Hemorrhoid |
Gejala buasir ialah usus terbonjol atau terkeluar dari dubur, pendarahan rektum, sakit di dubur dan kerengsaan dubur. Buasir dalaman lazimnya tidak menyebabkan sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir jenis ini tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis ketika buang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah manakala Buasir luaran yang terjojol keluar dari dubur sering menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir tersepit, pembekuan darah akan berlaku di dalamnya, menyebabkan ia terasa sakit. Gejala berkenaan menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
Buasir jenis ini sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya dan akan berulang walaupun dengan tekanan atau bebanan lebih ringan berbanding yang berlaku sebelumnya. Pesakit boleh nampak titisan darah berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, pesakit perlu mendapat bantuan perubatan kerana dikhuatiri darah terbabit datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser usus besar. Antara sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan tekanan yang berlaku di abdomen. Ramai wanita hamil menderita buasir kerana pembesaran rahim secara beransur-ansur meningkatkan tekanan pada beberapa organ dan abdomen.
Tekanan tinggi pada perut yang meningkatkan kes buasir turut berpunca daripada obesiti, duduk terlalu lama ketika bekerja seperti bekerja di pejabat dan pemandu bas atau teksi atau individu yang mengalami sembelit atau cirit-birit kronik. Jika pekerjaan dilakukan memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan- jalan sekurang-kurangnya lima minit setiap jam. Bergerak-gerak di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. Hembus nafas keluar apabila anda mengalami ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu, jangan menahan nafas. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berlarutan.
Di samping itu, elakkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas sebagai amalan kerana ia membuatkan anda duduk lama di tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih tiga hingga lima minit, ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat buang air besar yang baik dan pastikan najis anda sentiasa lembut. Salur darah lembut dan otot di sekitar dubur membantu mengawal laluan najis. Disebabkan kes buasir dialami pesakit jarang yang serius, ramai mengambil sikap berdiam diri hingga menyebabkan ia semakin melarat. Akibatnya, pesakit lebih menderita apabila buasir tidak dirawat bertambah teruk. Rawatan Pengidap buasir perlu mengamalkan diet berserat tinggi dengan pengambilan sayuran dan buahan dan banyakkan minum air kosong anggaran dua liter sehari. Pengambilan makanan berserat tinggi, makanan tambahan dan mempunyai kandungan cecair tinggi dapat mengatasi 90 peratus kes buasir.
Gejala sakit dan kerengsaan boleh dilegakan dengan penggunaan sapuan krim tertentu. Ia disediakan dengan kombinasi beberapa ubat tahan sakit dan agen antikerengsaan serta steroid. Mandian air panas dengan memasukkan satu atau dua sudu air garam boleh melegakan kesakitan dan bengkak pada dubur. Buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, dirawat dengan mengikatnya dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Dalam masa tujuh hingga 10 hari, buasir itu akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman dan ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Namun, pesakit mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari. Koagulasi Inframerah iaitu sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Pesakit mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan berlaku sedikit pendarahan dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama seperti ikatan lingkaran getah, dan dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Namun ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan. Elektrokoagulasi bipolar yang juga dikenali dengan nama Bicap adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan sama. Terapi laser akan mengewapkan tisu buasir. Bagaimanapun, prosedur ini lebih mahal dan tidak menunjukkan kelebihan daripada prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati daripada segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelak pendarahan dan kesakitan pesakit. 90 peratus pesakit yang mengadu mengenai gejala buasir tidak memerlukan pembedahan.
Pembedahan biasanya langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir (dalaman dan luaran) menjadi semakin teruk manakala rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di hospital sehari dua dan mengambil masa lama untuk sembuh berbanding pendekatan lain.
Punca buasir:
- Duduk untuk jangka masa lama.
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit).
- Cirit-birit.
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama.
- Batuk yang teruk.
- Bersalin.
- Mengangkat berat.
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Tahap buasir:
- Pendarahan.
- Dinding dubur terkeluar dan masuk kembali dengan sendirinya.
