Memaparkan catatan dengan label Ahmad Husni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahmad Husni. Papar semua catatan

Jumaat, 18 September 2015

BR1M 4.3 Bakal Diagihkan Mulai 21 September 2015 ini !!!


Ni ada berita baik dari Kerajaaan Malaysia...





Nanti boleh semak akaun bank masing-masing kepada yang layak menerima.

Kita ucap terima kasih kepada kerajaan di bawah PM Najib...tapi jangan lepas tu diaorang pegi naikkan harga minyak pulak.

Harap-harap tidak...jangan dah bagi lepas tu ambik balik pulak

Rabu, 29 Julai 2015

Kabinet baru 2015 Perdana Menteri Najib



Barisan kabinet yang baru kerajaan Barisan Nasional negara Malaysia tahun 2015.

Majlis angkat sumpah pagi ini (Rabu), 29hb Julai 2015 di Istana Negara seramai 6 orang Menteri baru dilantik dihadapan Yang Dipertuan Agung.

Timbalan Perdana Menteri baru dilantik ialah orang Perak iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN.


Khamis, 7 Februari 2013

BERITA BAIK...Tarikh Tutup BR1M2.0 Ditunda Ke 15 Mac 2013


Di Putrajaya, kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) ditutup pada 15 Mac 2013, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan.

"Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum ekonomi perbendaharaan di sini.

Ahmad Husni berkata kerajaan mendapati hampir semua pemohon yang layak telah menghantar permohonan mereka dan sehingga kini sebanyak 7.3 juta permohonan diterima.

Bagaimanapun, dalam proses menentukan kelayakan individu mendapat BR1M 2.0, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat pemohon yang memohon dua kali, katanya.

"Sekiranya mereka mohon dua kali satu permohonan akan ketepikan, hanya satu permohonan akan diproses," katanya.

Ahmad Husni berkata, statistik akhir jumlah permohonan akan dimaklumkan kemudian.

Beliau berkata, semasa pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sejumlah RM3 bilion untuk tujuan itu.

Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu seisi keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan sebanyak RM500 dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 sebanyak RM250.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.



Tiada yang tertinggal....Tiada yang terpinggir








'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...