Memaparkan catatan dengan label gadis bawah umur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gadis bawah umur. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Ogos 2015

...nukilan buat pemimpin yang diatas tu

Coretan dari seorang insan.....

RUMAH JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI
(Sekadar satu renungan)


Saya persembahkan satu lagi pengalaman sedih saya semasa menjadi Pegawai Pelajaran Daerah utk tatapan kerana lebih ramai orang suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata. Ambillah iktibar. Bukakan hatimu.


Ya Allah, seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas tikar rumput di lantai, berbantal lipatan kain. Tidurnya mengiring kerana kakinya kena di bengkok disebabkan bilik yg sempit.


Dalam nada yg sedikit terketar, mungkin rasa bersalah, dia berkata, "Minta maaf encik, anak saya, menumpang tidur di pondok ini"


Saya pula yg serba salah dan sedih.


Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah. Beberapa sekolah disinggahi. Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan yg dipinggir bandar.

Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah, saya turun. Seorang lelaki tua berunifom jaga, yg saya jangka 60an menegur saya.

Saya cepat memperkenal diri dan minta memeriksa beberapa perkara. Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal, tetapi bila diminta dia beralah.

Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk. Pintu yg ditolak tertampan sesuatu, lalu saya menjengok ke dalam.

Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu. Kasut sekolah, beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya.

Saya tidak menerus hajat untuk masuk dan mengajak orang tua itu berbual di luar.
Dia terhenti. Tutur kata perlahan dan tertib dan seperti menahan sebak.

"Tak ada siapa dirumah, mak dia dah meninggal, anak-anak dah kawin dan pindah. Saya tinggal dua beranak.

"Saya kena kerja untuk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu saya tu. Kerja lain dah tak larat, kerja jaga ni bolehlah. Saya bimbang nak tinggalkan dia seorang dirumah. Minta maaf encik, minta maaf."

Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam. Bahunya saya gosok utk menenangkannya.

Dia terus merintih, "Hidup waktu malam kami di sinilah telah setahun lebih bila kerana saya kerja syif malam sebab rakan ada masalah nak kerja malam.

"Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak. Esok pagi anak saya akan kesekolah menengah dgn basikal, dia menumpang mandi di sekolah ini.

"Encik, tolong, jangan repot kat toke saya dan gurubesar, saya takut kena buang kerja. 
Macam mana kami hidup."

Disini dia dah teresak dan mengesat air mata dgn lengannya. Saya menepuk bahunya, menyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dalam pondok.

Tangan anak itu saya lihat menampar nyamuk di pipi. Ya Allah, anak semuda ini telah diuji dgn kepayahan hidup.

Sesungguhnya lelaki ini seorang yg tabah, hanya ini jalan hidup yg ada baginya. Saya dah tak sanggup mendengar kata-kata pak cik ini..

Bila saya menaiki kenderaan, pemandu nampak kehairanan kerana beberapa sekolah yg dilalui saya bersungut itu ini, tapi kali ini diam dan mengesat air mata, tetapi dia tidak berani bersuara.

Pengorbanan seorang bapa hingga penghujung usianya, selagi kudrat masih ada, keringat diperah demi menyambung hidup anak.

Bila isterinya dijemput Illahi, apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.

Jika anda pernah bersungut teruknya bekerja, susahnya hidup, ukurlah dgn orang tua ini.

Jika anak anda bersungut tilam nipis, lama, katil kecil, bilik panas tak ada aircond, ukurlah dgn anak dara orang tua ini yg bermalam ditikar rumput dilantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.

Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa, sarapan tidak sedap, ukurlah dgn anak ini yg mandi di tandas sekolah, sarapan dimana yg sempat.

Jika nak marah anak murid lewat ke sekolah, mengantuk dalam kelas, pakaian lusuh tidak diseterika, penampilan yg comot, mulut jangan cepat mengungkap kata yg tidak elok, ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mereka.

Jika jadi ketua atau pemimpin, ambil tahu lah sedikit kisah hidup orang bawah, jangan tahu mengarah sahaja.

Pejamkan mata, hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah kerana banyak menangis melembutkan hati.




***
"Bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang ni, sesungguhnya jika anda ingat andalah orang paling susah dalam dunia ini...TIDAK, ada lagi orang lain yang susah daripada kita."

"Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang dia tidak akan mampu menanganinya."

Ahad, 15 Jun 2014

Ayam Vietnam No 1 Carta Pelacuran di Malaysia


Foto
























Perangkaan terbaru menunjukkan pelacur warga Vietnam menguasai ‘carta teratas’ kelompok pelacur warga asing yang ditahan polis di negara ini berbanding pelacur China dan Thailand.
 
Ini dibuktikan apabila 2,133 wanita warga Vietnam yang terbabit dalam aktiviti pelacuran ditahan polis daripada jumlah keseluruhan 6,275 pelacur pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lalu.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

“Peningkatan 1,007 pelacur Vietnam ini ada kaitan dengan permintaan pelanggan dan khidmat lebih mesra ditawarkan wanita Vietnam ini.


“Kebanyakan wanita Vietnam yang menjalankan kegiatan pelacuran di pusat hiburan dan rumah urut mengenakan caj lebih murah serta mudah didekati. Ini mungkin menyebabkan mereka menjadi pilihan lelaki tempatan,” katanya.





 * sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Rabu, 28 Mei 2014

Gadis Keterah kena ratah 38 lelaki


Kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Seorang pelajar tingkatan tiga dan rakannya 

mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 38 lelaki tidak dikenali di sebuah rumah 

kosong di Ketereh, Kelantan. Lebih mengejutkan, ada rakan mangsa yang dikatakan 

menyaksikan kejadian itu. Kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 7.30 malam, 20 mei lalu. 

Kedua-dua mangsa sebelum itu telah keluar bersama dua lagi rakan mereka. Mereka 

kemudian telah pergi ke sebuah rumah tidak berpenghuni dan di situ kedua-dua mangsa 

dikatakan telah dirogol oleh sekumpulan lelaki.


Rakan lelaki mangsa yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada mangsa,

seramai 38 lelaki melakukan perbuatan terkutuk itu.

Laporan polis hanya dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, awal 

pagi semalam. Mangsa kemudian dibawa ke hospital kuala krai untuk pemeriksaan. Kes 

disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol beramai-ramai oleh kira-kira 38 lelaki tidak dikenali di Ketereh, Selasa lalu mendapat perhatian Ahli Parlimennya Tan Sri Annuar Musa. Annuar menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik status yang melahirkan rasa terkejut dan dukacita berhubung kejadian itu jam 9 malam semalam.

Beliau yang mengetahui berita itu menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
Saya di luar negara terkejut apabila TV3 jam 8 malam memaparkan tajuk utama yang mengaitkan kejadian rogol di Ketereh.

Masya-Allah. Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita ini. Semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan polis mengenai kejadian itu yang mendapat perhatian orang ramai, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.
Kira-kira dua jam kemudian, beliau memuat naik satu lagi status yang mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan identiti mangsa.

Mengikut laporan, seorang pelajar tingkatan dua dari Kuala Krai mendakwa dirogol sekumpulan lelaki sekitar 38 orang dalam sebuah rumah.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Sabtu, 1 Februari 2014

Anak Gadis 17 tahun Hilang Dicari

Mohon jasabaik tuan/puan/encik/ saudara/saudari/Dato/Datin/adik-adik sekelian dapat hubungi nombor tertera di bawah jika ada ternampak atau terjumpa gadis ini.

Terima kasih.

Rabu, 20 November 2013

Kuman Dalam Alat Solek Wanita


Semestinya anda tahu bahawa anda perlu untuk membersihkan berus alatan solek anda sekali seminggu dan buang produk kecantikan anda sebaik sahaja luput tarikh, tetapi itu tidak bermakna anda terlindung daripada mempunyai bakteria dalam produk kecantikan anda. Bakteria sangat licik, dan apabila ia menjangkiti alatan solek anda, ia menyebabkan terjadinya masalah-masalah pada kulit anda seperti jerawat, kemerahan dan jangkitan. 

Untuk membantu alatan kosmetik anda bebas daripada bakteria dan kuman, kami ingin kongsikan tujuh cara licik bagaimana bakteria boleh tersebar pada alatan solek anda, dan cara untuk mengelakkannya. 

Gunakan tiub, bukan balang
Jika anda menggunakan losyen yang dipakejkan dalam bentuk balang atau tab berbanding dengan tiub, anda mendedahkan bakteria untuk melekat pada produk setiap kali anda menggunakan jari anda untuk menggunakan losyen tersebut. Sama juga sepertimasker rambut, 'exfoliators' dan apa-apa yang dipakej dalam balang, kerana bakteria yang telah terjangkit pada losyen atau maskerakan dipindahkan ke muka anda lantas menyebabkan kerengsaan, jerawat dan kemerahan. Oleh itu, beralihlah pada versi tiub untuk losyen atau masker kegemaran anda, dan daripada menggunakan jari, lebih baik anda gunakan kapas untuk bebas kuman. 

