Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mac 2013

YB Manjoi sampaikan bantuan banjir dan kebakaran


~TIADA YANG TERTINGGAL TIADA YANG TERPINGGIR~


Dalam satu majlis kecil yang diadakan di Dewan Orang Ramai Manjoi pada hari ini iaitu 19hb. Mac 2013 pada petang tadi, YB Dato' Haji Nadzri bin Haji Ismail, ADUN Manjoi telah menyampaikan bantuan banjir dan kebakaran kepada penduduk sekitar kawasan kampung Gugusan Manjoi.

Sebanyak 40 mangsa banjir dari Kg Manjoi menerima sumbangan tunai berjumlah RM300 setiap orang sementara itu 20 orang dari Kg Tengku Hussien dan 5 orang lagi dari Kg Sg Tapah. Ini adalah bantuan berikutan banjir yang berlaku di sini pada 27hb Februari 2013 yang lalu. Manakala bagi seorang mangsa kebakaran pula beliau menerima bantuan sebanyak RM2,000. Jumlah bantuan keseluruhan adalah sebanyak RM21,500. Sumbangan bantuan yang diambil dari Tabung Bencana Daerah Kinta ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kerugian harta-benda penduduk dan mangsa bencana alam.

Dalam majlis yang sama juga YB Nadzri juga menyampaikan 'Kiosk Perak Amanjaya' kepada 5 penerima daripada kawasan sekitar bandar Ipoh. Majlis ini turut dihadiri oleh ketua kampung Manjoi dan wakil-wakil dari pihak Pejabat Tanah Daerah Kinta, Batu Gajah.



Janji Ditepati
Undilah Barisan Nasional
Perak Amanjaya




Ahad, 30 Disember 2012

KBS lancar Program Belia 1Malaysia Pasca Banjir


Kementerian Belia dan Sukan hari ini menggerakkan Program Belia 1Malaysia Pasca Banjir bagi membantu penduduk selepas menghadapi banjir. Program peringkat kebangsaan itu dilancarkan oleh menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Sekolah Kebangsaan Geliga di Kemaman dengan sasaran penglibatan 3,000 belia di seluruh negara.

Beliau kemudiannya bersama lebih 100 orang sukarelawan termasuk dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Skuad Sayang Wanita UMNO bergerak bersama pelbagai peralatan untuk membersih rumah penduduk di sekitar bandar Chukai, sebelum mengunjungi kawasan lain.

Tinjauan pemberita mendapati pelbagai peralatan dan perkakas rumah seperti peralatan elektrik, perabot serta lain-lainya yang rosak akibat ditenggelami air bergelimpangan di hadapan rumah penduduk dan memerlukan bantuan untuk dibersihkan segera.

“Bagi saya, ia menjadi satu amalan mulia apabila berlaku bencana, belia seluruh negara tergerak hati menghulurkan bantuan,” kata beliau yang juga ahli parlimen kawasan Kemaman selepas majlis pelancaran program tersebut di sini semalam.

Ahmad Shabery berkata, niat murni itu terbukti apabila lebih 500 sukarelawan yang mendaftar untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman. Beliau menyifatkan kesedaran belia untuk menyahut cabaran menjadi sukarelawan membuktikan wujud transformasi dalam golongan itu berbakti kepada negara.

“Antara skop tugasan sukarelawan ini adalah membersihkan kawasan dan rumah mangsa banjir. “Mereka juga boleh bertindak memberi motivasi dan kaunseling kepada mangsa-mangsa banjir,” jelasnya. Beliau menambah, KBS memerlukan sekurang-kurangnya tiga sukarelawan dalam tugas pembersihan sebuah rumah.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.



* Majulah Belia untuk Malaysia



Khamis, 18 Oktober 2012

Perak sudah bersedia jika banjir, kata MB


Kerajaan Perak sudah mewujudkan pusat pemindahan banjir di beberapa daerah di negeri itu sebagai persiapan menghadapi banjir ekoran musim tengkujuh yang telah bermula, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, selain pusat pemindahan, kelengkapan yang diperlukan bagi menghadapi banjir turut disediakan oleh kerajaan negeri.

“Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah untuk membuka pusat operasi sebagai langkah berjaga-jaga sebagai pendekatan kerajaan negeri menghadapi musim tengkujuh,” kata beliau.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai persiapan awal yang dilaksanakan kerajaan negeri apabila menghadapi musim tengkujuh yang berlaku pada setiap hujung tahun.

Katanya, setiap tahun kerajaan negeri sudah bersiap sedia dengan kemungkinan tersebut bagi mengelak kesilapan sama berulang ketika menghadapi musim banjir terdahulu.

“Kita telah mengenalpasti beberapa kawasan yang berpotensi besar untuk banjir berdasarkan taburan hujan yang tinggi,” jelasnya.

Beliau berkata, kawasan yang dilihat berpotensi besar untuk berdepan dengan masalah banjir tahun ini ialah Daerah Kinta dan Kerian berdasarkan kekerapan hujan yang turun di kedua-kedua kawasan terbabit.

“Kita lakukan persiapan di semua peringkat kerana tahun sebelum ini kawasan Kampar ditenggelami air manakala di Kerian tidak begitu ditenggelami air…. jadi persiapan secara menyeluruh perlu dilakukan,” tambahnya lagi.


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...