Memaparkan catatan dengan label China. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label China. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Julai 2014

Adakah MH17 mangsa kedua perang dingin negara besar?


Malaysia berikrar akan menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, walaupun pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersial itu ditembak jatuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, Malaysia akan mendesak agar pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Usaha akan dilakukan secara habis-habisan," katanya pada sidang akhbar di Sama-Sama Hotel di sini hari ini.

Najib, yang kelihatan sugul pada sidang akhbar yang sesak dengan wakil media itu, berkata laluan penerbangan pesawat berkenaan adalah selamat dan tidak tertakluk kepada sekatan.

Katanya laluan itu diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), manakala Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) juga menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

Beliau berkata Malaysia Airlines mengesahkan Penerbangan MH17, yang membawa 295 orang, termasuk 15 anak kapal, tidak membuat panggilan kecemasan.

Katanya menurut maklumat yang didedahkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kiev, lokasi alat pengesan kedudukan kecemasan itu ialah 48 darjah, 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah, 31 minit dan 33 saat Timur.

Menurut perdana menteri, pusat operasi kecemasan telah ditubuhkan berhubung tragedi itu, yang beliau sifatkan sebagai "dahsyat dan amat mengejutkan".

Katanya para pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

Najib berkata beliau juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine dan pemimpin itu berjanji siasatan penuh, menyeluruh dan bebas akan dijalankan, manakala pegawai Malaysia juga akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine itu juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu untuk menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat peswat berkenaan terhempas," katanya.

Najib juga berkata beliau telah mengadakan beberapa perbualan dengan Perdana Menteri Netherlands dan akan berbincang dengan beberapa pemimpin dunia berhubung tragedi itu.

Najib berkata beliau juga menerima panggilan telefon daripada presiden Amerika Barack Obama dan mereka sependapat bahawa satu siasatan tanpa sebarang sekatan perlu dijalankan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat berkenaan terhempas dan tiada sesiapa patut mengganggu kawasan itu atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam," katanya.

Menurut Najib, Malaysia Airlines sedang dalam proses menghubungi waris penumpang dan anak kapal itu, manakala segala bantuan akan diberi kepada mereka.

Katanya Malaysia menghantar sebuah pesawat khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Bantuan Bencana Khas Malaysia dan Pasukan Penyelamat serta pasukan perubatan.

Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airline Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu Malaysia.

Najib berkata beliau mengutuskan doa dan harapan untuk keluarga serta sahabat handai mereka yang menaiki pesawat berkenaan.

"Saya tidak dapat membayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini. Bagaimanapun, hari ini, tanpa mengira warganegara, kita semua bersatu dalam kesedihan.

"Ini merupakan hari yang tragik, pada tahun yang begitu tragik juga bagi Malaysia," katanya.

Pada 8 Mac, Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, yang dalam perjalanan ke Beijing, China, hilang daripada pengesanan radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi.

Bagaimanapun, usaha mencari pesawat yang hilang itu kini diteruskan.

Terdahulu, Najib menghadiri taklimat selama tiga jam tentang tragedi yang menimpa Penerbangan MH17 di Bangunan Pengurusan Penerbangan.

Turut hadir pada majlis taklimat dan sidang media itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.


Dalam pada itu Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.

 

Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu ;

Belanda 154
Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi)
Australia 27
Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi)
United Kingdom 9
Jerman 4
Belgium 4
Filipina 3
Kanada 1
dan yang tidak disahkan 41.



Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal.

"Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat," kata kenyataan itu.

MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Malaysia Airlines juga menggerakkan "Go Team" ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.

"Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," kata syarikat penerbangan itu.

Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).




Ahad, 29 Jun 2014

Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!


Kedai judi haram  atau kedai mesin online atau kedai game atau lebih dipanggil sebagai kedai "Jackpot". Sejak akhir-akhir ini kedai ini tumbuh macam cendawan merebak-rebak munculnya merata-rata sekitar bandaraya dan pekan-pekan di seluruh Malaysia. Baru-baru ini seorang penduduk telah membuat lapuran gejala ini di IPOH (klik).

Permainan judi online dipanggil 'Roulette' amat digilai penjudi tegar
Operasi di Slim River oleh wartawan Mazidul Akmal Sidik pada 15 Januari 2012...klik dan disusuli respon dari pihak polis tempatan...klik2.
Seperti yang diketahui umum bahawa kawasan ini di bawah wakil rakyat YB Khusairi, pasti beliau telah ambil tindakan yang serius berkenaan kes kedai judi haram ini.



Kesemua kedai jackpot ini dipasang dengan perakam kamera video (cctv) untuk mengawasi pintu keluar-masuk supaya dapat ditapis sesiapa yang ingin masuk ke premis kedai jackpot. Pelanggan atau tetamu perlu menekan loceng di luar pintu atau dinding kedai kemudian barulah penjaga kedai itu akan buka pintu dengan menekan suis automatik. Berkemungkinan cctv itu juga beroperasi secara online dimana tokeh Jackpot dapat melihat rakaman video secara online dimana-mana sahaja dia berada mengunakan telefon pintar supaya pemantauan boleh dibuat setiap masa tanpa perlu datang ke kedai itu.



 

 Antara logo-logo atau tanda yang digunakan oleh kedai mesin judi haram ini disekitar bandaraya Ipoh :

1) SEWA
2) Digi
3) Apple
4) No Smoking
5) No Helmets
6) lain-lain.

logo Digi

















Dipercayai pemilik-pemilik kedai Jackpot ini dipunyai oleh majoriti orang-orang bangsa Cina dan India sebilangan kecil orang Sikh jarang sekali ianya dipunyai oleh orang Melayu.



Antara kriteria-kriteria sebagai garispanduan untuk mencari lokasi kedai Jackpot yang strategik dan sesuai :

  i) Tidak bersebelahan dengan tempat ibadat orang Islam iaitu Masjid atau Surau.

  ii) Berdekatan dengan kawasan Taman atau perkampungan atau pertempatan penduduk majoriti Melayu. Ini adalah kerana orang Melayu ini suka main judi kerana di Jackpot lebih selesa tanpa perlu menyorok2 didalam hutan atau semak untuk berjudi. Suasana didlam kedai yang selesa dengan penghawa dingin serta kerusi sofa empuk yang mahal membuat penjudi akan leka dan habis masa lama disana. Bagi yang bukan Islam berjudi mungkin tidak menjadi halangan bagi mereka kerana tiada penguatkuasaan undang-undang ke atas mereka.





iii) Mendapat 'greenlight' atau kelepasan terhadap kawasan yang dicadangkan dari pihak berkuasa. Ini adalah untuk mengelakkan supaya lokasi itu tidak 'panas' atau selalu di 'kacau' kerana sesetengah tempat persatuan penduduk atau orang kampung akan membantah sekeras-kerasnya jika didapati ada kedai Jackpot dibuka. Bila banyak lapuran atau aduan dibuat maka terpaksalah pihak berkuasa membuat tindakan sehingga tutup kedai itu.

Bantahan dari penduduk kampung

Sila fahamkan kenyataan di bawah:
Semua perjudian adalah diharamkan kecuali perjudian yang diluluskan oleh Kerajaan dengan bersyarat serta dibayar lesen/permit yang dikenakan. Judi haram lain yang lazim ditangkap adalah seperti berikut.
1. Judi dalam rumah
2. Judi tempat bebas
3. Judi ekor haram (Loteri haram)
4. Judi catataruh haram (Illegal bookmaking)
5. Judi tikam-tikam
6. Judi mesin slot/jackpot/ turfking/fruit machine
7. Lain-lain

Taksiran judi mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289) Pin. 1983:

“Perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang dan termasuk sebarang permaian dibawah ruangan 1 jadual pertama dan kedua Akta Rumah Perjudian Terbuka”.

JUDI DALAM RUMAH

Tidak kira apa jenis judi yang dimainkan di dalam bangunan yang lain dari tempat bebas adalah dikatakan berjudi didalam rumah.

Kesalahan ini boleh dituduh dibawah sek. 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-.

Manakalah tuan punya/penduduknya boleh juga dituduh dibawah sek. 4(1)a atau 4 (1)b Akta Rumah Perjudian Terbuka kerana membenarkan permainan judi dimainkan dalam rumahnya, dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali.

JUDI TEMPAT BEBAS

Tidak dikira apa juga jenis perjudian yang dimainkan ditempat bebas adalah menjadi satu kesalahan.

Kesalahan ini boleh dituduh dibawah sek. 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-

JUDI EKOR HARAM

Dengan adanya perlumbaan kuda, penganjur ekor haram telah mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan mereka di merata ceruk rantau. Penganjur tersebut mempunyai runner dan pemungut untuk membantu mereka dalam perniagaan ekor haram. Ekor haram selalunya dari 3 dan 4 angka sahaja dan keputusannya berpandu kepada keputusan lumba kuda, tetapi sekarang mengikut cabutan Magnum. Sungguhpun ada terdapat penjualan ekor secara berlesen tetapi judi ekor haram digemari oleh orangramai kerana terdapat kemudahan untuk membelinya serta hadiahnya lebih daripada yang dijual secara berlesen.

Bagi kesalahan menjalankan/menganjurkan judi ekor haram boleh dituduh dibawah sek.4 A(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan membeli ekor haram boleh dituduh dibawah sek. 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-

JUDI TIKAM-TIKAM

Judi jenis ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak sekolah dimana tikam-tikam ini dibawa oleh penaja-penaja yang menjual barang-barang/minuman ditepi sekolah-sekolah dan ditepi jalan. Permainan ini mempamirkan hadiah-hadiahnya dan dibahagian bawahnya terdapat kertas cabutan yang mempunyai nombor-nombor, jika nombor bersetentangan dengan hadiah maka pencabutnya (pembeli) akan memenangi hadiah tersebut. Kerapkali pemain selalunya tertipu tidak mendapat sebarang hadiah pun.

Bagi kesalahan-kesalahan menjual tiket-tiket boleh dituduh dibawah sek. 4(1)(e) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya denda tidak melebihi RM 20,000/- atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

MESIN PERJUDIAN/JACKPOT/TURFKING/FRUIT MACHINE

Perjudian jenis ini baru sahaja timbul dan banyak penganjurnya pada mulanya mendapat keuntungan yang lumayan. Permainan ini digemari oleh kanak-kanak sekolah dan juga orang dewasa. Mesin-mesin tersebut diletak ditempat-tempat awam seperti dikelab-kelab rekreasi, kedai-kedai kopi, gerai-gerai makan dan juga dirumah kediaman. Cara main adalah mudah, dengan menaruh wang 20 sen atau setengah mesin 50 sen dan selepas itu tekan mana pilihan yang hendak dipertaruhkan. Jika menang hadiah merupai wang syiling akan keluar kedalam kotak hadiah. Permainan ini sungguh mengasyikan pemainnya.

Penganjur/penjaga bole dituduh dibawah sek. 10(1) Akta Loteri 288/52 dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 10,000/- atau penjara tidak melebihi 3 tahun. Selain itu mereka juga boleh dituduh dibawah sek.3 Ordinan Hiburan Awam 1958 dan hukumannya tidak melebihi RM5000/-


*klik sini : sumber






Bangla penjaga kedai mesin terletak di salah sebuah pekan di Perak



BANTERAS
BANTERAS
BANTERAS

bak kata orang Perak...jangan buat jerongen jer dah nampak kasi hantam lar...999

kalau tak jalan dan tiada apa tindakan

S.P.R.M.
>jalankan tugas anda !!!

Imigresen, media sosial/tv/blogger, RELA, Majlis Perbandaran/Bandaraya, NGO-NGO dan Badan-badan yang berkaitan.




* sila ikuti kisah selanjut nya tentang kedai judi haram ini dari masa ke semasa akan datang....TUNGGU!!!

antara tajuk-tajuk HOT pembongkaran selepas ini, 
'Senarai alamat-alamat kedai judi jackpot di sekitar negeri Perak'
'Tokeh Jackpot...siapakah mereka ini?'
'Badan-badan dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab MEMBANTERAS'
'Kenapa kedai judi haram@Jackpot boleh bukak senang-senang di Perak?'
....dan banyak lagi isu-isu kedai judi haram ini
nantikan di keluaran akan datang


Berani, Benar, Bongkar
...KINTA MENJERIT


*JUDI PEROSAK BANGSA HARAM DISISI AGAMA ISLAM*
 

Khamis, 26 Jun 2014

Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan


Gara-gara memberi perlindungan terhadap pekerja warga asing yang tidak dokumen perjalanan sah, dua pemilik premis dikenakan  kompaun berjumlah RM65,000.
Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, pemilik premis berkenaan ditahan dalam serbuan Ops Sayang dan Ops Kutip pada 11 Jun lalu antara jam 6.30 petang sehingga 9.40 malam.

Menurutnya, dalam kes pertama, pemilik pengusaha kedai urut kaki di Persiaran Melor, dekat di sini, ditahan kerana mengajikan warga asing tanpa permit kerja  sah.

“Pemilik berusia 50 tahun itu dikenakan kompaun RM15,000 kerana melindungi tiga wanita berusia 33 hingga 46 tahun dari Vietnam, Thailand dan China, bekerja selama tiga bulan.

"Manakala pemilik premis kedua berusia 43 tahun yang menjalankan kegiatan perjudian di Jalan Changkat Jong, di sini, didapati melakukan kesalahan melindungi 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun tanpa permit kerja yang sah," katanya.

Khairul Anuar berkata, pemilik premis itu telah mengaku bersalah dan dikenakan kompoun RM50,000 selepas  Jabatan Imigresen Malaysia mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Imigresen dan Timbalan Pendakwaraya bagi kedua-dua kes.

Katanya, kedua-dua pemilik premis telah membayar kompoun kepada pihak Imigresen semalam dan pekerja warga asing yang bekerja di premis mereka akan disenarai hitam dan diusir ke negara asal.

“Operasi seperti ini akan diteruskan meskipun pada Ramadan, kita harap orang ramai tampil memberi maklumat mengenai kehadiran  pendatang tanpa  izin yang dianggap mengancam keselamatan negara,” katanya.


 
   
Banyak betoi duit tokeh JACKPOT ni boleh bayor denda senang jer

Isnin, 23 Jun 2014

Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh


“Saya buat aduan ni, sebab saya risau…,” demikian luahan seorang penduduk yang berasa bimbang dengan lambakan kedai judi haram sekitar bandar raya Ipoh ini.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Amar Singh, 39, itu berkata, kebimbangan itu berasas apabila terdapat lokasi yang mula dijadikan ‘port’ baru kepada pelajar untuk ponteng sekolah.

Menurutnya, situasi itu juga menimbulkan rasa tidak senang apabila anak saudaranya sendiri, turut terjebak menjadi ‘tahi judi’ menyebabkannya tampil membuat tinjauan sendiri di beberapa kawasan antaranya Menglembu, Jelapang, Bukit Merah dan Seri Maju Jaya.

“Saya lihat mereka menjalankan operasi seperti tidak bimbang di cekup oleh pihak berkuasa, kawasan Sri Maju Jaya dan Menglembu sering menjadi tumpuan anak-anak muda untuk berjudi tidak kira sama ada judi komputer mahupun mesin judi.

“Pelajar sekolah pula jadikan premis itu sebagai lokasi ponteng. Saya perhatikan mereka masuk ke kedai itu dengan menukar pakaian dan menghabiskan wang perbelanjaan yang diberikan ibu bapa untuk berjudi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Difahamkan, aduan sudah dibuat kepada polis dan difahamkan, beberapa lokasi sudah pun diserbu pihak berkuasa.

Dalam tinjauan itu, Amar Singh turut mendapati, ada pekerja kalangan warga Bangladesh dan Indonesia dipercayai tidak berpermit/tiada
passport ditugaskan menjaga di premis judi haram terbabit.

  

“Saya mengetahuinya selepas salah seorang pekerja meminta bantuan saya untuk memperbaharui visanya. Setelah ditanya, mereka mengakui tiada permit bekerja di premis terbabit,” katanya.
 
Dia berharap, tindakan tegas dengan kerap mengadakan operasi perlu dilakukan membabitkan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak generasi muda terjebak dalam kegiatan judi haram ini terutama pada musim Piala Dunia ini.
“Bila mereka (anak muda) terjebak dan semakin ketagih dalam permainan haram ini, tidak mustahil mereka akan bertindak di luar jangkaan seperti mencuri, samun dan sebagainya untuk mendapatkan sumber wang.

“Diharapkan setiap aduan yang dikemukakan sama ada melalui panggilan telefon mahupun surat, perlu dipandang serius dan tidak sekadar ‘melepas batuk di tangga’ kerana ia melibatkan keselamatan penduduk,” katanya.


 Katanya, pemilik premis bertindak licik apabila menempatkan pekerja asing itu pada waktu tengah malam antara jam 10 hingga awal pagi. 


Mesin judi besar yang hanya boleh di import dari negara China 




Khamis, 14 Februari 2013

Pakej RM497 sehari untuk sewa teman lelaki


‘Ibu bapa sudah bersusah payah membesarkan anda, cara terbaik membalas jasa mereka dengan membawa balik teman lelaki berjumpa mereka’, ‘Umur semakin meningkat dan masih dileteri orang tua?’, ‘Perlukan teman lelaki untuk berjumpa keluarga?’

Ini antara ayat ‘memikat’ digunakan banyak pihak sama ada individu persendirian atau agensi bagi meredakan keresahan wanita China yang balik ke kampung untuk menyambut kedatangan tahun baru. Sememangnya golongan muda di China kini sama ada lelaki atau wanita semakin terdesak dan mengalami kesukaran mencari pasangan hidup kerana sibuk bekerja untuk mendapatkan kehidupan lebih baik.

Menyedari hakikat ini, ada pihak yang memanfaatkan peluang dengan menawarkan perkhidmatan menyewa teman lelaki. Perkhidmatan yang ditawarkan secara dalam talian dan mula menghiasi laman web China terlalu sayang untuk dilepaskan begitu saja terutama untuk menjaga hati orang tua pada musim perayaan ini. Ya, laman web yang menawarkan khidmat me-nyewa teman lelaki ini juga menekankan kepentingan menjaga nilai murni iaitu menghormati orang tua, memenuhi hasrat mereka yang mahukan anak masing-masing mempunyai teman dan membawanya balik ke rumah sempena Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun, keinginan ibu bapa ini memberi tekanan kepada sesetengah golongan muda di China terutama wanita yang berasa terbeban dengan harapan keluarga dan tuntutan cinta moden. Sehingga kini, lebih 300 maklum balas dipaparkan dalam laman web beli-belah terkenal di China, Taobao.com untuk menyewakan teman lelaki sepanjang cuti tahun baru. Ramainya penduduk yang bergerak balik ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina memang mengagumkan dan tidak hairanlah Tahun Baru Cina turut dikenali sebagai saat berlakunya migrasi tahunan (manusia) terbesar di dunia.

“Golongan muda memang mahu balik ke kampung halaman tetapi ramai yang rasa bimbang. Kalau balik tanpa teman lelaki atau wanita, ibu bapa mereka akan berleter panjang. Kebanyakannya akan mula sibuk mengaturkan temu janji atau mencarikan seseorang yang boleh menemukan anak mereka dengan wanita atau lelaki bujang lain,” kata Meng Guangyong, 29, dari wilayah Guizhou yang terletak di barat daya China tetapi tinggal di Beijing.

Dia antara individu yang menjalankan perniagaan broker teman lelaki sewa malah pada masa sama, turut menyewakan dirinya sendiri. “Walaupun anda balik ke kampung untuk bergembira dan berseronok menyambut tahun baru, oleh kerana tiada teman istimewa dan disusuli usaha ibu bapa menemukan anda dengan seseorang, ia akan menimbulkan suasana tegang. Akhirnya semua orang berasa tidak gembira,” katanya.

Meng sendiri mengakui, menziarahi ibu bapa setahun sekali pada hari besar itu memang mudah tetapi mencari pasangan hidup di China kini menjadi perkara yang amat payah. Cara hidup moden di kota besar, hidup dikelilingi orang yang tidak dikenali dan terpaksa bekerja lebih lama menyebabkan jaringan sosial menjadi lebih kecil serta menyempitkan peluang untuk mencari pasangan.

Selain itu, perkembangan ekonomi yang pesat sejak beberapa dekad kebelakangan ini mengubah pandangan hidup kerana penduduk China kini lebih mementingkan kebendaan dan sasaran perkahwinan juga sudah berubah, kata pakar ekonomi dan pengulas sosial di Institut Teknologi Beijing, Hu Xingdou.

Golongan lelaki khususnya lebih merasakan tekanan dan terpinggir daripada pasaran perkahwinan yang semakin mahal belanjanya. Ini kerana selain bertanggungjawab mencari nafkah keluarga, mereka juga dikehendaki menyediakan rumah dan kereta. Pada masa sama, mereka juga perlu memenuhi syarat seterusnya iaitu mempunyai pekerjaan yang baik. Lelaki yang mempunyai kerjaya baik lebih dipandang tinggi.

Bagi wanita pula, ‘saham perkahwinan’ mereka merudum selepas melewati umur 27 tahun iaitu sebaik memasuki alam ‘shengnu’ atau ‘wanita baki’ (yang tidak terpilih untuk berkahwin muda). Ini adalah stigma sosial yang menyebabkan ramai wanita tertekan.

Kata Hu, ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berkahwin awal supaya boleh melahirkan cucu lelaki yang akan mewarisi nama keluarga dan mengelakkan anak perempuan mereka menjadi anak dara tua jika masih tidak berkahwin pada usia 28 tahun.

“Di sini tidak seperti di Barat iaitu seseorang itu boleh hidup berdikari sepenuhnya dan ibu bapa tidak campur tangan dalam percintaan mereka. Orang China sangat mementingkan pandangan keluarga. Inilah sebabnya kami mesti menggembirakan ibu bapa,” katanya.

Pada masa sama, perkahwinan di China kini mula kelihatan seperti urus niaga. Hu mengakui kewujudan perkhidmatan menyewa teman lelaki atau wanita ada kebaikannya kerana ia boleh membuatkan ibu bapa berasa lega apabila melihat anak mereka balik ke kampung dengan seseorang.

Sama dengan perniagaan lain, perkhidmatan menyewakan teman lelaki ini juga banyak syaratnya yang menyebabkan usaha mencari teman lelaki palsu sesukar mencari teman lelaki sebenar.

Bayaran yang dikenakan juga berbeza-beza mengikut ‘tugas’. Contohnya bersembang (30 yuan sejam atau RM15). Jika keluar makan, harga makanan perlu dibayar oleh penyewa selain 50 yuan sejam (RM24) untuk bayaran kehadiran. Berbual dengan orang tua (ibu bapa): percuma. Pakej sehari suntuk: 1,000 yuan (RM497).

Pegang tangan, peluk dan cium masuk dalam kategori perkhidmatan pilihan. Pada satu iklan tertulis harga perkhidmatan iaitu 10 yuan (RM5) untuk pegang tangan, 20 yuan (RM10) bagi yang mahu pelukan dan 500 yuan (248) untuk bercium.

Ada agensi yang mengenakan syarat tidak boleh mengadakan hubungan intim dan perlu membiarkan pintu bilik terbuka. Bagaimanapun, ada yang membenarkannya tetapi meminta penyewa memberikan laporan kesihatan. Walaupun mahukan wang, individu yang menyewakan diri sendiri tetap mahukan jaminan keselamatan. Dalam satu iklan menyewakan teman wanita tertulis, ‘saya mahu wang, tetapi saya juga mahu terus hidup’. Wanita berkenaan mengenakan bayaran 15 yuan (RM7.50) sejam untuk menjadi teman ke pesta dengan syarat ia diadakan di tempat yang selamat.

Menurut Meng, menjadi broker teman lelaki bukan mudah dan ada banyak kerja yang perlu dilakukan, apatah lagi jika wanita mahukan lelaki yang tinggi, tampan dan cukup menarik untuk berlakon sebagai pasangannya supaya boleh membuatkan bekas teman lelaki di kampung berasa cemburu. Apabila persetujuan dicapai, Meng menggalakkan pasangan ini berjumpa terlebih dulu untuk berkenalan supaya mereka boleh berlakon dengan baik di depan ibu bapa penyewa.

Mempunyai teman lelaki atau wanita palsu ini bukan saja boleh menggembirakan ibu bapa tetapi pasangan itu sendiri akan berasa seronok, apatah lagi Hari Kekasih jatuh empat hari selepas Tahun Baru Cina. “Tidak kira sama ada anda menyewakan diri sendiri atau menyewa orang lain untuk menghabiskan cuti bersama dan menghilangkan kesunyian. Walaupun tidak mempunyai teman istimewa, anda boleh berpura-pura menyambut Hari Kekasih,” kata Meng.










Ahad, 19 Ogos 2012

Ratu Cantik Dunia 2012 untuk gadis China


Ratu cantik di seluruh dunia membuat persiapan terakhir untuk bertanding merebut gelaran Ratu Cantik Dunia di bandar perlombongan berdekatan padang pasir Gobi, di Ordos, China semalam.

Sejumlah 116 peserta, bilangan tertinggi buat masa ini, dijadualkan bersedia untuk kategori gaun malam dan pakaian mandi yang disaksikan kira-kira satu bilion penonton di seluruh dunia.

Tahun ini, pertandingan ini diadakan di kawasan kontang dan bandar berpenduduk sedikit di pedalaman Mongolia, di Ordos yang terletak kira-kira 700 kilometer dari pantai yang berdekatan.

Ratu Cantik Dunia Ivian Sarcos dari Venezuela, akan menyerahkan mahkotanya di stadium futuristik Ordos, yang terletak di sebelah dataran bandar itu yang didedikasikan untuk wira Mongol, Genghis Khan.

Sejak dekad lalu, penduduk di bandar itu bertambah makmur selepas perlombongan arang batu dan menjadikannya satu daripada bandar terkaya di China.

Acara peringkat dunia yang dihoskan Myle Klass, Ratu Cantik Britain 2011 yang berlangsung di Stadium Dongshang. Acara gimik iaitu penyerahan Mahkota Ratu Cantik dari Ratu Cantik tahun lepas, 2011 iaitu Ivian Sarcos dari negara Venezuela.

Keputusan akhir pertandingan Ratu Cantik Dunia 2012 ini akhirnya dimenangi oleh peserta dari China iaitu Yu Wenxia yang berumur 23 tahun. Tempat kedua pula jatuh kepada Sophie Moulds, 19 tahun dari Wales dan tempat ketiga kepada peserta Australia iaitu Jessica Kahawaty, 23 tahun. Pertandingan yang disertai oleh lebih daripada 100 orang peserta dari pelbagai negara serata dunia menyaksikan peserta dari negara tuan rumah memenangi tempat pertama.




P/S : Kinta Menjerit melapor dari lokasi pertandingan, gurun Gobi, China...hehehe takde lah ada kat Ipoh ni.


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...