Khamis, 12 Jun 2014

Abby Gedik dicerai suami kedua


Penyanyi dan pelakon Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini mengesahkan lafaz cerai melalui SMS yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu.




Abby Gedik kali ini betul-betul gedebik sama ex dia


Hakim Syarie Syaiful Azli Jamaludin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Muhammad Noor Farhan selepas mendapati lafaz kinayah (secara kiasan) itu memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Bagaimanapun lafaz cerai kali pertama yang dibuat Muhammad Noor Farhan juga melalui SMS kepada seorang kenalan pada Januari lalu adalah tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Permohonan pengesahan lafaz cerai dikemukakan Abby mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.


Sementara itu dalam laman Twitternya semalam, dia menafikan ada mencederakan bekas suaminya itu dengan menggunakan kunci motosikal.


Bekas suami Abby dakwa didera mental, fizikal
Kesian mamat ni ke gedebik sama bini artis nya


"Pegang kunci motosikal pun tidak pernah...kenapa macam tu?," katanya.

Abby berkata luka di muka Farhan sengaja dilakukan menggunakan pisau cukur.

"Nampak sangat menipunya...Dalam gambar misai berdarah-darah, tapi dalam gambar pegang report ada pulak misai," katanya.

Terdahulu, ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, Abby, 37, berkata, dia reda.

“Saya tidak trauma. Bukan saya minta penceraian ini. Saya kuat hadapi ujian ini kerana yakin ALLAH bersama saya,” katanya.

Abby memberitahu, dia telah berusaha dan berdoa, namun tidak nampak jalan untuk menyelamatkan perkahwinan keduanya itu.

Katanya, dia tidak serik untuk kahwin demi anak-anak.

"Saya mahu hidup ada lelaki kerana tidak semua benda boleh buat sendiri,” katanya.



“Saya didera mental dan fizikal,” kata Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, bekas suami pelakon dan aktivis PAS, Abby Abadi ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.

Beliau mendakwa Abby pernah memukulnya dengan kunci motosikal hingga menyebabkan kecederaan di muka sekitar Januari lalu.


 Katanya, kejadian pertama berlaku selepas Abby mendapat tahu yang dia memaklumkan kepada seorang kenalannya bahawa antara mereka sudah tiada apa-apa hubungan.

Ia disusuli dengan kejadian kedua pada 17 Mei lalu, kira-kira seminggu selepas dia menghantar lafaz cerai melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), iaitu pada 9 Mei.

Dalam kejadian itu, Farhan mendakwa Abby mencakarnya di tangan dan muka selepas dia enggan berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka, menyebabkan dia takut lalu membuat laporan polis di Balai Polis Ampang pada hari sama.

“Saya perlukan ruang ketika itu tetapi dia tetap cari dan desak saya. Apabila saya tak mahu (berbincang) dia cakar saya di tangan dan muka.

“Saya jadi takut sebab itu buat laporan polis. Laporan itu dibuat untuk jarakkan saya dengan dia, supaya dia (Abby) tidak mendekati saya. Dia tahu mengenai laporan itu, saya ada maklumkan dia,” katanya sambil menunjukkan bukti kesan kecederaan, gambar dan laporan polis terbabit.
Dia bagaimanapun berkata, perkara itu tidak didedahkan di dalam mahkamah kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

Selain dicakar, Farhan turut mendakwa punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan sikap Abby yang suka mendesak terutama apabila membabitkan soal kewangan.

“Dia selalu desak saya, apabila tak ada duit, dia desak dan pernah kata saya tak mendatangkan apa-apa faedah pada dia. Saya tak tahu apa yang dia harapkan daripada saya.

“Saya kerja sendiri, gaji hari... jadi saya cuma bagi apa yang saya mampu,” katanya yang menolak faktor jarak usia yang terlalu jauh menjadi punca perpisahan mereka.

Ditanya sama ada dia masih sayangkan Abby, Farhan berkata, dia sudah tawar hati dan tidak terfikir untuk rujuk kembali selepas apa yang terjadi.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan lafaz kedua oleh Farhan menerusi SMS yang dibuat pada 9 Mei lalu berbunyi, ‘Aku ceraikan kau’ disusuli satu lagi SMS, ‘Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku’ adalah sah.

Beliau memutuskan demikian selepas meneliti dokumen dan berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak berhubung lafaz cerai pada jam 10.25 pagi itu. Lafaz secara kinayah atau kiasan itu dihantar kepada Abby selepas berlaku pertengkaran antara mereka pada malam sebelum kejadian.

Abby selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak bagi pengesahan lafaz cerai pertama yang dibuat oleh Farhan sekitar Januari lalu, juga menerusi SMS berikutan lafaz itu tidak memenuhi rukun dan syarat talak. 




* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...