Memaparkan catatan dengan label hukum agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hukum agama. Papar semua catatan

Khamis, 5 November 2015

Bila Isteri Teringat Kekasih Lama










Pendapat 1;
Wanita mencintai lelaki lain yang bukan suaminya, ia selalu memikirkannya, sibuk olehnya, dan berpaling dari suami dan pasangan hidupnya itu. Hal ini kadang-kadang mendorongnya melakukan hal-hal yang tidak dihalalkan syarak, mendorongnya melakukan hal yang lebih besar dan lebih berbahaya, iaitu berzina atau niat untuk berzina. Kalau tidakpun, maka ia akan menyebabkan kegoncangan hati dan jiwa, menegangkan urat saraf, dan mengeruhkan kehidupan suami isteri. Kelakuan-kelakuan seperti itu tidak ada kepentingan sama sekali melainkan kerana mengikuti keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu itu adalah sehodoh-hodoh ikutan yg disembah di muka bumi.

Namun demikian zina tetap merupakan dosa yang sangat besar dan amat buruk, lebih-lebih bagi lelaki yg telah beristeri dan wanita yang telah bersuami. Oleh sebab itu, hukumannya menurut syarak lebih berat daripada yang dilakukan oleh orang yang belum berkahwin. 

Dari seorang ulama moden berkata, pada suatu hari ia ditanya, apakah cinta itu halal atau haram ? Lalu ia memberikan jawapan yang tepat, 

“Cinta yang halal itu adalah halal, dan cinta yang haram itu adalah haram”

Jawapan ini tersebut bukan basa basi dan bukan pula mainan, tetapi merupakan penjelasan terhadap pernyataan (hadith) yang sangat popular, iaitu 

“yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas”

Meskipun di antaranya terdapat perkara-perkara yang mushyatabihath (samar) yang banyak orang tidak mengetahuinya.
Di antaranya perkara yang halal dan jelas itu ialah seorang suami mencintai isterinya dan isteri mencintai suaminya, atau lelaki yang mencintai wanita pinangannya dan wanita yang dipinang mencintai lelaki yang meminangnya

Di antara perkara haram yang jelas haramnya itu ialah seorang lelaki yang mencintai wanita bersuami, lalu hatinya sibuk memikirkannya yang hal ini dapat merosakkan kehidupan rumah tangganya, dan kadang-kadang menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri. Walaupun tidak, akan menimbulkan kegoncangan dalam kehidupannya, menyibukkan fikirannya dan mengganggu perasaan dan hatinya serta menghilangkan ketenangan hidup berumahtangga. 

Pelaku kerosakan seperti itu termasuk dosa. Pelakunya di ancam Nabi keluar dari kelompoknya. Sabda baginda, 

“Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya”

Berbalik kepada masalah yang diajukan mengenai isteri yang mencintai lelaki lain. Sesungguhnya cinta mempunyai permulaan yang dapat dikuasai dan dikendalikan oleh orang mukallaf. Memandang, bercakap-cakap, menyampaikan salam, berkirim-kiriman surat atau menghantar sms dan berjumpa, semuanya merupakan hal-hal yg berada di dalam kemampuan seseorang untuk melakukan atau meninggalkannya. Semua itu merupakan permulaan dan muqaddimah rasa cinta.

Jika hal ini dibiarkan begitu saja dan nafsunya tidak dipisah dari hawa (kemahuan buruknya) dan tidak dikendalikan dengan taqwa, maka ia akan makin berkubang dalam penyimpangannya dan tenggelam dalam urusannya. 

Al-Bushairi pernah mengatakan dalam salah satu syairnya:

Nafsu itu bagaikan anak kecil
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya
dia akan menyusu meskipun sudah besar
tetapi jika engkau menghentikan
dia akan terpisah
palingkan hawa nafsu, jangan sampai menguasai
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli

Apabila orang yang dilamun cinta itu telah sampai pada keadaan yang dia sudah tidak mampu mengendalikan nafsunya, maka sebenarnya dia sendirilah yang telah membawa dirinya kepada keadaan yang sulit dan memasukkannya dirinya ke dalam lorong yang sempit atas kemahuannya sendiri. Orang yang mencampakkan dirinya ke dalam api tidak mungkin dapat mencegah api yang akan membakar dirinya, dan tidak mungkin ia dapat menyuruh api menjadi dingin dengan mengatakan, 

“wahai api sejuklah engkau sebagaimana yang terjadi ke atas Nabi Ibrahim”. 

Ketika api membakar dirinya dan dia berteriak2 minta tolong dan usahanya itu tidak lagi berguna, maka sebenarnya dia sendirilah yang membakar dirinya, kerana dialah yang menyerahkan tubuhnya kepada api atas kehendaknya sendiri"

Ringkasnya, wanita yang telah bersuami wajib merasa cukup dengan suaminya dan redha kepadanya serta penuh cinta kepadanya. Kerana itu, janganlah ia melayangkan pandangannya kepada laki-laki lain, dan hendaklah ia menutup pintu rapat-rapat jangan sampai ada lubang tempat berhembusnya angin fitnah terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi dalam hal yang sensitif, hendaklah ia segera memadamkan bunga api sebelum ia membakar dan menghancurkan.

Maksudnya, jika dalam dirinya mulai tumbuh rasa suka atau cinta kepada orang lain, segeralah ia berusaha memeranginya dengan cara jangan berpandangan atau memandangnya, jangan bercakap-cakap, jauhkan segala sesuatu yang dapat menyalakan api cinta. Apabila ia tidak mampu memerangi perasaan hatinya, hendaklah ia menyembunyikannya dalam hati saja, dan bersabar atas cubaan itu, insya-Allah ia tidak terhalang mendapatkan pahala sebagai orang yang sabar dalam menghadapi cubaan

Begitu pula halnya lelaki yang mencintai seorang wanita tetapi tidak berhasil mengahwininya kerana wanita itu telah bersuami atau sebagai mahramnya disebabkan oleh hubungan nasab (keturunan), persemendaan (hubungan kekeluargaan kerana perkawinan) atau persusuan, maka hendaklah ia berjuang memerangi hawa nafsunya kerana Allah. Dalam hal ini Nabi SAW bersabda,

“Mujahir (orang yg berhijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH dan mujahid (pejuang) ialah orang yang memerangi hawa nafsunya”.

Pendapat 2;
Tanggungjawab isteri adalah mentaati suami selagi ianya tidak menyuruh kepada perkara-perkara maksiat. Justeru itu haram bagi seorang isteri bercinta dengan lelaki lain. Isteri tersebut hendaklah menumpukan tanggungjawab terhadap suami dan rumahtangganya. Elakkan daripada menjalin hubungan dengan bekas kekasih kerana perbuatan itu akan mengundang keruntuhan rumahtangga yang telah dibina. Jujur dan setialah kepada suami, kerana suami merupakan ketua dalam sesebuah keluarga.


Pendapat 3;
Bahagia itu tidak berbentuk tidak berupa, bahagia itu bukan di hati orang, tapi di hati kita. Lebih kuat anda kejar lebih jauh ia pergi. Ada orang bahagia bila berada di tepi pantai yang indah, anginnya sepoi-sepoi bahasa dan pasir memutih terbentang luas. Bila ditanya di mana rasa bahagia, adakah pasir memutihnya, jika ya, genggamlah pasir, bahagia atau tidak, pasti jawapannya tidak. Adakah air lautnya, sentuhlah air, saya pasti jawapan air juga tidak.
Sebenarnya puan terperangkap dengan cinta masa dulu, kerana puan menyimpannya sebagai kenangan manis. Puan sedang bermimpi disiang hari.
Sedar dan yakinlah bahawa dia bukan jodoh yang dipilih Allah, sebab itu puan tidak dinikahkan dengannya.
Jodoh pilihan Allah adalah suami sekarang, lelaki yang baik dan bertanggungjawab dan ada anak sedang membesar.
Adakah puan mahu melawan ketentuan Allah, dan hidup dengan orang yang tidak lagi mencintai anda. Adakah puan sanggup meninggalkan anak-anak hanya kerana perasaan tidak pasti dan menyalahi status isteri dan ibu.
Cermin diri, masa bercinta umur berapa dan sekarang sudah berapa. Jangan menolak ketentuan Allah, nanti buruk padahnya.
Percayalah, dapat berkahwin dengan lelaki yang mencintai kita jauh lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki kita cintai.
Suami yang mencintai kita akan berkorban apa saja kerana dia sayangkan kita tapi berkahwin dengan orang yang kita cintai, kita perlu berkorban habis-habisan untuknya, dan dia belum tentu sanggup berkorban untuk kita.
Saya nasihatkan jangan menyuruh hujan naik ke langit semula. Lihatlah wajah anak-anak, sanggupkah puan meninggalkan mereka. Fikirkanlah suami yang sudi mengambil kita hingga menjadi ibu. Lupakan kisah silam.
Insaflah, tanya apa yang puan mahu sebenarnya, cinta yang puan kejar adalah lambaian iblis yang menggenggam hati anda untuk derhaka kepada suami dan terjebak dalam noda dan dosa.
Terimalah jodoh yang ditentukan Allah kerana suami akan menentukan anda jumpa bahagia atau tidak, sama ada di dunia dan di akhirat. Hati anda kosong dari perasaan rindu kepada Allah, bersyukur dengan Allah dan berasa Allah lebih dekat dengan anda dari urat leher anda. Belajarlah membaca al-Quran dan banyakkan solat.
Belajar mengenali sayang Allah pada kita dan belajarlah mensyukuri apa yang ada. Perasaan di hati adalah racun iblis yang sudah menyerap ke seluruh tubuh.
Bersihkan diri dengan zikir dan membaca ayat Allah dan tafsirannya. Ajal tidak mengenal umur, tempat dan keadaan. Bayangkan ajal mendatangi puan dalam keadaan suami tidak mengampunkan anda dan anak tidak mendoakan puan, ke mana nak minta tolong.
Sesungguhnya seluruh langit dan bumi dan seluruh isinya adalah dalam pengetahuan dan kawalan Allah, jangan cuba menentang-Nya.
Allah tahu apa yang kamu ucapkan dan apa yang kamu sembunyikan. Kematian itu pasti, adakah kita sudah bersedia? Semoga terus membaca diri dan mencintai diri yang banyak berdosa… jangan tambah lagi. Insaf sebelum terlambat.
Wassalam.
Pendapat 4;
Mungkin sesetengah orang yang mahu berkahwin, adalah dengan niat untuk memulakan kehidupan yang baru dan ingin melupakan kisah lama. Tapi apabila sudah berkahwin, kita masih teringat-ingatkan orang yang pernah kita sayang pada masa dulu, iaitu kekasih lama yang mungkin tidak ada jodoh untuk bersama.
Sebenarnya, di dalam hati kita ini ada dua unsur, iaitu rohani dan jasmani, zahir dan batin, dan hati dan jasad. Hati adalah satu perasaan yang amat sukar untuk dikawal. Dengan sebab itu jugalah kita kena kusyuk dalam bersembahyang walaupun hati ligat melencong ke tempat lain.

Ianya lumrah. Hati tidak mampu untuk menghalang perasaan kita untuk sayangkan seseorang.

Hati manusia memang sukar untuk dikawal berbanding hanya zahiriah yang mudah untuk dikawal. Walau apa pun yang berlaku, hanya hati adalah yang paling kuat dengan ingatan jika hati yang paling rapat antara satu sama lain.

Untuk melupakan satu demi satu benda dalam kehidupan yang telah kita lalui, mungkin susah. Jangan hanya pada kekasih lama, malah dengan kucing peliharaan yang sudah kita sayang bila mati dilanggar kenderaan, padahal hanya beberapa tahun sahaja hidup bersama dengan haiwan tersebut, adakah senang nak lupakan haiwan peliharaan yang kita pernah sayang? Cukup susah, dan mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk melupakannya.

Apatah lagi orang perempuan walau sudah pun berkahwin, dengan tiba-tiba teringat, ia tidaklah berdosa. Yang berdosa adalah SENGAJA diingat-ingatkan nya. Kalau teringat, berdoalah agar kita dapat menghilangkan perasaan yang mungkin mudah ke lembah curang.

Itu lah fitrah setiap manusia. bila sudah sayang, memang susah nak hilang rasa sayang. Sampai masa pasti akan hilang, mungkin makan tempoh yang agak lama.



*petikan serta rujukan daripada beberapa laman sesawang dan blog tempatan.



~SEMOGA ALLAH TAALA AMPUNKAN DOSA KITA~

<YA ALLAH SELAMATKAN LAH AHLI KELUARGA KU DARI SEKSAAN API NERAKA...AMEEN>

Ahad, 25 Januari 2015

Restoran Bukan Muslim Diserbu di Ipoh


Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menggempur restoran milik bukan Islam di Jalan CM Yusuf yang menyalahgunakan kalimah ALLAH dan Muhammad untuk menarik perhatian pelanggan Muslim.
Operasi disertai beberapa pegawai Jaipk dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Panglima Kinta itu dilakukan sekitar jam 10.30 pagi pada Khamis 22 Januari 2015 yang lepas.

AJK Masjid Panglima Kinta, Roslan Ali yang mendedahkan isu itu berkata, ketika sepasukan pegawai Jaipk tiba di lokasi, pekerja restoran sedang bekerja seperti biasa, seolah-olah tiada apa berlaku.

Malah katanya, walaupun sebelum ini sudah dinasihatkan supaya menurunkan kaligrafi kalimah ALLAH dan Muhammad, ia masih dipaparkan di ruangan berhampiran kaunter restoran itu.

“Beberapa pegawai Jaipk bertemu dan menasihati pekerja restoran supaya menurunkannya tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana akur arahan pemilik.

“Perbincangan antara pekerja dan Jaipk ambil masa lama juga tetapi ia berlangsung dalam suasana harmoni,” katanya.

Menurutnya, tindakan pantas Jaipk itu harus dipuji demi menjaga kesucian agama Islam selain menyelamatkan umat Islam dari perkara dianggap syubhah.

Roslan berkata, pihaknya berharap restoran-restoran lain turut dipantau oleh pihak berkuasa agama termasuk agensi penguat kuasa lain.

Dalam pada itu, Jaipk akan menjalankan siasatan terperinci berhubung operasi sebuah restoran bukan Islam di Jalan CM Yusuf yang dikatakan memaparkan kalimah ALLAH di premis tersebut.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, pihaknya sudah mengadakan pemeriksaan lanjut di premis itu bagi mendapatkan gambaran lebih tepat.

Menurutnya, ketika kunjungan pada kira-kira jam 10.30 pagi itu, tiada sebarang tangkapan atau rampasan dibuat terhadap premis berkenaan. “Kita hanya dapat menemui pekerja dan bercakap dengan pemilik restoran melalui panggilan telefon. Jaipk akan jalankan siasatan lanjut kes ini dengan mendapatkan keterangan pemilik,” katanya.


Bukan perkara baharu. Itu dinyatakan Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameen ketika diminta mengulas isu salah guna Kalimah ALLAH dan Muhammad oleh restoran milik bukan Islam.

Menurutnya, isu itu bukan sahaja melibatkan warga tempatan bukan beragama Islam tetapi warga asing yang menggunakan lesen ali baba.

Beliau berkata, menyedari industri makanan India Muslim begitu popular, ada dalam kalangan peniaga bukan Islam bertindak sedemikian untuk menarik perhatian orang Islam makan di kedai mereka dengan hanya menggantungkan kaligrafi kalimah yang mempunyai kaitan dengan Islam seperti ALLAH, Muhammad dan Bismillah.

“Kita alu-alukan tindakan pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengenakan hukuman ke atas premis yang mengelirukan orang Islam untuk keuntungan,” katanya.

Noorul Hassan berkata, Presma tiada kuasa untuk mengambil tindakan bagi menghalang mereka, sebaliknya pengguna boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa agama dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Beliau berkata, pihaknya akan menyokong penuh sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap peniaga terbabit.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penggemar nasi kandar supaya menyiasat atau mendapatkan kesahihan status halal restoran dikunjungi sebelum menjamu selera di situ.

Sementara itu, Persatuan India Muslim Perak (PRIM) akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) dan agensi berkaitan untuk memantau restoran bukan Islam yang menyalahgunakan kalimah ALLAH.

Pengerusinya, Mohamad Arib Aliah berkata, perkara itui sangat sensitif kerana menyentuh soal halal dan haram dalam Islam.

“Perkara seumpama ini sepatutnya tidak berlaku lebih-lebih lagi menyentuh soal agama. Soal makan dan minum sangat dititik berat dalam Islam.

“Setakat ini memang kita tidak terima sebarang aduan. Cuma tindakan kita selepas ini akan turun ke restoran-restoran seperti ini untuk memberikan nasihat,” katanya.





Khamis, 24 Januari 2013

Haziq bercukur kepala ikut sunnah Nabi s.a.w.


Sempena sambutan hari mulia Maulidur Rasul tahun ini yang jatuh pada hari Khamis, 24 hb. Januari 2013 ini, mari kita fahamkan dan baca tentang adat bercukor kepala/jambul bagi bayi yang baru dilahirkan.

Banyak budaya di seluruh dunia mempraktikkan beberapa amalan bercukur bagi bayi. Sesetengahnya hanya menggunting beberapa helai rambut, yang lain mencukur rambut bayi sepenuhnya. Kedua-duanya ini boleh diterima bagi cukur jambul (juga dikenali sebagai berendoi di utara semenanjung).

Di Malaysia, komuniti etnik yang lain juga mempunyai upacara bercukur masing-masing yang unik, mengikut asal-usul, agama dan tradisinya. Dalam komuniti Hindu, sebagai contoh, rambut bayi dicukur dalam upacara mundan, yang dianggap sebagai ritual penyucian. Sesetengah ibu bapa kaum Cina juga mencukur kepala bayi selepas sebulan ia dilahirkan (mun yuet) sebab percaya bahawa "rambut dalam rahim" perlu dibuang dan berharap agar rambut baru akan tumbuh dengan lebat dan berkilat (walaupun tidak terdapat sebarang bukti saintifik yang menyokong kepercayaan ini!).

Dari segi hukum syariat umat Islam pula, kita berpandukan kepada sunnah Nabi. Setiap perbuatan Nabi yang diikuti/dilakukan oleh umatnya dinamakan sunnah. Ia tidak sahaja berkaitan perkara-perkara ibadah sahaja tetapi merangkumi semua hal yang berkaitan dengan kehidupan manusia samada sosial, budaya, ekonomi, politik, ketenteraan dan pentadbiran.

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.

Sudut sains melihat, membuang membotakkan kepala bayi terbukti baik. Mencukur rambut bayi tidak terhad kepada orang Islam, sebaliknya turut dilakukan tanpa mengira kaum. Akar rambut terbentuk sejak janin berusia sekitar lapan minggu dan terus berkembang hingga lahir. Rambut pertama ini diistilahkan dengan velus, terlalu halus hingga sukar dilihat dan disentuh, ia boleh gugur dengan sendirinya tetapi selalunya keguguran itu tidak cantik sebab tidak rata. Orang Melayu menggelarnya ‘cukur bantal’.


Tip mencukur kepala bayi

Bagi yang pertama kali mencuba untuk mencukur rambut bayi. Ada baiknya ia dilakukan ketika ia sedang tidur mengurangkan bayi bergerak, selain mengelakkan luka bahagian berkenaan.

Caranya dilakukan agak mudah seperti sebelah tangan memegang gunting, sementara sebelah lagi memegang rambut lalu dipotong. Lebih baik rambut bayi itu dibasahkan sedikit kerana lebih mudah untuk digunting. Kalau tidak yakin, minta bantuan orang lain melakukannya.

Gunting rambut hingga bahagian hujung. Untuk membersihkan lagi sisa rambut itu, gunakan alat cukur rambut yang masih baru. Regangkan lipatan kulit kepala dengan jari telunjuk dan jari tengah, kemudian cukur.

Teknik mencukur perlu dilakukan dengan perlahan dan teliti bagi memastikan cukuran itu tidak melukai kepalanya.

Sekiranya sepanjang proses berkenaan kepalanya terluka, beri ubat antiseptik, bagaimana sekiranya membabitkan luka yang besar, segera rujuk kepada doktor.

Kepala bayi harus terus dipelihara kebersihannya. Kekotoran atas kepala bayi digelar ‘cradle cap’ perlu dihindari dengan melumurkan sedikit minyak zaitun. Biarkan kira-kira lima minit sebelum dibuang menggunakan sikat.

‘Cradle cap’ terjadi akibat meningkatnya aktiviti kelenjar di samping pengaruh hormon androgen ibu ketika hamil. Sekiranya dibiarkan saja, tumpukan lemak ini akan menghambat edaran peluh, mengakibatkan munculnya gangguan kulit seperti gatal atau bisul. Dalam jangka panjang pertumbuhan rambutnya mungkin terganggu.


Antara ciri-ciri kebaikan bercukur rambut bayi ;

Membuang kekotoran
Pada mata kasar, rambut bayi yang sudah dibersihkan dengan syampu bersih. Bagaimanapun ‘kekotoran’ itu masih terlekat di akar rambut yang mungkin tidak kita perasan dengan pandangan mata kasar. Apatah lagi ia berada lama di dalam rahim ibu. Proses kelahiran itu juga dengan sendirinya menjadikan rambut berkenaan kurang bersih.

Biar tak mudah terkena radang
Botak memudahkan ibu untuk mengamati, kalau-kalau ada sesuatu yang tak diharapkan, seperti gatal, bisul, luka dan sebagainya. Cukur rambut menjadi sesuatu yang digalakkan. Bila sudah terjadi jangkitan, misalnya bisul di kepalanya. Untuk mencegah terjadinya jangkitan lebih lanjut dan mempermudah perubatan, sebaiknya kepala anak dalam keadaan ‘bersih’.

'Menyejukkan' kepala
Orang tua-tua selalunya mengingatkan cukur rambut menyejukkan kepalanya, dari segi logik ia nampak jelas. Tetapi menurut sains, bayi-bayi kebetulan tinggal di daerah panas atau suhu udara pada bahagian itu, pasti akan merasa lebih nyaman dengan kepala botak. Kasihan juga bagi bayi yang mempunyai rambut lebat, bila berpeluh, keadaan menjadi bagaikan basah kuyup.

Rambut baru akan tumbuh
Ramai yang ‘sayang’ kepada rambut bayi yang lembut dan halus. Malah ramai yang percaya rambut cantik itu akan hilang begitu saja sekiranya di cukur. Sekiranya diamati, memang tiada perkara di dunia ini yang kekal. Bagaimanapun rambut baru itu tidak mungkin sama rupa dengan asal, kerana ia mempengaruhi genetik ibu bapa. Mungkin kerinting, perang dan sebagainya.


Pada petang hari Maulid Nabi ini, bayi berusia 39 hari yang bernama Haziq Akram telah dicukur kepalanya sampai botak mengikut sunnah Nabi. Di bawah lihatlah beberapa foto sebelum dan selepas dicukur keseluruhan kepalanya.













'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...