Memaparkan catatan dengan label Mua'amar Ghadafi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mua'amar Ghadafi. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mei 2013

P057 : Kenapa pangkah calon muda BN yang bernama Mua'amar Ghadafi Jamal ???





Pengerusi Gerakan Belia 4B, Muammar Ghadafi Jamaludin bakal menjadi tumpuan apabila diumumkan bertanding di Parlimen Parit Buntar, kerusi panas yang juga kubu kuat Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) itu adalah antara calon muda Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Menteri Besar merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini hari ini.

Muammar Ghadafi dijangka berdepan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga penyandang kerusi tersebut.

Pada PRU-12, Mujahid menewaskan calon BN, Datuk Abdul Raman Suliman dengan majoriti 7,551 undi.

Barisan Nasional (BN) mempunyai potensi untuk mengambil kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parit Buntar dan Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, keyakinan BN untuk menawan semula kerusi Parlimen dan Dun itu timbul berikutan kegagalan penyandang kerusi dari parti pembangkang membawa pembangunan di kawasan berkenaan.

"Apa yang kita dapat bila kita memilih calon pembangkang?... Rakyat perlukan pembangunan," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bertemu rakyat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Piandang di sini,semalam. Pada PRU12 pada 2008, kerusi Parlimen Parti Buntar dimenangi oleh Dr Mujahid Yusof Rawa dari Pas dan dua kerusi Dun di bawah Parlimen itu iaitu Titi Serong disandang oleh Dr Khalil Idham Lim (Pas) dan Kuala Kurau oleh Abdul Yunus Jamahari dari PKR. Kerusi Parlimen Bagan Serai dimenangi oleh calon PKR, Muhsin Fadzli Samsuri manakala kerusi Dun Alor Pongsu dimenangi calon BN Sham Mat Sahat dan Dun Gunung Semanggol oleh calon Pas, Ramli Tusin.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata, kekalahan BN di kawasan tersebut bukan disebabkan pembangkang kuat sebaliknya ia disebabkan oleh masalah dalaman dan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli parti. Justeru itu, beliau berkata, permasalahan lama yang dihadapi oleh jentera pilihan raya BN di kedua-dua kawasan itu harus diselesaikan segera supaya dapat bangkit semula daripada kekalahan lima tahun lepas. Beliau turut memberi jaminan bahawa calon BN pada PRU13 di kawasan itu adalah daripada kalangan anak tempatan. "Rakyat kena sokong siapa sahaja calon supaya BN dapat semula kerusi di kawasan-kawasan itu sekiranya mahu kawasan itu membangun dan menikmati pelbagai kemudahan," katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit Buntar, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin antara muka baru yang diketengahkan pucuk kepimpinan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau mengakui begitu teruja apabila dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar, sekaligus satu pengiktirafan kepada sumbangan golongan muda dalam arena politik negara.

Bercakap kepada Peraktoday.com, Mua’amar Ghadafi Jamal berkata, dengan sokongan padu yang diberikan calon kerusi DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau, beliau menaruh keyakinan kerusi Parlimen Parit Buntar dapat dirampas kembali daripada tangan pembangkang.

“Setakat ini, pergerakan kempen berjalan lancar dengan sokongan badan bukan kerajaan dan sambutan rakyat tempatan juga cukup baik.

“Dengan pergerakan jentera yang cekap, sokongan rakyat kini kembali semula kepada BN dan saya yakin peluang BN merampas semula kerusi Parlimen Parit Buntar dan kerusi DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau amat cerah,” katanya.

Mengulas lanjut, anak muda ini menegaskan gandingan muka baru di parlimen dan muka lama di peringkat DUN memberi kelebihan kepada BN untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Kerjasama yang diberikan calon DUN Titi Serong, Abu Bakar Mat Ali dan calon DUN Kuala Kurau, Mohd Salleh Mat Disa yang cukup berpengalaman luas dalam politik tempatan memberi semangat kepada orang baru seperti saya untuk meneruskan perjuangan bersama BN.

“Saya dapati golongan muda hari ini mahu suara dan peranan mereka diiktiraf oleh kerajaan dan segala permasalahan yang timbul ditangani dengan baik.

