Memaparkan catatan dengan label Kementerian Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kementerian Kewangan. Papar semua catatan

Khamis, 30 Jun 2016

Terbaik Najib!!!...Jangan Kata Abang Tak Payung


Kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam di seluruh negara mulai Julai ini membuktikan kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menghargai usaha dan kerja keras para penjawat awam.

Dalam laman Facebook dan Twitter beliau hari ini, Perdana Menteri berharap bantuan itu akan terus membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang.

"Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara, malah ada yang berkata kita akan jatuh muflis dan sebagainya, kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

"Insya-Allah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan sepertimana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu," katanya.

Kenaikan satu tangga gaji dan gaji mininum itu diumumkan perdana menteri pada pembentangan Bajet 2016 pada Oktober tahun lepas.





*sumber dari laman berita nasional

Rabu, 29 Jun 2016

Barisan Kabinet Malaysia 2016


Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Noh Omar kembali menyertai Kabinet apabila dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di pejabatnya di Perdana Putra pada 27hb Jun 2016.
Sementara itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendapat portfolio baharu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai Unit Perancang Ekonomi bagi menggantikan Tan Seri Abdul Wahid Omar yang buat keputusan tidak meneruskan tempoh sebagai senator.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kewangan II bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kerajaan atas sebab peribadi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Seri Douglas Unggah Embas yang meletakkan jawatan selepas bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.
Unggah kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Dalam pada itu, bagi jawatan timbalan menteri, muka baharu yang dilantik menyertai Kabinet ialah Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Datuk Nasrun Mansur dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.
Selain itu terdapat dua pertukaran portfolio melibatkan Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tempat Chee Leong digantikan oleh Datuk Chua Tee Yong.
Jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kedah diganti oleh Datuk Henry Sun Agong.
Turut dilantik Datuk Seri SK Devamany sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Jumaat, 18 September 2015

BR1M 4.3 Bakal Diagihkan Mulai 21 September 2015 ini !!!


Ni ada berita baik dari Kerajaaan Malaysia...





Nanti boleh semak akaun bank masing-masing kepada yang layak menerima.

Kita ucap terima kasih kepada kerajaan di bawah PM Najib...tapi jangan lepas tu diaorang pegi naikkan harga minyak pulak.

