Memaparkan catatan dengan label Pasir Puteh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasir Puteh. Papar semua catatan

Ahad, 10 Ogos 2014

Lelaki Cina ditetak di Ipoh


Gempar pengunjung pasar Pasir Pinji, Ipoh apabila seorang lelaki ditetak sehingga parah oleh seorang penjenayah sebelum diselamatkan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa berusia 42 tahun berlari di sekeliling pasar bagi mengelak terus ditetak suspek.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, tindakan pantas seorang anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan terbabit berjaya menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan teruk.

“Anggota polis memberi amaran supaya suspek meletakkan parang dan tindakannya berjaya menyelamatkan mangsa daripada terus ditetak.



“Suspek kemudian ditahan manakala parang terbabit dirampas untuk siasatan. Mangsa cedera parah di tangan kiri dan kaki kiri,” katanya.



Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk rawatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin bermotifkan dendam akibat masalah hutang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.



Lelaki Cina yang ditetak gara-gara pasal hutang.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Sabtu, 4 Januari 2014

2 Penyamun Diberkas di Pasir Puteh, Ipoh


Polis berjaya memberkas dua lelaki yang menjadi buruan sejak enam bulan, ketika mereka sedang sibuk mengumpil pintu sebuah rumah di No. 105, Jalan Pengkalan Barat 18, Taman Shatin, Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Assistant Commissioner (ACP) Sum Chang Keong memberitahu, ketika kejadian kira-kira jam 3.25 pagi itu, kedua-dua suspek sedang leka mengumpil pintu rumah sehingga tidak menyedari kedatangan anggota polis yang sedang membuat rondaan motorsikal di kawasan tersebut.

Beliau percaya, dengan tertangkapnya dua penganggur tersebut, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes yang terdiri daripada lima kes samun dan empat kes pecah rumah di sekitar Ipoh sejak enam bulan lalu.

“Ketika tangkapan, kedua-dua suspek yang berasal dari Taman Pasir Putih itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh empat anggota kami yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati mereka aktif sejak enam bulan yang lepas dan seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau yang melibatkan dadah dan juga samun manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya ketika sidang media di Balai Polis Bercham, hari ini.

Menurut ACP Sum, berikutan tangkapan tersebut pihaknya turut merampas sebuah motorsikal jenis Yamaha yang digunakan sebagai kenderaan untuk menjalankan aktiviti pecah rumah dan samun, skru driver dan spanar bersaiz 10 inci.

Kedua-dua suspek yang berumur 31 dan 48 tahun itu akan ditahan reman sehingga 5 Januari ini dan akan dikenakan tuduhan di bawah Akta 457.

ACP Sum berkata, hasil kejayaan tersebut juga, polis Ipoh telah menyerahkan sijil penghargaan kepada empat anggotanya yang berjaya memberkas dua suspek itu.

Empat anggota yang telah menerima sijil penghargaan tersebut ialah Muhammad Exval Zairi, Khairul Asuari Mohd Namiri, Mohd Hadiz Omar dan Aswady Mustafa.

 



Sabtu, 23 Mac 2013

Dikehendaki Polis...kes rogol gadis bawah umur


Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menghilangkan diri ketika masih dalam jaminan polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang pelajar tingkatan 3.

Ketua Polis daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, suspek dikenali Muhamad Shahril Izairol Mohamad Roslan, 22, dari Anjung Bemban Maju, Pusing itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan setelah berjaya ditangkap di Pekan Baru, Ipoh.

Bagaimanapun menurutnya, lelaki yang masih dalam jaminan polis itu dikesan menghilangkan diri sebelum proses pendakwaan dilakukan dan waran tangkap terhadap suspek telah diperoleh.

“Barang kes seperti tilam dan cadar telah dirampas dan dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk analisa, setelah siasatan lengkap, timbalan pendakwa raya bersetuju membuat pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol. Bagaimanapun sehingga kini suspek gagal dikesan,” katanya.

Dalam kejadian November 2011 lalu, seorang remaja berusia 15 tahun yang tinggal di Flat Sri Conolly, Jalan Pasir Puteh membuat laporan dirogol di sebuah kediaman di Taman Anjung Bemban Maju, kira-kira jam 1.30 pagi.

Shaharon berkata, mangsa mengikut suspek yang juga teman lelakinya telah menolak untuk melakukan hubungan seks dan telah cuba melawan, namun gagal melepaskan diri.

“Polis menerima laporan daripada mangsa kira-kira tujuh bulan selepas kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Hidayah Mahzan di talian 05-3629222,” katanya.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





Rabu, 20 Mac 2013

Guru mulut longkang direman polis untuk siasatan


Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang.

“Tindakan ke atas guru terbabit berkuatkuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis,” kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai “anjing” dan menganggap kematian mereka sebagai “mati katak” dalam laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, polis hari ini mendapat perintah di Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap guru berusia 37 tahun itu.

Guru itu pada mulanya ditahan Khamis lalu di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh.

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...