Khamis, 26 Februari 2015

Quick Balance oleh Maybank2u memudahkan pengguna


Maybank mempertingkatkan khidmat perbankan digitalnya menerusi pengenalan servis "Quick Balance" yang membolehkan pelanggan menyemak baki akaun pada bila-bila masa dan di mana saja menerusi peranti mudah alih.


Servis itu yang juga kali pertama diperkenalkan di Malaysia menerusi aplikasi Maybank2u, direka untuk memberi nilai yang lebih baik terhadap perbankan mudah alih bank itu.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Hamirullah Boorhan, berkata Quick Balance bertujuan menambah kemudahan dalam laman digital untuk mengendalikan transaksi perbankan asas.

Semakan baki akaun adalah kemudahan yang paling kerap digunakan bagi hampir semua pelanggan yang mendaftar masuk Maybank2u.

"Dengan kemudahan Quick Balance, pelanggan diberikan laluan mudah untuk menyemak baki akaun tetapi bukan untuk mengendalikan transaksi lain dalam talian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Quick Balance bertujuan mendorong pertumbuhan perbankan digital Maybank dan diperkenalkan berikutan kejayaan pelancaran aplikasi Maybank2u yang menarik sejuta muat turun sejak 8 September 2014.

Untuk laluan ke Quick Balance, pelanggan hanya perlu mewujudkan nombor pengenalan peribadi (PIN) enam digit yang baharu dengan mendaftarkan mana-mana akaun simpanan, semasa atau kad kredit dan mereka boleh terus menyemak baki akaun.

Aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play Store.

1 ulasan:

  1. Salam. Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com .Mohon email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...