Memaparkan catatan dengan label Haron Din. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haron Din. Papar semua catatan

Khamis, 21 Februari 2013

Haron Din wajar tinggalkan parti PAS


Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang lantang bersuara menentangnya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah. Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama Pas.

"Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik. "Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God. Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.

Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin. Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron Din dalam menentang hal ini secara bersendirian. "Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan," katanya.

Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, "Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang".

“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.

“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.





DAP anti Islam
PAS patut tolak DAP






Isnin, 4 Februari 2013

Ahli Parlimen Parit Buntar belakangi Majlis Syura


Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia





Ikuti kisahnya di blog bawah ;


BESOR sebelah: Penduduk tak kenal Ahli Parlimen Parit Buntar..kenal limau je

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...