Memaparkan catatan dengan label Obama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Obama. Papar semua catatan

Ahad, 16 Ogos 2015

Apa itu "Crude Oil"?


Minyak mentah atau crude oil adalah cairan coklat kehijauan kehitaman yang terutama terdiri dari karbon dan hidrogen. 

Teori yang paling umum digunakan untuk menjelaskan asal-usul minyak bumi adalah “organic source materials”. Teori ini menyatakan bahawa minyak bumi merupakan produk perubahan secara alami dari zat-zat organik yang berasal dari sisa-sisa tumbuhan dan haiwan yang mendap selama ribuan sampai jutaan tahun. Akibat dari pengaruh tekanan, hawa suhu, kehadiran senyawa logam dan mineral serta lokasi geologis selama proses perubahan tersebut, maka minyak bumi akan mempunyai komposisi yang berbeza di tempat yang berbeza.

Komposisi Minyak Bumi
Minyak bumi memiliki campuran senyawa hidrokarbon sebanyak 50-98% berat, sisanya terdiri atas zat-zat organik yang mengandung belerang, oksigen, dan nitrogen serta senyawa-senyawa anorganik seperti vanadium, nikel, natrium, besi, aluminium, kalsium, dan magnesium. Secara umum, komposisi minyak bumi terdiri dari Karbon (C) 84 – 87%, Hidrogen (H) 11 – 14%, Sulfur (S) 0 – 3%, Nitrogen (N) 0 – 1%, Oksigen (O) 0 – 2%.

Berdasarkan kandungan senyawanya, minyak bumi dapat dibagi menjadi golongan hidrokarbon dan non-hidrokarbon serta senyawa-senyawa logam.

1. Hidrokarbon
Golongan hidrokarbon-hidrokarbon yang utama adalah parafin, olefin, naften, dan aromatik.

1.1. Parafin
adalah kelompok senyawa hidrokarbon jenuh berantai lurus (alkana), CnH2n+2. Contohnya adalah metana (CH4), etana (C2H6), n-butana (C4H10), isobutana (2-metil propana, C4H10), isopentana (2-metilbutana, C5H12), dan isooktana (2,2,4-trimetil pentana, C8H18). Jumlah senyawa yang tergolong ke dalam senyawa isoparafin jauh lebih banyak daripada senyawa yang tergolong n-parafin. Tetapi, di dalam minyak bumi mentah, kadar senyawa isoparafin biasanya lebih kecil daripada n-parafin.

1.2. Olefin
Olefin adalah kelompok senyawa hidrokarbon tidak jenuh, CnH2n. Contohnya etilena (C2H4), propena (C3H6), dan butena (C4H8).

1.3. Naften
Naften adalah senyawa hidrokarbon jenuh yang membentuk struktur cincin dengan rumus molekul CnH2n. Senyawa-senyawa kelompok naften yang banyak ditemukan adalah senyawa yang struktur cincinnya tersusun dari 5 atau 6 atom karbon. Contohnya adalah siklopentana (C5H10), metilsiklopentana (C6H12) dan sikloheksana (C6H12). Umumnya, di dalam minyak bumi mentah, naftena merupakan kelompok senyawa hidrokarbon yang memiliki kadar terbanyak kedua setelah n-parafin.

1.4. Aromatik
Aromatik adalah hidrokarbon-hidrokarbon tak jenuh yang berintikan atom-atom karbon yang membentuk cincin benzen (C6H6). Contohnya benzen (C6H6), metilbenzen (C7H8), dan naftalena (C10H8). Minyak bumi dari Sumatera dan Kalimantan umumnya memiliki kadar aromat yang relatif besar.

2. Non Hidrokarbon
Selain senyawa-senyawa yang tersusun dari atom-atom karbon dan hidrogen, di dalam minyak bumi ditemukan juga senyawa non hidrokarbon seperti belerang, nitrogen, oksigen, vanadium, nikel dan natrium yang terikat pada rantai atau cincin hidrokarbon. Unsur-unsur tersebut umumnya tidak dikehendaki berada di dalam produk-produk pengilangan minyak bumi, sehingga keberadaannya akan sangat mempengaruhi langkah-langkah pengolahan yang dilakukan terhadap suatu minyak bumi.

2.1. Belerang
Belerang terdapat dalam bentuk hidrogen sulfida (H2S), belerang bebas (S), merkaptan (R-SH, dengan R=gugus alkil), sulfida (R-S-R’), disulfida (R-S-S-R’) dan tiofen (sulfida siklik). Senyawa-senyawa belerang tidak dikehendaki karena :
a. menimbulkan bau tidak sedap dan sifat korosif pada produk pengolahan.
b. mengurangi efektivitas zat-zat bubuhan pada produk pengolahan.
c. meracuni katalis-katalis perengkahan.
d. menyebabkan pencemaran udara (pada pembakaran bahan bakar minyak, senyawa belerang teroksidasi menjadi zat-zat korosif yang membahayakan lingkungan, yaitu SO2 dan SO3).

2.2. Nitrogen
Senyawa-senyawa nitrogen dibagi menjadi zat-zat yang bersifat basa seperti 3-metilpiridin (C6H7N) dan kuinolin (C9H7N) serta zat-zat yang tidak bersifat basa seperti pirol (C4H5N), indol (C8H7N) dan karbazol (C12H9N). Senyawa-senyawa nitrogen dapat mengganggu kelancaran pemrosesan katalitik yang jika sampai terbawa ke dalam produk, berpengaruh buruk terhadap bau, kestabilan warna, serta sifat penuaan produk tersebut.

2.3. Oksigen
Oksigen biasanya terikat dalam gugus karboksilat dalam asam-asam naftenat (2,2,6-trimetilsikloheksankarboksilat, C10H18O2) dan asam-asam lemak (alkanoat), gugus hidroksi fenolik dan gugus keton. Senyawa oksigen tidak menyebabkan masalah serius seperti halnya senyawa belerang dan senyawa nitrogen pada proses-proses katalitik.

3. Senyawa logam
Minyak bumi biasanya mengandung 0,001-0,05% berat logam. Kandungan logam yang biasanya paling tinggi adalah vanadium, nikel dan natrium. Logam-logam ini terdapat bentuk garam terlarut dalam air yang tersuspensi dalam minyak atau dalam bentuk senyawa organometal yang larut dalam minyak. Vanadium dan nikel merupakan racun bagi katalis-katalis pengolahan minyak bumi dan dapat menimbulkan masalah jika terbawa ke dalam produk pengolahan.




Jumaat, 18 Julai 2014

Adakah MH17 mangsa kedua perang dingin negara besar?


Malaysia berikrar akan menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, walaupun pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersial itu ditembak jatuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, Malaysia akan mendesak agar pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Usaha akan dilakukan secara habis-habisan," katanya pada sidang akhbar di Sama-Sama Hotel di sini hari ini.

Najib, yang kelihatan sugul pada sidang akhbar yang sesak dengan wakil media itu, berkata laluan penerbangan pesawat berkenaan adalah selamat dan tidak tertakluk kepada sekatan.

Katanya laluan itu diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), manakala Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) juga menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

Beliau berkata Malaysia Airlines mengesahkan Penerbangan MH17, yang membawa 295 orang, termasuk 15 anak kapal, tidak membuat panggilan kecemasan.

Katanya menurut maklumat yang didedahkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kiev, lokasi alat pengesan kedudukan kecemasan itu ialah 48 darjah, 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah, 31 minit dan 33 saat Timur.

Menurut perdana menteri, pusat operasi kecemasan telah ditubuhkan berhubung tragedi itu, yang beliau sifatkan sebagai "dahsyat dan amat mengejutkan".

Katanya para pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

Najib berkata beliau juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine dan pemimpin itu berjanji siasatan penuh, menyeluruh dan bebas akan dijalankan, manakala pegawai Malaysia juga akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine itu juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu untuk menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat peswat berkenaan terhempas," katanya.

Najib juga berkata beliau telah mengadakan beberapa perbualan dengan Perdana Menteri Netherlands dan akan berbincang dengan beberapa pemimpin dunia berhubung tragedi itu.

Najib berkata beliau juga menerima panggilan telefon daripada presiden Amerika Barack Obama dan mereka sependapat bahawa satu siasatan tanpa sebarang sekatan perlu dijalankan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat berkenaan terhempas dan tiada sesiapa patut mengganggu kawasan itu atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam," katanya.

Menurut Najib, Malaysia Airlines sedang dalam proses menghubungi waris penumpang dan anak kapal itu, manakala segala bantuan akan diberi kepada mereka.

Katanya Malaysia menghantar sebuah pesawat khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Bantuan Bencana Khas Malaysia dan Pasukan Penyelamat serta pasukan perubatan.

Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airline Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu Malaysia.

Najib berkata beliau mengutuskan doa dan harapan untuk keluarga serta sahabat handai mereka yang menaiki pesawat berkenaan.

"Saya tidak dapat membayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini. Bagaimanapun, hari ini, tanpa mengira warganegara, kita semua bersatu dalam kesedihan.

"Ini merupakan hari yang tragik, pada tahun yang begitu tragik juga bagi Malaysia," katanya.

Pada 8 Mac, Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, yang dalam perjalanan ke Beijing, China, hilang daripada pengesanan radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi.

Bagaimanapun, usaha mencari pesawat yang hilang itu kini diteruskan.

Terdahulu, Najib menghadiri taklimat selama tiga jam tentang tragedi yang menimpa Penerbangan MH17 di Bangunan Pengurusan Penerbangan.

Turut hadir pada majlis taklimat dan sidang media itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.


Dalam pada itu Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.

 

Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu ;

Belanda 154
Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi)
Australia 27
Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi)
United Kingdom 9
Jerman 4
Belgium 4
Filipina 3
Kanada 1
dan yang tidak disahkan 41.



Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal.

"Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat," kata kenyataan itu.

MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Malaysia Airlines juga menggerakkan "Go Team" ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.

"Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," kata syarikat penerbangan itu.

Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).




'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...