Sabtu, 3 November 2012

Pemasangan sistem sensor di Lebuhraya Ipoh~Lumut


Tempoh perjalanan dari Ipoh ke Lumut yang sebelum ini memakan masa sekitar 90 minit dijangka dapat dikurangkan kepada hanya 30 minit apabila lampu isyarat yang dipasang di Lebuhraya Ipoh-Lumut bakal dilengkapi dengan sistem ‘remote sensing’.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan Pusat secara dasarnya telah bersetuju untuk memasang lampu isyarat yang dilengkapi sistem terbabit.

“Sistem lampu isyarat yang digunakan di sepanjang lebuhraya Ipoh- Lumut bakal digantikan dengan sistem remote sensing atau penderiaan jauh sebagai langkah mengurangkan waktu perjalanan yang ketika ini memakan masa sekitar satu jam 30 minit.

“Kos pemasangan yang melibatkan kos antara RM4 hingga RM5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan dan melibatkan sebanyak 35 buah lampu isyarat di sepanjang laluan berkenaan.

“Saya dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya bahawa kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan itu mengantikan lampu isyarat dengan sistem remote sensing bagi mengurangkan tempoh perjalanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri program Keselamatan dan Kesejahteraan Nelayan di Pulau Pangkor, hari ini.

Katanya, jarak perjalanan yang dahulunya memakan masa sehingga satu jam tiga puluh minit dijangka mampu dikurangkan melalui pemasangan sistem tersebut.

“Jika kita anggarkan satu lampu isyarat mengambil masa satu minit, saya jangka ia akan mengurangkan waktu perjalanan sehingga setengah jam,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, kerajaan negeri masih tidak tahu bila tarikh sebenarnya projek itu akan dijalankan tetapi berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Kos projek itu katanya, akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...