Bersin semasa menyolek muka
Perkara ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana ia adalah semulajadi, tetapi jika anda bersin pada barang komestik anda semasa sedang menggunakannya, sekaligus anda menyebarkan bakteria ke dalam apa-apa bekas solekan yang terbuka. Jika anda rasa anda akan bersin (terutamanya semasa penggunaan maskara), halakan muka anda ke arah lain untuk mengelakkan anda bersin pada produk kosmetik. 

Penggunaan gincu selepas makan
Tidak kisah mana-mana produk untuk bibir, jika anda memakai gincu anda selepas makan makanan, sekaligus anda menekankan sisa makanan ke dalam bibir anda, dan pada produk itu sendiri. Bakteria boleh hidup di permukaan gincu, atau di dalam tiub 'lip gloss', yang akhirnya akan merebak ke bibir anda untuk penggunaan seterusnya. Pastikan anda betul-betul mengelap apa-apa makanan pada bibir anda dan jika boleh, berus gigi terlebih dahulu sebelum menggunakan gincu. 

Perkongsian alatan kosmetik anda
Perkara ini sangat benar terutamanya untuk solekan mata kerana mata anda merupakan anggota badan yang paling mudah terdedah kepada bakteria. Jika anda berkongsi mana-mana produk kecantikan dengan rakan-rakan anda, dengan serta-merta anda turut meletakkan apa-apa kuman mereka ke dalam produk anda dan sebaliknya. Malahan jika anda berada di luar bersama rakan-rakan dan mereka terlupa untuk membawa 'lip gloss', jangan berkongsi. Ia tidak akan pernah berakhir dengan baik. 

Tidak membersihkan beg solek anda 
Walaupun anda membersihkan setiap produk, berus dan span di dalam beg solek anda, itu tidak bermakna anda bebas daripada bakteria. Beg solek anda juga perlu dibersihkan, dan anda dinasihatkan untuk melakukan pembersihan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sama ada membasuhnya menggunakan mesin basuh dengan tuala atau dalam mesin basuh pinggan mangkuk (lebih baik jika beg itu dibuat daripada kanvas) untuk menyahkan bakteria daripada bahagian bawah beg. 

Menggunakan satu berus solekan untuk pelbagai fungsi
Ya, terdapat berus yang spesifik yang anda perlu gunakan untuk setiap jenis alatan solek, tetapi pada hakikatnya, ramai daripada kita yang menggunakan satu berus untuk pelbagai produk. Jika anda menggunakan satu berus untuk menggunakan bedak serbuk, kemudian gunakan pula berus tersebut untuk pemerah pipi anda, anda telah memindahkan mana-mana minyak dari muka anda ke dalam bekas pemerah pipi anda, dan kemudian menyebarkan semula bakteria minyak ke pipi anda apabila anda menggunakannya. Geli, bukan? Cuba menggunakan jari atau berus yang berasingan bagi setiap produk, dan ingat untuk membersihkan berus anda kira-kira sekali seminggu.

Sabtu, 23 Mac 2013

Dikehendaki Polis...kes rogol gadis bawah umur


Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menghilangkan diri ketika masih dalam jaminan polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang pelajar tingkatan 3.

Ketua Polis daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, suspek dikenali Muhamad Shahril Izairol Mohamad Roslan, 22, dari Anjung Bemban Maju, Pusing itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan setelah berjaya ditangkap di Pekan Baru, Ipoh.

Bagaimanapun menurutnya, lelaki yang masih dalam jaminan polis itu dikesan menghilangkan diri sebelum proses pendakwaan dilakukan dan waran tangkap terhadap suspek telah diperoleh.

“Barang kes seperti tilam dan cadar telah dirampas dan dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk analisa, setelah siasatan lengkap, timbalan pendakwa raya bersetuju membuat pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol. Bagaimanapun sehingga kini suspek gagal dikesan,” katanya.

Dalam kejadian November 2011 lalu, seorang remaja berusia 15 tahun yang tinggal di Flat Sri Conolly, Jalan Pasir Puteh membuat laporan dirogol di sebuah kediaman di Taman Anjung Bemban Maju, kira-kira jam 1.30 pagi.

Shaharon berkata, mangsa mengikut suspek yang juga teman lelakinya telah menolak untuk melakukan hubungan seks dan telah cuba melawan, namun gagal melepaskan diri.

“Polis menerima laporan daripada mangsa kira-kira tujuh bulan selepas kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Hidayah Mahzan di talian 05-3629222,” katanya.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...