Memaparkan catatan dengan label madu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label madu. Papar semua catatan

Rabu, 6 Ogos 2014

Rawatan Ayurveda Membuka Saluran Jantung Tersumbat


Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat 
 
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung.
Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

3 cawan madu original

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan.
Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari.

Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya.
Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

Rabu, 20 Mac 2013

Di India lelaki dimadukan tanpa had oleh isterinya


Di India, New Delhi seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami. Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran. Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.” Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.

Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”




Sabtu, 9 Februari 2013

Cemburu Melampau Suami Ni Pasang CCTV Kat Rumah Bini


Kalau lelaki dah terlampau cemburu tahap kronik pun tak elok juga dalam perhubungan pasangan suami-isteri atau kekasih. Ini boleh mendatangkan keadaan tidak selesa kerana selalu sangat diperiksa dan mungkin boleh menimbulkan tuduhan atau fitnah yang tidak betul akibat dari salah faham. Sayang betoi lelaki ini dengan bini nyer.

Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. “Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.

“Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.

“Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid,” katanya yang ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohd Isa Ralip, di sini.

Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.

“Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.

“Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat apa-apa aktiviti dengan bebas,” katanya.

Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.

“Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah cemburu buta sejak dua tahun lalu. “Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa, perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya.

Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi pergerakannya dan melakukan ‘pemeriksaan’. “Pada hari suami sepatutnya berada di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya termasuk pada hari saya datang bulan,” katanya.





*dipetik dari laman sesawang akhbar Harian Metro.










'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...