Jumaat, 30 Mac 2012

Pembangkang dibidas kerana perbodohkan rakyat- Dato’ Shamsuddin

Ketua UMNO Bahagian Tapah, Dato’ Shamsuddin Abu Hassan membidas parti-parti pembangkang kerana memberbodohkan rakyat dengan mendakwa lawatan acap kali Perdana Menteri dan Timbalannya ke Perak sebagai membantu usaha menyelamatkan Perak dari jatuh ke tangan pembangkang.

Sambil menafikan dakwaan itu , katanya, lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perak adalah merupakan lawatan kerja sebagai usaha untuk mempercepatkan proses pembangunan di Perak.

``Langkah lawatan PM dan timbalannya ke Perak jelas membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan rakyat Perak khususnya masyarakat diluar bandar termasuklah masyarakat Orang Asli.

``Ini sejajar dengan slogan yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir iaitu Tiada Tertinggal Tiada terpinggir ,’’ katanya kepada Peraknews.

Beliau yang juga Pengerusi BN Parlimen Tapah dan Adun Air Kuning berkata, pembangkang kini sudah kehilangan modal kerana mereka terpalit dalam kemelut dalaman seperti isu video seks yang membabitkan pemimpin utama mereka serta masalah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Menurut Dato’ Shamsuddin, bagi mengalih perhatian rakyat pembangkang terpaksa mencipta pelbagai isu untuk memburuk-burukkan BN bagi mempastikan rakyat terus memberikan sokongan kepada mereka.

Katanya, pemimpin umno sering membuktikan mereka meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi .

Sebagai contohnya kata beliau kes Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 18 April ini bukan kerana dipaksa atau diminta oleh sesiapa tapi dibuat secara sukarela .

Katanya, ini amat berbeza sekali dengan pemimpin-pemimpin pembangkang apabila berdepan dengan isu sebegini mereka tidak mahu melepaskan jawatan tetapi apabila ia membabitkan pemimpin UMNO mereka cuba memandai-mandai dengan mengusulkan agar Shahrizat turut meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO.

Dalam konteks Perak, Dato’ Shamsuddin berkata, Dr. Zambry telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang menerusi pendekatan turun padang.

Katanya, Dr. Zambry telah berjaya menarik sokongan rakyat sehingga beliau yakin BN Perak akan menang besar dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

* sumber laman sesawang media kerajaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...