Khamis, 28 Ogos 2014

Musim 18SX dari Penang ke Ipoh...memang siyel depa ni


6 daripada 10 individu yang didakwa terlibat dalam pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang Teluk Bahang hujung Mei lalu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kesemua mereka dikenakan hukuman penjara selama sebulan dan denda sebanyak RM5,000.
ni namanya main guling apam ataih punar

Bagaimanapun, empat lagi individu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan



*sumber dipetik dari laman sesawang akhbar nasional tempatan.




Nampaknya yang kat Ipoh kena paling murah dan ringan hukumannya mungkin sebab yang itu ada pakai atau tutup sikit bukan bolennn terus (separuh bogel).
the topless wedd couple of the year
 Tak cayer???....lihat DISINI

Kisah di Penang tu komer baca ler DISINUN dan DISITUN

itu memang betoi bolennn jer semua...komer, udah kena tangkap haaa 


Bayor ler saman 5000 ribu hinggit tu.

Malaysia dah dibuat demer macam HongKong/SIngapore...pree country

HANCORRR... 



JIhad Al-Nikah pejuang Isis di Syria

Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan.

Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.

Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.

“Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.

“Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis,” kata seorang pegawai risikan.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

“Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.

“Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini,” kata sumber.

Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.

“Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis,” katanya.

Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan fatwa pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

“Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks,” dedah pegawai risikan.

“Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi fatwa itu,” kata pegawai berkenaan.

Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk Isis.

“Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.

“Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di samping Isis,” kata pegawai risikan itu.

Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.

“Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang,” katanya.

Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Mat Soh, 53, dilaporkan terbunuh selepas dilanggar lori tangki ketika pertarungan sengit antara Isis dengan pasukan Syria minggu lalu.

Pada Jun, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, mati selepas insiden bunuh diri yang menyebabkan lebih 20 askar Iraq maut di pangkalan mereka di Al-Anbar.

Identiti rakyat Malaysia ketiga yang maut dalam satu insiden masih belum disahkan oleh pihak berkuasa di sini.

Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kejadian pembunuhan paling mengerikan ialah pada 20 Ogos ketika Isis melancarkan satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan berjihad, bercakap dengan loghat selatan Inggeris, memenggal kepada seorang wartawan dan jurugambar warganegara Amerika, James Foley.

Foley ditangkap di Syria pada penghujung 2012. Rakaman video itu menunjukkan beliau dibunuh di kawasan padang pasir.

Video bertajuk ‘Pesanan kepada Amerika’ itu dimuat naik di YouTube sebagai amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berhubung serangan terhadap militan di Iraq.

Sebelum dibunuh, wartawan berusia 40 tahun itu dipaksa membaca satu kenyataan yang menyalahkan Amerika atas kematiannya.

Majlis Fatwa Kebangsaan digesa menjelaskan pengertian jihad sebenar berlandaskan Islam memandangkan semakin ramai umat Islam di negara ini terkeliru dengan konsep tersebut bahkan turut  menyertai gerakan pelampau yang hanya menghalalkan keganasan, kata Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sewajarnya memberi penekanan dengan menjadikan isu tersebut sebagai perbincangan utama agar dapat memudahkan masyarakat Islam di negara ini membuat rujukan mengenai konsep jihad.

"Hal ini yang sewajarnya dibincangkan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan dan saya tidak kata mereka (ulama) tidak bincang namun mungkin mereka ada banyak kertas kerja perlu diselesaikan.

"Ia amat mustahak supaya orang kita yang ada keinginan untuk berjihad namun kerana ada panduan dan penjelasan jadi mereka tidak akan mudah terikut dengan gerakan ekstremis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan pemberita semalam yang mendedahkan ada golongan wanita Islam di negara ini dan beberapa negara lain menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual.

Memetik daripada sumber pegawai kanan risikan, pihak berkuasa mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.

Fathul Bari berkata, beliau kesal dengan penglibatan wanita Islam di negara ini yang menyertai kumpulan pelampau itu dengan menggunakan alasan jihad seksual.

Beliau berkata, perbuatan itu jelas bercanggah dengan prinsip dan ajaran Islam, malah gerakan Isis itu tidak pernah mendapat pengiktirafan mana-mana ulama terkenal dunia terutama negara Timur Tengah.

Katanya, gerakan itu kemungkinan memanipulasikan konsep 'mutaah' yang diperkenalkan pada satu masa dulu ketika zaman Rasullah sebelum ia diharamkan.

"Menurut sejarah, ketika zaman Rasullah sebelum ia diharamkan, tentera Islam yang terlibat  dalam peperangan kemudiannya keluar musafir mereka akan bermutaah iaitu maksudnya mereka berkahwin dengan wanita tempatan sehingga selesai perang lalu mereka balik ke tempat asal dan menceraikan isteri sementaranya itu.

"Bagaimanapun ia kemudiannya dimansuh dan dibatalkan hukumnya, jadi mutaah ini sudah tidak wujud lagi. Yang mengamalkan mutaah hanya golongan Syiah," katanya.

Beliau berkata, masyarakat Islam di negara ini perlu mempunyai pemahaman mendalam mengenai erti konsep jihad sebenar mengikut sudut pandang Islam.

"Contoh apabila kita terima pensyariatan solat maksudnya kita juga wajib terima cara dan kaedah untuk bersolat, dan bukan melakukannya sesuka hati.

"Begitu juga dengan jihad ia ada cara dan kaedah bukan kata angkat senjata dan jom kita pergi perang. Kita tidak boleh mengambil nas Al-Quran dan hadis kelebihan jihad tanpa mengkaji (bagaimana untuk laksanakannya) terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abd Manan berkata susulan pendedahan itu pertubuhannya menggesa pengertian jihad dimasukkan dalam sukatan agama di sekolah bagi membetulkan tanggapan yang salah.

Katanya, ia perlu dilakukan ulama dan mereka yang mempunyai latar belakang agama untuk membetulkan pandangan tersebut.

"Kita seru umat Islam untuk lebih mendalami ajaran agama dengan sebaiknya. Pendedahan itu merupakan perkara ekstrem dalam agama.

"Kita tidak pernah jumpa istilah jihad seksual sebelum ini dalam agama tambahan pula Islam itu sendiri sentiasa memartabatkan wanita dan menolak golongan itu dijadikan pemuas nafsu," katanya.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdul Rahman Mat Dali menggesa rakyat Malaysia di negara ini tidak terlibat dengan gerakan ekstremis terbabit.

"Wanita atau siapa saja rakyat Malaysia kita tidak galakkan mereka menyertai Isis atas nama jihad, ia merupakan satu gerakan ekstremis dikaitkan dengan doktrin Syiah.

"Banyak lagi cara umat Islam di negara ini boleh melibatkan diri dalam isu dunia seperti memberi sumbangan, tidak perlu pergi berjihad masuk kumpulan yang diragui dan menawarkan seksual itu juga sangat tidak masuk akal," katanya.

Katanya, dalam Islam hanya pernikahan saja yang dapat menghalalkan hubungan seksual.

"Saya tidak dengar jihad seksual ini wujud dalam Islam. Tidak ada perkara sedemikian sekiranya tidak bernikah namun kalau betul ada ikatan sah pun ia tidak berapa praktikal untuk diguna pakai," katanya.

Beliau berkata, wanita yang terpengaruh dengan jihad tersebut kemungkinan mempunyai pegangan lemah terhadap hadis dan Al-Quran sehingga menimbulkan kekeliruan.

"Saya fikir ia terjadi kerana pegangan hadis dan Al-Quran itu terlalu lemah, sekiranya pegangan mereka kuat sudah tentu dengan jelas mereka boleh nampak hadis pun tidak pernah menyebut atau menyokong perkara itu," katanya.

Jihad Al Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Islam dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

"Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam disini bersimpati dengan kepayahan Isis," kata sumber pegawai kanan risikan itu.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai risikan itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember lalu.

"Wanita itu berusia 30-an pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.

"Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai berkerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini," kata sumber.

Ramas Buah Dada (Video)...awas 18SX

Awas :  INI UNTUK PELAYAR INTERNET BERUMUR 18 TAHUN KEATAS SAHAJA.










Saksikan video dibawah yang mana seorang perempuan mintak buah dada nya di ramas.

Gilerrr!!!!!!

Yang ni boleh buat kat Ipoh tak kena saman punyer, tak caya KLIK SINI...hahaha















...tak puas hati KLIK SINI PULAKSSS



Rabu, 27 Ogos 2014

Model BOGEL didakwa di Mahkamah Ipoh denda RM400 jer



Dua model yang berpakaian separuh bogel ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof dekat Padang Ipoh di sini kelmarin, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM400 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di Ipoh.
KLIK > laporan sebelumnya.
 
Majistret Haslinda A Raof mengenakan hukuman itu terhadap tertuduh lelaki, Low Kah Wai, 27, dari Petaling Jaya, Selangor dan tertuduh wanita, How Jo Yee, 21, dari Marang, Terengganu selepas mereka mengaku salah.

Mereka didakwa secara bersama mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (KK) iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam di lampu isyarat dan berdepan Bank CIMB di jalan berkenaan pada jam 9 pagi 25 Ogos.
Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 KK yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.


Mengikut fakta kes Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih ketika melakukan kesalahan itu.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh oleh Andrew Soong.


aikkk....pakai baju pulakssss
Ekoran dari pelbagai laporan polis yang telah dibuat, pihak polis menyeret dua model separuh bolen ini ke mahkamah. Peruntukan undang-undang yang ada cuma boleh mengenakan hukuman takat RM400 jer.. ini terlalu ringan rasanya tidak mendatangkan kesan kepada si pesalah.

Harap "Pengubal Undang-Undang" di negeri dan negara ini akan semak balik kerana kebelakangan ini semakin bertambah isu atau kes sebegini berlaku. Rakyat tidak boleh menerima perlakuan moral rendah dan memalukan ini.





*laporan dipetik dari laman sesawang akhbar tempatan.



Bogel tengah jalan Ipoh cemar negeri Perak

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap model pasangan pengantin terlampau yang berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai.

Penasihat Undang-Undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali berkata, kejadian itu berlaku di jalan awam sedangkan bidang kuasa MBI hanya di taman-taman awam.

"Jalan, tepi jalan, tidak ada undang-undang kecil mengenainya, hanya untuk taman, berkelakuan tidak senonoh.

"Jalan-jalan, saya fikir di bawah bidang kuasa pihak polis, MBI ada kuasa di taman-taman sahaja," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Ahli Majlis Penuh MBI di Ipoh pada Isnin yang lepas.

Seluruh negara dikejutkan dengan beberapa keping gambar sepasang model pengantin yang menjolok mata, yang tersebar luas di laman sosial, termasuk Facebook sejak pagi Isnin.

Gambar-gambar itu menunjukkan model lelakinya tidak berbaju manakala pasangannya hanya memakai pakaian dalam.

Gambar yang tersebar luas di laman sosial itu dikatakan dirakam di Jalan Sultan Yusof, berhampiran Padang Ipoh.

Syahrul berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengambil rakaman gambar itu kerana ia tidak memerlukan permit

"Untuk tujuan bergambar itu pun, kami tidak tahu kerana mereka tidak meminta permohonan, kita tidak control.

"Rakaman gambar selalunya tidak memerlukan permohonan, tidak perlu permit," tambahnya.

Kerajaan Negeri Perak mengutuk sekeras kerasnya perbuatan insiden model lelaki dan wanita memperagakan pakaian dalam keadaan separuh bogel di tempat awam pagi Isnin sehingga mengemparkan Bandaraya Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak atau individu yang cuba mencemarkan imej negeri ini dengan melakukan perbuatan tidak senonoh termasuk memperagakan pakaian menjolok mata secara terbuka.
 
Katanya perbuatan mereka jelas melanggar adab serta tidak menghormati budaya pelbagai kaum di negeri ini.

Menurutnya kerajaan negeri telah pun dimaklumkan bahawa pihak polis sudah pun menjalankan siasatan tentang latar belakang mereka yang terbabit.

"Pihak polis telah memaklumkan kepada saya bahawa siasatan akan siap dalam tempoh terdekat. Kita mahu satu tindakan tegas dibuat terhadap mereka terlibat mengikut peruntukkan undang-undang yang ada," katanya.

Pagi Isnin Bandaraya Ipoh gempar apabila seorang lelaki dan wanita, dipercayai model, memperagakan pakaian dalam keadaan separuh bogel di tengah-tengah kesibukan lalu lintas di Jalan Sultan Yussuf di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, wanita tersebut hanya memakai bikini berwarna putih dan kain layah (veil) manakala pasangannya memakai seluar panjang berwarna hitam tanpa baju.

Difahamkan, pasangan terbabit bersama beberapa krew dipercayai menjalani sesi fotografi di lokasi tersebut.

Menteri Besar berkata tindakan mereka jelas bertentangan dengan prinsip ketatasusilaan masyarakat Malaysia.

"Mereka boleh anggap ini satu trend, perkara yang trendy terdapat dI beberapa buah negara tetapi ini Malaysia. Masyarakat kita tidak boleh terima perkara-perkara yang bertentangan dengan adab budaya negara kita yang berbagai kaum.

Kita perlu ada rasa hormat menghormati di antara satu sama lain," katanya.
Menjawab satu soalan, Menteri Besar berkata elemen sama ada perbuatan itu merupakan satu bentuk provokasi ataupun tidak bukanlah persoalan pokok yang harus dilihat tetapi perbuatan memperagakan pakaian separuh bogel amatlah bertentangan dengan norma norma tatacara dan tatasusila kehidupan rakyat di Malaysia.

Nenen terjojol

Orang Ipoh panggil dua ekoq ni gila!!!

Joey Joeyy (gambar dipetik dari facebook)

 Difahamkan polis akan mengambil tindakan keatas lapuran yang telah dibuat oleh NGO-NGO dan parti politik. Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil iaitu Kelakuan Aib (Insulting Behaviour) boleh dikenakan terhadap pasangan separuh bogel ini.

Hari tu depa buat kat Pulau Pinang...laa kat Ipoh pulakkk sukahati jer apa pun nak buat kat negara ini tanpa mengira sensiviti agama, bangsa dan moraliti.



Ahad, 24 Ogos 2014

Jillboobs fesyen terkini perempuan


Jillboobs memberi maksud bahawasanya seseorang perempuan muslim itu berjilbab tetapi masih menonjolkan "payudara" (tetek/nenen/buah dada/kopek) nya.

Penonjolan ini akan menarik perhatian kaum Adam bila ternampak bonjol jer kat dada walaupun gadis atau wanita itu bertudung.

Fesyen sebegini mula-mulanya popular di negara Indonesia tetapi sejak akhir-akhir ini rasanya di Malaysia dah banyak yang pakai camgitu.

Wahlawehhh...memang terjojol lah mata lelaki biler tengok "boobs' tu...hahaha
Dunia-duniaaaaa...dah akhir zaman!!!