- Dinding dubur terkeluar dan pesakit perlu menolaknya ke dalam untuk memasukkannya semula ke dalam dubur.
- Dinding dubur terjulur keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur.
Pengurusan sendiri
- Banyak minum air, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
- Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila wujud gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), segera berjumpa doktor. credit
Buang Air Besar Berdarah
Penyakit buasir memang begitu kerap berlaku di kalangan masyarakat moden yang stres. Umum sudah amat mengetahui tanda utama buasir iaitu pendarahan di dalam najis dari rektum. Sebenarnya permasalahan ini adalah lebih penting dari persoalan tentang buasir itu sendiri kerana terdapat bermacam-macam penyebab atau penyakit lain selain buasir yang juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam najis.
Rektum adalah sebahagian daripada usus besar yang terletak di atas lubang dubur (anus). Ia digunakan oleh usus untuk menyimpan najis sebelum sampai masa yang sesuai untuk dibuang. Pendarahan di dalam najis berlaku apabila sel-sel darah merah normal yang terletak di dalam saluran dan pembuluh darah, telah keluar dari dinding-dinding usus dan mengalir serta bertakung di dalam rongga-rongga usus. Darah yang berwarna merah cerah menandakan pendarahan itu berlaku dari bahagian pembuluh darah arteri dan terletak di bahagian yang sangat hampir dengan lubang dubur seperti usus sigmoid ataupun rektum.
Manakala, darah yang berwarna merah gelap diandaikan berpunca dari sumber pendarahan yang lebih dalam iaitu bahagian awal usus besar seperti sekum ataupun bahagian akhir usus kecil iaitu ileum. Walaupun tidak dianggap begitu oleh kebanyakan pesakit, najis yang berwarna hitam pekat seperti tar di jalanan adalah juga sejenis pendarahan usus. Darah boleh bertukar dari kebiasaan berwarna merah kepada hitam akibat proses tindak balas kimia oleh enzim-enzim penghadaman dan pencernaan yang berlaku kepada sel-sel darah yang keluar dari dinding- dinding perut ataupun usus kecil.
Punca Pendarahan Rektum
Pendarahan di dalam najis adalah sesuatu perkara yang amat dramatik bagi mereka yang belum pernah mengalaminya. Lebih dramatik jika pendarahan itu berlaku dengan banyak sekali. Pesakit di kalangan ini sepatutnya terus berjumpa doktor ataupun pakar gastroenterologi dengan serta-merta. Tindakan pantas ini memberi peluang awal kepada doktor untuk mengesan punca atau penyakit yang menyebabkan pendarahan itu sekali gus memberikan harapan yang lebih cerah kepada pesakit untuk pulih.
Terdapat juga penyakit dalaman yang telah mengubah kecairan darah dengan menyebabkan sel-sel darah menyerap keluar dari dinding-dinding usus ke dalam rongganya seperti kanser sel darah, leukemia. Gangguan kepada sistem yang mengawal kecairan darah juga boleh berpunca daripada pengambilan ubat seperti Warfarin oleh pesakit jantung. Kebiasaannya, jika pesakit mendapati pendarahan di dalam najis itu berwarna merah cerah; dan ia keluar dahulu ataupun selepas najis, lazimnya perdarahan ini adalah disebabkan oleh buasir.
Sementara itu, pendarahan yang berwarna merah gelap dalam kuantiti yang sedikit dan bercampur-baur dengan najis menimbulkan syak tentang penyakit kanser usus. Seterusnya, pendarahan hitam pekat selalunya disebabkan oleh penyakit radang di saluran esofagus, perut ataupun usus kecil (duodenum). Ia juga boleh disebabkan oleh ulser ataupun kanser di dalam organ-organ tersebut.
Rawatan
Umumnya, penyakit-penyakit keradangan usus seperti kolitis dan proktitis hanya dirawat dengan ubat-ubatan. Sementara itu, penyakit kanser usus harus menjalani pembedahan major sebelum dibantu oleh rawatan sampingan seperti kemoterapi dan radioterapi. Buasir pula boleh dirawat secara ubatubatan di peringkat awal dan apabila ia menjadi serius harus dihapuskan dengan beberapa kaedah termasuk Rubber Banding dan juga pembedahan.