“Berdasarkan kepada faktor itu, saya berharap pengundi Parlimen Parit Buntar khususnya golongan muda memberi sokongan padu kepada calon BN pada PRU-13 bagi memastikan suara dan harapan mereka dapat didengari pihak kerajaan,” tambah beliau lagi.

Selain itu, walaupun tewas pada pilihan raya 2008, Abu Bakar dan Mohd Salleh katanya, terus berkhidmat kepada rakyat sejak empat tahun lalu, sekaligus mencerahkan lagi harapan BN untuk merampas kembali kerusi DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau masing-masing daripada PAS dan PKR.

Pada PRU-13, Mua’amar Ghadafi akan berhadapan pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Untuk kerusi DUN Titi Serong pula, calon BN, Abu Bakar akan menghadapi cabaran daripada Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Perebutan kerusi DUN Kuala Kurau pula menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Salleh dan Abdul Yunus Jamahri yang mewakili PKR.










Selasa, 30 April 2013

P057 : Dr Mujahid Yusof Rawa yang banyak tak relevan dengan Parit Buntar


Biodata Dr. Mujahid bin Yusof

Ahli Parlimen Parit Buntar

Tarikh Lahir : 25 Oktober 1964
Tempat Lahir : George Town, Pulau Pinang

Jawatan Dalam Politik, Kerajaan & NGO
1) AJK PAS Pusat (2005 - Kini)
2) Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Pusat
3) Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
4) YDP PAS Kawasan Bayan Baru
5) AJK Pemuda PAS Pusat (2001 - 2005)
6) Pengerusi Dialog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara
7) Ahli Lembaga Pengarah Pusat Zakat Pulau Pinang

Keluarga
Isteri - Zuraida Binti Husin
Anak - 3 Orang


Antara ulasan-ulasan yang berkaitan dengan Dr Mujahid :

"Pada Oktober 2011, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang mengatakan polis terlibat dalam politik."


"Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas.
“Tiada Komen,” katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP."


"Di Georgetown, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH. Walaupun mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama. "Cuma dari segi enakmen negeri, terutama di Semenanjung, memang tidak membenarkan perkataan ALLAH diguna oleh agama lain, kecuali Islam,” katanya"


Jika kita lihat dari biodatanya, kita dapat lihat yang Mujahid ini bukan orang Perak dan tidak lahir pun di negeri Perak. Kebanyakkan jawatan yang dipegangnya adalah berpusat di Pulau Pinang tetapi ditarik untuk bertanding di negeri lain. Dia bukan orang tempatan di kawasan Parlimen Parit Buntar.

Sila klik DISINI tentang penidakkannya terhadap kenyataan isu kalimah Allah dari Majlis Syura Ulamak PAS.
Untuk rujuk warta dari Jawatankuasa Fatwa negeri Perak pula....sila klik
Banyak dari kenyataannya terhadap isu-isu adalah dibuat atas dasar pendirian individunya sendiri , songsang dan tidak mewakili suara dari organisasi yang dia wakili.


Baru-baru ini Mujahid cuba mengalihkan perhatian rakyat Parit Buntar terhadap calon BN, Mua'amar Ghadafi dari menjalankan kempen pilihanrayanya dan menganggu jadual sesi perjumpaan dengan penduduk sekitar. Dia mengaturkan program Debat antara calon Parlimen Parit Buntar untuk membahaskan Manisfesto parti masing-masing. Oleh kerana Mua'amar Ghadafi adalah calon muda dan baru yang perlu lebih banyak turun padang untuk bersemuka dengan rakyat maka parti lawan mencuba taktik untuk mengalih pandangan disaat-saat waktu yang membilang hari ke hari pilihanraya.

Jika ditanya apakah perubahan atau pembangunan yang dibuat oleh Mujahid yang menjadi wakil rakyat dari penggal lepas...ada ke?
Rakyat Parit Buntar perlu membuka minda ke arah transformasi yang diwar-warkan oleh pemimpin BN untuk kemajuan dan kebaikan kawasan sini. Berilah peluang kepada bakal pemimpin dari generasi muda yang juga dari kepimpinan belia peringkat nasional untuk berkhidmat dan merealisasikan wawasan negara serta rakyat.


Mujahid, adakah dia ini relevan di Parit Buntar lagi???




BN janji ditepati
Tiada yang tertinggal...Tiada yang terpinggir










'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...