Padahal, hijab mengikut syariah bukan hanya digunakan untuk menutup rambut. Perempuan yang berkomitmen untuk berhijab juga wajib menutup seluruh bagian tubuhnya agar lekukan tidak mengundang syahwat kaum Adam. Hal ini sesuai dengan ayat yang disebutkan berikut ini :

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab :59);

“..dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung/khimar ke dadanya...” (An Nuur :3)


Jillboobs tahap seksi


Jillboob "Pak Lurah"

Jillboob terjojol

Jumaat, 22 Ogos 2014

Batik Couple Untuk Tempahan

Ini iklan...
Untuk tempahan sila hubungi
Puan SriAsih

019 - 528 7104
05 - 467 1136
05 - 249 3136 (selepas 1/9/2014)

 
 
 
 




Untuk tempahan sila hubungi :

Puan SriAsih
019 - 528 7104
05 - 467 1136
05 - 249 3136(selepas 1/9/2014)



Untuk pertanyaan atau tempahan sila hubungi :

Puan SriAsih
019 - 528 7104
05 - 467 1136
05 - 249 3136(selepas 1/9/2014)
 

Rabu, 20 Ogos 2014

Temuduga Terbuka SSPDRM pada 2hb September di IPD Ipoh


Orang ramai di Perak yang berminat untuk menyertai pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) boleh menghadiri temuduga terbuka selama lima hari bermula pada 2 September ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, temuduga terbuka itu akan diadakan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dari 2 hingga 6 September dan mereka yang berminat boleh mendaftar nama di situ.

"Kita akan mengambil seramai 500 anggota untuk dilatih dan ditempatkan di balai polis berhampiran tempat tinggal mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh.

Beliau berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan SSPDRM bukan sahaja dari kalangan orang awam malah golongan profesional juga amat digalakkan kerana mereka dilihat mampu membantu PDRM dengan memberi idea baharu yang boleh dipraktikkan oleh pihak polis, katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Acryl Sani berkata pihaknya mengesan satu maklumat palsu disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya dua pekerja restoran makanan segera telah dipukul di Kuala Kangsar.

"Saya ingin menegaskan tiada kejadian sebegini berlaku dan ini adalah satu penipuan. Orang ramai diminta supaya tidak terus menyebarkan maklumat yang tidak sahih," katanya.

Beliau berkata, polis sentiasa melakukan yang terbaik untuk masyarakat dalam menangani masalah penyebaran berita palsu di laman sosial yang semakin meluas pengaruhnya.

"Isu ini boleh menyebabkan masyarakat bertelagah antara satu sama lain  dan janganlah kita terlalu percaya dengan apa yang ada di laman sosial," katanya
.

 Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan eksesais pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Permohonan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM di www.rmp.gov.my (Sistem Semakan Online - SSO).


 
Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:

 
1.JAWATAN INSPEKTOR SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI / WANITA:

- ELAUN PENUGASAN

• Elaun penugasan RM 7.80 sejam

- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Warganegara Malaysia.

Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.

Kelayakan:

• Telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Kor SUKSIS).

• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

• Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.

• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.

• Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.

• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.



2. JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA

- ELAUN PENUGASAN

• Elaun penugasan RM 6.00 sejam

- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.

Kelayakan:

• Tamat SPM atau setaraf dengannya.

• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

• Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/ Rekod Cawangan Khas.

• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.

• Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital/ TNB (breakdown)/ Telekom (teach), Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.

• Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/ Tamat Sekolah.

• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

- KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon – pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

• Tinggi sekurang-kurangnya: Lelaki: 162cm, Wanita: 152cm

• Berat badan sekurang-kurangnya: Lelaki: 50kg, Wanita: 48kg

• Mempunyai penglihatan yang baik;

• Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;

• Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

sila kilk sini untuk ke laman sesawang PDRM

Selasa, 19 Ogos 2014

D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu


"Saya datang ke sini untuk main games komputer, mana saya tahu ia judi,” demikian alasan yang diberikan oleh seorang kaki judi yang dikenali sebagai Ahmad bagi mengelak dirinya ditahan polis dalam serbuan Ops Dadu di Bandar Baru Bercham, awal pagi 10 Ogos 2014 yang lalu.
Lelaki yang berusia awal 30-an itu akhirnya mengakui telah beberapa jam duduk di premis itu untuk menghabiskan wang sebelum diserbu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Katanya, dia mula terjebak dengan judi komputer itu setelah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakannya beberapa bulan lalu  sehingga dia berasa ketagih untuk mengunjungi premis haram itu.

“Saya hanya main dalam RM20 sahaja duduk di sini. Macam-macam permainan yang saya cuba dan kesukaan saya adalah ‘roulette’. Kadang kala saya boleh menang wang tunai berkali-kali ganda daripada modal yang dilaburkan.

“Walaupun saya lebih banyak rugi daripada untung, saya tetap teruskan bermain di pelbagai premis lain hanya untuk memenangi wang tunai yang ditawarkan sehingga RM10,000,” katanya.

Tinjauan mendapati  premis berkenaan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk premis selain cuba mengaburi pihak berkuasa dengan memaparkan nota premis untuk disewakan tanpa meletakkan nombor telefon.

Selain itu, premis berkenaan turut menyediakan makanan dan minuman kepada pelanggan-pelanggannya supaya mereka ‘melekat’ di hadapan komputer untuk terus berjudi.

Sebanyak 104 unit komputer yang digunakan untuk kegiatan judi internet berjaya dirampas dalam operasi berkenaan di empat premis kafe siber sekitar Ipoh.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuar Othman berkata, ketika serbuan dijalankan bermula jam 11 malam terdapat 11 pelanggan berusia 20 hingga 40 tahun sedang leka bermain judi. “Kita turut menahan seorang penjaga warganegara Bangladesh.

Kesemua pelanggan merupakan penduduk tempatan dan kita turut merampas RM1,032 yang digunakan sebagai wang taruhan bagi kegiatan ini di kesemua premis yang diserbu.

“Kesemua premis yang diserbu itu dipercayai menjalankan kegiatan haram berkenaan sejak beberapa bulan sebelum aktiviti mereka dihidu oleh polis hasil risikan di pusat siber itu,” katanya.

Menurutnya, premis berkenaan tidak serik menjalankan aktiviti haram itu walaupun pernah diserbu polis beberapa kali sebelum ini.

“Modus operandi premis ini hanya menyediakan modal serendah RM0.50 untuk bermain. Bagaimanapun, kesemua set komputer berkenaan dirampas dan seterusnya didakwa.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.



Nampaknya IPD Ipoh D7 dah mula buat kerja diaorang...Good Job Broooo 999 !!!

Ops Dadu dah bermula harap D7 BANTERAS habis-habisan. Boss (klik) yang baru ini harap lebih telus dan jangan takut untuk serbu kedai-kedai game @ Jackpot ini. 







* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

 

Ahad, 10 Ogos 2014

Lelaki Cina ditetak di Ipoh


Gempar pengunjung pasar Pasir Pinji, Ipoh apabila seorang lelaki ditetak sehingga parah oleh seorang penjenayah sebelum diselamatkan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa berusia 42 tahun berlari di sekeliling pasar bagi mengelak terus ditetak suspek.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, tindakan pantas seorang anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan terbabit berjaya menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan teruk.

“Anggota polis memberi amaran supaya suspek meletakkan parang dan tindakannya berjaya menyelamatkan mangsa daripada terus ditetak.



“Suspek kemudian ditahan manakala parang terbabit dirampas untuk siasatan. Mangsa cedera parah di tangan kiri dan kaki kiri,” katanya.



Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk rawatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin bermotifkan dendam akibat masalah hutang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.



Lelaki Cina yang ditetak gara-gara pasal hutang.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik


Zulkarnain (kanan) sebagai Pegawai D7 IPK Perak yang baru



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBJSD) Ipoh antara Asisten Superitendan Zulkarnain Samsudin dan Asisten Superitendan Zairulnizam Mohd Zainuddin di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.
Zulkarnain yang memangku jawatan itu selama satu bulan setengah dinaikkan pangkat sebagai pegawai di Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.



Diharap dengan perlantikan pegawai D7 yang baru ini maka segala korupsi dalam perlaksanaan penguatkuasaan banteras jenayah lebih-lebih lagi kedai judi haram atau Jackpot akan lebih telus dan secara habis-habisan.


Semoga Tuan Zulkarnain akan memBANTERAS habis-habisan kegiatan judi haram yang bermaharajalela di negeri Perak ini. Mulakan operasi penghapusan secara menyeluruh. Kuatkan iman Tuan jangan pedulikan tawaran-tawaran dari tokeh-tokeh jahanam tu.

*Dengan ini Kinta Menjerit menawar diri dari segala apa segi untuk bekerjasama bagi menBANTERAS kedai Jackpot di seluruh negeri Perak.

Diharap agensi-agensi lain seperti Majlis Bandaraya Ipoh, Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Air Perak, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Imigresen Perak, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah, NGO-NGO dan lain-lain agensi atau jabatan yang berkaitan dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memerangi kegiatan judi haram ini. Sebelum ini Menteri Besar telah pun mengumumkan akan pendirian kerajaan negeri Perak tentang isu ini (klik).


Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri Perak bila nak mula buat kerja?....Jangan sampai dah rosak teruk masa tu dah terlambat untuk dibetulkan.





Sementara itu 4 pegawai kanan Polis dinaikkan pangkat daripada Pemangku Supritendan (DSP) kepada Supritendan (SUPT) bagi memantapkan lagi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, memberitahu, kenaikkan pangkat itu dibuat bagi memantapkan lagi JPJKK negeri ini berikutan jabatan itu baru sahaja diwujudkan pada 25 Julai lalu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, penubuhan jabatan itu adalah langkah yang diambil oleh PDRM bagi memastikan kesemua urusan tugasan berkaitan pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan khusus.

Jelas beliau lagi, selain itu penubuhan jabatan berkenaan juga bertujuan untuk mengurangkan jenayah menerusi sistem pencegahan dan pembanterasan yang lebih berkesan.

"Kesemua pegawai seluruh Malaysia yang telah ditukarkan kepada jabatan itu nanti akan dikumpulkan dalam masa terdekat di Bukit Aman bagi menjalani kursus khas," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak kelmarin.

Pada majlis tersebut, Acryll telah memakaikan pangkat Supritendan kepada empat pegawai kanan Polis yang turut disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong.

Berikut adalah senarai pegawai kanan yang dinaikkan pangkat pada majlis berkenaan:

1) Supt. Shamsiah Yusoff yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dilantik sebagai PT Polisan Komuniti JPKK IPK Perak.

2) Supt. Roslan Zauniddin yang sebelum ini memegang jawatan PT Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dilantik sebagai PT Koordinasi Sumber JPJKK IPK Perak.

3) Supt. Azlan Abu yang sebelum ini memegang jawatan DSP Penilaian Prestasi dan Pemeriksaan, Maktab PDRM Kuala Lumpur dilantik sebagai PT Pendataan, JPJKK IPK Perak

4) Supt. Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa sebelum ini memegang jawaan DSP Urusetia, JSJN Bukit Aman dilantik sebagai PT Operasi Darat JPJKK IPK Perak.






JUDI ITU PEROSAK BANGSA
BANTERAS JUDI HABIS-HABISAN

BANTERAS BANTERAS BANTERAS











Jumaat, 8 Ogos 2014

Ellen Guru Muzik Pesta Bogel Penang


Hari ini 8 Ogos 2014, pihak polis menahan seorang guru wanita rakyat tempatan yang dipercayai merupakan salah seorang peserta acara sukan berbogel yang dianjurkan di pantai Teluk Ketampi, Teluk Bahang di sini baru-baru ini. 

Guru muzik berusia 34 tahun yang hanya dikenali sebagai Ellen itu ditahan di rumahnya di Bayan Lepas, dekat sini semalam dan direman hari ini bagi membantu siasatan.

teka mana satu Ellen?


Kelmarin pihak polis sudah mengenal pasti seramai 15 individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti sukan dalam keadaan berbogel di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya kini sedang mengesan kesemua individu terbabit bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya, tujuh daripada individu yang dikenal pasti terbabit dipercayai merupakan warga tempatan manakala empat lagi warganegara Singapura.

Tambahnya, dua lagi individu dipercayai merupakan warganegara Myanmar manakala masing-masing seorang dari Filipina dan India.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Kita juga telah kenal pasti kesemua enam wanita dan sembilan lelaki dalam video itu.

"Kita sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beberapa pihak semalam membuat laporan polis berhubung video bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' yang tersebar secara meluas dalam laman sosial sejak kelmarin.

Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan dan program berkenaan dipercayai dianjurkan aktivis alam sekitar dari Singapura.

Dalam video itu, peserta program tersebut melukis di badan antara satu sama lain dalam keadaan berbogel, menari serta mengadakan acara sukan dan diakhiri dengan aktiviti unggun api pada sebelah malam serta tertera tulisan see u in 2015 (Jumpa anda pada 2015).

Menurut Abdul Rahim, sehingga semalam, polis merekod keterangan daripada 10 individu awam yang dipercayai dapat membantu menjalankan siasatan berhubung penganjuran sukan bogel berkenaan.

Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti sukan bogel tersebut menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pihak berkuasa Taman Negara Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang kakitangannya yang bertugas sebagai penjaga kawasan di Teluk Kampi dekat Teluk Bahang, ekoran kejadian pesta sukan bogel yang didakwa berlangsung di pantai itu Mei lalu.

Kakitangan itu didakwa mengetahui aktiviti memalukan tersebut dan sudah memberi amaran kepada kumpulan terbabit supaya tidak melakukan perkara mengaibkan berkenaan namun gagal memaklumkan kepada pihak atasan mengenainya.

ni acara berenang atas badan...syok kan?
 
Kejadian pelancong berbogel di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang yang terletak dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang (TNPP)dekat sini, dipercayai pernah berlaku sebelum ini namun tidak didedahkan kepada umum.

Seorang pemandu bot yang membawa pelancong ke kawasan itu memberitahu, perbuatan tersebut bukan rahsia dalam kalangan mereka dan penduduk sekitar namun tidak didedahkan kepada umum.

"Perkara seperti itu memang berlaku namun hanya mereka yang biasa atau bekerja di sini sahaja tahu mengenai kegiatan berkenaan.

"Kami yang tahu hanya mendiamkan diri sahaja dan tidak mahu kecoh kerana boleh mencetuskan pelbagai spekulasi. Namun, berdiam diri bukan bermakna kami bersubahat dengan mereka," katanya.

Pemandu bot berkenaan yang enggan dikenali berkata, penduduk kawasan sekitar terutama remaja juga sering datang ke situ dan mengintip perbuatan pelancong asing yang berkelakuan tidak sopan.

"Saya pernah mendengar remaja di kawasan sekitar bercakap mengenai perkara ini, namun tidak tahu sejauh mana kebenarannya," katanya.

Semalam, beberapa blog mendedahkan video sekumpulan lelaki dan wanita bertelanjang menyertai pelbagai acara sukan yang diadakan di pantai Teluk Bahang.

Video bertajuk Malaysia Nudist Sport Games 2014 itu turut dimuat naik menerusi laman perkongsian video Vimeo berdurasi kira-kira lima minit dipercayai sebulan lalu.

Sementara itu, seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Barat Daya memberitahu, beliau pernah terserempak dengan kumpulan pelancong asing berbogel di pantai berkenaan beberapa tahun lalu.

"Kejadian itu berlaku pada awal tahun 2012 ketika saya dan beberapa rakan ke sana untuk aktiviti riadah.

"Kumpulan pelancong itu berada pada jarak 50 meter daripada kami dan mereka sedang berjemur dan bergurau senda dalam keadaan tidak berpakaian," katanya.

Menurutnya, perkara itu tidak dipanjangkan kerana tidak mahu mencetus sebarang kontroversi namun beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai rakaman penganjuran sukan dalam keadaan berbogel di pantai itu menerusi internet.

nenen udah meloloi

pilih lah mana satu ndak???