Sabtu, 17 November 2012

Bergilir-gilir rogol wanita Indon 3 polis dihadap mahkamah


Tiga anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di Butterworth semalam, atas tuduhan merogol seorang wanita Indonesia dan melakukan seks di luar tabii ke atas mangsa, minggu lalu.

Koperal Nik Sin Mat Lazin, 33; Konstabel Remy anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21, menghadapi tuduhan pertama merogol wanita berusia 25 tahun itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai, di sini, antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi 9 November lalu.
Mereka didakwa di depan Hakim Nabishah Ibrahim mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tuduhan kedua pula menyebut tiga anggota polis itu melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita sama pada tarikh, waktu dan tempat sama.

Bagi tuduhan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Nik Sin dan Syahiran yang diwakili peguam, Parmjit Singh serta Remy diwakili peguam, S Anthony, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Nabishah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM25,000 serta mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sebelum menetapkan 12 Disember ini untuk mendengar keterangan mangsa. Semua tertuduh membayar ikat jamin berkenaan.
Ahad lalu, akhbar melaporkan seorang pekerja kedai makan dari Jawa Tengah, mendakwa diperkosa tiga anggota polis di sebuah balai polis selepas ditahan kerana tidak membawa pasport.

Dia mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan tiga lelaki itu di atas tilam dalam sebuah bilik di belakang kaunter balai berkenaan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...