Memaparkan catatan dengan label PSSGM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PSSGM. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Mac 2013

Pembangkang rancang kekecohan PRU13 dengan edar risalah


Parti pembangkang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.

Risalah itu didakwa menyebut, peringkat pertama yang disarankan untuk dilakukan ialah mewujudkan kekecohan di pusat mengundi supaya orang ramai kecewa dan kurang senang dengan kelemahan pengurusan, mewujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan dan memprotes supaya wujud rasa benci pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peringkat kedua pula menurut risalah yang tertera lambang parti pembangkang itu melibatkan pasukan media atas talian yang akan mewujudkan twitter khas memperlekeh SPR.

Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Strategi kotor itu didedahkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah dalam sidang akhbar di tapak Wisma Gayong Malaysia, di sini hari ini.

Adiwijaya berkata, maklumat yang diterima PSSGM itu agak mengejutkan dan sangat berbahaya kerana membabitkan keselamatan dan kestabilan negara.

"Kami terkejut apabila terdapat manual pilihan raya pembangkang yang mengandungi saranan untuk menimbulkan kekecohan semasa PRU-13 kelak.

"Kemungkinan besar mereka mahu mencipta suasana tidak aman tersebut agar tindakan dapat diambil terhadap mereka. Sekiranya pihak pembangkang tewas, ini dilihat membolehkan mereka menuduh bahawa PRU-13 dijalankan secara tidak adil," katanya.

Dalam sidang akhbar tersebut, Adiwijaya menunjukkan salinan risalah dengan kepala surat menggunakan lambang parti pembangkang bertarikh 15 Disember 2012 yang meminta ahli-ahli dan petugas PKR melakukan kekecohan di pusat mengundi di 10 kawasan Parlimen.

PSSGM, sehubungan itu menggesa agar SPR menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan berkenaan.

"Pihak berkuasa juga diharap dapat memberikan jaminan dan memastikan keselamatan orang ramai semasa pilihan raya nanti khususnya di tempat pembuangan undi," katanya.

Ditanya penafian Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semalam mengenai penglibatan pakatan pembangkang dalam hal itu, beliau menegaskan, PKR perlu membuat penafian perkara tersebut secara terbuka.

"Mereka perlu membuat sidang akhbar dan meminta supaya ahli-ahli mereka tidak melakukan sebarang kekecohan semasa PRU-13 nanti," katanya.

Sementara itu, usaha menghubungi Rafizi bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas gagal.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





Rabu, 19 September 2012

AMUK di Kg Rapat!!!...lagi repot polis atas Ngeh



Lagi lapuran polis telah dibuat di Balai Polis Kg. Rapat, Ipoh ke atas kenyataan provokasi Ngeh Koo Ham dalam tweeternya pada hari ini, 19hb. September 2012 (Rabu).

Antara NGO, individu dan wakil parti politik yang hadir mengemukakan repot ialah dari ;
1 Kelab Speda Klasik Kinta
2 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (Perak)
3 Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia (Perak)
4 Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Gopeng
5 Ketua-ketua Kampung dibawah Parlimen Gopeng
6 Blogger Pemuda UMNO Gopeng

Jumlah bilangan repot yang dibuat ialah sebanyak 29 repot telah dibuat hari ini di Balai Polis Kg. Rapat pada jam lebih kurang antara 5:00 hingga 6:30 petang.

Ramai wartawan yang hadir membuat liputan dan temuramah antaranya dari Utusan Melayu, NTV9, Perak Today dan juga blogger-blogger termasuk dari PCT.

Antara wakil jurucakap dari NGO berucap dan mengutuk tindakan Ngeh yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur negatif terhadap isu sensitif penghinaan orang Islam dalam filem Innocense of Muslims. Dengan penuh semangat kumpulan ramai ini melaungkan takbir demi untuk membakar semangat supaya kita bersatu-padu tidak mengira haluan politik sama ada dari UMNO atau PAS atau PKR menghalang penghinaan ke atas orang Islam. Ngeh juga diberi amaran untuk tidak masuk campur hal agama Islam dan belajar menghormati sensiviti orang Islam.


DAP anti ISLAM
MUSLIM PERLU BERSATU MENOLAK DAP







'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...