Memaparkan catatan dengan label UTC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UTC. Papar semua catatan

Selasa, 22 Januari 2013

UTC kemudahan untuk rakyat Perak, SYABAS BN !!!


Pusat Transformasi Bandar (UTC) menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan. Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai peneraju utama UTC di seluruh negara.

UTC dan RTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program Kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada Rakyat. UTC akan diperkenalkan di bandar utama di setiap negeri. Negeri Melaka telah dipilih sebagai projek perintis dan lokasi pertama program UTC dan di Perak telah siap dibuat baru-baru ini di mana bangunan lama pasaraya Super Kinta digunakan.

Sebanyak lebih kurang 53 kementerian/agensi, kerajaan dan swasta serta NGO telah membuka kaunter di UTC Perak di bawah 10 kluster iaitu:

1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan


Sewaktu lawatan KM bersama blogger Budak Benteng pagi tadi kami telah dilayan dengan baik oleh staf-staf yang bertugas di kaunter beberapa agensi dan jabatan kerajaan. Waktu operasi yang bermula dari seawal jam 8:30 pagi dan berakhir jam 10:00 malam kecuali cuti umum amatlah mesra pengguna dan memberi kemudahan kepada rakyat untuk berurusan dengan pelbagai jabatan selepas waktu pejabat. Lokasi yang strategik iaitu betul-betul di tengah bandaraya Ipoh serta mudah dicari amatlah praktikal, cuma masalah parkir kenderaan yang terhad sahaja perlu diperbaiki.

Kemudahan seperti klinik gigi, kedai buku 1Malaysia dan perpustakaan sangatlah berguna kepada terutama yang rakyat yang kurang berkemampuan dan datang dari luar/pinggir bandar. Idea serta perlaksanaan fasiliti seperti ini amatlah praktikal dan bukti kerajaan amat prihatin kepada masalah rakyat sesuailah slogan yang dilaungkan 'Tiada yang terpinggir...Tiada yang tertinggal'.

Lihatlah dibawah foto-foto UTC Perak ;








































Khamis, 6 Disember 2012

Super Kinta diubahsuai jadi UTC....dekat nak siap dah!!!



Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bandar raya Ipoh bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan sosial dan ekonomi di kawasan sekitarnya.

Ketika ini, kerja menaiktaraf bangunan yang dahulunya dikenali sebagai pasar raya Super Kinta sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor dilantik dan sudah 70 peratus siap.

Pusat sehenti yang menempatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember depan, sekaligus menjadi UTC ketiga di negara ini selepas di Kuala Lumpur dan Melaka.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan kerja menaiktaraf bangunan menempatkan pasar raya Super Kinta yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan wargakota Ipoh.

Katanya, kewujudkan pusat sehenti itu pastinya akan menggembirakan rakyat khususnya wargakita Ipoh.

“UTC bakal berfungsi sebagai pusat khidmat setempat akan menempatkan pelbagai jabatan kerajaan bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan pelbagai urusan di bawah satu bumbung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan, UTC Ipoh itu boleh dikategorikan sebagai pusat transformasi yang menarik, strategik dan terbesar dan apabila siap sepenuhnya, ia juga dijangka bakal mengubah landskap di kawasan berkenaan.

Beliau tambahnya, turut mengemukakan beberapa cadangan untuk kemudahan pengunjung kelak termasuklah menyediakan laluan bersesuaian, tempat solat, bilik mesyuarat dan kawasan khas untuk ibu menempatkan anak mereka buat sementara ketika berurusan di pusat berkenaan.

“Di bahagian bawah UTC ini pula, kita sarankan agar disediakan gelanggang futsal atau kawasan-kawasan permainan untuk golongan muda. Secara keseluruhannya, kita harap UTC ini akan mampu menjadi satu pusat untuk semua,” katanya lagi.

Sementara itu, peniaga yang ditemui Peraktoday.com menyahut baik usaha kerajaan Pusat menaiktaraf pasar raya Super Kinta menjadi UTC ketiga di negara ini.

Salah seorang daripada mereka, Normah Idris, berkata projek itu mampu melonjakkan semula pendapatan peniaga di Pasar Besar Ipoh yang terjejas teruk apabila pasar raya Super Kinta ditutup kira-kira sembilan tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana kerajaan Pusat akhirnya bersetuju untuk menaiktaraf pasar Super Kinta untuk dijadikan sebagai UTC, sekaligus mampu menjana lebih pendapatan kepada peniaga sedia ada apabila ia beroperasi sepenuhnya Disember nanti.

“Sejak terbiar, bangunan itu sering menjadi lokasi penagih dadah melepaskan ketagihan dan pendapatan peniaga juga tejejas kerana kurang sambutan pelanggan,” katanya lagi.





*sumber dari Perak Today

Sabtu, 11 Ogos 2012

Cadangan jadikan Super Kinta sebagai UTC


Usaha untuk mengembalikan keceriaan dan kegemilangan Bandaraya Ipoh akan tercapai tidak lama lagi apabila Kementerian Kewangan bercadang untuk menjadikan bangunan Super Kinta Ipoh sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Roshidi Hashim berkata, pihak Kementerian Kewangan sedang membuat penilaian segera bagi merealisasikan matlamat bagi mewujudkan Pusat Transformasi Bandar di Bangunan Super Kinta dalam usaha kerajaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini.

"Sebagai Datuk Bandar dan juga warga Ipoh saya merasa cukup gembira kerana UTC ini akan memberikan spin-off dan impak yang cukup baik kepada pembangunan Bandaraya Ipoh,’’ katanya pada sidang media di Pasar Besar Ipoh pagi tadi.

Dato’ Roshidi bersama pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum itu mengiringi Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pementauan Kementerian Kewangan, Encik Bukhari Hassan meninjau ketingkat tiga dan empat bekas bangunan Super Kinta Ipoh itu.

"Saya amat gembira atas kehadiran Encik Bukhari Hassan dan rombongannya yang datang meninjau serta menilai bangunan Super Kinta Ipoh yang tersohor suatu ketika dahulu dengan mengambil usaha untuk menjadikannya sebagai Pusat Transformasi Bandar.

"Ini jelas membuktikan kerajaan hari ini selalu melihat dan memberikan yang terbaik untuk rakyat dan warga Ipoh amat bertuah kerana pihak Kementerian Kewangan mahu Ipoh terus membangun,’’ katanya.

Menurut Datuk Bandar lagi, berdasarkan pengalamannya sewaktu melawat UTC Melaka baru-baru ini, beliau difahamkan ia mempunyai konsep yang sama dengan UTC yang bakal diwujudkan diIpoh.

"Pengalaman saya di Melaka mendapati UTC disana cukup memberikan k esenangan dan keselesaan kepada masyarakat Melaka dan ia juga merupakan `one stop center’ kerana semuanya ada disitu,’’ katanya.

Sementara itu Bukhari memberitahu pemberita, UTC yang akan diwujudkan ini merupakan yang ketiga atau keempat UTC yang diwujudkan selepas Melaka dan Kuala Lumpur.

Menurut beliau, konsepnya sama seperti UTC Melaka dan di Kuala Lumpur cuma bezanya bangunan Super Kinta Ipoh ini dimana pihak kementerian akan menilai balik mengenainya.

"Tempat di sini sesuai begitu juga dengan keluasannya, kemungkinan kita akan buat penilaian rapi mengenainya dan selepas Aidilfitri ini kita akan mendapat makum balas berhubung kesesuaian bangunan ini,’’ katanya.

Menurut Bukhari, kos bagi mewujudkan UTC akan m elibatkan satu perbelajaan yang besar selaras dengan matlamat kerajan untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Beliau berkatga, konsepnya adalah sama dimana semua jabatan dan ageni kerajaan dan NGO akan disatukan didalam satu bangunan selain kemudahan ruang niaga dan pusat membeli-belah .

Sambil memberi jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan operasi perniagaan Pasar Besar, Bukhari berkata, malah banyak ruang kemudahan seperti kedai fama, kedai buku, klinik gigi 1 Malaysia dan sebagainya akan diwujudkan didalam bangunan berkenaan.

"Semua perkhidmatan kerjaaan dan swasta semuanya akan ada di sinin contohnya sebarang bayaran bil seperti bayaran saman polis, cukai dan sebagainya boleh diselesaikan di sini,’’ katanya.

Menurut Bukhari lagi, dengan adanya UTC ini ia bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada rakyat Perak malah juga penduduk diluar Perak yang datang ke Bandaraya Ipoh.


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...