini sehingga zombie mengabaikan ketua ketua bahagian didalam negeri. Isu itu diselesaikan dengan memberi sejumlah wang yang agak besar kepada salah seorang 2H itu sebagai bekalan untuk meneruskan hidupnya di Kuala Lumpur dan untuk tidak lagi berada di perak supaya dapat melarikan dari fokus dan sportlight rakyat.

Kini kelibat 2H tidak lagi menyinari kerancakan politik negeri perak. Salah seorang 2H ini yang terkenal dengan gelaran Abang Susun telah mula mengorak langkah dengan mengangkat dirinya menjadi presiden disebuah persatuan yang ditubuhnya sendiri. Ini amat bertepatan dengan kemampuannya kerana dianggarkan hasil bekalan yang dibekalkan oleh zombie membuatkannya mampu untuk memiliki beberapa buah kereta bersusun susun.

Setelah ketiadaan Abang Susun ini, Zombie mengubah strateginya dengan mencipta 5A pula sebagai Dajjal suci yang lebih bergaya dan licik untuk menyinari politik negeri yang semakin malap. Salah seorang dari 5A diarahkan menjadi pencatur untuk menyusun kroni kroni bawahan mereka di tempat tempat didalam GLC dan jabatan kerajaan bagi membolehkan mempunyai kuasa untuk memberi projek kepada ahli ahli 5A yang lain. 

Kecoh juga suatu ketika dahulu apabila beberapa ahli perniagaan melayu yang mengadu bahawa kertas kerja yang mereka hantar untuk memohon projek melalui 5A ini telah disalin dan diubah kepada syarikat lain. Tektik SALIN KULIT ini memang biasa terdengar di mulut orang orang berniaga di Perak.

Manakala seorang lagi 2H yang terperuk di ipoh terus diangkat ke tempat yang lebih tinggi malah lebih tinggi daripada ketua ketua bahagian yang sudah sekian lama setia kepada umno. Mungkin zombie merasakan ketua ketua bahagian di perak ini tidak layak ataupun tidak secerdik mana untuk diberi tanggungjawab besar dalam menguruskan pilihanraya.


...ikuti cerita selanjutnya di blog Budak Benteng.




GAZ


1 ulasan:

  1. Patut la UMNO jahanam ... sebab ada orang-2 macam ni yang tak pernah puas dengan apa yang ada ... ko nak sapa lagi jadi menteri besar ? Sapa lagi yang ada kat Perak tu ? Berapa sangat DUN yang BN menang ? Cukup-2 makan je ...

    Yang sebenarnya dia tak puas hati sebab bos dia tak naik dan dia pun melepas nak sapu komisyen ...

    Itulah dia UMNO .. korang sepatutnya sedar inilah punca utama anak-2 muda benci dengan UMNO ... kalau korang tak nak berubah, jangan lagi bising-2 pasal tsunami cina, pasal kencing Anuwar .. sebab korang sendiri lah puncanya UMNO dibenci dan diludahi ...

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...