Memaparkan catatan dengan label Datuk Shahrul Zaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Shahrul Zaman. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2015

Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak Dirombak Kepada Portfolio Baru


Senarai Portfolio Baharu Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak


1) Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
- Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.

2) Datuk Saarani Mohamad
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan.

3) Datuk Dr Mah Hang Soon
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu.

4) Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid
- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

5) Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
- Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

6) Datuk Rusnah Kassim
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

7) Datuk Samsudin Abu Hassan
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil.

8) Datuk Mohd Nizar Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.

9) Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi.

10) Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria
- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

11) Datuk Shahrul Zaman Yahya
- Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan


Exco-Exco yang baru sahaja mengangkat sumpah di hadapan  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah


Beberapa portfolio Exco Kerajaan Negeri distruktur semula melibatkan beberapa pertambahan dan pertukaran bidang tugas.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, penstrukturan itu sudah pun dikuatkuasakan mulai 1 Ogos lalu yang tidak melibatkan perubahan dari segi keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurutnya, empat Exco Kerajaan Negeri kekal dengan portfolio sedia ada manakala tujuh yang lain termasuk menteri besar mempunyai pertambahan dan pertukaran.

“Semua exco sudah dimaklumkan pada Rabu yang lalu tentang perubahan portfolio itu. Perubahan itu merupakan idea dan cetusan baharu menteri besar selepas pulang dari Havard baru-baru ini.

“Selain pembangunan luar bandar, perladangan dan pertanian, kini, saya akan memegang portfolio penerangan dan pembangunan modal insan selepas kerajaan negeri mengambil alih kem Biro Tata Negara (BTN). Kita akan buat kem sendiri, jadi saya diberikan khusus untuk itu,” katanya kepada media semalam.

Saarani berkata demikian ketika menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad Wilayah Perak di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Ramlee Abu Bakar dan Pengurus Besar Felcra Wilayah Perak, Mat Roni Zakaria.

Empat Exco Kerajaan Negeri yang kekal dengan portfolio masing-masing adalah Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kini memegang portfolio Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli dan Ekonomi manakala portfolio agama diletakkan di bawah Datuk Mohd Nizar Zakaria yang kini dengan portfolio baharu iaitu Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah.

Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Mohd Nizar kini dipegang Datuk Samsudin Abu Hassan.

Perubahan turut melibatkan portfolio Datuk Shahrul Zaman Yahya apabila hanya bertanggungjawab bagi Sumber Manusia, Belia dan Sukan manakala Komunikasi dan Multimedia kini diberikan kepada Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Sementara Datuk Rusnah Kassim pula, selain memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, dua lagi portfolio baharu diletakkan di bawah beliau iaitu Perumahan dan Kerajaan Tempatan.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Rabu, 10 September 2014

Datuk Shahrul Jiwa Sukan Promosi Gaya Hidup Sihat


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya mengambil inisiatif mengayuh basikal ke pejabatnya yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi tadi.

Semangat sukan dan jiwa hidup sihat - Datuk Shahrul Zaman


Beliau adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datok yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup ditemani dua lagi rakannya tiba di pos pengawal kira-kira jam 9.30 pagi. 



Jelas Datuk Shahrul Zaman, ia merupakan sebahagian pendekatan proaktif yang diambil kerajaan negeri untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan rakyat.

Baru-baru, kerajaan negeri turut memperkenalkan ‘Perak Silver Night Ride’ iaitu aktiviti mengayuh basikal di sekitar bandar raya Ipoh yang membabitkan jarak sejauh 20 kilometer (KM).

Berlangsung pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan, aktiviti itu akan berlangsung pada malam Rabu dan bermula di Hotel Kinta Riverfront.

Selain mempromosikan gaya hidup sihat, aktiviti itu dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong melawat bandar raya Ipoh di masa akan datang.

Seorang wakil rakyat yang berjiwa sukan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...