Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya
kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi
sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.
Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.
mangsa fitnah 'cybertrooper' babi-buta @ blogger gila rangking |
Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.
Beliau juga mampu berseloroh apabila para pengikutnya bertanya mengenai gambar tersebut di laman sosial.
"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.
Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.
"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.
Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Didapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.
Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.
gambar yang dikatakan seiras Dyana |
Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.
Kalangan penulis blog Pakatan Rakyat pula, termasuk darisungaiderhaka.blogspot.com pula menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan bahawa individu dalam gambar tersebut adalah seorang pelakon Filipina, Pauleen Luna dan bukannya Dyana.
Sementara itu, tulisan di blog pro-Umno khairulryezal.blogspot.com turut mempersoalkan pendirian Dyana dan prinsip parti DAP yang didukung peguam muda tersebut dengan mengaitkan kelulusan Dyana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Penulis blog tersebut mengaitkan UiTM sebagai institusi Bumiputera yang diperjuangkan Umno dan kontras dengan DAP.
Blog tersebut juga mendakwa ibu Dyana adalah orang kuat Wanita Umno di Ipoh Barat.
"Tidak tahu di mana silapnya, Diyana Sofea (Dyana Sofya) sekarang merupakan pejuang cauvinis DAP," blog khairulryezal.blogspot.com dipetik.
Blog berkenaan juga memuatkan satu gambar Dyana berpakaian jubah peguam, gambarnya ketika sedang berkempen untuk DAP dan juga gambar merakamkan beliau menerima satu anugerah dari bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.
*sumber dari laman sesawang berita nasional
Bagi Kinta Menjerit biarpun Dyana ni dari parti politik manapun tapi dia tetap orang Melayu. KM rasa darah dan semangat Melayunya tetap kuat sebab maknya adalah orang kuat dari parti yang mempertahankan Melayu, harapnya begitulah. Mungkin sebab dalam parti 'melayu' tu banyak sangat yang tak betoi nyer tu yang nak cuba tengok laluan yang lain ini mungkin secara tak langsung akan menyeimbangkan suasana politik yang kita nampak agak ketara ketidakadilannya di sebelah pihak sahaja.
Ini harapkan slogan jer nampak baik dan bagus
'Tiada yang terpinggir
Tiada yang tertinggal'
Memang betoi lah tiada yang tertinggal tapi untuk kroni-kroni dan suku-sakat sendiri sahaja lah. Yang lain ni dok tengok jer lah apa habuk pun tarak... menyanyilah lagu "Warisan"...anak kecil main api
sampai ke sudah lah kita ni susah di tanah air sendiri.
Betina ni "mangsa" spekulasi?? Mangsa yang sebenarnya adalah Bangsa Melayu yang telah dan AKAN di tindas oleh DAP dan dengan secara langsung, oleh betina sekor ni!! Ptttuiiiihhhh!!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
PadamUMNO lancau la
BalasPadamDAP kimak
BalasPadamnegara demokrasi bebas kita nak masuk mana-mana parti politik
BalasPadamBro, knp yg blogger pro umno buat artikel byk sgt ttg dia ni? Bg publisiti percuma la. Aku rasa org melayu mmg kebanyakan akn tolak dia. Tp sbb blogger yg buat citer mcm2 tentang dia, sampai ada keluar gambar yg entah hape-hape tu, buat org simpati kt dia je. Aku tgok kt house pk punya link, byk betul bloger pro umno ni citer pasal dia. Biar je dia. Jgn citer langsung pasal dia. Baik org x tau, skrg aku rasa 1 malaysia kenal dia. Parah lg kalau ada budak muda yg jdkan dia role model plak. Apa punya cyber war la yg korg pakai ni..
BalasPadamsaya setuju dgn anda...kelemahan blogger pro bn selalu menjadi kekuatan utk pihak lawan...sbb suka bg publisiti murahan....baik cite apa yg bn dh buat n nk buat...
Padam