Memaparkan catatan dengan label Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Israel. Papar semua catatan

Ahad, 13 Julai 2014

Israel kena bakor di KTM Ipoh


Bantahan terhadap keganasan di Gaza oleh warga Ipoh. Kita tengok jer gambar-gambar kat bawah ni tak payah nak tulis sini banyak...

Boycott Israel
We ANTI ISRAEL

Kita mohon Allah taala hancurkan tentera dan negara Israel yang sangat zalim itu.


SAVE GAZA


Syabas Naib Ketua Pemuda Ipoh Barat, Saudara Iqbal Jamal bersama Jawatankuasa dan Ahli.


Ketua Pemuda UMNO Perak


Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat merangkap EXCO Pemuda Malaysia


Ketua Pemuda dan Naib K.Pemuda UMNO Bahagian Gopeng bersama ahli-ahlinya turut serta...SYABAS!!!
 


*sumber dipetik dari fb, whatsapp dan muat turun. 

Sabtu, 12 Julai 2014

Gaza dibedil Israel dengan teruk media Singapura melaporkan


Israel semalam meningkatkan lagi serangan udara di Gaza dengan mensasarkan ratusan lokasi Hamas semalam.

Penduduk Palestin berkata, antara yang terbunuh dalam serangan baru itu ialah lapan anggota keluarga selepas rumah mereka turut dibom.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata lebih 320 sasaran Hamas dibedil sepanjang malam semalam.

Tumpuan utama ialah rangkaian terowong bawah tanah serta tapak pelancar roket kumpulan pejuang.

Ia menjadikan keseluruhan sasaran yang dibom kepada 750 dalam masa tiga hari serangan besar-besaran dilancarkan.


Sekurang-kurangnya 75 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh itu setakat ini.

Jurucakap tentera Zionis itu juga berkata, pihaknya sudah menggerakkan 20,000 anggota pasukan simpanan bagi kemungkinan melancarkan operasi darat di Gaza.

Foto
BAPA saudara kepada Yasmeen Al Motawaq, 4, yang terbunuh membawa jenazah kanak-kanak terbabit untuk dikebumikan di Jabaliya.

Lapuran dari media Singapura

Sabtu, 23 Mac 2013

Lahanat!!!...dah 3 tahun baru nak mintak maaf Yahudi ini


Nasi dah jadi bubur, benda dah lepas, dah terjadi...nyawa dah melayang. Entah apa ler mainan politik rejim zionis ini kali ini apabila tiba-tiba pulak nak mintak maaf atas kematian yang disebabkan oleh mereka. Memang lahanat dan haram jadah betoi puak yang zalim ini. Ikuti laporan dibawah dari laman sesawang akhbar tempatan.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Tel Aviv semalam memohon maaf berhubung tindakan ketenteraan pihaknya tiga tahun lalu ke atas misi kemanusiaan Gaza sehingga menyebabkan kematian sembilan aktivis.

Beliau turut bersetuju dengan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk membayar pampasan kepada keluarga aktivis yang terbunuh.

Netanyahu sebelum ini hanya melahirkan rasa kesal.

Tukri mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dan kerjasama dua hala dengan Israel.

Israel membuat permohonan maaf ini dua hari selepas kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Israel.

Pejabat Recep Tayyip juga berkata pihaknya telah menerima pemohonan maaf Netanyahu itu.

Sebelum ini, Recep Tayyip memberi syarat untuk memulihkan hubungan dua hala dengan Israel jika ia memohon maaf dan pampasan kepada keluarga mangsa.

Kerajaan Israel turut mengakui kesilapan mereka semasa perisikan himpunan tetapi komando menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan beberapa aktivis maut kerana didakwa aktivis menyerang mereka.

Aktivis berkata yang tentera Israel telah melepaskan tembakan sebaik saja mereka menaiki kapal.

Insiden itu juga menimbulkan bantahan antarabangsa dan membawa kepada kemerosotan hubungan di antara Turki dan Israel.

Aktivis dari Malaysia juga menyertai misi kemanusiaan itu.








'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...