"Buasir"
Assalamualaikum..=))
Penyakit buasir atau hemorroids terjadi apabila urat di bahagian rektum
(bahagian akhir usus besar) dan dubur membengkak. Apabila urat di
bahagian itu membengkak, berlaku pendarahan rektum, sakit dan perit
ketika buang air besar. Tekanan yang terlalu tinggi dalam darah di
bahagian rektum boleh menyebabkan dinding dubur tertonjol keluar,
terutama ketika meneran. Bagaimanapun, buasir tiada kaitan dengan kanser
dan bukan penyebab penyakit itu.
Gejala buasir ialah usus terbonjol atau terkeluar dari dubur, pendarahan
rektum, sakit di dubur dan kerengsaan dubur. Buasir dalaman lazimnya
tidak menyebabkan sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam
rektum. Buasir jenis ini tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan
dari laluan najis ketika buang air besar boleh mencederakan permukaan
buasir dan menyebabkannya berdarah manakala Buasir luaran yang terjojol
keluar dari dubur sering menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan
gatal di dubur. Jika buasir tersepit, pembekuan darah akan berlaku di
dalamnya, menyebabkan ia terasa sakit. Gejala berkenaan menyebabkan
buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Buasir
jenis ini sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya dan akan berulang
walaupun dengan tekanan atau bebanan lebih ringan berbanding yang
berlaku sebelumnya.
Pesakit boleh nampak titisan darah berwarna merah cerah pada kertas tisu
atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, pesakit perlu
mendapat bantuan perubatan kerana dikhuatiri darah terbabit datang dari
sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser usus besar.
Antara sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan
sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan
tekanan yang berlaku di abdomen. Ramai wanita hamil menderita buasir
kerana pembesaran rahim secara beransur-ansur meningkatkan tekanan pada
beberapa organ dan abdomen. Tekanan tinggi pada perut yang meningkatkan
kes buasir turut berpunca daripada obesiti, duduk terlalu lama ketika
bekerja seperti bekerja di pejabat dan pemandu bas atau teksi atau
individu yang mengalami sembelit atau cirit-birit kronik.
Jika pekerjaan dilakukan memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala
anda perlu bangun dan berjalan- jalan sekurang-kurangnya lima minit
setiap jam. Bergerak-gerak di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan
langsung dari rektum. Hembus nafas keluar apabila anda mengalami
ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu, jangan menahan nafas.
Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit
kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berlarutan. Di
samping itu, elakkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas sebagai
amalan kerana ia membuatkan anda duduk lama di tandas.
Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih tiga hingga lima minit,
ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat
buang air besar yang baik dan pastikan najis anda sentiasa lembut. Salur
darah lembut dan otot di sekitar dubur membantu mengawal laluan najis.
Disebabkan kes buasir dialami pesakit jarang yang serius, ramai
mengambil sikap berdiam diri hingga menyebabkan ia semakin melarat.
Akibatnya, pesakit lebih menderita apabila buasir tidak dirawat
bertambah teruk.
Rawatan
Pengidap buasir perlu mengamalkan diet berserat tinggi dengan
pengambilan sayuran dan buahan dan banyakkan minum air kosong anggaran
dua liter sehari. Pengambilan makanan berserat tinggi, makanan tambahan
dan mempunyai kandungan cecair tinggi dapat mengatasi 90 peratus kes
buasir.
Gejala sakit dan kerengsaan boleh dilegakan dengan penggunaan sapuan
krim tertentu. Ia disediakan dengan kombinasi beberapa ubat tahan sakit
dan agen antikerengsaan serta steroid. Mandian air panas dengan
memasukkan satu atau dua sudu air garam boleh melegakan kesakitan dan
bengkak pada dubur.
Buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, dirawat
dengan mengikatnya dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu
atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan
menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Dalam masa tujuh hingga 10
hari, buasir itu akan tertanggal keluar.
Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman dan ia
dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.
Namun, pesakit mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa
hari.
Koagulasi Inframerah iaitu sinaran inframerah dipancarkan selama satu
atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Pesakit
mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan berlaku
sedikit pendarahan dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama
seperti ikatan lingkaran getah, dan dilakukan hanya untuk buasir
dalaman. Namun ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
Elektrokoagulasi bipolar yang juga dikenali dengan nama Bicap adalah
sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan
keburukan sama. Terapi laser akan mengewapkan tisu buasir.
Bagaimanapun, prosedur ini lebih mahal dan tidak menunjukkan kelebihan
daripada prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati daripada
segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelak pendarahan dan kesakitan
pesakit.
90 peratus pesakit yang mengadu mengenai gejala buasir tidak memerlukan
pembedahan. Pembedahan biasanya langkah terakhir apabila kedua-dua jenis
buasir (dalaman dan luaran) menjadi semakin teruk manakala rawatan lain
tidak berjaya menyembuhkannya.
Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di hospital
sehari dua dan mengambil masa lama untuk sembuh berbanding pendekatan
lain.
Punca buasir:
Duduk untuk jangka masa lama.
Meneran (ketika najis keras atau sembelit).
Cirit-birit.
Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama.
Batuk yang teruk.
Bersalin.
Mengangkat berat.
Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan
homoseksual.
Tahap buasir:
Pendarahan.
Dinding dubur terkeluar dan masuk kembali dengan sendirinya.
Dinding dubur terkeluar dan pesakit perlu menolaknya ke dalam untuk
memasukkannya semula ke dalam dubur.
Dinding dubur terjulur keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam
dubur.
Pengurusan sendiri
Banyak minum air, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi serat, bijirin,
buah-buahan dan sayur-sayuran.
Gunakan tandas pada masa ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah
meminum segelas besar air
Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau
berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
Apabila wujud gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau
gangguan pada dubur), segera berjumpa doktor.
Noktah..=))
Posted by wawa at Sunday, July 29, 2012
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Kelantan RED WARRIORS sah cuma Pondan-Pondan yang berlagak bodoh-sombong, berlagak gedeber, hakikatnya lemah lembut, pondan, dayus lebih teruk drp betina dan pondan Jalan Chow Kit.
BalasPadamRED Warrior tak berani tegur Kerajaan PAS Kelantan, tak beri persoal kemana halatuju Islam Kerajaan Pas Kelantan, kenapa beri Tanah Balak pada Dap Lahanat Nga & Ngeh Bersaudara, hingga mereka jadi Jutawan Kaya Raya, Puak Pimpinan Pas Kelantan Makan Rasuah simpan duit, Rakyat Kelantan makin miskin..
Puak Red Warrior Ibu Kota MELIWAT orang kampong, mencelakakan kehidupan Mak Bapak, Ibu dan Ayah, sanak saudara kerana menyebarkan Dakyah Puak Pimpinan Rasuah Pas..
Para Pemimpin PASMA Kerajaan PAS Kelantan Perasuah Tegar.., Husam Musa kaya raya...Dr Hata Ramli Kaya Raya...
Red Warrior memang macam PONDAN...Lembik, Longlai..cuma tahu memuaskan Nafsu di Takbai, Golok..Minom lah kat sana puas-puas, balik Kelate jadi alim balik...
Biar lagi banyak malapetala, bala turun di Kelantan, disebabkan masyarakat Kelantan, memang macam itu...tak mahu mengubah nasib, apa lagi menegakkan kebenaran.
APA RED WARRIOR ADER TELOR KER?
Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus SINGAPUR 4D MINGGU 11 JANUARY 2015 DENGAN ANGKA 9290 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 475 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub "KI JAYA" Di (((085-321-606-847_))) Terima kasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda Jangan Lupa baca blog Ki jaya [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]
PadamTerima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus SINGAPUR 4D MINGGU 11 JANUARY 2015 DENGAN ANGKA 9290 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 475 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub "KI JAYA" Di (((085-321-606-847_))) Terima kasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda Jangan Lupa baca blog Ki jaya [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]