Sabtu, 2 Jun 2012

Karpal kata lain Hadi pulak kata lain

Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam yang juga kaum majoriti di negara ini.

"Kita berasas kepada resolusi pakatan pembangkang, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.

"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam.

"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," katanya.

Turut hadir pada himpunan itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Ini adalah berbeza dengan kenyataan Karpal Singh baru-baru ini yang menyebut supaya jawatan Perdana Menteri itu perlu diberi peluang kepada yang bukan Melayu. Nampaknya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini tidak muafakat bila membuat keputusan , berlainan ideologi dan tidak betul-betul satu hati dalam pakatan mereka. Bolehkah mereka memerintah negara ini dengan baik tanpa pertelingkahan sesama mereka satu hari nanti.

2 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...