Coretan dari seorang insan.....
RUMAH JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI
(Sekadar satu renungan)Saya persembahkan satu lagi pengalaman sedih saya semasa menjadi Pegawai Pelajaran Daerah utk tatapan kerana lebih ramai orang suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata. Ambillah iktibar. Bukakan hatimu.
Ya Allah, seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas tikar rumput di lantai, berbantal lipatan kain. Tidurnya mengiring kerana kakinya kena di bengkok disebabkan bilik yg sempit.
Dalam nada yg sedikit terketar, mungkin rasa bersalah, dia berkata, "Minta maaf encik, anak saya, menumpang tidur di pondok ini"
Saya pula yg serba salah dan sedih.
Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah. Beberapa sekolah disinggahi. Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan yg dipinggir bandar.
Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah, saya turun. Seorang lelaki tua berunifom jaga, yg saya jangka 60an menegur saya.
Saya cepat memperkenal diri dan minta memeriksa beberapa perkara. Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal, tetapi bila diminta dia beralah.
Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk. Pintu yg ditolak tertampan sesuatu, lalu saya menjengok ke dalam.
Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu. Kasut sekolah, beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya.
Saya tidak menerus hajat untuk masuk dan mengajak orang tua itu berbual di luar.
Dia terhenti. Tutur kata perlahan dan tertib dan seperti menahan sebak.
"Tak ada siapa dirumah, mak dia dah meninggal, anak-anak dah kawin dan pindah. Saya tinggal dua beranak.
"Saya kena kerja untuk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu saya tu. Kerja lain dah tak larat, kerja jaga ni bolehlah. Saya bimbang nak tinggalkan dia seorang dirumah. Minta maaf encik, minta maaf."
Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam. Bahunya saya gosok utk menenangkannya.
Dia terus merintih, "Hidup waktu malam kami di sinilah telah setahun lebih bila kerana saya kerja syif malam sebab rakan ada masalah nak kerja malam.
"Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak. Esok pagi anak saya akan kesekolah menengah dgn basikal, dia menumpang mandi di sekolah ini.
"Encik, tolong, jangan repot kat toke saya dan gurubesar, saya takut kena buang kerja.
Macam mana kami hidup."
Disini dia dah teresak dan mengesat air mata dgn lengannya. Saya menepuk bahunya, menyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dalam pondok.
Tangan anak itu saya lihat menampar nyamuk di pipi. Ya Allah, anak semuda ini telah diuji dgn kepayahan hidup.
Sesungguhnya lelaki ini seorang yg tabah, hanya ini jalan hidup yg ada baginya. Saya dah tak sanggup mendengar kata-kata pak cik ini..
Bila saya menaiki kenderaan, pemandu nampak kehairanan kerana beberapa sekolah yg dilalui saya bersungut itu ini, tapi kali ini diam dan mengesat air mata, tetapi dia tidak berani bersuara.
Pengorbanan seorang bapa hingga penghujung usianya, selagi kudrat masih ada, keringat diperah demi menyambung hidup anak.
Bila isterinya dijemput Illahi, apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.
Jika anda pernah bersungut teruknya bekerja, susahnya hidup, ukurlah dgn orang tua ini.
Jika anak anda bersungut tilam nipis, lama, katil kecil, bilik panas tak ada aircond, ukurlah dgn anak dara orang tua ini yg bermalam ditikar rumput dilantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.
Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa, sarapan tidak sedap, ukurlah dgn anak ini yg mandi di tandas sekolah, sarapan dimana yg sempat.
Jika nak marah anak murid lewat ke sekolah, mengantuk dalam kelas, pakaian lusuh tidak diseterika, penampilan yg comot, mulut jangan cepat mengungkap kata yg tidak elok, ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mereka.
Jika jadi ketua atau pemimpin, ambil tahu lah sedikit kisah hidup orang bawah, jangan tahu mengarah sahaja.
Pejamkan mata, hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah kerana banyak menangis melembutkan hati.
***
"Bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang ni, sesungguhnya jika anda ingat andalah orang paling susah dalam dunia ini...TIDAK, ada lagi orang lain yang susah daripada kita."
"Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang dia tidak akan mampu menanganinya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan