Sabtu, 23 Julai 2016
Penduduk Malaysia Kini Berjumlah 31.7 juta Banci Tahun 2016
Rabu, 20 November 2013
Kuman Dalam Alat Solek Wanita
Semestinya anda tahu bahawa anda perlu untuk membersihkan berus alatan solek anda sekali seminggu dan buang produk kecantikan anda sebaik sahaja luput tarikh, tetapi itu tidak bermakna anda terlindung daripada mempunyai bakteria dalam produk kecantikan anda. Bakteria sangat licik, dan apabila ia menjangkiti alatan solek anda, ia menyebabkan terjadinya masalah-masalah pada kulit anda seperti jerawat, kemerahan dan jangkitan.
Untuk membantu alatan kosmetik anda bebas daripada bakteria dan kuman, kami ingin kongsikan tujuh cara licik bagaimana bakteria boleh tersebar pada alatan solek anda, dan cara untuk mengelakkannya.
Gunakan tiub, bukan balang
Jika anda menggunakan losyen yang dipakejkan dalam bentuk balang atau tab berbanding dengan tiub, anda mendedahkan bakteria untuk melekat pada produk setiap kali anda menggunakan jari anda untuk menggunakan losyen tersebut. Sama juga sepertimasker rambut, 'exfoliators' dan apa-apa yang dipakej dalam balang, kerana bakteria yang telah terjangkit pada losyen atau maskerakan dipindahkan ke muka anda lantas menyebabkan kerengsaan, jerawat dan kemerahan. Oleh itu, beralihlah pada versi tiub untuk losyen atau masker kegemaran anda, dan daripada menggunakan jari, lebih baik anda gunakan kapas untuk bebas kuman.
Bersin semasa menyolek muka
Perkara ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana ia adalah semulajadi, tetapi jika anda bersin pada barang komestik anda semasa sedang menggunakannya, sekaligus anda menyebarkan bakteria ke dalam apa-apa bekas solekan yang terbuka. Jika anda rasa anda akan bersin (terutamanya semasa penggunaan maskara), halakan muka anda ke arah lain untuk mengelakkan anda bersin pada produk kosmetik.
Penggunaan gincu selepas makan
Tidak kisah mana-mana produk untuk bibir, jika anda memakai gincu anda selepas makan makanan, sekaligus anda menekankan sisa makanan ke dalam bibir anda, dan pada produk itu sendiri. Bakteria boleh hidup di permukaan gincu, atau di dalam tiub 'lip gloss', yang akhirnya akan merebak ke bibir anda untuk penggunaan seterusnya. Pastikan anda betul-betul mengelap apa-apa makanan pada bibir anda dan jika boleh, berus gigi terlebih dahulu sebelum menggunakan gincu.
Perkongsian alatan kosmetik anda
Perkara ini sangat benar terutamanya untuk solekan mata kerana mata anda merupakan anggota badan yang paling mudah terdedah kepada bakteria. Jika anda berkongsi mana-mana produk kecantikan dengan rakan-rakan anda, dengan serta-merta anda turut meletakkan apa-apa kuman mereka ke dalam produk anda dan sebaliknya. Malahan jika anda berada di luar bersama rakan-rakan dan mereka terlupa untuk membawa 'lip gloss', jangan berkongsi. Ia tidak akan pernah berakhir dengan baik.
Tidak membersihkan beg solek anda
Walaupun anda membersihkan setiap produk, berus dan span di dalam beg solek anda, itu tidak bermakna anda bebas daripada bakteria. Beg solek anda juga perlu dibersihkan, dan anda dinasihatkan untuk melakukan pembersihan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sama ada membasuhnya menggunakan mesin basuh dengan tuala atau dalam mesin basuh pinggan mangkuk (lebih baik jika beg itu dibuat daripada kanvas) untuk menyahkan bakteria daripada bahagian bawah beg.
Menggunakan satu berus solekan untuk pelbagai fungsi
Ya, terdapat berus yang spesifik yang anda perlu gunakan untuk setiap jenis alatan solek, tetapi pada hakikatnya, ramai daripada kita yang menggunakan satu berus untuk pelbagai produk. Jika anda menggunakan satu berus untuk menggunakan bedak serbuk, kemudian gunakan pula berus tersebut untuk pemerah pipi anda, anda telah memindahkan mana-mana minyak dari muka anda ke dalam bekas pemerah pipi anda, dan kemudian menyebarkan semula bakteria minyak ke pipi anda apabila anda menggunakannya. Geli, bukan? Cuba menggunakan jari atau berus yang berasingan bagi setiap produk, dan ingat untuk membersihkan berus anda kira-kira sekali seminggu.
Jumaat, 8 November 2013
Mitos Sarung Payudara Wanita
Pemakaian coli semasa tidur merupakan salah satu mitos yang popular. Kaum wanita telah menggunakan coli selama berabad lamanya untuk memberikan sokongan pada bahagian payudara. Namun, pemakaian coli ke tempat tidur telah membuatkan khabar angin tersebar bahawa ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan meratakan dada anda. Di sini, kami akan membongkarkan empat mitos berkaitan pemakaian coli semasa tidur seperti berikut:
Pemakaian coli semasa tidur: Penyebab kanser payudara?
Tidak, mengikut kata seorang pakar bedah payudara. Coli yang mempunyai besi tidak menyebabkan atau meningkatkan risiko kanser payudara. Khabar angin ini bermula pada tahun 1995 di mana seorang pengarang yang menulis sebuah buku bertajuk 'Dressed to Kill' telah mendakwa bahawa wanita yang memakai coli ketat setiap hari terutamanya yang mempunyai besi lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang semulajadi. Malahan, dia turut mengatakan bahawa perkara ini turut mengecutkan sistem limpa yang mana berfungsi untuk menyingkirkan toksin daripada badan, namun coli memerangkap toksin dalam tisu payudara lantas menyebabkan kanser payudara terjadi. Namun begitu, tidak ada bukti saintifik untuk menyokong teori ini.
Pemakaian coli semasa tidur: Memastikan payudara anda lebih baik?
Malangnya, tidak ada bukti nyata bahawa payudara anda kelihatan lebih baik jika memakai coli pada waktu malam. Rahsia sebenar untuk dada kelihatan lebih baik adalah dengan memakai saiz coli yang betul. Pakar mengatakan bahawa kebanyakan wanita memakai coli yang tidak memberikan cukup sokongan serta menyumbang kepada ketidakselesaan. Setiap wanita perlu mendapatkan 'fitting' coli profesional sekali setahun.
Pemakaian coli semasa tidur: Meratakan bahagian dada anda?
Ini merupakan mitos yang paling popular di kalangan gadis remaja, tetapi tiada kebenaran yang tepat tentangnya. Jika mahukan dada yang rata, anda hanya perlu memakai korset yang ketat sehingga tidak membenarkan anda bernafas. Namun, pakar juga menasihatkan bahawa tidak perlu memakai coli semasa tidur jika ia memberikan ketidakselesaan pada anda.
Pemakaian coli semasa tidur: Penyebab payudara kendur?
Sebenarnya, kehamilan, penyusuan dan penuaan yang merupakan penyumbang kepada payudara kendur, bukan coli. Perbuatan memakai coli lebih dari 8 hingga 12 jam sehari akan melemahkan tisu payudara lantas mengendurkannya dan ini tidak benar sama sekali. Coli merupakan kawan kepada kaum wanita, bukan musuh.
Sabtu, 20 April 2013
GEMPAR : Datuk Kamilia keluar parti untuk bertanding calon Bebas
Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang membuat kejutan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.
Kamilia dalam laman sosial Facebook miliknya memberitahu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar.
Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kecewa dengan tindakan Naib Ketua pergerakan tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar yang disifatkannya satu pengkhianatan kepada parti.
Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lebih 30 tahun berkata, tindakan Kamilia itu amat mengecewakan ahli Wanita UMNO khususnya di Kuala Kangsar.
"Ini sangat mendukacitakan, beliau tidak setia dan tidak patuh kepada keputusan parti. Beliau tahu apa tindakan parti selepas ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai rombongan penyokong BN di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini.
Tindakan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar tidak akan menggugat peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi tersebut, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
"Saya kecewa beliau (Kamilia) buat keputusan tersebut selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkan DUN Bukit Chandan. Sedangkan Datuk M. Kayveas sendiri sanggup galas amanah bertanding di DUN Pasir Bedarmar biarpun Presiden PPP," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai calon Bebas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, surat pemecatan kepada mana-mana pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas akan dikeluarkan Isnin ini.
Menurut beliau, langkah ini bagi memastikan disiplin parti.
"Kalau ada satu dua kita terpaksa korban, itu lebih baik daripada kita korbankan parti yang dikasihi ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau di sini hari ini.
Antara pemimpin BN yang bertanding calon Bebas ialah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan

