Rabu, 20 Februari 2013
Penduduk Rumah Pangsa di kawasan Jalan Hospital, Ipoh dapat perhatiandari TPM
Lebih 1,000 penghuni rumah pangsa Jalan Hospital di Ipoh bakal menikmati penginapan lebih selesa berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan untuk menaik taraf rumah pangsa berkenaan tidak lama lagi.
Tan Sri Muhyiddin berkata, kerajaan Pusat bersedia membantu kerajaan negeri Perak menaik taraf rumah pangsa berkenaan dengan menambah dari dua bilik kepada tiga bilik di 620 unit rumah pangsa berkenaan.
"Kita perlu bina, majukan supaya penghuni rumah pangsa ini dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa. "Kalau tak cukup duit kerajaan negeri, kerajaan Pusat boleh bantu jadi Menteri Besar jangan bimbang,’’ katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh sempena lawatan kerja sehari ke Perak hari ini.
Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan baikpulih surau Al Hijiriah sebanyak RM50,000 dan RM483,000 untuk dana Tahunan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Jalan Hospital dan Seri Kepayang.
*sumber dari laman portal akhbar tempatan.
Tiada yang terpinggir
Tiada yang tertinggal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan