Orang ramai menyambut baik langkah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk)
yang sudah mengeluarkan 100 surat peringatan kepada pengusaha restoran
di negeri ini agar tidak bersubahat menjual makanan kepada individu yang
tidak berpuasa sepanjang Ramadan.
Langkah itu dianggap wajar sebagai tindakan awal untuk memastikan
Ramadan yang dianggap bulan mulia tidak tercemar dengan gelagat individu
yang tidak berpuasa.
Penyelia Restoran Naina Mohamed yang beroperasi 24 jam, Samsudin Noor
Mohamed, 65, berkata, dia mengenakan syarat iaitu makanan yang dibeli
tidak dibenarkan makan di restoran tersebut, sebaliknya hanya boleh
bungkus kepada semua pelanggan Muslim pada waktu tengah hari dan petang
sepanjang Ramadan.
Menurutnya, sejak syarat berkenaan dikenakan, jumlah pelanggan ke
premisnya berkurangan khususnya pada waktu siang, namun tidak
menjejaskan perniagaan di restoran berkenaan.
“Kita melarang pelanggan Islam untuk makan dan minum di sini (restoran)
pada waktu siang. Jika nak perlu bungkus dan bawa balik.
“Tindakan ini sebagai menghormati Ramadan dan tidak mahu ada pelanggan Islam makan pada waktu siang di restoran ini,” katanya.
Samsudin berkata, premisnya akan terus beroperasi sepanjang Ramadan
demi memberi kemudahan kepada orang ramai, khususnya pelanggan tetap di
premisnya.
"Bagaimanapun hanya pelanggan bukan Islam sahaja yang dibenarkan untuk makan dan minum di premisnya pada waktu siang.
“Kita buka macam biasa, 24 jam sehari. Alhamdulillah, setakat ini
operasi restoran ini tidak terjejas kerana ramai yang datang ke sini
pada waktu petang dan lewat malam untuk menonton Piala Dunia,” katanya.
Sementara, penyelia restoran 24 jam, Nasi Kandar de Tasek, Rafiq
Rahmatullah, 27, menyifatkan tindakan tidak membenarkan pelanggan Islam
makan restoran adalah langkah tepat.
Menurutnya, tindakan berkenaan dapat menghalang umat Islam untuk makan
dan minum di khalayak ramai pada waktu siang di bulan Ramadan.
“Dahulu kita boleh nampak orang Islam yang tidak puasa makan. Tapi sekarang, kita tidak mahu perkara sama berulang.
“Kita hanya bungkus makanan dan minta mereka bawa makanan tersebut ke rumah,” katanya.
Rafiq turut menceritakan pengalamannya berdepan seorang lelaki yang
datang ke premisnya untuk mendapatkan makanan pada waktu siang di bulan
Ramadan.
Katanya, lelaki berkenaan memberi alasan makanan berkenaan dibelikan untuk anak-anaknya di rumah.
“Apa pun, kita memang tidak benarkan sesiapa pun makan dan minum pada waktu siang. Jika ada, kita akan halau,” katanya.
Bagi penyelia Restoran Nasi Vanggey, Ibrahim Ali Asyraf Ali, 34, pula
menyifatkan, alasan membeli untuk anak atau untuk bekalan orang sakit
sebagai alasan biasa.
Bagaimanapun pihaknya akan tetap memberi makanan sebagaimana yang
dipesan oleh pelanggan dengan syarat ia perlu dibungkus dan dibawa
pulang.
“Apa yang dipesan, tidak boleh dimakan di restoran. Mesti dibawa balik
untuk dimakan. Kita tidak tahu betul atau tidak alasan yang diberi
pelanggan. Mungkin ada yang betul, contohnya, untuk anak-anak atau orang
tua,” katanya.
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya Puasa. Papar semua catatan
Rabu, 2 Julai 2014
Jumaat, 10 Ogos 2012
Tengok Anak Bulan 18 Ogos 2012 (Sabtu)
Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.
Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).
Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.
Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan



