Khamis, 3 Julai 2014

Desakan pihak berkuasa keatas Jackpot di Ipoh


Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa bertindak segera membanteras premis yang menjalankan aktiviti perjudian haram, khususnya di kawasan kediaman orang Islam.
Pengerusi Jaringan NGO Islam Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, pihaknya kesal kerana lambakan premis perjudian haram itu mengakibatkan ramai anak muda membuang masa di tempat tersebut.

“Premis judi ini mula beroperasi sejak empat ke lima tahun lalu dan kita kesal kerana ramai orang Islam terutamanya anak-anak muda turut menjadi pelanggan di premis tersebut,” katanya.

Menurutnya, selain pihak polis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga perlu bertindak tegas ke atas premis terbabit yang dipercayai menjalankan kegiatan itu sehingga lewat malam.

“Premis itu dibuka hingga jam 3 ke 4 pagi dan saya minta  pihak berkenaan perlu bersikap proaktif dalam menangani masalah ini,” katanya.

Khairuddin berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas pemilik yang menyewakan premis mereka kepada individu mengusahakan perniagaan itu.

Katanya, langkah ini perlu dalam membanteras kegiatan tersebut dan pemilik premis pula diminta mengambil tahu serta memantau kegiatan perniagaan penyewa mereka.

“Walaupun pengusaha perniagaan mesin judi haram sudah dikenakan tindakan, namun mereka akan beroperasi semula,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Pengerusi Masjid Abdul Rahman menyifatkan kelemahan dari segi penguatkuasaan menyebabkan ada segelintir pemilik rumah menjadikan kediaman mereka sebagai kedai makan atau restoran.

“Mereka mengubah suai kediaman menjadi restoran tanpa memohon lesen perniagaan melalui pihak MBI,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam terutama jiran bersebelahan premis perniagaan terbabit.

“Mereka mengadu kerana bunyi bising daripada pelanggan  di rumah bersebelahan, selain sampah dibuang merata-rata tempat sebaik sahaja premis perniagaan terbabit ditutup,” katanya.



Jackpot yang mempunyai logo Digi (kuning) di kawasan perumahan


Lapuran yang telah dibuat oleh seorang warga Ipoh pada bulan Jun 2014...klik A


Pendedahan Kinta Menjerit tentang logo dan lokasi kedai Jacpot...klik B


Lain-lain NGO yang mahu memBANTERAS Jackpot...klik C

Tiada ulasan:

Catat Ulasan