Ahad, 15 Jun 2014

Imigresen Perak Banteras Tukang Urut Warga Asing


Seramai 38 warga asing diberkas Jabatan Imigresen Negeri dalam dua operasi berasingan di beberapa tempat di daerah Ipoh dan Kampar setelah dikesan menjalankan kegiatan tidak bermoral, Isnin lalu.
Itu hasil serbuan  dibeberapa pusat refleksologi, pusat hiburan dan hotel yang menjadikan gadis warga asing lingkungan usia 17 hingga 43 tahun yang berasal dari Thailand, Vietnam dan China sebagai daya penarik.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Irwan Zahid berkata, seramai 21 warga asing diberkas dalam serbuan di beberapa premis sekitar Kampar termasuk sebuah pusat perjudian dan hotel di bandar itu.
“Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Fara Natasha Ghafar bersama 13 anggota menjalankan pemeriksaan di premis terbabit dan warga asing itu dikesan melakukan kesalahan imigresen.
“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 10 wanita dan 11 lelaki yang terdiri daripada warga China, Bangladesh, Indonesia dan Nepal. Kesemua mereka bekerja sebagai buruh di premis terbabit,” katanya.
Sementara itu di Ipoh, menurutnya, seramai 17 wanita ditahan dalam operasi yang dijalankan di sebuah pusat refleksologi di Medan Ipoh Bestari pada 27 Mei lalu.
“Kesemua wanita warga Thailand dan Vietnam itu bukan sahaja bekerja sebagai tukang urut tetapi turut menjalankan kegiatan tidak bermoral di pusat terbabit dan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.
Katanya, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Kesemua yang diberkas dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Langkap, untuk siasatan lanjut,” katanya.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...