Harap-harap tidak...jangan dah bagi lepas tu ambik balik pulak

Khamis, 18 September 2014

BR1M 4.0 naik kepada RM950 dibayar pada tahun 2015


Pemimpin Umno mempertahankan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan menjadi RM950 sebagai bukti Putrajaya berkongsi kekayaan bersama rakyat.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin berkata kekayaan ekonomi negara perlu dikongsi bersama dengan rakyat dan pemberian BR1M adalah kaedah terbaik jika dibandingkan dengan pemberian subsidi kepada rakyat.
"Dalam Dewan Rakyat saya pernah berkata daripada kita beri subsidi minyak, di mana semua orang dapat, orang kaya dan orang luar (bukan rakyat) juga merasai, lebih baik kita beri BR1M.
"Jadi, apabila kita rasionaliasikan subsidi, kita tingkatkan BR1M kepada RM950 supaya rakyat yang kurang mampu menikmati kebaikan ekonomi kita daripada orang luar yang dapat," katanya kepada pemberita.
Bung, yang juga ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) juga mencadangkan kadar BR1M dinaikkan lebih tinggi hingga RM2,000 dalam usaha meringankan beban rakyat.
"Hasrat kerajaan mewujudkan bantuan BR1M melalui pemberian tunai kepada rakyat Malaysia berpendapatan RM4,000 ke bawah untuk mengurangkan kos sara hidup dan bagi saya bantuan ini perlu.
"Saya juga minta kerajaan, mungkin RM950 ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan pemberian subsidi kita, jadi saya bersetuju jika ia ditingkatkan pada masa akan datang," katanya.
Pemberian BR1M diperkenalkan pada 2012 setahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Pengkritik menyifatkan pemberian tersebut bertujuan untuk meraih undi, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju dengan langkah yang diperkenalkan itu.
Dr Mahathir berkata pemberian tunai secara meluas seperti itu bertujuan untuk jaminan sokongan yang lebih kepada kerajaan.
Bagaimanapun Bung menangkis persepsi tersebut dan berkata pemberian tunai tersebut mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi setempat di seluruh negara.
"BR1M dapat membantu, contohnya apabila ada pengagihan BR1M bermakna duit itu mereka akan guna beli barang ditempat masing-masing, jadi peruncit, kedai dan peniaga mendapat limpahan BR1M itu.
"Ia sekurang-kurangnya dapat mencetuskan limpahan ekonomi di semua tempat," katanya.
Bung berkata, semua pihak mempunyai pandangan sendiri, tetapi suara majoriti yang menyokong BR1M lebih penting.
"Semua orang ada pandangan sendiri, tetapi akhirnya kita ambil kira pandangan majoriti," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan perlu menunaikan janjinya kepada rakyat sebelum ini dan kenaikkan BR1M membuktikan janji ditepati.
"Pengumuman kerajaan bermakna janji ditepati, sebagaimana yang dijanjikan dalam pilihan raya lepas lalu," kata Noh yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.
Mengenai pandangan Dr Mahathir, beliau berkata perkara paling utama adalah kerajaan menunaikan janji sebagaimana dibuat sebelum ini.
"Tidak mengapa kalau beliau (Dr Mahathir) kritik, tapi janji kita tetap ditunaikan," katanya.
Bagaimanapun, Noh menggesa kaedah pemberian BR1M dikaji supaya ia berkesan selepas diterima mereka yang layak.
"Ia sememangnya dapat membantu rakyat meringankan beban tetapi kaedah pemberian perlu dikaji semula, kerajaan mungkin perlu mengkaji semula kaedah dan meneliti supaya pemberian itu berkesan," katanya.
Sementara itu, pemimpin akar umbi Ramli Mohamad Yunos, yang juga setiausaha Umno Bahagian Pokok Sena berkata pemberian tunai tersebut tidak banyak memberi kesan politik kepada Umno atau meningkatkan ekonomi rakyat walaupun kerajaan berhasrat untuk membantu.
"Daripada segi politik tidak banyak kesan, ekonomi rakyat juga tidak membantu," katanya.
Ramli berkata, rakyat tidak mempersoalkan pemberian tersebut kerana tidak mengetahui bebanan hutang yang perlu ditanggung kerajaan.
"Rakyat terima walaupun ramai yang tahu kerajaan juga tidak ada duit, hutang tinggi," katanya.
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada Julai lalu berkata prestasi kewangan bagi kerajaan persekutuan masih lagi lemah dengan pendapatan rendah bagi tempoh suku tahun pertama tahun ini dan hutang meningkat melebihi tahap siling.
Pengarah Eksekutif MIER Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, berdasarkan prospek ekonomi Malaysia, hutang bagi kerajaan persekutuan meningkat melebihi tahap siling iaitu 55%.
Jumlah hutang kerajaan persekutuan bagi suku tahun pertama tahun ini ialah pada RM560.6 bilion.
Mengenai kritikan oleh Dr Mahathir, Ramli berkata bekas perdana menteri tersebut juga membuat pembaziran dengan pembinaan beberapa projek mega lain.
"Saya bukan sokong Tun kerana masa pentadbiran beliau, pembaziran cara lain pula seperti pembinaan KLCC, Litar Sepang dan sebagainya," katanya.
Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan kerajaan pada 2012.
Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250.
Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia menerima BR1M yang Najib mulakan 3 tahun lalu sebagai langkah untuk membantu 40% rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, Najib sekali lagi mengumumkan kenaikkan BR1M 3.0 kepada mereka yang layak menerima bantuan wang tunai tersebut.


Jumaat, 26 Oktober 2012

Duit BR1M 2.0 diagihkan Januari 2013


Kerajaan menjangka mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai Rabu.

Beliau berkata borang permohonan untuk kedua-dua bantuan tunai RM500 dan RM250 boleh diperolehi bulan depan.

Dengan pengalaman pengagihan BR1M pertama, kerajaan percaya ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai itu dalam masa dua bulan, katanya.

"Kerana pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan BR1M yang lepas tidak perlu memohon, kami hanya akan mengambil masa dua bulan untuk mengumpulkan data.

"Permohonan untuk bantuan RM250 pula adalah dengan borang berasingan dan tidak sama dengan bantuan isi rumah," kata Lim.


Isnin, 1 Oktober 2012

Boleh mula isi borang BR1M 2 mulai bulan depan


Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

"Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia," katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Lim berkata, isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Katanya, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

"Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali," katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit.


Syabas kepada kerajaan dan Kementerian Kewangan atas belanjawan yang mesra rakyat terutama kepada golongan pendapatan rendah.




'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...