Memaparkan catatan dengan label BMW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BMW. Papar semua catatan
Rabu, 20 Mac 2013
BMW lancar model baru motorsikal kuasa tinggi
BMW Group Malaysia melancarkan motosikal baru BMW F 700 GS dan BMW F 800 GS yang ditambah baik oleh BMW Motorrad mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai syarikat automotif jualan premium di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils berkata, tahun lalu, BMW Motorrad mencatatkan pertumbuhan 21 peratus dalam perniagaannya berbanding tahun sebelumnya, dengan jualan 362 motosikal.
“Ini merupakan sumbangan kukuh terhadap prestasi keseluruhan BMW Group Malaysia yang menyaksikan 2012 sebagai tahun prestasi paling baik, dengan jualan kenderaan keseluruhan 7,021 BMW, Mini dan Motorrad,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, BMW Group Malaysia, BMW F 700 GS direka bagi tunggangan lasak di luar jalan biasa serta memenuhi keupayaan semua keadaan bagi kegunaan setiap hari, manakala BMW F 800 GS dikombinasikan dengan kualiti lebih baik juga untuk kegunaan di luar jalan biasa.
Kedua-dua model akan boleh mula didapati di semua pengedar sah BMW Motorrad seluruh negara bermula 22 Mac, pada harga atas jalan, tanpa insurans RM79,800 untuk BMW F 700 GS dan RM89,800 untuk BMW F 800 GS.
* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Ahad, 3 Mac 2013
3 model baru BMW 7 Series dilancarkan
BMW Group Malaysia melancarkan edisi terbaru BMW 7 Series membabitkan tiga varian bagi mempelbagaikan pilihan pengguna kepada produk jenama Jerman itu.
Bersandarkan pelancaran BMW 730Li, BMW 740Li dan BMW ActiveHybrid 7L itu, syarikat itu yakin dapat mengukuhkan kedudukan sebagai pengeluar kereta mewah paling inovatif di negara ini.
“Dilengkapi inovasi terkini BMW yang akan meningkatkan lagi prestasi cemerlang model terdahulu, sedan mewah ini tidak dapat ditandingi oleh kereta mewah jenama lain di pasaran kerana ia direka untuk memberikan nikmat pemanduan tertinggi kepada pelanggan,” kata Ketua Eksekutifnya, Dr Gerhard Pils, pada sidang media selepas pelancaran model itu di Kuala Lumpur, semalam.
Pils berkata, pelancaran BMW 7 Series baru turut meluaskan lagi penawaran kepada teknologi Advanced Hybrid syarikat menerusi BMW ActiveHybrid 7L.
Katanya, varian yang menggabungkan teknologi hibrid terkini dengan sistem pengurusan tenaga pintar itu, membolehkan pengendalian menggunakan elektrik sepenuhnya selain mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 27 peratus.
“Kami yakin bahawa model ActiveHybrid yang turut terdapat untuk segmen BMW 3 Series, BMW 5 Series dan BMW 7 Series, akan menjadi pilihan popular di kalangan pelanggan kami yang bijak memilih serta mesra terhadap alam sekitar,” katanya.
BMW 7 Series yang boleh didapati di pengedar BMW di seluruh Malaysia mulai 30 Mac ini dijual pada harga atas jalan tidak termasuk insurans RM648,800 (BMW 730Li), RM818,800 (BMW 740Li) dan RM938,800 (BMW ActiveHybrid 7L).
Turut disertakan adalah perkhidmatan servis dan baik pulih yang dikenali sebagai ‘BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI)’.
Nadi kepada BMW 7 Series adalah enjin petrol enam silinder sebaris teknologi BMW TwinPower Turbo dan transmisi automatik lapan kelajuan pintar BMW bagi mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan asap.
Bagi BMW 730Li, enjin petrol tiga liter memberikan output maksimum 258 kuasa kuda (hp) dan kilasan 310Nm dengan penggunaan bahan bakar 8.7 liter setiap 100 kilometer (km) dan pelepasan karbon monoksida (CO2) 202 gram setiap km sekali gus menjadikan ia 11 peratus lebih cekap berbanding model terdahulu.
BMW 740Li pula menjana 320 hp dan kilasan 450Nm dengan 21 peratus lebih cekap berbanding model terdahulu menerusi penggunaan bahan api 7.9 liter setiap 100 km dan pelepasan CO2 pada 184 gram setiap km.
Bagi BMW ActiveHybrid 7L, varian hibrid menggunakan enjin petrol itu dilengkapi motor elektrik yang memberikan output tambahan 55 hp kepada kuasa keseluruhan 354 hp.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan

