Memaparkan catatan dengan label Dyana Sofya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dyana Sofya. Papar semua catatan

Khamis, 26 Jun 2014

UMNO gagal pecat Yammy Samat alasan surat tak sampai lawak betul


Yammy Samat rela dipecat Umno selepas menerima surat tunjuk sebab berhubung dakwaan beliau berkempen untuk anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

Beliau menyifatkan parti itu tidak begitu serius dalam mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya memang dah dapat surat tunjuk sebab daripada Umno tetapi itu cuma salinan. Selepas tiga hari, saya masih belum terima salinan yang asal.

"Tak kan saya hendak jawab pada surat yang hanya salinan untuk Umno Perak dan Ipoh? Mereka hendak saya jawab ke tak nak? Biarlah profesional.

"Kalau Umno hendak pecat saya ke apa, itu terpulang kepada parti dalam membuat keputusan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sini.

Yammy Samat pada Isnin lalu akhirnya menerima surat tunjuk sebab daripada Umno selepas 20 hari daripada tarikh surat pertama yang dihantar 3 Jun lalu tetapi tidak diterimanya.

Ia adalah surat yang ketiga yang dihantar oleh Umno selepas surat pertama dipulangkan semula oleh Pos Malaysia kerana terdapat kesalahan alamat manakala surat kedua yang dikatakan telah dihantar pada 16 Jun lalu turut gagal sampai ke tangannya.

Yammy berkata, kemungkinan besar beliau tidak akan menjawab surat tunjuk sebab itu kerana kekecewaannya terhadap cara Umno untuk mendapatkan penjelasannya.
"Saya dah penat menunggu dan saya tak buat salah. Surat itu mengatakan saya penyokong Dyana sedangkan saya tidak berkempen pun untuk dia tetapi sekadar menemaninya sebagai anak.

"Kemungkinan besar saya tidak akan jawab surat itu. Tapi tengok macam mana nanti sebab ada tempoh 14 hari untuk jawab. Apapun, saya tidak peduli sekiranya saya dipecat," katanya.

Ditanya adakah beliau akan mengikuti jejak anaknya menyertai DAP sekiranya dipecat dari Umno, Yammy memberitahu, beliau hanya mengambil keputusan untuk bersara daripada terbabit dalam politik.

"Saya tidak akan masuk mana-mana parti lain jika dipecat. Cukuplah, saya dah penat dalam politik ini, biarlah saya berehat... umur saya dah nak masuk 60 tahun pun.

"Apapun, saya akan terus memberi sokongan kepada Dyana atas kapasiti saya sebagai seorang ibu. Tidak lebih daripada itu," katanya yang pernah menjadi Setiausaha Wanita Umno Bahagian Ipoh Barat.

steady Puan Yammy !!!

Ahad, 1 Jun 2014

Dyana mungkinkah bertanding di Ipoh Barat selepas ni?


Dyana Sofya


Walaupun gagal membawa DAP mempertahankan kerusi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menganggap perjuangannya di Parlimen Teluk Intan masih belum selesai terutama misi menghapuskan politik perkauman.

“Terutama yang memerlukan (penduduk Teluk Intan) saya, jangan kecewa... Setia bersama saya dan teruskan perjuangan yang belum selesai,” katanya.
Dyana Sofya yang berpakaian baju kurung turut sebak ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang penyokongnya.


Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menerima secara terbuka akan kekalahan calon parti DAP di PRK Teluk Intan dan mengakui kemenangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong.
Katanya, buat masa ini pihaknya akan mengambil masa untuk ambil tindakan termasuk buat analisis kekalahan calon DAP dan lain-lain tindakan susulan.


“Ada kemungkinan akan mencabar keputusan PRK tapi kita akan buat satu persatu dalam masa terdekat.
“Kemerosotan pola pengundi kaum cina pada PRK kali ini punca dikenal pasti termasuk penurunan jumlah pengundi luar.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berpendapat pencalonan Dyana Sofya membawa satu perubahan zaman politik di Malaysia.
“Dengan pencalonan Dyana Sofya kita boleh memulakan satu tahap baharu dalam politik, tetapi mungkin memerlukan sedikit masa ke arah itu,” katanya.


* sumber dari laman sesawang akhbar nasional


Selepas kekalahan ini mungkinkah Dyana Sofya akan mencuba bertanding di parlimen Ipoh Barat pula. Rasanya ini yang tempat yang sesuai memandangkan beliau lahir dan tinggal di Ipoh dari kecil lagi.

PRU akan datang diharap Lim Kit Siang akan meletakkan calon peguam muda ini di parlimen tempat asal-usulnya supaya senang untuk berkhidmat kepada masyarakat disekelilingnya.



Rabu, 28 Mei 2014

Dyana Sofya calon paling popular Teluk Intan

    selfie


Sesi 'selfie' bersama calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar Teluk Intan yang berbaris untuk bergambar dengannya. Dyana juga menggunakan peluang itu mempromosikan inisiatif perpustakaan mobil yang dinamakan 'Buku Jalanan Seri Manjung', berhampiran bangunan menara condong Teluk Intan.







Good Luck Dyana !!!



Sabtu, 17 Mei 2014

Dyana mangsa spekulasi politik PRK Teluk Intan




Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.


mangsa fitnah 'cybertrooper' babi-buta @ blogger gila rangking

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

Beliau juga mampu berseloroh apabila para pengikutnya bertanya mengenai gambar tersebut di laman sosial.
"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.

Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.
"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.

Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Didapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.

Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.


gambar yang dikatakan seiras Dyana


Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.

Kalangan penulis blog Pakatan Rakyat pula, termasuk darisungaiderhaka.blogspot.com pula menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan bahawa individu dalam gambar tersebut adalah seorang pelakon Filipina, Pauleen Luna dan bukannya Dyana.

Sementara itu, tulisan di blog pro-Umno khairulryezal.blogspot.com turut mempersoalkan pendirian Dyana dan prinsip parti DAP yang didukung peguam muda tersebut dengan mengaitkan kelulusan Dyana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penulis blog tersebut mengaitkan UiTM sebagai institusi Bumiputera yang diperjuangkan Umno dan kontras dengan DAP.
Blog tersebut juga mendakwa ibu Dyana adalah orang kuat Wanita Umno di Ipoh Barat.

"Tidak tahu di mana silapnya, Diyana Sofea (Dyana Sofya) sekarang merupakan pejuang cauvinis DAP," blog khairulryezal.blogspot.com dipetik.
Blog berkenaan juga memuatkan satu gambar Dyana berpakaian jubah peguam, gambarnya ketika sedang berkempen untuk DAP dan juga gambar merakamkan beliau menerima satu anugerah dari bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.



*sumber dari laman sesawang berita nasional



Bagi Kinta Menjerit biarpun Dyana ni dari parti politik manapun tapi dia tetap orang Melayu. KM rasa darah dan semangat Melayunya tetap kuat sebab maknya adalah orang kuat dari parti yang mempertahankan Melayu, harapnya begitulah. Mungkin sebab dalam parti 'melayu' tu banyak sangat yang tak betoi nyer tu yang nak cuba tengok laluan yang lain ini mungkin secara tak langsung akan menyeimbangkan suasana politik yang kita nampak agak ketara ketidakadilannya di sebelah pihak sahaja.

Ini harapkan slogan jer nampak baik dan bagus

'Tiada yang terpinggir
Tiada yang tertinggal'

Memang betoi lah tiada yang tertinggal tapi untuk kroni-kroni dan suku-sakat sendiri sahaja lah. Yang lain ni dok tengok jer lah apa habuk pun tarak... menyanyilah lagu "Warisan"...anak kecil main api

sampai ke sudah lah kita ni susah di tanah air sendiri.










Jumaat, 16 Mei 2014

Bakal Calon DAP PRK 2014 Teluk Intan


Dah Melayu UMNO tak nak jaga orang Melayu baik kita pangkah Melayu DAP jer...
sama jer harapkan slogan jer yang gah
'Tiada yang tertinggal
Tiada yang terpinggir'

...harapkan pagar, pagar makan padi!!!

kita kasi peluang pada anak muda ni untuk berkhidmat tengokkk boleh pakai tak?



Siapa itu Dyana Sofya?


Nama penuhnya Dyana Sofya Mohd. Daud.
Berusia 27 tahun.

Keluarganya, terutama ibunya ialah bekas orang kuat Wanita UMNO di Perak. Kerana kecewa dalam UMNO dia menjadi penyokong DAP. Anaknya, Dyana Sofya kini ialah Setiausaha Politik Melayu kepada Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Angin-angin bertiup mengatakan Dyana Sofya akan dicalonkan bertanding atas tiket DAP di PRK Parlimen Teluk Intan.


Dyana Sofya Mohd Daud (gambar)berasal dari Ipoh, beliau kini bertugas ...

Dyana Sofya hadir ke majlis itu bersama-sama ibunya, Yammy Samat.
Saya tidak sempat bertemu de­ngan Dyana Sofya mahupun ibunya pada malam itu untuk mengesahkan dengan tuan tubuh sendiri. Awal tahun 2012, siswazah undang-undang dari UiTM itu mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Dalam wawancara pemberita bertajuk “Dyana, dari keluarga UMNO kepada bintang DAP", portal itu menulis: Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Apa pun kita tunggu benarkah goyangan pokok-pokok oleh khabar angin itu.

Jika benar, adakah BN akan tetap meletak calon dari MCA atau calon Melayu?


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...