Jumaat, 18 Julai 2014
Adakah MH17 mangsa kedua perang dingin negara besar?
Malaysia berikrar akan menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, walaupun pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersial itu ditembak jatuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, Malaysia akan mendesak agar pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
"Usaha akan dilakukan secara habis-habisan," katanya pada sidang akhbar di Sama-Sama Hotel di sini hari ini.
Najib, yang kelihatan sugul pada sidang akhbar yang sesak dengan wakil media itu, berkata laluan penerbangan pesawat berkenaan adalah selamat dan tidak tertakluk kepada sekatan.
Katanya laluan itu diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), manakala Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) juga menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.
Beliau berkata Malaysia Airlines mengesahkan Penerbangan MH17, yang membawa 295 orang, termasuk 15 anak kapal, tidak membuat panggilan kecemasan.
Katanya menurut maklumat yang didedahkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kiev, lokasi alat pengesan kedudukan kecemasan itu ialah 48 darjah, 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah, 31 minit dan 33 saat Timur.
Menurut perdana menteri, pusat operasi kecemasan telah ditubuhkan berhubung tragedi itu, yang beliau sifatkan sebagai "dahsyat dan amat mengejutkan".
Katanya para pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.
Najib berkata beliau juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine dan pemimpin itu berjanji siasatan penuh, menyeluruh dan bebas akan dijalankan, manakala pegawai Malaysia juga akan dijemput menyertainya.
"Presiden Ukraine itu juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu untuk menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat peswat berkenaan terhempas," katanya.
Najib juga berkata beliau telah mengadakan beberapa perbualan dengan Perdana Menteri Netherlands dan akan berbincang dengan beberapa pemimpin dunia berhubung tragedi itu.
Najib berkata beliau juga menerima panggilan telefon daripada presiden Amerika Barack Obama dan mereka sependapat bahawa satu siasatan tanpa sebarang sekatan perlu dijalankan.
"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat berkenaan terhempas dan tiada sesiapa patut mengganggu kawasan itu atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam," katanya.
Menurut Najib, Malaysia Airlines sedang dalam proses menghubungi waris penumpang dan anak kapal itu, manakala segala bantuan akan diberi kepada mereka.
Katanya Malaysia menghantar sebuah pesawat khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Bantuan Bencana Khas Malaysia dan Pasukan Penyelamat serta pasukan perubatan.
Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airline Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu Malaysia.
Najib berkata beliau mengutuskan doa dan harapan untuk keluarga serta sahabat handai mereka yang menaiki pesawat berkenaan.
"Saya tidak dapat membayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini. Bagaimanapun, hari ini, tanpa mengira warganegara, kita semua bersatu dalam kesedihan.
"Ini merupakan hari yang tragik, pada tahun yang begitu tragik juga bagi Malaysia," katanya.
Pada 8 Mac, Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, yang dalam perjalanan ke Beijing, China, hilang daripada pengesanan radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi.
Bagaimanapun, usaha mencari pesawat yang hilang itu kini diteruskan.
Terdahulu, Najib menghadiri taklimat selama tiga jam tentang tragedi yang menimpa Penerbangan MH17 di Bangunan Pengurusan Penerbangan.
Turut hadir pada majlis taklimat dan sidang media itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.
Dalam pada itu Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.
Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu ;
Belanda 154
Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi)
Australia 27
Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi)
United Kingdom 9
Jerman 4
Belgium 4
Filipina 3
Kanada 1
dan yang tidak disahkan 41.
Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal.
"Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat," kata kenyataan itu.
MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Malaysia Airlines juga menggerakkan "Go Team" ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.
"Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," kata syarikat penerbangan itu.
Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.
Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).
Isnin, 10 Mac 2014
MH370 hilang mungkin konspirasi ...
Perkembangan terkini !!!...kapal terbang itu mungkin telah kena rampas
Kemungkinan kapal terbang itu ada kat Russia sekarang ini...
They hack the systems so plane vanish from radar just like that
Russia need china to support them
Ada 4 veteran chinese in plane that worth millions in the plane
Reason why russian choose this plane coz ada vip inside the plane that the name not disclose
Plane already landed
Safely..no one hurt at this moment..
Thays why gomen still play around with the pc..buy time
Waiting for demand..
So far no demand yet
Special tag team already in place..
They already standby at few undisclose location
For safety reason of the passenger
perkongsian daripada kapten yang cukup berpengalaman, Kapten Nik Huzlan Nik Hussain.
Baik ini sedikit info yang dapat saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang cetek dan apa yang mampu saya ingat. Kepada juruterbang/kapten/jurutera kapal terbang dan yang sewaktu dengannya, sila betulkan dengan hikmah sekiranya saya silap.
1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan.
Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.
4. Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.
5. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
6. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.
7. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
8. Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
9. Akhir sekali, sebagai penutup, Kapten Nik menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Wallahu A'lam.
Ini apa yang dikongsikan oleh Kapten Nik Huzlan dan hasil daripada hujah beliau, beliau sendiri tidak boleh ramal apa puncanya.
***Baca je...percaya up to u.....just info...
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan