Memaparkan catatan dengan label JMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JMM. Papar semua catatan
Rabu, 23 Julai 2014
Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendedahkan nama empat individu termasuk dua orang berpangkat Datuk yang didakwa menjadi tauke kepada kira-kira 10,000 premis judi haram di seluruh negara.
Presidennya, Azwandin Hamzah berkata, JMM telah menyerahkan nama-nama berkenaan serta lokasi operasi premis judi haram terlibat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendedahkan nama empat individu termasuk dua orang berpangkat Datuk yang merupakan tauke kepada kira-kira 10,000 premis judi yang beroperasi secara haram di seluruh negara.
Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, pendedahan itu dilakukan ekoran pihaknya mendapati kegiatan judi haram masih 'kebal' dan beroperasi seperti biasa walaupun pelbagai pihak telah mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan memeranginya.
Beliau berkata, susulan itu JMM menyerahkan senarai nama individu-individu terlibat yang merupakan ahli perniagaan beserta maklumat berkaitan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diambil tindakan segera.
"Berdasarkan sumber yang diperoleh, tauke-tauke ini sanggup membayar mana-mana individu sebagai 'kambing hitam' untuk 'bermalam' di dalam lokap sebanyak RM300 ke RM400 bagi melindungi mereka. Sehingga kini permainan wayang amat jelas kerana tiada seorang pun tauke didakwa.
"Di sini kami serahkan maklumat serta modus operandi sindiket berkenaan yang mempunyai logo atau tanda tertentu bagi membezakan hak milik perniagaan dan kawasan jajahan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum berkaitan isu judi haram kepada PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Memorandum kali kedua daripada JMM itu diserahkan kepada pegawai Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Supritendan Mohd. Fadzil Ismail dan dihadiri oleh kira-kira 50 ahli JMM.
Mengulas mengenai logo yang digunakan oleh sindiket terbabit, Azwanddin berkata, antara tanda yang digunakan oleh sindiket berkenaan adalah logo 'Dilarang merokok', Ferrari, Digi-Celcom serta kartun Fido Dido yang ditampal di setiap pintu premis.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihak berkuasa harus memperhalusi maklumat yang diperoleh daripada pemantauan kira-kira 3,000 ahli JMM di seluruh negara itu.
Katanya, sebelum ini pihaknya telah mengemukakan satu memorandum yang mengandungi segala maklumat, bukti serta gambar berhubung kegiatan mesin judi haram termasuk satu lokasi premis terletak berdekatan sebuah balai polis.
"Walaupun sebelum ini desakan dilakukan, PDRM tidak begitu serius untuk menangkap dan mendakwa tauke ini seolah-olah mereka sudah sekian lama terikat dengan perjanjian bersama sindiket ini," ujarnya.
Labels:
Bukit Aman,
D7,
Gangster,
Jackpot,
JMM,
judi,
Kasino,
kongsi gelap,
mesin judi haram,
NGO,
PDRM,
Perak,
POLIS
Khamis, 18 April 2013
Mustafa Ali didesak lepas jawatan dalam NGO
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali digesa melepaskan keahliannya dalam Institut Integriti Malaysia (IIM) ekoran isu rakaman video seks mirip wajah beliau yang disiarkan beberapa blog baru-baru ini.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Mustafa tidak sewajarnya berada dalam institusi tersebut memandangkan tahap integritinya sendiri boleh dipersoalkan.
Menurut beliau, skandal rakaman video seks itu dikhuatiri akan mencemarkan imej IIM sekiranya Mustafa terus kekal sebagai ahlinya.
"Saya berpandangan hanya tokoh-tokoh masyarakat yang berintegriti tinggi sahaja yang layak menganggotai IIM,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan, Mustafa dilantik sebagai ahli IIM mulai 2004 sehingga kini.
Azwanddin turut mempertikaikan kegagalan Mustafa mengambil tindakan yang konkrit bagi menafikan pembabitannya dalam video seks itu.
"Setakat ini, beliau masih belum lagi membuat laporan polis atau melafazkan sumpah laknat bagi membersihkan namanya,'' ujarnya.
Beliau memberitahu, pemimpin kanan Pas itu juga masih belum memberi penjelasan yang meyakinkan bagi menjawab segala persoalan yang timbul berikutan penyebaran rakaman video seks itu.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan

